Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Jalan Muara Tuang Kod Sekolah: YBB 8105

CATHERINE KIU LEH JIN


1. Nama Guru
Belajar melalui bermain : prinsip
2. Judul utama kurikulum pendidikan awal 3. Bidang: Pendidikan
kanak-kanak
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 4 jam

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif dalam dunia
pendidikan iaitu Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Buku ini mempunyai sebelas (11)
bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan babbab tersebut ialah bermain adalah
fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain dengan perkembangan
domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori, kurikulum berasaskan
pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana
pengajaran dan pembelajaran melalui bermain,ruang pembelajaran, bahan dan alat
permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar melalui bermain adalah satu
teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik
ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Perkembangan fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam bilik darjah dan di
luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan
aktiviti pergerakan lokomotor kreatif. Pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai
dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak
dalam melakukan aktiviti fizikal. Komponen perkembangan fizikal ini membolehkan
murid-murid menguasai perkara berikut:-
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat
iv. iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dengan pembacaan buku ini, saya dapat meneroka dan mempelajari cara-cara yang menarik
untuk mendidik murid-murid tahun 1 dan seterusnya meningkatkan ilmu pedagogi pengajaran
saya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(CATHERINE KIU LEH JIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai