Anda di halaman 1dari 23

LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

PROJEK AKHIR
NAMA PENSYARAH:
PROF DATO’ IR RIZA ATIQ ABDULLAH OK RAHMAN

NAMA PELAJAR:
MASYETAH BINTI ZULKEPPLE

NO MATRIK:
A177470

SEMESTER:
2 (2021/2022)
TUGASAN: Jika anda
menjadi seorang guru
atau anda sedang
mencari guru,
terangkan guru
bagaimana yang anda
impikan?
SIAPAKAH GURU?
 Perkataan ‘guru’ berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud pengajar, pendidik, Mudaris dan
pengasuh.

 Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh.

 Imam Al-Ghazali mengistilahkan guru itu sebagai Al-Mudarris (pengajar), Al-Muaddib (pendidik), Al-Mu’alim
(guru) dan Al-Walid (orang tua).

 Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa guru adalah golongan yang ditugasnya menyampaikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni kepada seseorang individu atau kumpulan tertentu.

 Guru yang dimaksudkan di sini, boleh jadi mereka yang mengajar di sekolah kerajaan atau swasta, pusat
pengajian tinggi awam atau swasta, atau apa jua institusi yang dalamnya wujud dua unsur utama iaitu mengajar
dan yang diajar.
GURU YANG SAYA MINATI

Jika diberi pilihan untuk menjadi seorang tenaga


pengajar, saya akan memilih untuk menjadi guru
di bahagian Pendidikan Islam. Hal ini kerana,
saya merupakan pelajar lepasan Fakulti
Pengajian Islam. Justeru itu, saya ingin menabur
bakti kepada anak-anak bangsa supaya lebih
memahami konsep agama Islam dengan betul
dan secara meluas.
GURU YANG DIIMPIKAN

MEMBUAT PELBAGAI
PENDIDIKAN MEMILIKI 8 SIFAT KAEDAH
YANG EFEKTIF MULIA PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN YANG
EFEKTIF
Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang
kepada anak murid.

Merasakan anak murid juga seperti anak-anak


sendiri.

Rasa kasih sayang akan terbit dalam diri jika kita


melakukan pekerjaan ini semata-mata kerana
Allah SWT.

Ganjaran yang diperolehi juga akan diberkati oleh


Allah SWT.
 Menjadikan tingkah laku Rasulullah SAW sebagai role model
dalam mendidik anak bangsa.

 Menyediakan bahan pengajaran yang kreatif, mudah di


fahami dan jelas untuk kegiatan pengajaran dan
pembelajaran.

 Sentiasa menasihati anak murid dan menunjukkan satu


contoh tauladan yang baik.

 Menasihati dengan penuh kasih saying dan berhikmah.


MEMILIKI 8 SIFAT MULIA
PENYABAR
 Setiap anak murid mempunyai keunikan yang tersendiri.

 Para guru perlulah bersabar dalam mendidik anak-anak bangsa.

 Sabar, satu perkataan yang memberi kesan yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini
mampu ‘memandu’ manusia dalam kehidupan seharian.

 Adanya sifat sabar ini membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

 Dengan adanya sifat sabar ini, guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan
dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

 Namun begitu, bukan semua mampu untuk mengawal emosi menahan geram apabila
berhadapan dengan karenah anak-anak kecil.
LEMAH LEMBUT

 Seorang pendidik dengan sifat lemah lembut dan menghindari


kekerasan akan lebih dicintai anak didiknya daripada yang keras dan
kasar.
 Sesuatu yang disampaikan dengan lemah lembut akan diterima dengan
lemah lembut pula. Sesuatu yang disampaikan dari hati akan diterima
oleh hati.
 Menyampaikan isi pembelajaran dalam suasana ceria, sentiasa
berwajah tenang yang kaya dengan senyuman dan lemah lembut.
IKHLAS

 Sifat ini penting bagi setiap guru.

 Ikhlas dalam melakukan pekerjaan kerana Allah SWT akan


mendapat ganjaran yang tidak ternilai.

 Sifat suka mengeluh juga perlu dihindari, ia akan


membuatkan kita tidak selesa dengan pekerjaan yang kita
lakukan.
MENJAGA
KEHORMATAN DIRI
 Sentiasa menjaga kehormatan diri agar tidak terjerumus ke
dalam perkara-perkara yang tidak elok.

 Ia juga penting bagi menjaga status seorang guru.

 Tambahan pula, elakkan daripada terjebak dengan kegiatan


yang negative yang boleh merosakkan akhlak para guru
sekaligus menjatuhkan peribadi seorang guru.
BERTANGGUNGJAWAB

 Selain mengajar, guru juga bertanggungjawab terhadap masalah


disiplin pelajar, melatih mereka sewaktu di sekolah.

 Guru juga bertanggungjawab setiap hal Ketika pelajar berada di bawah


seliaan guru di sekolah.

 Guru yang bertanggungjawab merupakan guru yang memetingkan


kualiti kerjanya.
TOLERANSI &
MEMAHAMI

 Pendidik yang baik dan disenangi, boleh memahami pelajar tidak kira bijak atau kurang
cerdik, selain datang dari pelbagai latar belakang kehidupan.

 Pendidik yang baik akan disayangi dan diingati pelajarnya sampai bila-bila.

 Guru juga perlu bertoleransi dengan murid dan juga perlu memahami setiap apa yang
pelajar inginkan.
ILMU PENGETAHUAN
YANG LUAS

 Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan


sentiasa bersedia sebelum memulakan kelas.

 Sentiasa belajar dan tidak jemu untuk menimba ilmu


yang baharu.

 Tidak merasakan dirinya mengetahui semua ilmu


pengetahuan.
MESRA & PERAMAH

 Tidak sombong apabila berhadapan dengan


pelajar yang kurang cerdik.

 Sentiasa mesra dan peramah apabila disapa


oleh anak murid.

 Sentiasa kelihatan tersenyum mesra di dalam


kelas mahupun di luar kelas.
MEMBUAT PELBAGAI
KAEDAH PEMBELAJARAN
MEMBERI
GANJARAN ATAU
HADIAH

Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar lebih


minat untuk belajar. Pelajar amat sukakan
sesuatu ganjaran atau hadiah. Sudah pastinya
mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab
setiap persoalan daripada guru.
MENGGUNAKAN
TEKNIK KERJA
BERKUMPULAN

 Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika


dibandingkan dengan belajar berseorangan. Penerangan
dan perbincangan dengan kawan-kawan di dalam
kumpulan akan membuat kita lebih mudah mengingati
apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran yang
dipelajari secara kumpulan itu akan sentiasa kekal di
dalam minda kita. Selain itu, belajar secara berkumpulan
dapat menjadikan pembelajaran tersebut kreatif dan
aktif.
BERMAIN SAMBIL
BELAJAR

 Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini
juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan
bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan
kemahiran fizikal. Permainan merupakan saluran yang boleh
mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima.
Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal
kanak-kanak.
KESIMPULAN

 Pendidikan Islam merupakan salah satu konsep pendidikan yang amat pnting dalam menjana anjakan
paradigma yang positif dalam setiap diri individu.

 Membangunkan modal insan dan membina generasi Rabbani perlu dititikberatkan selari dengan
keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara.

 Guru juga berperanan dalam mengembangkan minda anak-anak bangsa supaya dapat melahirkan generasi
yang cemerlang di masa akan datang.

 Diharapkan guru dapat bersabar dalam mendidik anak-anak bangsa supaya anak bangsa kita terus
cemerlang dalam apa jua aspek kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai