Anda di halaman 1dari 16

Prolog

Terngiang-ngiang suara-suara barisan kepimpinan muslimat madrasah yang cekap berdiskusi sesama
mereka. Sesekali membuatkan Wani kagum dengan sahabat-sahabatnya itu. Peristiwa tengah hari tadi
ketika di sekolah terlayar entah buat kali ke berapa dalam kotak fikirannya. Wani mengeluh perlahan
mengenangkan apa yang diperkatakan dan apa yang telah berlaku. Buku rujukan, buku nota serta
beberapa buku latihan Biology dibiarkan di atas katil, tidak terusik. Leka dengan fikirannya yang jauh
menjelajah ruang waktu. Bantal merah berbentuk hati dipeluk erat.

“Kak, abang ni.” Sapaan ringkas oleh abang kembarnya disusuli ketukan pintu. Perlahan-lahan pintu
biliknya dikuak oleh Syafiq. Figura tegap itu kemudiannya mendapatkan tempat di meja studi
menghadap Wani yang sedang duduk bersila di atas katil bujang.

“Abang tengok macam ada yang tak kena je dengan akak hari ni. Akak okay tak?” Soal Syafiq
perihatin. Sekalipun Hawa Hanani tidak bercerita apa-apa kepadanya, sebagai kembar, Fatihi Syafiq
pasti dapat mengagak bahawa sesuatu sedang menganggu sebahagian lagi dirinya itu. Di samping itu,
dia juga gusar, takut-takut sakit adik kembarnya, menganggu lagi.

Wani tidak merespon soalan Syafiq sementara Syafiq pula masih kekal di posisinya; tidak berganjak
pergi. Dia pasti Wani akan buka mulut kerana yakin ada sesuatu sedang bermain dalam benak adik
kembarnya.

‘Hati, kuatkan lah semangat demi ukhuwah dan bia’ah solehah di madrasah.’ Monolog Wani,
memujuk hiba dan debar yang menyapa tangkai hati. Diam.

Fasa 1

“Assalamualaikum, ukhti Sofia.” Sofia berpaling ke arah gerangan suara halus tersebut. Pada tag, di
tudung figura kecil itu tertera nama Fatehah. Salam pelajar junior itu bersambut. Tangan Fatehah
diraihnya sebelum dipimpin untuk duduk di bangku berhampiran.

“Ada apa Teha nak berjumpa ana? Teha ada masalah.?” Soal Sofia. Suara lebut Sofia sedikit sebanyak
menghilangkan gugup dalam diri pelajar tingkatan dua itu. Barangkali Fatehah agak gugup kerana
pertama kali bertemu empat mata dengan Penolong Ketua Umum (PKU) madrasah yang sering
dipertkatakan tentang ketegasannya.

“Ukhti, ana nak mengadu sesuatu. Tapi, ana harap ukhti tak kisah dan tak marah dengan apa yang ana
nak cakap kan ini.” Berhati-hati Fatehah menyusun ayatnya.

“Kalau tidak buat salah, InsyaAllah tiada apa yang perlu anti bimbangkan.” Fatehah menidakkan
anggapan Sofia menyebabkan Sofia tersenyum nipis.

“ Bagitahulah Teha.” Sambung Sofia. Dia telah bersedia untuk mendengar.

“Dalam seminggu dua ni, dah selalu sangat ana terdengar orang sekeliling bercakp buruk mengenai
ukhti Laila. Ada yang dedahkan status ukhti yang kononnya tengah sakan ber’couple’ dan tak kurang
juga yang memperkatakan tentang ukhti Laila selalu pulang lewat ke rumah kerana ingin berdua-
duaan dengan lelaki. Tentang ukhti Laila berpegangan dengan lelaki bukan muhrim serta tidak
menjaga batas pergaulan dan aurat pun turut menjadi bahan perbualan.” Sepatah-sepatah Fatehah
berbicara, takut ada tersilap kata di mana-mana. Makluman Fatehah mengundang keluhan kecil dari
bibir mungil milik Sofia. Sofia masih tidak bersuara, mengharapkan Fatehah menyambung bicara.
“Pada mulanya ana tak berapa nak percaya. Tambahan pula ukhti Laila pernah jadi kakak satu dorm
ana yang sangat baik sebelum ni. Tapi.. Semalam ana terserempak dengan ukhti Laila di blok
Tingkatan 5. Ana terkejut tengok ukhti tengan duduk bersebelahan, rapat sangat dengan lelaki tu.
Ukhti Laila pula terkejut dengan kehadiran ana, tak pasal-pasal marah ana.” Bicara Fateha ketika itu
adalah lebih kepada sebuah aduan. Beristighfar panjang Sofia di akhir bicara Fateha. Serba salah
jadinya Fatehah melihatkan kekalutan dan kegusaran yang jelas terpamer pada wajah kakak senior
yang dihormatinya.

“Teha, ana meletakkan harapan yang besar pada anti. Lepas ni kalau anti dengar lagi khabar angin
macam tu, anti tegurlah individu yang sebarkannya dengan baik. Kita kena percaya pada kata-kata
Allah. Aib orang lain tidak seharusnya didedahkan dan perlu dijaga dengan baik. Sekiranya kita tidak
membuka aib orang, InsyaAllah, Allah akan menjaga aib kita. Teha fahamkan, apa yang ana cuba
sampaikan?” Teha mengangguk beberapa kali, mengiakan.

“Khabar angin boleh memandu manusi mengumpat. Umpatan itu perbuatan yang dikeji, ibarat
memakan daging saudara sendiri. Oleh itu, ana harap sangat antii dan sahabat-sahabat anti dapat
sepakat dalam membendung masalah ni.”

“InsyaAllah, ukhti.” Seyuman nipis tertampal di wajah hitam manis Fateha.

“Ana dan sahabat-sahabat ana akan cuba mencari jalan terbaik selesaikan masalan berhubung Laila.
Anti tak perlu bimbang, ya?”

Setelah bersalaman, Fatehah membuka langkah meninggalkan Sofia sementara Sofia sekadar
menyorot langkah Fatehah yang meninggalkannya di situ.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::

Figura perempuan berumur tujuh belas tahun yang sedang menangis itu diusap perlahan. Beristighfar
Ruqaiyah setiap kali Nur Iman Aimi menoktahkan bicaranya tentang sikap Laila dan Akif yang
semakin menjadi-jadi.

“Anti, bersabarlah. Ini ujian buat kita semua.” Pujuk Ruqaiyah lembut. Dia kenal sangat dengan Aimi;
sahabatnya sejak zaman kanak-kanak itu sukar untuk naik marah dan berkecil hati dengan sesiapa
tetapi sekali terluka, pasti akan ambil masa untuk sembuh rawannya.

“Ana sedih sangat. Entah kenapa ana sentap sangat dengan kata-kata songsang Akif tadi.” Luah Aimi.
Sakitnya bertambah sebaik sahaja nama Akif terluah dari bibir sendiri.

“Anti sudah cuba yang terbaik untuk menegur Laila. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Yang penting,
anti jangan terus berkecil hati, sebaliknya mendoakan dia agar terbuka pintu hatinya.” Sebak hati Aimi
yang mendengar. Dia memeluk Ruqaiah erat.

“Ana kecewa. Tapi.. ana sangat sayangkan Laila.” Rengek Aimi. Air matanya mengalir, meninggalkan
tompok kecil pada tudung Ruqaiyah.

Ruqaiah senyum segaris. Puas hati dengan jawapan Aimi yang sudah lembut hati.

“Ukhtifillah, anti. Ujian itu bukti kasih Allah untuk hambanya.” Perlahan, ayat sebaris itu dibisikkan
ke telinga Aimi.
Aimi membuai perasaan. Fikirannya terbayangkan Laila. Laila yang baik pekertinya, beberapa tempoh
yang lalu. Yang manis perwatakannya. Yang menjadi sahabat seperjuangannya. Sekejap sahaja
terbayangkan Laila, Akif pula yang muncul dalam layar benaknya. Betapa, kata-kata pelajar baru
madrasah itu benar-benar menghenyak jiwanya. Herdikan Laila yang menjadi punca pertelingkahan
terbayang di ruang pemikiran.

“Anti nak jumpa ana?” Soal Aimi. Ketika itu, sesi persekolahan baru sahaja tamat. Dia sampai ke
kelas 5 Ibnu Khaldun adalah disebabkan permintaan Laila yang mahu berjumpa dengannya.

Tangan Laila menggenggam padu sekeping nota kecil. Tiada sinar dalam anak mata coklatnya.

“Apa ni? Cuba kau jelaskan.” Intonasi suara itu naik satu anak tangga. Nota yang sudah digumpal
dilempar, tepat ke muka Aimi yang berdiri di hadapannya. Bengkak sungguh hati Aimi tambahan pula
dengan pandangan sinis Akif yang begitu menjengkelkan. Egonya dirasakan sudah meninggi sehingga
langit ke tujuh. Maruah diri sebagai manusia dan sebagai seorang sahabat seolah-olah sedang dipijak
lumat oleh sahabat sendiri. Aimi sekadar menahan perasaan.

‘Orang yang sedang ditunggangi nafsu, syahwat dan hasutan syaitan memang begini. Akal pasti kalah
dan rasional hilang entah kemana.’ Detik hati Aimi, menyabarkan diri sendiri. Gumpalan kertas itu
dikutip.

Riyadhus solihin,

Sabda Rasulullah : mata boleh berzina dengan melihat (sesuatu yg tidak baik atau tidak wajar
dilihat yg membawa kepada fitnah & dosa) Lldah boleh berzina dengan berkata-kata, tangan
boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dgn berkalan ke tempat maksiat & hati
pula berzina dgn merindui, membayangi & mengingati.

f.o.i

“Kenapa dengan nota ni?” Soal Aimi dengan nada suara yang masih terkawal. Dia sebenarnya sudah
boleh mengagak kemarahan rakannya adalah disebabkan ‘terkena’ dengan hadis rasulullah tersebut.
Hati Laila masih hidup dan belum mati. Cuma sedang sakit parah.

Tanda-tanda hati mati adalah seseorang individu itu tidak akan terkesan dengan sebarang bentuk
teguran, tidak merasa bersalah melakukan perkara mungkar yang dilarang Allah swt, berbangga
dengan kesalahan yang dilakukan serta membenci kebaikan dan pihak yang melakukan kebaikan.
Aimi bersyukur.

‘Barangkali sahabatnya sekadar terkeliru dan tersasar sedikit dari landasan yang sepatutnya.’ Aimi
berbisik sendiri.

“Aku tahu, kau yang selitkan nota tu bawah meja aku.” Jawab Laila kasar. Hilang serinya sebagai
seorang muslimat.

“Bukan ana. Anti pun tahu, bukan ana yang letak. Tapi FOI , Friends Of Islam madrasah. Kenapa nak
jadikan ana kambing hitam pulak?” Tinggi suara Aimi menyoal kembali.
FOI. Tiada siapa pernah tahu, siapa FOI atau apa. Nota-nota dari FOI selalunya berkisarkan hadis dan
firman-firman Allah sebagai teguran dan garis panduan.

“Kau tak payah nak bahankan aku. Engkau pun boleh je nak tulis nota macam ni dan guna kan nama
FOI. Aku tahu kau dengki kan aku, Amy. Aku ada Akif dan kau dengan perangai bajet alim kau ni,
sampai bila-bila pun Syafiq takkan pandang kau.” Angkuh bunyinya. Nama Syafiq yang diguna Laila
untuk mengejeknya membuat Aimi tersepit seketika.

Malu apabila rahsia dan perasaannya dikhianati Laila dan didengari pula Akif yang sedari tadi
memandangnya sinis.

“Redha Allah lebih baik dari redha manusia. Aku tak perlukan Syafiq dan kau dah tersalah
percaturan.” Tukas Aimi, keras. Penggunaan katanya sudah berubah corak.

“Kau bukan tak sedar apa yang berlaku ni satu kesilapan. Cuma kau tu ego dan taknak guna akal
sendiri. Tamparan hadis sahih ni pasti kuat terkena batang hidung kau, kan?” Sambung Aimi lagi.

“Dan jangan lah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji
dan suatu jalan yang buruk. Pelajar cemerlang PMR macam kau seharusnya dah cukup mengerti surah
Al-Isra’ ayat 32 ni!” Hujah Aimi ampuh. Laila menjadi pempan sementara Akif sudah memandang
tajam susuk tubuh Aimi yang nampak gah berdiri. Kolam mata Aimi sebenarnya sudah bertakung air
mata. Seboleh-bolehnya dia cuba tahan daripada tumpah, mengalir.

Akif berani. Bahu Laila dipaut lembut. Seolah-olah sedang menyalurkan kekuatan kepada kekasih
hatinya yang lara kerana termakan kata-kata sendiri.

‘Siapa yang berani menidakkan firman Allah? Sudah tentu, aku tidak berani.’ Perlahan naluri Laila
yang berbisik disingkirkan sebaik sahaja tangan Akif singgah pada bahunya yang masih haram untuk
lelaki itu.

“Laikrohafiddin. Agama tak kisah, kau nak berlagak baik pulak.” Tenang tutur kata Akif ketika
melafazkannya. Hati Aimi yang semakin rapuh, ranap sama sekali.

“Fahaman songsang. Kau...”

“Dah lah perempuan. Baik kau diam.” Potong Akif. Tangannya menepis kasar pula bahu Aimi.

‘Tak guna punya Akif. Berani kau sentuh aku.’ Mencerlang matanya memandang jasad Akif yang jauh
lebih tinggi darinya. Cepat-cepat Aimi melangkah pergi.

Dia tidak boleh mengaji dan solat hari itu. Kesabarannya sudah sifar dan hatinya remuk seribu. Air
matanya sudah mula membasahi pipi.

‘Ya Allah, kurniakan aku kekuatan. Berikan aku rahmatMu agar aku berjaya menjadi seorang
mujahidah sejati di atas muka bumiMu ini.’

Langkahnya dipercepatkan. Destinasinya adalah untuk bertemu Ruqaiyah, naqibah dan zamilah yang
bakal membantunya, dengan izin Allah.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::
Syafiq membuka laman facebooknya pada siang hujung minggu yang redup dan damai itu. Dia
keseorangan tinggal di villa selain ahli keluarga yang lain. Mak Piah, pembantu rumah sedang
menyediakan makan tengah hari bersama anaknya Kak Lyn di dapur. Pak Mail pula masih kekal
berada di pondok jaga yang telah dikhaskan.

Ibu, ayahnya dan Wani telah bergerak ke salah sebuah hospital swasta terkemuka di ibu kota sejak
pagi lagi. Pada mulanya, Syafiq beria-ia mahu mengikut sekali. Maklumlah, siapa yang tidak akan
risau apabila dimaklumkan mengenai saudara kembar sendiri mempunyai masalah kesihatan yang
serius. Terkejut sungguh dia dengan berita itu. Wajah Wani nampak tenang sahaja.

“Alah bang, chill lah sikit. Akak bukan nya sakit parah pun. Cuma nak buat check-up je.” Pujuk Wani
sebelum meninggalkannya seorang diri di rumah.

Fatihi Syafiq terpaksa berada di rumah kerana dia mempunyai kelas tambahan pada petang itu dan
pada petang keesokan harinya.

‘Semua demi SPM dan demi kebahagiaan orang tua aku.’ Syafiq mengingatkan diri sendiri.

“Fiq, ibu dan ayah nak bawa Wani ke KL sebab nak buat rawatan susulan mengenai sakit adik awak
ni. Awak duduk rumah saja, ya.” Pesan Puan Rafidah. Dia mengerti melihat anak lelaki tunggalnya
berubah wajah. Syafiq memang tidak pernah diberitahu mengenai penyakit Leukimia yang dihadapi
oleh kembarnya. Hal itu adalah permintaan Wani sendiri. Selama ini, sekiranya Wani ingin
mendapatkan rawatan, abangnya tidak pernah tahu kerana mereka menuntut di sekolah yang berbeza
sehingga berada di tingkatan tiga. Cuma pada hari ini, kebenaran mengenai penyakit Wani perlu
diperjelaskan.

“Fiq, Wani sebenarnya menghidap Leukimia tahap kedua. “ Encik Fariz pula menokok. Bertambah
terkejut Syafiq dibuatnya. Wani sekadar mematungkan diri. Rasa bersalah turut terbit dalam hatinya.
Kalau boleh dia tidak mahu kembarnya kecil hati dan dalam masa yang sama dia juga tidak mahu
abangnya itu risau terhadap dirinya.

“Betul ke ni, kak?” Mendatar. Tegas suara Syafiq berbunyi. Pandangannya ditala menghadap Wani
yang sudah bersiap dengan blaus labuh, denim, bersama shawl labuh yang litup menutupi kepala.
Adiknya juga sudah siap berstoking.

Wani mengangguk beberapa kali.

“Akak tak mahu bagitahu abang sebab akak pun baru tahu masa akhir tingkatan3. Sebelum ni akak
cuma migrain biasa-biasa je.” Wani tidak memandang tepat dalam mata Syafiq. Dia menekur
memandang lantai kayu rumah mereka.

“Akak tak mahu abang risau bagai.” Sambung Wani lagi. Syafiq mengeluh perlahan sebelum bangkit
dari duduk.

“Tak apa lah bu, Fiq tak kisah. Tapi, Fiq nak ayah dengan ibu tunggu sekejap. Fiq nak bersiap, nak
ikut sekali.” Balas Syafiq. Dia akur dengan alasan Wani. Laju dia menuju ke tangga.

“Fiq, tunggu sekejap.” Arahan Puan Rafidah menyebabkan langkahnya terhenti. Dia berpaling
menghadap wajah tulus ibunya.

“Fiq tak boleh ikut sekali. Fiq duduk di rumah ya.” Lembut pertuturan ibu memujuknya.
Syafiq buat muka hampa.

“Fiq masih mempunyai tanggungjawab yang lain. Tunaikan dulu tanggungjawab Fiq. Ibu dan ayah
akan tunaikan tanggungjawab kami menjaga Wani. Sebagai abang, Fiq masih boleh mendoakan yang
terbaik untuk Wani.” Terasa aura keibuan Puan Rafidah meresap dalam tubuh tegapnya. Syafiq akur
sekali lagi. Dia lihat Wani melemparkan senyum segaris terhadapnya.

Ulang tayang pendek pagi tadi hilang serta merta sebaik Syafiq dikejutkan dengan bunyi pop out chat
di laman facebooknya.

‘Farouq rupanya.’ Getus Syafiq perlahan. Sapaan oleh Ketua Umum (KU) madrasah mendapat respon
Syafiq.

Salam, Fiq. Anta apa khabar cuti semester


pertama kali ni?

Wassalam Farouq. Ana sht, Alhamdulillah tp


sbnrnya, ada sesuatu yg membimbangkan
ana. Anta macam mana pulak?

Ana mcm biasa lh, Alhamdulillah. Apa dia


perkara yg membimbangkan anta tu?

Ana baru dpt tahu, Wani menghidap


leukimia. Ana betul2 terjekut. Ana risau
betul skrg ni.

Innalillah.. ana harap anta bersabar. Bnyk2


kn lh berdoa. Jgn mudah putus harapan atu
lemah semangat.

Jazakallah n InsyaAllah. Anta ni, tegur ana,


mesti anta ada sesuatu nk mklum kn.

Betul tu.  Ana nk anta singgah profil Akif.


MasyaAllah, makin menjadi-jadi sikapnya.
Kdg2, ana sndiri pns hati dgn sikap dia tu.

Akif? Skrg ni, dh semakin bnyk khbr x baik


psl Akif ana dgr. Tpi, ana x ambil tahu sgt.
Anta ada buat apa2 tindakan ke?

Setakat ni belum lg. Ana ingt nk bincang


dulu dgn semua AMTM.

Syafiq bersegara dan tidak membuang masa. Sekejap lagi pasti Kak Lyn akan memanggilnya
untuk turun, makan tengah hari. Dia cepat-cepat membuka laman profil Akif ; AkieLaila. Satu persatu
pautan dan komentar pada laman berkenaan ditinjau. Gayanya sudah seperti seorang perisik
persendirian yang sedang mencari maklumat.

Syafiq menggeleng beberapa kali apabila matanya tertancap pada beberapa komen antara Akif dan
Laila. Dia sendiri naik geli-geleman membaca komen-komen yang kononnya manja bagi pasangan
kekasih itu.

‘Luv u Kie.’

‘Ela pnt lh hari ni. -,-’ kite jumpe lain kali, k?’
‘IMY baby. Esok jumpe kt skool <3’

‘Rasa nk peluk2 je Ela <3 sbb Ela ne nkl sgt !!’

Banyak lagi sebenarnya komen antara mereka yang begitu menjengkelkan pada pandangan mata kasar
Syafiq. Dia tidak sanggup melihat lebih-lebih. Syafiq beristighfar panjang sebelum memanjatkan
syukurnya ke hadrat Ilahi kerana dia dan adik kembarnya masih terpelihara dari melakukan perbuatan-
perbuatan negatif dan maksiat sedemikian rupa. Semuanya berkat asuhan ibu dan ayah serta didikan
berkualiti oleh pusat pentarbiyahan mereka.

Pemuda yang masih menghadap netbook itu, mendekat dirinya agar mudah melihat pautan-pautan
kecil pada laman Akif. Dia menggaru ubun yang tidak gatal. Hairan dengan sikap remaja sebaya
dengannya yang cenderung untuk ‘Like’ komen-komen Akif dan Laila yang dirasakan sangat tersasar
dari landasan sebenar.

Tambahan pula kedua-dua mereka berasal dari sekolah agama yang tegas dalam memberi
pentarbiyahan dan didikan mengenai hukum-hukum agama. Pada pendapat Syafiq, dia, Akif dan
Laila, sebagai pelajar-pelajar keluaran madrasah seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik ketika
berhadapan dengan orang luar dan bukan sebaliknya. Jika tidak mereka, siapa lagi yang akan memberi
contoh pada masyarakat serta saling ingat mengingatkan untuk beramal soleh antara mereka? Soalan
itu berlegar-legar dalam pemikirannya. Soalan yang sentiasa mendidik kesedaran dalam jiwa
mudanya.

Syafiq menggerakkan tetikus. Gambar terbaru Laila yang menjadi pautan dalam laman Akif diklik
sekali.

Wajah manis Laila ditatap seketika tanpa perasaan. Muslimat itu mengenakan shawl singkat paras
dada berwarna merah terang. Wajah putih kemerah-merahannya tampak lebih cerah disebabkan
pengubahsuaian yang dilakukan ke atas gambar tersebut. Celak tebal melingkari mata bundarnya agar
kelihatan galak. Mata Laila kecil kerana disepetkan dan pipi pula dikembungkan. Tergelak kecil
Syafiq menatap gambar muslimat itu sepintas lalu.

‘Elok-elok muka manis, disolek macam entah apa-apa entah. Tak cun langsung.’ Pandangan
peribadinya hanya dibiarkan dalam hati. Seingat Syafiq, Wani juga pernah beberapa kali bergambar
dengan aksi yang lebih kurang seperti itu. Tetapi, setahu dia, adiknya tidak pernah menyolek diri
seteruk itu dan tidak pernah menjadikan gambar tersebut sebagai tatapan umum, sebaliknya sekadar
suka-suka untuk simpanan peribadi sahaja.

‘Tak malu sungguh.’ Hati lelakinya mengomel lagi.

Dia beralih pula kepada komen-komen yang diberikan terhadap gambar berkenaan. Hatinya tidak lagi
mengutuk tetapi sedih bercampur kecewa.

AkieLaila : huhu~ peliknya muke ne. *winkwink

ElaAkif : pelik ke? Eeiii, tak baek tw. Mengata org pulak xp

AkieLaila : nape? X bole terima ke? Jgn hrp la Akie nk puji Ela comey.. xp

ElaAkif : Eleh.. x comey pon, Ela ne Kie punye jugak kn? 

AkieLaila : eh, yeke? Haha


ElaAkif : buat2 x tw pulak. Gigit naty, baru tw. Huhu -,-

AkieLaila : TAKUTnye haha~ cpt la, klw Ela berani. LOL 

ElaAkif : I LUV BITE U <3

Myahana Ali : Yucks ! u guys, geli nye cnversation korg ><’

ElaAkif : yelahtu Mya. Kau pon 2 x 5 je bkn ak x tw xp

Myahana Ali : tp x la public sgt mcm korg. Tmbh lk, bkn ke korg ne student madrasah yg sume

alim2 tu?

ElaAkif : mmg la. Tp, kitorg pon teens mcm org lain gk. Da lh. ak x suke kau mention

psl madrasah.

Raudhatul Ain : Merah nya tudung.. MasyaAllah.. -_-“

Faqihah Husna : Astaghfirullahal’azim. Anti.. ish3~

ElaAkif : Raudah > dengki lh tu.

Qehah Husna > apa maksud anti, Qehah? X phm lh ana.

Mus : Bertaubat lh kalian sementara pintu taubat masih terbuka.

ElaAkif : Mind ur own business !!!!

Syafiq menggeleng beberapa kali.

‘MasyaAllah, degil betul!’

Berat juga kepalanya mengenangkan sahabat satu madrasah dengannya itu. Syafiq terpaksa berhenti
tatkala Kak Lyn memanggilnya makan; seperti yang telah dijangka.

“Astaghfirullaha’azim” Istighfarnya masih tidak berhenti.

Setelah solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran, Syafiq membaca surah Yasin di villa
seorang diri. Bukan kerana dia takut kesunyian tetapi demi mendoakan agar segala rawatan yang
diberikan kepada Wani berkesan dan berjalan dengan lancar.

Telefon bimbitnya berbunyi runut lagu Kasih Kekasih menandakan terdapat pesanan yang masuk.
Lantas telefonnya itu dicapai.

‘Fiq, anta sibuk ke malam esok? Ana nak ajak anta join ana pergi majlis ilmu dekat masjid
berhampiran rumah ana, Masjid As-Solihin. Kupasan isunya menarik. Ana ingt nk pakat ramai-ramai
join sekali. Anta fikir2 kn lh dulu. Apa2 hal, inform kn pd ana.’

Pesanan ringkas daripada Kamal Adri disambut dengan senyum segaris. Syafiq dapat mengagak
bahawa sahabat-sahabatnya yang lain seperti Farouq, Jayjay, Kama dan Adil turut mendapat pelawaan
yang serupa daripada Edy.
Entah sejak bila, dia mula jatuh hati untuk menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid dan surau, dia juga
tidak berapa pasti. Kerana dirinya bukan semulajadi terdorong ke arah fikrah diniyyah. Barangkali
atas dasar pengaruh sahabat-sahabat di madrasah serta tarbiah di sana telah menjadikan dia cinta
kepada majlis ilmu sebegini.

“Marcapada, dalam kehidupan sehari-harian kita, masih terdapat sebilangan besar golongan
yang prejudis dan memandang enteng terhadap peranan majlis-majlis ilmu seperti ceramah dan forum
agama serta aktiviti usrah yang selalu diadakan di institusi pendidikan, masjid dan surau-surau.
Mereka berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti seperti tidak melibatkan pergaulan yang luas seolah-olah
aktiviti sosial mereka akan menjadi terbatas dan tahap pemikiran mereka akan menjadi sempit.
Pandangan dan tanggapan seperti ini seharusnya dikikis dari dalam jiwa seseorang yang bergelar
Islam. Majlis ilmu sebegini sebenarnya bukan saja dapat mengeratkan ukhuwah sesama saudara
seagama dan menambahkan ilmu agama semata-mata bahkan majlis ilmu agama pada masa kini,
sudah mempunyai perspektif yang luas. Perkongsian informasi secara global dapat membantu individu
muslim berfikir secara kritis dan kreatif bagi memantapkan kerohanian seseorang itu dan berinovasi
dalam memantapkan akidah serta akhlak muslimin dan muslimat keseluruhannya. Melalui majlis
agama juga lah, pergaulan sosial dapat berlaku secara sihat dan memberi manfaat, yang mana hal ini
menunjukkan bahawa tanggapan orentalis Barat adalah salah. Majlis ilmu agama bukanlah bertujuan
untuk mengongkong ahlinya malahan dapat mengukuhkan istitusi masyarakat Islam itu sendiri.
Setelah dirangkumkan kepentingan menghadiri majlis ilmu agama secara keseluruhannya, kita dapat
kenalpasti dengan lebih jelas bahawa dengan kaedah ini, imej Islam yang berketerampilan, bersatu
padu dan sepakat dapat ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam. InsyaAllah, dengan usaha yang
diniatkan demi Allah dan rasulnya, kegemilangan Islam pada suatu ketika dulu dapat dikembalikan
sekiranya umat Islam kembali kuat walaupun melalui peranan majlis ilmu yang kelihatan kecil di mata
kasar para insan. Wallahu’alam”

Syafiq tersenyum segaris, sekali lagi. Ulasan pendek Nur Iman Aimi ketika hari pertama perkhemahan
Ahli Majlis Tinggi Madrasah pada awal tahun itu kembali bertandang dalam jendela pendengarannya.
Pada ketika itu, dia sememangnya mengagumi muslimat berkenaan yang berkeyakinan ketika berucap.
Hujah Aimi telah meyakin kan para penonton yang terdiri daripada AMTM sendiri dan beberapa
orang guru pengiring yang juga guru Biro Tarbiah. Perucapan awamnya yang cemerlang ketika itu
telah menyebabkan dia terpilih sebagai setiausaha dalam organisasi tarbiah madrasah, Badan Dakwah
dan Agama (BaDA) pada keesokan harinya ketika mesyuarat jawatankuasa.

