Anda di halaman 1dari 19

Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam, Selangor,

salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air


semenanjung Malaysia.

Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang


paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan
pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap
tahun.

Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri


lain, kerana terjadinya pulau haba bandar.

Sudah hampir setahun aku di negeri ini, menjadi penuntut di


UiTM Shah Alam dalam program asasi kejuruteraan.

Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya


oleh semua penuntut.

Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan


mata, ada yang meneruskan 'study' namun tidak kurang pula
yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil
merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu
dan penciptanya.

Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah


ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya.

Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar


menggangu konsentrasiku untuk belajar. Aku lantas menutup
tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk
berlaku.

Aku kemudian duduk kembali di meja studyku dan beristighfar


panjang, moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi
Allah kerana menjadikan guruh dan kilat.

Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga


Cinta...
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh,
siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya
matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang
indah"

Aku tersenyum sendirian, kerana ungkapan inilah yang


menjadikan aku disini hari ini.

Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain,
ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya.

Ciptaan Allah yang begitu indah

Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu
menyaingi pelangi ciptaan Allah.

Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang
Agung dan Esa.

Segala memori lalu masih segar dalam ingatanku. Kisah bermula


semasa di alam sekolah menengah lagi.

Dengan izin Allah, berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang,


aku ditawarkan ke salah sebuah SMKA di negeri utara tanah air.

Pada mulanya aku agak terperanjat.

"Adoiii... sekolah agama lah pulak... Confirm tudung labuh ni...


parah-parah... "Aku mengharapkan agar ditawarkan ke salah
sebuah sekolah berasrama penuh, kerana kakak sulungku juga
bersekolah di sekolah berasrama penuh.

Ummi dan abahku bertanya sama ada aku mahu masuk sekolah
itu atau sebaliknya. Lidahku kelu untuk bersuara. Nak diikutkan
hati, tidak sangat tetapi kalau tak dapat tawaran lain, tak ke
malu dengan kawan-kawan yang dah dapat masuk asrama.

Lantas aku menjawab "Macam ni lah ummi, abah... kak ngah nak
tunggu sampai minggu depan... kalau tak dapat tawaran mana-
mana jugak, kak ngah pergi sekolah tu. "
Ummi dan abahku tersenyum, dan aku pula serabut memikirkan
apa yang bakal berlaku.

Benar seperti apa yang sering dikatakan, janji Allah tidak siapa
yang bisa mengubahnya, walau sekuat mana kuasa sesorang itu.

Sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali, aku ditempatkan di


sekolah agama tersebut. Selama 5 tahun berada di sekolah itu,
aku diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru.

Di sana, kami didedahkan dengan solat jemaah, usrah, tazkirah,


majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan.

Seperti salah satu ayat Al-Quran

"Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan


menjadi tenang."

Aku benar-benar terkesan dengan ayat ini.

Benar, aku sendiri akui aku bukanlah baik sangat sebelum ini,
cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang
amat mementingkan agama dalam kehidupan.

Justeru, mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama


suci ini.

Semakin lama mempelajari semua ini, aku sendiri dapat


menyedari perubahan dalam diri.

Hatiku menjadi sangat lembut, mudah tersentuh dengan apa


sahaja dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-
kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat
malamku.

Syukran Ya Allah... Syukran... terima kasih kerana


menganugerahi aku hati ini dan semoga kau lindungi dan pelihara
hati ini dari terjerumus ke jalan-jalan yang tidak diredhai
olehmu. Amin...

Langit tak selalunya cerah


Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Ketika
berada di atas, jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin
berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah suatu hari
nanti kita boleh berada di atas.

Akan tetapi fitrah manusia biasa, mahukan yang baik dan indah
belaka. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin
banyak ujian dan dugaan yang datang, untuk menguji sejauh
mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah.

Kata orang, ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada


kita.

Tahun 2009 adalah tahun yang amat penting bagiku dan juga
rakan-rakan sebayaku. Tahun ini, kami akan menjalani satu
peperiksaan yang bakal menentukan hidup kami, iaitu SPM.

Tahun ini juga menjadi titik-tolak pengislahan sebenar kepada


diriku. Dugaan pertama datang ketika keputusan peperiksaan
percubaan SPM diumumkan.

Aku merasakan seperti ada yang tidak kena. Hatiku gundah


gulana, resah memikirkan apakah keputusan peperiksaanku.

Biarpun hanya peperiksaan percubaan, ia amat penting kerana


soalan-soalan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan
tingkatan 5. Justeru, aku anggap ia seperti SPM sebenar.

Ketika keputusan dipaparkan, aku lihat dari jauh rakan-rakan ku


berebut-rebut mencari nama dan melihat keputusan.

Lantas sahabat baikku, Izzah Hanani mengajakku melihat


keputusan.

"Eh Ira, hari ni result keluar kan. Jom kita pergi tengok nak. Izzah
rasa dah ramai yang tau result diorang. Kita je belum tau.
Jomla.."

Aku berhenti menulis dan memasukkan pen yang dari tadi rancak
bergerak untuk menulis nota syariah islamiah di dalam 'pensel
case' biru kesayanganku.
Kalau diikutkan hati, entah mengapa agak berat untuk aku pergi
namun memikirkan sahabat baikku sejak tingkatan satu itu
beriya-iya mengajak, aku gagahkan jua kaki ini.

Kami bersahabat sejak tingkatan satu. Ketika di tingkatan 3,


Alhamdullillah kami berdua berjaya mendapat 9A dalam PMR dan
diletakkan di kelas yang sama juga di tingkatan empat.

Ketika dalam perjalanan melihat result, sahabatku bertanya;

"Kenapa ngan Ira hari ini, senyap je... selalu dia yang banyak
mulut... time result plak selalu dia orang yang semangat... hari ni
monyok je"

Aku tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.


Sebetulnya fikiranku kosong.

"Entahlah Izzah, hati ni rase tak sedap je... takut dapat result
teruk... hari tu jawab macam tak yakin jew... "

"Oh... itu sebabnya monyok je... takpelah Ira... Ira dah buat yang
terbaik... dah usaha dan doa... sekarang tinggal tawakkal je...
apa pun keputusan Ira, anggaplah ia yang terbaik dari Allah...
kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk
hambanya... ingat tu..." lantas memeluk bahuku dari belakang.

Begitulah indahnya berukhwah, andai diikhlaskan kerana Allah.


Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat
kita tersenyum ketika dalam kesedihan.

Ketika dalam perjalanan itu, kami berselisih dengan Ayu, rakan


kami dari kelas 5 Al-Khawarizmi, yang juga roommateku. Nampak
tersenyum-senyum bahagia je Ayu tu. Mesti result ok, fikirku.

"Ayu, dah tengok result ke?"Izzah memulakan bicara, sekadar


menyapa kerana kami bukanlah rapat sangat.

"Dah... korang belum ke? aku dapat 8A... no dalam form no 7...
saiful pun dapat 8A, no dalam form no 5... beza sikit je... yahoo!!
sukanya aku... tu lah, sekarang terbukti kan... walaupun korang
sibuk-sibuk nasihat kat kita orang yang couple-couple ni, result
kita orang maintain tau... lepas ni kan ira, bolehla kau cakap kat
kawan-kawan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) ko tu... tak yah
sibuk-sibuk nak nasihat dan cegah-cegah maksiat ni... buang
masa... terbukti couple ni taklah salah seperti yang korang suka
hebohkan tu... silap hari bulan, lepas ni ahli-ahli badani yang jadi
'hot couple' kat sini... haha..." Ayu ketawa besar lantas
melangkah meninggalkan kami.

Aku tunduk dan beristighfar panjang atas tuduhan yang


dilemparkan. Benar kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Meskipun bersekolah di sekolah yang ada tertulis A (SMKA),
tidak semua penuntut akhlaknya "A".

Kerap kali dihidangkan dengan tazkirah dan perkongsian ilmu


yang membincangkan azab Allah akan sesiapa yang melakukan
larangannya, namun sebahagian dari kami masih tegar malah
tanpa segan silu ber 'couple', berkirim surat dan lain-lain yang
membawa kepada zina hati. Nauzubillah, semoga aku terlindung
dari golongan itu.

Izzah yang menyedari perubahan air muka di wajahku terus


memujuk.

"Alah... biarlah Ayu tu nak cakap apa... macam la Ira tak tahu
mulut dia memang laser... sabar je... Allah sayang tau orang yang
sabar... tak baik kalau Ira simpan dendam... nanti ada titik hitam
dalam hati... jom cepat kita pergi tengok... masa rehat tinggal 10
minit je lagi ni... kejap lagi time fizik... Teacher Haniza tu kang,
kalau masuk lambat... tahu-tahu jela... silap-silap belajar kat luar
kelas kita hari ini..."

Aku tersenyum mendengar kata-kata Afiqah.

Aku tersentak dan terus terduduk di atas kerusi batu yang


diletakkan berhampiran dengan papan kenyataan peperiksaan
itu. Apa? 5A je aku dapat? Astaghfirullah... biar betul ni... Ya
Allah, hebatnya ujian kau kali ini... berilah aku kekuatan...
Sesampainya kami di sana, kawan-kawanku masih ramai.
Dengan bersesak-sesak, aku berusaha mencari nama ku. Aku
mencari namaku di helaian pertama di penjuru kanan, yang
memaparkan nama pelajar-pelajar dari no 1 hingga no 20... kira
'top20' dalam form lah... Hah! nama aku tak de? Biar betul ni, tak
kan tercicir kot. Selalu nama aku dalam senarai top 10, paling
tidak top 20.

Kenapa kali ni tak de? Dalam helaian itu, dapat aku lihat nama
Izzah berada di tempat ke-3 dengan 10A... Oh, tahniah
sahabatku... macam mana pulak ngan aku? Aku terus melihat ke
helaian seterusnya di sebelah dan aku terkejut melihat namaku
berada di atas sekali, bermakna aku dapat no 21 dalam form!!

Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Seolah-olah


aku mahu menjerit sekuat hati. Mahu menangis dan meraung
sepuasnya... Biar semua orang tahu betapa kecewanya aku
dengan result itu.

Pada mulanya hanya beberapa titik air mataku gugur, namun


ketika melihat Izzzah melangkah gembira ke arahku, mutiara
jernih yang aku tahan-tahan sejak dari tadi turun lebat
membasahi pipiku. Oh sahabatku, seandainya kau tahu
perasaanku ketika ini...

"Ira, Izzah dah tengok result kita dua. Ira sabar ye, mungkin
bukan rezeki Ira kali ini... "ucap Izzah tenang

"tapi kenapa Ira, Izzah??... kenapa Ira... kenapa bukan orang lain,
kenapa? Apa salah Ira? Apa dosa Ira? Cakap Izzah, cakap..."

"Ira, ingat Allah, tak baik Ira macam ni. Seolah-olah Ira tak redha
dengan apa yang Allah bagi. Kan semua ni datang dari Allah,
siapalah kita untuk mempertikaikannya. Allah tahu apa yang
terbaik untuk kita. Ira kena sabar dan kuat"

"Memang Ira tak redha, memang Ira marah, marah sangat-


sangat, Izzah cakap senangla. Izzah dapat result ok, sesiapa
yang dapat result ok memang akan cakap macam tu!!!!!!"
Aku menjerit sekuat hati, melepaskan perasaan yang dari tadi
terbuku. Aku tidak menghiraukan lagi rakan-rakan kami yang
melihat aku menjerit. Pasti mereka terkejut, tidak pernah melihat
aku dalam keadaan sebegitu.

Aku berlari pergi membawa diri sambil menangis, kemana harus


aku membawa diri, aku sendiri pun tidak tahu, biarlah... biarlah
apa orang nak kata... biarlah kaki ini yang menentukan arah
langkahku...

Cuma dalam fikiranku, ada satu tempat yang terlintas. Tempat


yang menjadi penenang hati buat setiap insan. Tempat yang
menjadi rumah kedua selain asrama kepada pelajar di sini, untuk
menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Aku pasti, aku pasti akan ke situ, lantas mempercepatkan


langkah sambil mengelap air mata yang masih lagi turun.

Izzah yang aku tinggalkan terpinga-pinga, melangkah longlai


masuk ke dalam kelas. Bukan tidak mahu memujuk, tapi melihat
aku dalam keadaan begitu, dia lebih matang dalam membuat
keputusan. Moga-moga kau dapat tenangkan diri sahabatku,
doanya untukku.

"Ok kelas, saya mintak maaf. Hari ni saya tak dapat mengajar
sebab ada mesyuarat dengan pengetua tentang rumusan
peperiksaan percubaan kamu semua. Saya nak nanti Zulhilmi,
pergi meja saya dan ambil 'worksheet'. Saya dah siapkan, ada 25
soalan semuanya merangkumi topik-topik tingkatan lima. Dan
saya nak, kerja tersebut mesti dihantar atas meja saya apabila
masa saya tamat. Jelas kan arahan saya?"

"Bermakna kamu semua tak boleh keluar dari kelas dan mesti
siapkan kerja yang diberi. Kalau boleh buat sendiri dan jangan
tiru kawan, kerana dari situ kamu dapat tahu kelemahan kamu
dimana. Kelas berikutnya saya akan bincang soalan-soalan yang
tak dapat dijawab."

"Faham semua? saya tak nak lepas mesyuarat nanti saya dengar
ada cikgu-cikgu yang komplen kelas 5 Al-Farabi bising. Kamu
kelas yang terbaik, mesti tunjukkan peribadi yang elok juga, saya
keluar dulu" tegas kata-kata yang dituturkan oleh cikgu fizik
yang kami panggil Teacher Haniza itu.

Di sebalik ketegasannya itu, dia seorang yang yang sangat


penyayang. Berkat ketegasannya juga, keputusan fizik kelas
kami tidak pernah mengecewakan.

Di masjid, aku duduk menyandar di dinding sambil memeluk


kaki. Meskipun sudah berhenti menangis, aku belum bersedia
untuk ke kelas, di tambah pula dengan mata yang bengkak dan
muka yang merah. Di saat keseorangan sebegini, bermacam
perkara bermain di fikiranku.

Aku pantas mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Yang


pasti, aku mendapat result yang teruk hari ini.

Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan hari ini. Apakah


dosaku Ya Allah? Aku study, aku solat, aku doa, aku hormati
guru malah aku tidak pernah terlibat dengan couple-couple,
serba- serbi aku jaga. Apa lagi yang tidak cukup? Aku
bermonolog sendirian.

"Benar kau sudah study, doa, solat... tapi mungkin Allah belum
kabulkan permintaan mu. Sabarlah.. dia akan makbulkan, cuma
masanya belum tiba. Dia mahu kau terus berdoa dan meminta
daripadanya. Sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar
rintihan hambaNya. Dugaan ini untuk mendekatkan diri kau
dengannnya" suara imanku berbicara.

"Ahh... lagi-lagi usaha, balik-balik doa, bosanlah kalau macam ni,


kau dah buat semua tu, sepatutnya kau dapat ganjaran yang
setimpal!.." syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan

"Astaghfirullahalazim... tak baik kau marah sebegini, andai kau


marah, pada siapa kau marah? pada Allah bukan? layakkah kita
untuk memarahiNya, sedangkan Dia yang mencipta dan memberi
nikmat kepada kita? Setiap yang datang itu dari Allah,
sepatutnya kau bersyukur, bukan mengeluh sebegini. Masih ada
kawan-kawan yang lain dapat result lagi teruk dari kau, tapi
mereka sabar dan redha" Iman masih cuba memujuk.

"Alah... kau tu je yang kononnya baik sangat... solat jemaah, join


usrah, hormat guru, tak nak couple-couple, bukan apa sangat
pun... cuba kau lihat kawan-kawan kau yang lain, couple juga
tapi result lagi gempak dari kau... kalau betul Allah sayangkan
kau, Dia tak bagilah ujian macam ni, sedarlah sikit... "

"Jangan terpedaya dengan kata-kata syaitan itu. Kuatkan iman,


ingat apa yang kau pelajari dan dengar dalam tazkirah-tazkirah .
Ujian yang datang mungkin sebagai teguran lembut dari Allah.
Mungkin cara study salah, dan mungkin juga ada kesalahan-
kesalahan kecil yang kau abaikan... Allah mahu kau muhasabah
diri... Andai tak diberi ujian begini, kau tidak akan sedar, kau
akan rasa kau selalunya betul sedangkan tidak... kerana kau
hanya insan biasa yang lemah, kau bukan seperti nabi yang
maksum!!"

"Tapi Allah sendiri dan janji dengan firmannya.. berdoalah


kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu... Hah, Allah
sendiri dah janji tapi tak bagi pun. Allah dah memungkiri janji
kepada kau!! Allah tak adil! buat apa lagi kau ikut perintahnya,
Dia tak pedulikan kau lah..."syaitan belum mahu mengalah.

"MasyaAllah, sekali lagi jangan kau marah pada tuhan,


mengucap... beristighfar... Yaa... Allah memang sudah berfirman
akan memperkenankan doamu... namun kau harus ingat, Allah
juga ada 99 sifat mulia. Dia tuhan Yang Maha Mengetahui dan
Yang Memberi Rezeki.. Kaji pula firman Allah dalam surah Al-
baqarah ayat 284-286. Antara firmannya:-

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan


kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang
dikerjakannya..."

Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya... Yakinlah, jangan


kau berputus asa.. Ini baru dugaan yang kecil...
Lupakah engkau, semasa zaman rasulAllah dahulu, lebih hebat
ujian yang ditempuh oleh nabi kita dan sahabat-sahabat...
kemiskinan, kematian keluarga, sahabat di medan perang... tapi
mereka tidak kecewa, tidak resah... malah redha dengan
ketentuan Allah, hingga sebahagian dari mereka telah pun
dijanjikan masuk syurga... "

Aku tersentak ketika mendengar suara seseorang yang cukup


aku kenali memberi salam.

"Assalamualaikum... Izzah dah agak Ira kat sini" katanya lembut


sambil menyusun langkah kearahku.

"Waalaikumsalam... Teacher tak masuk kelas ke?" soalan


pertamaku kepada Afiqah...

"Tak, cikgu-cikgu ada mesyuarat, tapi teacher ada tinggalkan


kerja dan mesti dihantar hari ni... jomla kita balik kelas, nanti Ira
tak sempat nak siapkan kerja tu. Ira ok kan? Izzah yakin kawan
baik Izzah ni kuat orangnya."

"Entahlah Izzah... kadang-kadang Ira rasa Allah tak sayang kat


Ira... Dia tak bagi apa yang Ira nak... Buat apa Ira study lagi,
study bagai nak pecah kepala, tengok-tengok result dapat 5A
je..." Entah kenapa, kata-kata itu lancar sahaja keluar dari
mulutku.

"Ira, sekali lagi Izzah cakap... Ira kena redha, memang susah
untuk capai redha ni, tapi usahalah kearah itu. Mungkin hari ni
rezeki Izzah, esok lusa siapa tahu rezeki Ira pulak... bumi Allah ni
luas Ira, rezeki ada di mana-mana... Yakinlah dengan janji Allah,
ingat prinsip hidup kita."

"Put our trust to allah and remember.. allah always be our side"

Serentak kami menyebut pegangan hidup kami bersama. Kata-


kata inilah yang banyak menjadi pendorong kejayaan aku dan
Izzah hingga hari ini.

"Hah... macam tulah orang yang kuat... kuat melawan tipu daya
syaitan... kuat juga melawan hawa nafsunya... bukan sekadar
kuat fizikal, tapi yang lebih penting kuat untuk bangun setelah
jatuh. Dah, jom cepat. "

"Hah... padan muka kau syaitan... hari ni seorang anak adam tak
berjaya kau hasuti..." Aku berkata sendirian...

Aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah,


menganugerahi aku seorang sahabat yang bukan sahaja cantik,
bijak, malah membantu aku mencari semula cahaya disebalik
kegelapan.

"Kalau Izzah tak datang tadi, mesti aku dah ikut cakap syaitan
untuk terus 'stay' kat masjid dan ponteng kelas. Syukur
Alhamdulillah... "

Malam itu seperti malam-malam rabu yang biasa, jadual aktiviti


masjid adalah ceramah agama.

Dalam organisasi BADAR, aku dilantik menjadi timbalan ketua


biro lajnah masjid.

Semua yang berkaitan masjid dibawah tanggungjawabku seperti


kebersihan, keceriaan, peralatan dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di masjid, termasuk ceramah.

Malam itu, aku berasa tidak sedap badan. Maklumlah, sudah


seharian aku menangis. Namun, amanah harus dijalankan.

Dengan bantuan Izzah, aku memanggil Hafiza, AJK di bawahku


untuk memberi pesanan.

"Hari ni akak tak berapa sihat la. Fiza 'handle' masjid ye. Panggil
semua pelajar berkumpul dan rapat kehadapan... Pastikan
mereka tidak bising semasa ceramah. Pesan pada mereka,
sesiapa yang bising akak akan panggil untuk bagi kesimpulan
dari ceramah ustaz masa perhimpunan ahad nanti. "

"Oh... itu kerja senang je... selalu nampak akak je handle,


teringin jugak berada depan semua pelajar... Hehe... Akak jangan
risau, Fiza akan buat dengan baik"
"Terima kasih" ucapku ringkas.

Ceramah dari Ustaz Zukilan, salah seorang ustaz yang mengajar


subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah di sekolahku merupakan
antara ceramah yang digemari oleh kami pelajar-pelajar kerana
cara penyampaiannya yang menarik dan bersahaja.

Sebelum menunggu ustaz datang, aku menoleh ke arah belakang,


meninjau keadaan pelajar puteri. Alhamdulillah, semuanya dalam
keadaan baik dan terurus.

Hampir separuh dari mereka memegang pen dan kertas, bersedia


untuk mencatat isi-isi penting dari ceramah ustaz. Pastinya
mereka tidak mahu dipanggil untuk memberi ulasan. Aku
tersenyum.

Nampaknya Fiza menjalankan tanggungjawab yang aku berikan


dengan baik.

"Assalamualaikum anak-anak sekalian..."Ustaz Zukilan


memulakan bicara.

"Waalaikumsalam ustaz..." kami ramai-ramai menjawab salam


yang diberikan, kerana semua orang tahu menjawab salam itu
wajib hukumnya.

"Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya kita dapat bertemu


seperti malam-malam rabu yang lepas. Hari ni ustaz nak
membincangkan tajuk yang ustaz rasa, sangat menarik. Tajuknya
adalah 'Qada' dan Qadar dari Allah, sejauh manakah kita beriman
dengannya?"

Aku begitu terkejut dengan tajuk yang dibincangkan malam ini


lantas terus menoleh dan memegang tangan Izzah. Sebolehnya
aku mahu keluar sahaja dari masjid. Dia yang memahami
keadaan diriku, mengeratkan genggaman dan mengusap-usap
belakang tubuhku.

Mengapa mesti tajuk ini? Seolah-olah ada kaitannya dengan apa


yang berlaku dalam hidupku hari ini.
"Hah... ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan... Cuma
bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan itu tidak sama. Dan
masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama. Kita mugkin
lebih dari segi ini, tetapi kurang pula pada bahagian lain. Kalau
kita kekurangan dalam sesuatu, jangan rasa lemah, kerana Allah
telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Pastinya
kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya...
InsyaAllah... Ketika kita ditimpa ujian, jangan kita mengeluh
kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita
redha menerimanya."

"Ustaz bagi satu contoh, katakanlah kamu 'plan' nak keluar


dengan kawan-kawan masa cuti penggal nanti... Kira plan yang
habis-habisan la... nak shopping, tengok wayang, main bowling
dan macam-macam lagi la... Last-last masa hari yang dijanjikan
tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat... kamu mesti rasa
sedih, frust, kecewa dan marah. Kiranya ini ujian untuk kamu la...
tapi, sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada
rahmatnya."

"Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan, kamu akan pergi


dan memandu dalam keadaan laju. Akibatnya terlibat dengan
kemalangan. Nah... itulah rahmatnya, Allah sayangkan kamu dan
mahu memanjangkan nyawa kamu... tidakkah kamu sedar?"

"Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam
yang sebenarnya. Setiap ujian yang datang, manusia akan mula
menyalahkan orang lain. Kadang-kadang yang lebih dahsyat
menyalahkan Allah."

Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu


rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang
buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui"

Oleh itu, kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni
sebab dia sayang dekat kita. Dia nak hambanya tak terpesong
jauh, kembali mengingati diriNya.
Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian, tandanya Allah masih
ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. "terang
Ustaz Zukilan panjang lebar.

Kata-kata ustaz membuatkan aku berfikir kembali dan timbul


rasa penyesalan. "Tak sepatutnya aku marah atas apa yang
berlaku... aku kena redha dan muhasahabah diri... Ya Allah... aku
bertaubat kepadamu... ampunkan dosa hambaMu ini... "

Selasai ceramah ustaz, kami solat isya' berjemaah. Itulah


uniknya bersekolah di sekolah yang mementingkan aspek agama
dalam kehidupan seharian.

Di sebelah pagi, kami berusaha bersunguh-sungguh mencari ilmu


duniawi, sebelah malamnya mula diisi dengan pelbagai aktiviti
kerohanian untuk memperoleh ilmu akhirat.

Barulah stabil kedua-duanya, selain membantu pelajar-pelajar di


sini mencapai kejayaan yang sebenar dalam hidup. Malam itu aku
solat sunat taubat. Memohon bersungguh-sungguh kepada Allah
agar diampunkan dosa, kerana siang tadi aku mengeluarkan
kata-kata yang boleh membawa syirik kepada Allah.

Itulah hebatnya godaan syaitan, andai iman tidak kuat untuk


melawannya, entah kemana diri ini dibawa ke jalan yang sesat.

Dua bulan berlalu, aku tinggalkan kesedihan atas keputusan


peperiksaan percubaanku dan bangun menjadi insan yang lebih
kuat. Aku gandakan usaha dan doa, moga Allah permudahkan
segala urusan.

Hari ini hari bersejarah dalam hidup aku dan rakan-rakan.


Persiapan sudah rapi, senjata sudah diangkat, tunggu masa
untuk digunakan. Kami melangkah masuk menuju medan perang
yang sebenar, iaitu Dewan Saidina Ali.

Dewan yang menjadi tempat untuk kami berjuang, juga dewan


yang menjadi saksi atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar
ketika keputusan diumumkan. Kami menjawab dengan sehabis
baik, berbekalkan ilmu yang diperoleh selama 5 tahun.
Kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan. Alang-alang belajar 5 tahun disini, biarlah pulang
membawa berita gembira. InsyaAllah.

Selasai peperiksaan selama 2 minggu, kami pulang ke rumah


masing-masing. Sebelum berpisah, kami mengadakan salam
ukhwah yang begitu sinonim disini. Kami berpelukan, memohon
maaf dan berterima kasih sesama sendiri.

Selama 5 tahun tinggal di bawah satu bumbung, pastinya banyak


kenangan pahit dan manis yang tidak akan kami lupakan. Aku
dan Izzah sempat bertukar hadiah, memandangkan dia akan
berpindah ke Rawang atas urusan kerja ayahnya.

Aku menangis, tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang


sudah aku anggap seperti ahli keluarga sendiri. Dalam suasana
begitu, Izzah sempat membuat lawak dengan mengatakan dia
berpindah di dalam Malaysia sahaja, bukan ke luar negara.

Masa berlalu begitu pantas. Cuti 3 bulan selepas peperiksaan


SPM sudah tamat. Tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu
keputusan peperiksaan SPM.

Pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah. Jantung di dada berdegup


kencang, sehinggakan malam sebelumnya aku sukar melelapkan
mata. Izzah sudah ada di salah sebuah rumah kawan kami. Jika
dia bertolak dari Rawang pagi itu, mungkin dia tak sempat untuk
berjumpa dengan aku dan kawan-kawan yang lain.

Aku menutup perlahan pintu kereta setelah sampai. Debaran di


dada masih terasa.

"Ummi, kak ngah nak baliklah. Takut lah ummi"

"Lah, kan dah sampai ni. Tak nak tengok result pulak. Apapun
yang terjadi, ingat itu yang terbaik dari Allah. Cepatla, nanti tak
sempat jumpa kawan-kawan. "

"Macam mana kalau result tak ok?Ummi marah kak ngah tak?"
"Ya Allah budak sorang ni. Banyak sangat tanya. Ummi tak
marah, kak ngah dah usaha dan doa. Result tu tetap kena ambil,
walau jauh mana kak ngah nak lari sekalipun. Jom ummi
temankan masuk dewan"

Di dewan, aku dapat lihat pelbagai reaksi. Ada sahabat-sahabat


ku yang ketawa gembira, ada yang sedang menelefon dan ada
juga yang sedang berpelukan dengan ibu bapa mereka sambil
menangis. Menangis? Gembira atu duka? "Alamak, macam mana
pulak dengan aku nih."

Dari jauh, aku lihat guru kelasku, Puan Azliza melambai tangan
kearahku. Aku menyusun langkah kearah beliau. Sesampainya di
sana, aku dipersilakan duduk.

"Cikgu, result saya ok tak?" aku tak dapat lagi membendung rasa
ingin tahu.

"Agak-agak kamu macam mana?" itu jawapannya. Aduh cikgu ni,


main teka-teki pulak. Aku dah la nak terkencing ni, jantung pulak
rasa nak tercabut.

"Kalau saya, apapun result saya, saya terima dengan redha.


"jawabku ringkas, sekadar menghilangkan perasaan gemuruh.

Guruku tergelak kecil, lantas meletakkan sebuah fail dihapanku.

"Bukalah, result kamu ada dalam fail tu. "

Aku memandang guruku dan kemudian menoleh kearah ummi


disebelahku. Ummi tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Bismillahirrahmanirrahim... . dengan tangan kanan, aku


membuka perlahan fail merah itu. Serentak itu juga, guruku
berkata;

"Tahniah, kamu dapat 7A. Walaupun tak dapat straight A, itu dah
cukup bagus dan cikgu bangga dengan pencapaian kamu. Untuk
pengetahuan, kamu juga antara pelajar cemerlang sekolah.
Saat itu, tak dapat aku gambarkan perasaan ini. Ummi terus
memelukku lantas mengucapkan tahniah. Aku pula tidak henti-
henti mengucapkan syukur dalam hati. Alhamdulillah Ya Allah,
terima kasih atas nikmatmu hari ini.

Selesai bersalaman dengan guru kelasku, aku pergi mencari


rakan-rakan ku. Guruku juga memberitahu bahawa Izzah
memperoleh straight A, 12A. Tahniah sahabatku.

Di suatu sudut, aku nampak Izzah dan rakan-rakanlain. Kami


berpelukan, mengucapkan tahniah sesama sendiri.

Kami berbual seketika, menunggu rakan-rakan yang lain sambil


bercerita arah tujuan selepas ini. Masing-masing dengan pilihan
mereka. Ada yang nak sambung form 6, ada yang nak apply
maktab dan tidak kurang juga yang mahu terus dalam bidang
sains.

Dalam perjalanan pulang, hujan lebat turun. Hujan rahmat,


fikirku. Tanganku pula tidak henti-henti membalas SMS yang
dikirimkan rakan-rakan dan juga menjawab panggilan dari
saudara-mara.

Meraka juga ingin berkongsi kegembiraan yang aku peroleh.


Seperti selalu, selepas habis hujan, aku akan menuggu pelangi
muncul. Aku bertuah hari itu, aku berpeluang melihat pelangi.
Pelangi yang begitu indah. Subhanallah. Hari ini juga aku dapat
pelangi yang baik, iaitu keputusan exam SPM.

Benar lah disebalik ujian, ada hikmahnya. Di sebalik hujan, ada


pelanginya. Aku suka kau pelangi!

Aku tersedar ketika telefon bimbitku berbunyi mengalunkan lagu


SegenggamTabah dari kumpulan UNIC.

"Eh, bukan no Malaysia ni... Izzah Hanani!!!" Hanya itu yang


terlintas difikiranku... Sudah lama dia tidak menelefon, kerana itu
aku tidak 'save'kan nombornya. Selama ini, kami hanya
berhubungan di Facebook atau YM.
Selepas keputusan SPM diumumkan, dia ditawarkan melanjutkan
pelajaran ke negara timur tengah dalam bidang kejuruteraan.
Selepas membuat persediaan selam 3 bulan di INTEC Shah Alam,
dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar...

Pada hari pemergiannya ke sana, aku tidak dapat menghantar ke


KLIA kerana terikat dengan peperiksaan, cuma dia sempat
menelefon beberapa jam sebelum pergi.

Katanya "Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih


indah jika kita sabar menunggunya." Kerana Indahnya Pelangi..

Anda mungkin juga menyukai