Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU Kod Sekolah: YEB3201

1. Nama Guru ANDY JANANG ANAK HENRY TAWIE

2. Judul Kemahiran berfikir kritis dan kreatif 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) amat sinonim dalam dunia pendidikan
sama ada di kalangan pendidik di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga
pengajian tinggi. Kemahiran berfikir merupakan satu proses menggunakan minda untuk mencari
makna, memahami sesuatu perkara, atau mencari jawapan bagi persoalan yang belum terjawab.
Aktiviti dalam KBKK akan mewujudkan proses interaksi dan komunikasi antara guru dengan
pelajar berlaku dengan baik dan berkesan. Kaedah ini amat sesuai untuk diaplikasikan oleh setiap
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana bukan sahaja dapat menjana
idea pelajar secara tersusun dan sistematik, tetapi dapat menggalakkan pelajar menggunakan
minda untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif dalam membuat penilaian dan menyelesaikan
sesuatu masalah. Tidak dinafikan kaedah ini banyak memberi manfaat kepada guru dan pelajar,
maka wajarlah kaedah ini menjadi pilihan yang tepat bagi seseorang guru untuk
mengaplikasikannya semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai pengetahuan/ pengajaran yang saya belajar daripada buku ini ialah pentingnya
penggunaan dan pendekatan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana, pendekatan tersebut mampu membantu menarik minat pelajar
untuk belajar tentang topik tersebut. Seterusnya, membantu meningkatkan pemahaman pelajar
berkaitan dengan topik yang dipelajari. Akhir sekali, kaedah ini secara keseluruhannya sangat
membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif membantu pelajar untuk mengaitkan ilmu
pengetahuan sedia ada dengan topik pembelajaran. Hal ini kerana, soalan terutamanya subjek
sejarah sangat memerlukan pelajar untuk berfikir secara KBAT supaya mereka mampu
mengaitkan topik sejarah masa lalu yang dipelajar dengan sejarah masa kini dan seterusnya
terhadap masa akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ANDY JANANG ANAK HENRY TAWIE ) (WONG TUNG ANG)

Anda mungkin juga menyukai