Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC PAY FONG 1 Kod Sekolah: MBC 2053

1. Nama Guru Ching Pei Shyen


Panduan Lengkap Aktiviti Awal
2. Judul 3. Bidang: Akademik
Kanak-kanak
4. Penulis Buku Dr Mahani Razali 5. Masa: 1/6/2023
Sinopsis
Buku ini mempunyai 309 bilangan muka surat. Buku ini telah dituliskan oleh Dr Mahani Razali.
Buku ini menceritakan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan kepada kanak-kanak.

Buku ini sebagai panduan kepada para pendidik dan juga ibu bapa bagi menjalankan aktiviti
dengan kanak-kanak. Buku ini memberikan beberapa aktiviti cadangan yang dapat dilakukan oleh
guru bagi merangsang perkembangan proses pembelajaran kanak-kanak secara semula jadi dan
menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Selain itu, buku ini membantu dan memudahkan pendidik membuat aktiviti dan juga merancang
penulisan RPH bagi tujuan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian. Buku ini
menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui bermain atau “learning through play”
dan mengaplikasi prinsip amalan pembelajaran yang menyeronokkan.
7.
Tambahan, buku ini juga memberi penjelasan tentang konsep, latar belakang dan kepentingan
aktiviti-aktiviti terhadap kanak-kanak dalam pembelajaran. Semua aktiviti yang dinyatakan adalah
jelas dan gambar-gambar mempunyai warna yang menarik.

Bukan itu sahaja, buku ini juga berkaitan dengan guru-guru dimana untuk memperkukuh lagi gaya
pengajaran manakala murid dapat mempertingkatkan lagi gaya pembelajaranya.

Akhirnya, saya memilih buku ini kerana memenuhi hasrat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi membentuk insan yang harmonis dan seimbang.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pertama, melalui buku ini saya sebagai seorang guru boleh mempelajari pelbagai jenis aktiviti
dalam pendidikan ini penting kepada kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak bukan
sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea
berhubungkait dengan persekitaran mereka.

8. Selain itu, buku ini telah memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari ilmu pengetahuan.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, saya berupaya mempunyai idea serta meracang aktiviti
yang seronok untuk para murid semasa sesi pembelajaran.

Sebagai kesimpulan buku ini amat bermanfaat kerana mempunyai pelbagai nilai pengetahuan
dan pengajaran yang saya boleh mengambil tahu dan gunakan dalam hidup saya sebagai
seorang pendidik.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dapat membantu golongan guru berupaya merancang aktiviti yang menarik minat kanak-
kanak dalam sesi pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh merancang dan melaksanakan
aktiviti yang seronok seperti pengubungkaitan seni visual, muzik dan seni pergerakan dengan
mata pelajaran lain. Secara langsungnya, seseorang guru sains yang akan mengajar mengenai
haiwan, guru boleh menggunakan bahan visual, lagu dan pergerakan yang berkaitan dengan
9
haiwan tersebut supaya pengajarannya menjadi berkesan.
.
Tambahan, buku ini juga dapat membantu golongan guru dari segi pengetahuan konsep, latar
belakang dan kepentingan aktiviti-aktiviti yang telah rancang untuk sesi pengajaran. Sebagai
contoh,guru dapat merancang PdPc dan menetapkan tema dan memilih alat serta bahan
pengajaran untuk menyediakan suasana pembelajaran yang seronok.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( CHING PEI SHYEN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai