Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA TENGGAROH Kod Sekolah: JEA4034

1. Nama Guru LOKMAN BIN MOHD ALIMI

2. Judul Belajar Melalui Bermain 4. Bidang: Pedagogi

3. Pengarang Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali

5. Tarikh Pembentangan 6. Masa:


Tempat
7.
Pembentangan
8. Sinopsis

- Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan
bab-bab tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain,
hubungan bermain dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan,
bermain daripada perspektif teori, kurikulum berasaskan pendekatan bermain,
bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana pengajaran dan
pembelajaran melalui bermain,ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan
dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan.
- Buku ini memuatkan 27 cadangan aktiviti yang boleh dicuba oleh guru dan ibu
bapa yang mana aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia antara 4-6
tahun sama ada secara individu atau berkumpulan.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Nilai pengetahuan yang dapat diambil ialah pendekatan belajar sambil bermain
amat sesuai dalam aktiviti fizikal kerana dapat merangsang minat kanak-kanak
dalam melakukan aktiviti fizikal.
- Pengajaran yang dapat diambil ialah dalam usaha mengajar kana-kanak, guru
tidak seharusnya memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa
memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus
dibebankan dengan aktiviti - aktiviti kelas yang terlalu berat kerana ia boleh
menghilangkan minat mereka untuk belajar.
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Dapat menambah pengetahuan sedia ada bagaimana melaksanakan aktiviti


belajar secara menyeronokkan iaitu melalui permainan.
- Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan
kepada guru dalam menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan
berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LOKMAN BIN MOHD ALIMI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA TENGGAROH Kod Sekolah: JEA4034

1. Nama Guru Manirah Binti Kamidon


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-
2. Judul 4. Bidang: Motivasi
Kanak
3. Pengarang Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin

5. Tarikh Pembentangan 6. Masa:


Tempat
7.
Pembentangan
8. Sinopsis

- Buku ini ditulis untuk membantu guru, khususnya guru-guru yang berminat untuk
membantu murid melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, agar mereka
dapat mencapai tahap perkembangan yang optima. Memang bukan mudah untuk
seseorang guru memberi bantuan kepada murid-murid tanpa dirinya mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bimbingan seperti mendengar, melayan, merancang
dan mempengaruhi lebih-lebih lagi untuk berperanan sebagai kaunselor klinikal di
sekolah. Namun begitu, tanggungjawab sebagai seorang guru tidak membolehkan
kita lari daripada membantu dan membimbing murid khususnya mereka yang
menghadapi masalah yang telah lama terpendam dan tidak pernah dikendalikan.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Pengajaran yang dapat diambil ialah meneroka, memahami, mengaplikasikan dan


menilai tentang peranan mereka selaku agen pembentuk kemanusiaan. Buku ini
menepati proforma Kursus Bimbingan dan Kaunseling yang disediakan untuk bakal
guru yang sedang belajar di Institut Pendidikan Tinggi Tempatan .

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru boleh mengambil tips bagaimana menjadi seorang guru yang boleh membantu
murid melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah
yang berlaku.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LOKMAN BIN MOHD ALIMI ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA TENGGAROH Kod Sekolah: JEA4034

1. Nama Guru LOKMAN BIN MOHD ALIMI

2. Judul Permainan Dan Simulasi 4. Bidang: Pedagogi

3. Pengarang Wan Hasmah Wan Mamat dan Nor Munirah Teoh Abdullah

5. Tarikh Pembentangan 6. Masa:


Tempat
7.
Pembentangan
8. Sinopsis

- Buku bertujuan untuk melihat dan membincangkan kesesuaian permainan simulasi


dalam bilik darjah. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktir keberkesanan
permainan dan simulasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran berfokus
kepada kemahiran interpersonal. Aktiviti-aktiviti permainan dan simulasi didapati
membantu meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
murid-murid. Suasana begini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan murid
dalam mata pelajaran yang dipelajari malah dapat menyerlahkan bakat dan potensi
diri murid mengikut kemampuan sendiri. Aktiviti yang disarankan dapat menjadikan
suasana pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih ceria.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Nilai pengetahuan dan pengajaran yang dapat diambil melalui buku ini ialah kita
hendaklah menggunakan pelbagai pedagogi dalam menyampaikan pelajaran kepada
murid-murid dan salah satunya ialah melalui kaedah permainan agar suasana
pembelajaran menjadi lebih menarik dan ceria. Pelbagai aktiviti yang disarankan di
dalam buku ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam menyampaikan
pelajaran bagi meningkatkan penguasaan pedagogi guru.

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Ilmu yang dapat diambil melalui buku ini ialah guru hendaklah berkeyakinan dalam
meneroka pelbagai aktiviti yang disarankan bagi meningkatkan kemahiran dalam
menyampaikan pelajaran yang lebih menarik minat murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LOKMAN BIN MOHD ALIMI ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA TENGGAROH Kod Sekolah: JEA4034

1. Nama Guru LOKMAN BIN MOHD ALIMI

2. Judul Perkembangan Kanak-kanak 4. Bidang: Kaunseling

3. Pengarang Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh dan Zairinah Mohd Shukur

5. Tarikh Pembentangan 6. Masa:


Tempat
7.
Pembentangan
8. Sinopsis

- Buku ini membincangkan tentang topik perkembangan kanak-kanak daripada


pelbagai aspek psikologi. Buku ini juga dapat membantu perkongsian maklumat
tentang peringkat dan proses perkembangan kanak-kanak dari sudut fizikal, kognitif,
sosioekonomi, kendiri dan aplikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Buku ini
mengandungi 7 bab yang merangkumi pelbagai topik tentang proses perkembangan
kanak-kanak dari sudut fitrah kejadian manusia menurut perspektif agama dan
biologi, faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, prinsip asas
perkembangan, peringkat perkembangan serta teori yang berkaitan, implikasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran serta ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Nilai dan pengajaran yang dapat diambil daripada buku ini ialah kita dapat
mengetahui perkembangan kanak-kanak itu dari aspek fizikal, kognitif, sosioekonomi
dan kendiri yang mana ianya akan mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran.

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Ilmu yang dapat diambil melalui buku ini ialah setiap kanak-kanak melalui proses
perkembangan yang berbeza dari segi fitrah kejadian manusia, perspektif agama dan
biologi. Buku ini juga membantu guru mengenal murid yang mempunyai ciri-ciri
kanak-kanak berkeperluan khas dan secara tidak langsung membantu guru
menangani masalah pembelajaran murid tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LOKMAN BIN MOHD ALIMI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai