Anda di halaman 1dari 3

EDUP2082-PDPP PSV PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA: NURUL NABILAH BINTI BADARULDZAMAN


NO IC: 970603-33-5174
1.Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, terangkan mengapakah anda
perlu mempelajari psikologi pendidikan ?

Berdasarkan pengalaman saya di sekolah antara sebab saya perlu mempelajari


psikologi Pendidikan adalah untuk memahami sendiri tingkah laku, emosi serta
pemikiran pelajar saya terutamanya kelas yang dipegang oleh saya iaitu kelas Psv,
Bm dan Muzik. Ini kerana pelajar mempunyai pelbagai tingkah laku, emosi dan
pemikiran yang berbeza mengikut perkembangan masing-masing.

Sepanjang tempoh dalam 3 bulan saya mengajar saya dapati pelajar saya amat aktif
terutama selepas waktu rehat dan apabila mereka terlalu aktif mereka akan kurang
memberi tumpuan semasa PDPC dijalankan di dalam kelas. Antara cara untuk
menarik perhatian mereka adalah dengan menyediakan aktiviti yang pelbagai dan
menarik di dalam kelas. Bahan bantu mengajar amatlah penting supaya mereka
sentiasa tertanya tanya apa yang hendak dilakukan pada hari tersebut. Selain itu
juga, sebagai pendidik adalah penting menjadi guru yang kreatif dan serba boleh
supaya pelajar sentiasa aktif dan sentiasa mencari jawapan untuk apa yang
ditunjukkan oleh gurunya.

Guru juga harus sentiasa peka terhadap persekitaran di dalam kelas dan sentiasa
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru harus memastikan
susunan meja,kedudukan pelajar dan keadaan dalam kelas sentiasa selesa dan
bersih supaya mereka dapat belajar dengan tenang. Sebagai pendidik guru harus
menjadi contoh yang baik kepada pelajar supaya pelajar dapat meniru tingkah laku
yang positif supaya mereka dapat mengaplikasikan tingkah laku tersebut untuk
kehidupan harian mereka samada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan
sekolah.

Seterusnya, kepekaan guru terhadap sifat mereka. Selalu bertanya dan mencari
tahu jika terdapat perubahan tingkah laku dan emosi seseorang pelajar. Dengan
pertanyaan seorang guru mereka lebih terasa dihargai dan disayangi. Selain itu,
mereka akan lebih berkeyakinan untuk berkongsi masalah yang sedang dihadapi.
Guru juga dikatakan ibubapa kedua mereka ketika di sekolah maka jadilah ibu dan
bapa yang baik untuk mendidik anak-anak murid ini. Ajar dan didik mereka daripada
tidak tahu langsung kepada tahu sikit-sikit dan tahu sepenuhnya. Guru juga harus
sentiasa mempunyai sifat penyayang dalam diri supaya anak-anak murid ini
sentiasa disayang dan tidak terasa terancam untuk ke sekolah dan sentiasa
seronok untuk ke sekolah. Sesorang yang mempunyai sifat ini adalah sangat layak
digelar guru kerana guru adalah seorang manusia yang akan memanusiakan
manusia lain.
Sebagai guru juga, saya sentiasa memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yang
berkelakuan baik ketika di alam kelas. Ini adalah salah satu penghargaan saya
terhadap pelajar tersebut. Saya juga sentiasa menasihati pelajar supaya sentiasa
menghormati semua orang jika ingin dihormati.

Anda mungkin juga menyukai