Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Sekolah kebangsaan Panchor, Seremban Kod Sekolah: NBA4048

1. Nama Guru Ruziana Binti Alwi

2. Judul Mudahnya menjemput rezeki 3. Bidang:Motivasi/ Ilmiah

4. Tarikh Pembentangan Tiada 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan Tiada

7. Sinopsis

Buku yang ditulis oleh Ustaz Fathuri Salehuddin menceritakan kenapa menjemput rezeki itu lebih
mudah dari mencari rezeki. Sifat redha yang kena ada di dalam diri kita. Dan istilah rezeki itu lebih
luas daripada apa yang kita fikirkan. Selalunya bila kita fikir tentang rezeki, perkara yang pertama
kita ingat adalah wang ringgit ataupun kesihatan. Tetapi tak terhitung oleh kita banyaknya rezeki
itu bahkan sesuatu yang negatif itu pun boleh dianggap rezeki juga.

Kita selalu mengeluh itu tidak cukup, ini tidak cukup bukan? Tapi kita selalu lupa yang rezeki itu
datangnya Dari Yang Maha Esa.

Antara yang dikongsikan di dalam buku ini adalah 11 cara mudah untuk menjemput rezeki.
Menjemput rezeki ini leih mudah daripada mencari rezeki kerana kita sudah tahu rezeki hanya
daripada Allah. Satu-satunya pemberi rezeki. Sedangkan kalau ia dicari, kita tidak tahu di mana
tempatnya.Justeru, akan banyaklah percubaan demi percubaan yang perlu diharungi.

11 langkah dan cara untuk menjemput rezeki adalah;


1) Solat lima waktu di awal waktu
2) Bangun malam melakukan Solat Tahajjud
3) Melakukan Solat Dhuha
4) Banyakkan berzikir
5) berdoa
6) Mendoakan orang lain
7) Bnayakkan memberi Sedekah
8) Membaca Al-Quran
9) Menyebut Asma’ul Husna sebanyak-banyaknya.
10) Bersyukur dengan apa yang diperolehi.
11) Tekun Berusaha untuk memperolehi sesuatu.

Yakinlah apabila didahulukan apa yang Allah suka , Allah akan mudahkan apa yang kita suka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki.Sifat redha yang kena ada di dalam diri kita.
Istilah rezeki itu lebih luas daripada apa yang kita fikirkan. Selalunya bila kita fikir tentang rezeki,
perkara yang pertama kita ingat adalah wang ringgit ataupun kesihatan. Tetapi tak terhitung oleh
kita banyaknya rezeki itu bahkan sesuatu yang negatif itu pun boleh dianggap rezeki juga.
Jemputlah rezeki dengan mengagungkan Si Pemberi Rezeki.  Rezeki akan mudah datang kepada
kita dan tanpa kita sedari.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah untuk merangsang murid supaya memahami bahawa ilmu itu
adalah rezeki.Untuk mendapatkan rezeki murid-murid perlu redha dan sabar menjalani liku-liku
dalam menuntut ilmu.

Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ........................................................
(RUZIANA BINTI ALWI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai