Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK SERI SAUJANA

KOD SEKOLAH :

1. Nama NUR HILMI BIN NURDIN


2. Judul LA TAHZAN BUAT GURU YANG BIJAK
3. Bidang Motivasi
4. Nama Pengarang Dr. Aidh Al-Qarni
5. Bilangan Muka Surat 231 mukasurat
7. Sinopsis:
Buku ini menceritakan sebagai seorang guru kita perlulah menjadi seorang guru yang
kuat dan hanya bersandar kepada Allah s.w.t.. Sekiranya kita menghadapi masalah
mengadulah dan menangislah pada Allah. Cara sederhana untuk mengawal emosi
ialahkita perlulah tenang,berfikiran positif, fokus dan selalu mengamalkan ajaran
agama. Tambahan pula, Zikir boleh menghilangkan rasa sedih dan rasa gelisah dalam
hati. buku ini menyarankan agar guru perlu ikhlas dalam mendidik anak bangsa dan
buanglah perasaan malas kerana kemalasan adalah permulaan menuju kesedihan.
Seorang guru perlulah memiliki nurani sebagai pendidik, bukan semata-mata pada
akademik sahaja. Salah satu cara untuk mensyukuri kita sebagai guru adalah dengan
konsisten pada amanah sebagai pendidik. Tujuan kita mendidik anak adalah agar anak-
anak membesar menjadi manusia yang cerdas , berilmu pengetahuan dan berakhlak
mulia. Dalam kehidupan sebagai pendidik, ada kalanya susah dan senang datang silih
berganti. Nabi s.a.w mengajarkan kita semua selalu bertawakal hanya kepada Allah
dalam semua urusan dan situasi kehidupan.Janganlah kita menyerahkan urusan hidup
kepada diri sendiri dan manusia lain. Oleh itukita perlu berdoa kepada Allah agar
semua urusan kita diperbaiki-Nya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:
Kita harus menjadi guru yang bijak dan amanah yang dapat diteladani oleh setiap
anggota masyarakat, terutamanya pelajar. Sebagai guru kita perlu bersabar dalam
mendidik anak-anak dan mengawal emosi kita sekiranya terdapat pelajar yang cuba
memancing emosi kita.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:
Sebagai seorang guru kita perlulan menjalankan amanah mendidik anak bangsa dengan
hati yang ikhlas walaupun terdapat pelbagai cabaran dan halangan. Guru juga perlu
membuang perasaan malas dan memaafkan pelajar kita sekiranya mereka melakukan
perkara yang tidak disenangi oleh kita. Kita peru mengawal amarah dan sentiasa
berzikir dan mendekatkan diri dengan Allah sekiranya menghadapi masalah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai