Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: : SK SURA Kod Sekolah: TBA1009

1. Nama Guru
MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA

Domain Penilaian Dalam Teknologi 3. Bidang: Pengetahuan


2. Judul
Pendidikan Profesionalisma
4. Tarikh Pembentangan 20.6.2022 5. Masa:1100AM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan khusus mengenai domain penilaian dalam teknologi pendidikan. Domain
penilian merupakan satu daripada lima domain yang terdapat dalam teknologi pendidikan.
Domain penilaian amat penting untuk digunakan bagi mengenalpasti dan mencari jalan kearah
penambahbaikan pelaksanaan kursus dan amalan teknologi pendidikan baik di peringkat maktab
maupun universiti. Kursus teknologi pendidikan merupakan komponen penting dalam pendidikan
guru untuk menyediakan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
mengendalikan pengajaran berkesan dengan berintergrasikan teknologi. Buku ini mengandungi
12 bab. Isi kandungan buku ini yang cukup menyeluruh dengan huraian yang cukup terperinci
tentang domain penilaian dalam teknologi pendidikan akan dapat membekalkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar khususnya yang mengikuti program perguruan baik
di maktab maupun universiti. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin
mengetahui perkembangan ilmu terkini tentang penilaian, teknologi pendidikan khususnya mod
penyampaian e-learning.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Pengarang menghuraikan maksud domain Teknologi Pendidikan yang mencakupi Domain
Penggunaan, Domain Reka Bentuk, Domain Pengurusan, Domain Pembangunan dan Domain
Penilaian. Perihal mengenai Kurikulum dengan kandungan kurikulum, sumbangan teks atau buku
dalam kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum, penilaian kurikulum, reka bentuk kurikulum,
hala tuju kurikulum, masa hadapan, model perkembangan kurikulum dan model penilaian
kurikulum.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan ilmu terkini
tentang penilian, teknologi pendidikan khususnya mod penyampaian e-learning

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: : SK SURA Kod Sekolah: TBA1009

1. Nama Guru
MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 3. Bidang: Pengetahuan


2. Judul
Profesionalisma
4. Tarikh Pembentangan 20.10.2022 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini merupakan antara bahan bacaan yang amat berguna kepada mereka mula berjinak-
jinak membuat Kajian Tindakan. Panduan yang diberikan oleh Ernie Stringer begitu lengkap. Ia
menerangkan tentang Konsep Kajian Tindakan itu sendiri yang berbeza dengan kajian-kajian
yang lain apabila dilihat dari sudut tindakan segera yang diambil apabila sesuatu kajian tindakan
telah dijalankan, dimana kajian-kajian lain hanya terhenti pada tahap penulisan laporan yang
berkemungkinan besar tidak ada tindakan pun yang diambil dalam jangka waktu terdekat

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Kajian Tindakan adalah satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian Tindakan
berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan
menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian
Tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian jalankan bagi menyelesaikan
permasalahan. Proses asas yang perlu ada dalam kajiaan tindakan merangkumi Rekabentuk
kajian, pengumpulan data, analisis data, hasil komunikasi dan mengambil data tindakan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan dalam
Kajian Tindakan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: : SK SURA Kod Sekolah: TBA1009

1. Nama Guru
MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA

Pengenalan Pedagogi 3. Bidang: Kemahiran


2. Judul
Profesionalisma
4. Tarikh Pembentangan 20.8.2022 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan beberapa tajuk yang dapat membantu guru pelatih memahami dan
menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah. Guru perlu meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka selaras dengan etika perguruan. Perbincangan awal dimulakan dengan
meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam
pengajaran dan pembelajaran. Model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan turut
diperbincangkan. Strategi pengajaran dalam bilik darjah juga dibincangkan yang merangkumi
beberapa pendekatan dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi pada masa kini.
Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi
Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Penggunaan objektif pengajaran dalam pembelajaran, khususnya
objektif tingkahlaku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam
perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi
memenuhi keperluan guru pelatih, mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah
disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah. Untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan
disiplin dalam bilik darjah. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru dan isu
berkaitan profesionalisme guru..

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui aspek bipengurusan, masalah
disiplin dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah

Disediakan oleh, Disahkan oleh


........................................................ ........................................................
(MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai