Anda di halaman 1dari 6

Seusai Solat Maghrib berjemaah, Iman terus mencapai Al-Quran

dan Terjemahan hadiah dari seorang temannya. Lafaz kesyukuran


diungkap perlahan kerana masih ada insan-insan yang sudi
berhimpun untuk mengabdikan diri padaNya. Sue, Rina, dan
Yasmin antara insan yang setia berhalaqah di tengah-tengah
ruang 'bilik study' itu sambil menunggu kedatangannya untuk
memulakan sessi tazkirah.

" Hari ni akak bacakan tafsir surah Al-Syarh ye. "

" Ha...cuba Sue perhatikan ayat 5 dan 6. Kenapa Allah SWT ulang
ayat sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan sebanyak
dua kali? "

" Hurm..kenapa ye akak? Sue tak pasti la. "

" Cuba gabungkan dua ayat tadi. Sebenarnya di sebalik ayat itu,
nak jelaskan kat kita bahawa setiap kesusahan ada kesenangan
dan setiap kesenangan pasti diuji dengan kesusahan. "

" Owh..faham..faham. Maknanya kita tak boleh mengeluh la bila


ditimpa kesusahan.. Iye Kak Iman? "

" Ha'ah Min, dan kita juga tak boleh terlalu gembira dengan
kesenangan sebab di celah-celah kesenangan, ada kesusahan
yang menanti . "

Iman meneruskan penerangan tentang ayat-ayat di dalam surah


itu.

***

Selepas sessi tazkirah.

" Kak Iman, malam ni betul ke Madam Suzila nak buat sport
check? "

" Ha'ah..insya Allah. Akak dengar-dengar macam tu la. "

" Nasib baik kita tergolong dalam golongan sami'na wa ato'na


kan kak? Tak payah susah-susah. "
" Betul tu Sue, tak payah susah payah kita nak sembunyikan
barang terlarang. "

Tergelak kecil Iman mendengar istilah yang selalu mereka


gunakan untuk golongan yang selalu mengikut peraturan itu.

Sami'na wa ato'na atau dalam Bahasa Melayu bermaksud kami


mendengar dan kami mengikut.

" Malam ni tentu ramai la Sister yang macam cacing kepanasan


kan. "

" Ada-ada je Rina ni kan. Biar lah diorang dengan cara diorang.
Semua dah besar, boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk.
Eh, dah azan Isya' tu. Jom solat! "

***

Di dalam bilik.

" Aish..pelik semacam je si Fiqa ni. Tak pernah aku tengok dia
macam ni. "

Iman bermonolog sendiri tatkala melihat Afiqa, ahli biliknya yang


tekun mengaji sewaktu dia masuk ke dalam bilik untuk
menyimpan telekung sembahyang.

" Hurm..Husnuzon. Mungkin dia dah dapat hidayah Allah SWT.


Alhamdulillah. Patutnya aku bersyukur, bukannya fikir bukan-
bukan." Iman menyalahkan dirinya.

" Woi Fiqa.. lama mana lagi ko nak berlakon tu..? Aku tengok dari
tadi kau asyik pegang je Al-Quran tu. Bukannya nak baca pun! "
Zira di atas katil menegur.

" Eh, kau diam sikit boleh tak. Kalau Kak Iman dengar, habislah
aku. Aku tengah sabar la ni. Madam belum datang lagi. Macam
mana aku nak berhenti berlakon ? "

" Hahaha..padan muka ko. Tu la, ambil lagi risiko. "

***
5 minit selepas itu.

" Assalamualaikum. Boleh Madam masuk?

" Waalaikumussalam. Eh, Madam..masuk la. "

Lantas Iman, Rina, Yasmin, Sue dan Zira mendapatkan Madam


untuk menyalami beliau sebagai tanda hormat.

" Bagus ye bilik ni, bersih je. Boleh Madam nak buat checking? "

" Boleh madam, silakan. "

Rina selaku Mushrifah bertindak mengiringi Madam suzila.

" Awak nama apa? Boleh tanggalkan telekung tak? "

" Er..er...er...kejap ye Madam. "

Muka Fiqa mula berubah. Dia tidak menyangka taktiknya tidak


berjaya.

" Sis Afiqa..sini kejap. Boleh Madam bincang dengan kamu? "

Yasmin dan Sue tersengih-sengih melihat Fiqa kantoi di tangan


Madam.

" Masya Allah. Patutla aku tengok dia khusyuk sangat baca Al-
Quran sambil pakai telekung sembahyang. Nak sembunyikan
rambut karat dia dari Madam rupanya. " Iman mengeleng kepala.

Hatinya sedih sekali. Dia rasa terpukul dengan pebuatan Afiqa


tadi. Seolah-olah menghina kemuliaan Al-Quran dan solat.
Sebelum ini, sudah beberapa kali dia cuba menasihati Afiqa atas
perbuatannya itu tetapi nasihatnya itu ibarat mencurahkan air ke
daun keladi. Hati Afiqa mungkin masih keras untuk menerima
nasihat orang ataupun egonya diletakkan ditahap yang paling
tinggi.

Iman merasakan dia masih kekurangan cara untuk menjadi


seorang Da'ie. Tetapi melihatkan perbuatan Afiqa tadi hatinya
tercalar. Bukan kerana kepentingan diri sendiri tapi dia terguris
dengan perbuatan Fiqa yang menggunakan kesuciaan Al-Quran
dan memakai telekung untuk menutup kesalahannya itu daripada
pandangan mata seorang manusia biasa.

Dari jauh, dilihat Fiqa sedang menangis. Mereka tidak mahu


mendengar butir bicara antara Fiqa dan Madam Suzila. Kemudian
Madam keluar daripada bilik mereka. Iman menggunakan saat itu
untuk membimbing teman sebiliknya itu.

" Fiqa, boleh akak duduk sini? " Iman cuba menyapa lembut.

Fiqa hanya mampu mengangguk sambil menyapu kesan air mata


yang membasahi pipinya itu.

" Boleh akak tau kenapa Fiqa warnakan rambut? Sebenarnyakan,


sejujurnya akak cakap, akak nampak Fiqa lagi cantik dalam
keadaan natural. "

" Fiqa terpengaruh kak. Kawan-kawan Fiqa kat luar semua


macam ni. Keluarga Fiqa sendiri pun macam ni jugak. Macam
mana Fiqa nak jadi baik. "

Afiqa menjawab perlahan tetapi Iman dapat merasakan nada


penyesalan yang lahir dari sekeping hati yang suci milik Nurul
Afiqa itu.

" Ok..akak faham keadaan Fiqa. Sebenarnyakan Fiqa, Fiqa kena


bersyukur datang sini tau. Kalau Fiqa tak ditegur hari ni mungkin
Fiqa masih lagi khayal dengan dunia luar yang penuh pancaroba
tu. "

" Terima kasih kak. Tak tahu kenapa sekarang Fiqa rasa tenang
sangat. Fiqa tau, Fiqa dah buat salah dan memang Fiqa menyesal
sangat-sangat dengan perbuatan-perbuatan Fiqa dulu. Minta
maaf ye Kak Iman sebab Fiqa tak pernah dengar teguran akak
dan Kak Rina selama ni. "

" Takpe. Setiap yang Allah SWT tetapkan ke atas kita pasti ada
hikmah. Yang penting, setiap penyesalan kita mesti diikuti
dengan perbuatan kita yang baik, berazam dan berubah. Itu yang
paling utama. "
" Insya Allah Kak Iman. Akak, tolong Fiqa ye. " Afiqa mula
melakarkan senyuman.

" Boleh..boleh.. Insyaallah. Akak akan tolong sedaya mampu.


Lagi satu, Fiqa kena ingat. Selagi kita tak lupakan Allah SWT
insyaallah, Dia takkan lupakan kita. Semakin kita ditimpa ujian
yang kadang-kadang membuatkan kita terduduk kaku,hati
merintih hiba, itu tandanya kasih sayang Dia semakin kuat untuk
kita. Lagipun Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan
membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul
oleh hambaNya itu. "

" Terima kasih sangat-sangat Kak Iman sebab masih tolong Fiqa
walaupun Fiqa dah buat macam-macam dalam bilik ni. "

Lantas dipeluknya Iman dengan erat. Setulus ikatan seorang


muslim terhadap saudaranya.

***

5.45 am. Iman masih lagi berteleku disamping Al-Quran


kesayanganya itu. Dia menunggu kedatangan ahli biliknya yang
lain untuk mengimarahkan lagi suasana bilik mereka.

Derap langkah di belakangnya itu semakin hampir. Yasmin


barangkali. Fikir Iman di dalam hatinya.

Dia duduk menyebelahi Iman selepas sejadah dihampar halus.

" Akak, nak solat sekali boleh? " Sapa Fiqa.

Terkejut Iman melihat kehadiran Fiqa disisinya.

" Eh..apa pulak tak bolehnya. Kita tunggu yang lain-lain sekejap
ye. "

Afiqa mengangguk sambil tersenyum. Hati Iman berbunga ceria.

" Ya Allah, mudahnya Kau bukakan hatinya. Sesungguhnya


Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini.
Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini. Janganlah
Kau pesongkan hati-hati suci ini sesudah hidayahMu
mengunjungi. Amin. "

Hati kecil Iman tersenyum lagi.

Anda mungkin juga menyukai