Anda di halaman 1dari 2

Yang Beusaha Pn. Guru Besar SK Junjong, Pn.

Norwati Binti
Saleh ,PK Pentadbiran , Pn. Norhayati Bt Kamaruddin ,PK HEM, Pn.
Fazmisyiza Bt Awang, PK Ko-Ku , En. Mohd Zaidi B Ladon., guru-
guru, pengawas dan semua murid sekalian. Salam sejahtera dan
selamat pagi.

Untuk makluman semua, minggu ini guru yang bertugas adalah Pn.
NOOR KUFARENNIZA BT MAT HASHIM, Pn NOR MASLINA BT MD
AKHIR dan saya.
Tajuk yang akan disampaikan pada perhimpunan pagi ini ialah
Membaca kunci kejayaan….

Membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau


tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya. Kejayaan
pula bermaksud menang, berhasil, mencapai kemajuan. Hasil yang
boleh kita simpulkan di sini dapat diertikan sesuatu yang dijumpai
dalam bentuk tulisan melalui proses membaca. Tahukah anda tuan-
tuan dan puan-puan yang saya kasihi, Hasil Kajian Profil Membaca
Rakyat Malaysia yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996
merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua
buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan
yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat
khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!! Hasil kajian ini
mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh
masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain. Budaya
membaca sepatutnya diterapkan dalam masyarakat kita untuk
mencapai kejayaan seperti Negara-negara lain.
Ramai insan yang berjaya seperti jutawan ,dokter, saintis dan
sebagainya yang lahir di dunia ini yang berjaya dalam kehidupan
mereka. Apakah rahsiahnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi? Tidak ada seorang insan pun yang berjaya di dunia ini tanpa
mengamalkan budaya membaca. Jika peribahasa melayu
mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan jadi, seorang
jutawan tidak akan menjadi jutawan jika dia tidak memilih untuk
mengamalkan budaya membaca untuk mencapai kejayaan. Tuan-
tuan dan puan-puan yang saya kasihi, marilah kita renungi bersama,
jika seorang insan biasa dapat berjaya hanya dengan amalan
membaca. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita salah seorang
daripada insan yang berjaya pada satu masa nanti?
Dengan budaya membaca, kita boleh menjadi seorang yang penuh
dengan berjuta maklumat di dunia ini. Dengan maklumat yang
pelbagai, yang membina, yang membolehkan kita berdiri teguh dan
terus maju melawan arus kemajuan dalam era globlisasi masa kini.
Jika kita kurang membaca, maka, kuranglah maklumat yang kita
perolehi. Tuan2 dan puan2 yang saya kasihi, bukan itu sahaja, tetapi
kita ketingalan jauh berbanding dengan negara2 maju yang lain.
Renungkan. Tuntasnya, betapa pentingnya budaya membaca untuk
memajukan diri kita dan seterusnya mencapai kejayaan memajukan
Negara kita. Selain itu, budaya membaca dapat memperbaiki masa
depan seseorang.
Di samping itu, kita dapat mengesan serta memperbaiki kesilapan kita
dengan hanya membaca. Kita dapat menjadi seorang yang dihormati,
disanjungi, serta dapat menjadi contoh kepada bangsa2 lain. Seorang
yang ibarat ulat buku dapat memahami serta dapat mendalami semua
peraturan2 yang tertulis dalam buku atau di mana sahaja dengan
membaca. Andai kata seseorang itu gagal dalam peperiksaan, dia
hanya dapat memperbaiki keputusannya dengan usaha yang disertai
dengan amalam membaca. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang
dikasihi, marilah kita mulakan budaya membaca pada saat ini.!!!
Marilah sama-sama meningkatkan budaya membaca dalam kalangan
kita untuk memajukan diri kita sendiri. Siapa yang bertanggungjawap?
Ibu bapa, guru, rakan-rakan, serta diri kita sendiri .?! siapa?
Renungkan. sudah tiba masanya untuk kita berubah ! Marilah sama-
sama kita menghitung berapa buah bukukah yang kita baca dalam
seminggu, atau sebulan atau setahun.!! Untuk kebaikan kita, .Tuan-
tuan dan puan-puan yang dikasihi, lihat dan berpalinglah kepada
generasi pelapis kita, anak2 bangsa yang masih binggung dalam
kehidupan mereka, yang masih lemah serta kekurangan ilmu.
Peribahasa melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari
rebungnya jadi, tuan-tuan dan puan-puan, didiklah anak2 bangsa
sejak dari kecil lagi untuk membina serta melahirkan generasi yang
bijak pandai serta berjaya. Membaca merupakan pelita hidup serta
jambatan ilmu bagi kita semua. Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai