Anda di halaman 1dari 2

P

.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Kursus Pendedahan dan Pelaksanaan Kurikulum Baru Pendidikan Islam. Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan lagi pencapaian pelajaran ini di sekolah kami , demi kebaikan anak-anak kami . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai