Anda di halaman 1dari 4

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Mohd Aishamuddin Bin Yaakob; Abdul Muim Bin Abd Rahman; Muhamed Harries Bin Sazali Bazlina Binti Basarahim Shahanum Binti Ismail @Salleh Najmi Hawa Binti Abdul Wahab ABSTRAK Guru pada hari ini memainkan peranan penting dalam membentuk intelektual dan sahsiah seseorang pelajar. Justeru itu, guru seharusnya mempersiapkan diri untuk menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Artikel ini membincangkan ciri-ciri yang harus ada pada guru cemerlang. Dengan adanya ciri-ciri guru cemerlang ini, diharapkan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akhlak dan akademik.

PENDAHULUAN Pendidikan merupakan asas kejayaan kepada sesebuah negara. Teras kepada pendidikan pula adalah seorang guru yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Oleh itu menjadi tanggungjawab bagi setiap guru perlu untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebagai seorang pendidik untuk memikul tugas yang telah diamanahkan. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai seorang guru, inginkah kita mendapat kepercayaan seorang pelajar untuk mematuhi segala arahan dan nasihat yang disampaikan? Antara perkara yang menyenangkan hati seorang guru ialah dipercayai dan dipatuhi. Oleh yang demikian, antara ciri terpenting yang ada pada seorang guru adalah sifat ikhlas. Ikhlas membawa maksud menetapkan niat menjadi seorang guru kerana Allah dalam menyampaikan ilmu agar orang yang menerimanya

juga akan ikhlas menerimanya. Keikhlasan perlu ada dalam diri setiap guru dengan meletakkan ganjaran daripada allah sebagai keutamaan dan tidak hanya mengharapkan penghargaan daripada majikan dan orang sekeliling. Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh dan rupa paras kamu, tetapi Dia memandang kepada hati dan amalan kamu. (Riwayat Muslim) . IKHLAS Dengan adanya sifat ikhlas dalam diri guru , secara tidak langsung lahirlah sifat sabar. Seorang guru tidak boleh lari daripada berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar. Tanpa sifat sabar, seorang guru tidak mungkin dapat mengawal dirinya dan menyelesaikan sesuatu masalah secara rasional. Guru cemerlang seharusnya lebih pandai mengendalikan emosi dalam menguruskan pelajarnya . Imam Al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang guru, antaranya guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik walaupun sedang diselubungi dengan perasaan marah atau sedih. JUJUR Sifat jujur adalah mahkota bagi seorang guru. Jika guru tidak mempunyai sifat jujur maka sebenarnya ia telah kehilangan sifat yang sangat berharga. Apabila sesorang guru tidak jujur , pasti ia akan memberikan kesan negatif kepada anak didiknya kerana kemungkinan sifat tersebut akan menular kepada anak didiknya. Penularan ini terjadi kerana ilmu yang disampaikan adalah tidak betul, seterusnya merendahkan martabat sesorang guru. Mungkin seorang guru pernah diajukan soalan yang tidak mampu dijawab, maka seharusnya guru tersebut mengakui kelemahan diri di hadapan pelajar dengan penuh bijaksana. Beritahu murid dengan jujur . mari cari jawapan bersama ataupun siapa tahu boleh kongsi bersama. IDOLA

Pelajar sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idola oleh setiap pelajarnya. Pada pandangan pelajar, guru seperti ini berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi seorang insan yang berguna seperti guru mereka. Oleh itu guru yang cemerlang seharusnya mengamalkan apa yang dilafazkan sesuai dengan pepatah yang mengatakan Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. PENUTUP Tugas guru bukanlah sekadar masuk ke kelas dan mengajar mengikut modul yang perlu diajar, tetapi ianya meliputi aspek pembentukan sahsiah diri pelajar. Sahsiah diri atau sifat yang baik bermula daripada penampilan guru itu sendiri. Sikap guru cemerlang akan membantu negara dalam mencapai Wawasan 2020 hasil pembentukan pelajarnya yang tinggi nilai modal insannya. Rujukan 1. Majalah SOLUSI Isu 55 Mei 2013 Article: Ikhlaskan diri mendidik generasi. Penulis: Dr. Nik Zaharah Nik Yaacob 2. Majalah SOLUSI Isu 53 Mac 2013 Article: Guru Jujur Murid Akur. Penulis: Dr. Nik Zaharah Nik Yaacob 3. Majalah SOLUSI Isu 58 Ogos 2013 Artikel: Penulis: Mohd. Azrul Azlen Abd Hamid. 4. Menjadi guru yang jujur , 28 oktober 2008 . www.riwayattubani.blogspot.com. 5. Peranan guru dalam menghasilkan pelajar cemerlang , 10 oktober 2011 . www.noorazmanmahat.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai