Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC HUA HSIA BAGAN DATUK Kod Sekolah: ABCB008

Leong Xiao Juan


1. Nama Guru
Belajar melalui bermain : prinsip
utama kurikulum pendidikan awal
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
kanak-kanak

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-


-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis iaitu Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza
Ali. Dr. Sharifah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan kurikulum. Buku
ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab-bab tersebut
ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain dengan
perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori, kurikulum
berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana
pengajaran dan pembelajaran melalui bermain, ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan
dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan
peraturan tatabahasa

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Belajar melalui bermain adalah prinsip utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ramai tokoh
pendidikan awal kanak-kanak mengatakan belajar melalui bermain merupakan pendekatan yang
berkesan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek secara
menyeluruh. Buku ini mengemukakan pengetahuan yang mendalam tentang pendekatan
bermain.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Belajar melalui bermain boleh diterapkan dalam P&P terutamanya bagi kelas pemulihan. Murid
pemulihan perlu belaja melalui bermain, ia adalah satu pendekatan yang kreatif dan aktif bagi
murid pemulihan untuk belajar dengan lebih berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LEONG XIAO JUAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai