Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK DATO’ HJ MOHD TAIB Kod Sekolah: AEA 2046

1. Nama Guru
AZLIZA BINTI MOHD HAMAL
GURU MODEL PELAJAR
2. Judul 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini disediakan khas untuk pendidik ekoran daripada perlakuan murid yang tidak diterima
oleh masyarakat sekolah, cara, gaya dan strategi guru yang dedikasi ketika cuba menguruskan
murid yang bermasalah akan menghasilkan bermacam – macam reaksi dan impak. Jika cara
yang sesuai digunakan, dapatlah guru mengelakkan diri daripada terbabit dalam kejadian yang
tidak diingini. Antara contohnya, guru murid berperang mulut atau perang dingin dengan murid
serta saling berdendam. Akhirnya, guru lepas tangan dan murid hilang minat untuk belajar malah
lebih serius lagi, ibu bapa murid mengancam guru, mengugut atau bertindak kasar serta memukul
guru. Jika semua keadaan seperti yang tersebut berlaku, senangkah hati seseorang guru untuk
meneruskan tanggungjawabnya setiap hari? Berminat lagikah guru terhadap profesion ini?
Sebenarnya segala jenis murid boleh diajar dan dididik jika guru mempunyai masa terluang
yang mencukupi. Hal ini kerana murid yang bermasalah memerlukan satu tempoh bimbingan dan
kaunseling agar mereka memperoleh kesedaran dan bukannya murid terus berubah menjadi baik
melalui sepatah dua kata daripada gurunya. Oleh itu, guru harus mempraktikkan nilai memaafkan
murid, kasih sayang akan murid, sabar lagi tabah. Guru perlu bertindak positif dan melihat diri
sendiri sebagai seorang pendidik, maka model guru dipercayai menjadi agen pengubah yang
paling efektif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Aspek yang dibincangkan dalam buku ini mendedahkan pelbagai kaedah pengurusan
kelas sebelum pengajaran dan pembelajaran.
2. Berkongsi pengalaman dengan para guru cemerlang.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Pengurusan bilik darjah yang lebih mantap dengan adanya teknik untuk menguruskan
kelas
2. Teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik akan
menjadikan pengajaran sesuatu yang menarik dan seronok diikuti oleh para pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Azliza binti Mohd HAmal ) ( )

Anda mungkin juga menyukai