Lewat malam itu, setelah menunaikan solat Isya’ dan dua rakaat solat hajat, Syafiq terlena di sofa
fabrik baldu merah hati di ruang tengah tingkat dua villanya.

Fasa 2

Cuti semester pertama hanya berbaki tiga hari lagi. Laila mengeluh, hatinya tidak senang
apabila terfikirkan madrasah.

“Leceh betul lah nanti. Mesti tak habis-habis diorang nak mentality toture aku. Nak buat apa-
apa pun payah. Aku macam kena guard, full time!” Omel Laila Qaisarah seorang diri tatkala sedang
menilik wajah putihnya di hadapan cermin. Pagi itu, anginnya tidak baik setelah dimarahi oleh ibunya,
Puan Maimun sebaik sahaja dia menyatakan hasrat untuk bercuti di Melaka bersama dengan Akif.

“Leceh.” Bentak Laila sekali lagi.


“Awak dah hilang akal ke, Ela?” Antara terkejut dan kecewa. Perasaan Puan Maimun ketika itu
bercampur menjadi satu. Runsing jadinya, wanita pertengahan 40-an itu mengenang sikap anak
perempuannya.

“Ela, bukan pergi berdua dengan Akif. Abang dan kakak dia pun ada sekali lah, mak. Boleh lah mak.
Ela dah plan lama dah. Takkan nak cancel macam tu je. Tempat menginap pun dah booking.” Laila
memberi alasan.

“Awak jangan mak ingat mak tak tahu. Memanglah abang dan kakak dia pun ada. Tapi, setahu mak,
diorang pun bawa pasangan masing-masing kan? Sebab itu lah, mak taknak izinkan awak pergi, Ela.
Keputusan mak, muktamad.” Puan Maimun cuba bertegas kerana sudah acap kali beralah dengan anak
sulungnya itu.

“Mak, sekali ni je. Tolong lah bagi Ela rasa bahagia. Cuti dah nak habis lah mak.” Laila masih cuba
memujuk.

“Mak tak dapat lah, Ela. Awak pujuk lah macam mana pun, mak tetap tak izinkan. Kalau awak nak
pergi jugak dengan Akif ke Melaka, awak berdosa dengan mak. Mak tak halalkan awak pergi.” Habis
bicaranya, Puan Maimun terus melangkah keluar dari bilik tidur Laila. Dia sendiri bimbang akan
termakan pujukan Laila sekiranya berada lebih lama lagi di situ. Perangai Laila yang melebihkan
Akifuddin Aiman berbanding dirinya, membuatkan dia makan hati dengan sikap anaknya.

‘Tak pernah kah Ela terfikir bahawa Ela sebenarnya telah dibagiakan oleh mak berkali ganda jauh
lebih baik daripada Akifuddin?

Tak pernah kah Ela faham perasaan mak yang seringkali dilukai oleh Ela disebabkan sikap Ela, itu
sendiri?

Ela selalu memalukan mak dan ayah seolah-olah kami tidak mendidik Ela dengan baik. Sedangkan,
kami telah beri kasih sayang kami pada Ela dan didikan yang terbaik untuk mu.

Boleh dikatakan sebulan sekali, sekolah akan panggil mak atau ayah untuk berbincang mengenai
masalah berkenaan sahsiah dan disiplin Ela. Di mana mak nak sorokkan muka kami?

Kami ini orang terpelajar yang seharusnya dikenali kerana sikap terpuji anak-anak. Bukan dikenali
kerana sikap buruk yang mencoteng arang ke muka kami.

Apa kebaikan dan kepentingannya, ber’couple’ di mata Ela, sehingga Ela sanjung hubungan seperti
itu?

Pentingkah hubungan Akif dan Ela, walaupun mak sering terluka dan redha Allah tidak bersama mu?

Ela sudah cukup dewasa. Seharusnya dapat membezakan yang mana baik dan buruk serta antara yang
hak dan batil, halal dan haram sesebuah perhubungan.’

Puan Maimun menyimpan berbagai persoalan serta kekecewannya di dalam hati yang rawan.
Walaupun tidak pernah berpuas hati dengan sikap Laila Qaisarah, dia malas untuk berkata-kata lanjut
sehingga menyebabkan pertelagahan antara mereka berdua.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ibu, ayah dan Wani telah pulang semula ke villa pada petang, hari Jumaat. Syafiq lega melihat
saudara kembarnya itu baik-baik sahaja. Wani tidak banyak bercerita kepadanya tentang rawatan atau
penyakit yang dihadapinya. Adik kembarnya itu lebih banyak berbual kosong dan meminta maaf
kepadanya.

“Chill lah kak. Abang dah okay lah. Cuma agak terkejut sikit je. Akak, okay?” Soal Syafiq. Dia yang
berbaring di riba adik kembarnya mendongakkan kepala, memandang Wani.

“Emh, okay.” Jawab Wani pendek. Dia senyum segaris. Dia malas mahu menceritakan perihal
rawatannya semalam.

‘Ahhh, aku nak berahsia lagi ke? Teruk betul.’ Getus Wani dalam hati. Matanya difokuskan pada kaca
televisyen, sedangkan fikirannya mula terbang entah ke mana.Drama komedi Jepun; Nodame itu tidak
lagi menarik perhatiannya.

Syafiq ketawa beberapa kali, kelucuan. Namun, dia dapat mengesan kelainan pada Wani apabila
dilihatnya, adik kembarnya itu seperti termenung jauh.

“Kak,” tegur Syafiq lembut.

“Huh? Apa dia, abang?” Respon Wani mengiakan telahan Syafiq. Syafiq tersenyum lebar,
menampakkan lesung pipit kiri yang sukar ditunjukkan oleh Ketua Exco Asrama Al-Ikhwan itu. Wani
pula menjadi hairan dengan reaksi abangnya.

“Kenapa bang?” soal Wani sekali lagi. Dia membiarkan sahaja Syafiq bangkit dan bersandar di
sebelahnya.

“Nak ikut abang tak, kita join majlis ilmu dekat tempat Edy? Masjid As-Solihin, kalau tak silap.”
Cadang Syafiq. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Menyemak mesej daripada kawannya semalam.
Wani ikut tersenyum. ‘Sebab tu, rupanya. Ingatkan apalah tadi. Senyum sampai ke telinga tiba-tiba,
macam dah buang tebiat.’ Omel Wani dalam hati.

“Wani okay je. Tapi kita kena minta izin dengan ibu dulu.”

“Kenapa pula? Sebelum ni, ibu tak larang pun kalau kita nak menghadiri majlis ilmu macam ni.”

Wani senyum segaris.

‘Tak prihatin sungguh, abang ni.’ Hati Wani berbisik.

“Abang, Wani kan baru je lepas buat treatment semalam. For my safety precaution, kita minta izin lah
dengan ibu dulu. Kalau ibu risau, macam mana?” Terang Wani.

Syafiq mengangguk beberapa kali, mengiakan.

‘Tak terfikir pula, aku.’ Getus Syafiq dalam hati.

...................................................................................Cinta&Ukhuwah......................................................
................

“Akif.. Akif tepis bahu Amy sebelum dia hamburkan kata yang bukan-bukan pada dia. Itu
yang buat Amy patah hati dan kecewa.” Ruqaiyah mengeluh di hujung bicara.
BUK! Syafiq menumbuk dinding putih Masjid As-Solihin, padu. Panas hatinya dengan khabar
berita barusan yang disampaikan oleh Ruqaiyah.

Ruqaiyah terdiam. Akhowat yang lain juga perasan dengan bunyi dentuman itu. Wani mula bimbang,
sepertinya, dia dapat mengagak bahawa bunyi itu disebabkan abang kembarnya.

Seperti yang dijanjikan pada malam sebelumnya, Syafiq dan Wani telah bergerak ke Masjid
As-Solihin sebelum maghrib untuk menghadiri majlis ilmu pada malam itu. Wani turut mempelawa
beberapa orang sahabatnya untuk turut serta. Dalam banyak pelawaannya, hanya Aimi yang tidak
dapat turut serta. Pelajar lelaki yang seperti telah berjanji berjumpa malam itu ialah, Farouq, Kamal
Adri, Azizi, Kamarul, Fadhil dan Syafiq sendiri.

Selepas ceramah keagamaan di masjid itu telah selesai, sekumpulan pelajar keluaran madrasah yang
sama itu telah berkumpul dalam ruang solat untuk membincangkan suatu isu hangat yang sedang
melanda madrasah mereka.

Pelajar lelaki di sebelah ruang solat lelaki manakala pelajar perempuan berada di ruang solat wanita.
Mereka dipisahkan oleh tabir di tengah-tengah antara kumpulan itu. Farouq bertindak sebagai ketua
dalam kumpulan. Mereka berbincang bersama-sama mengenai masalah yang ditimbulkan oleh Akif
dan Laila. Antara mereka yang paling ketara memberi buah fikiran dan cadangan kebanyakannya
merupakan Ahli Majlis Tertinggi Madrasah (AMTM). Wani, Ruqaiyah, Fatimah Zulfa, Azizi dan
Fadhil lebih banyak mendengar dari merespon.

Tidak lama. Tempoh perbincangan mereka khususnya antara, Farouq, Sofia, Syafiq, Kamarul, Kamal
Adri dan Wan Syafiqah tidak mengambil masa yang panjang.

Suasana agak senyap sebelum Ruqaiyah mencelah. Dia menceritakan peristiwa yang telah berlaku
antara Aimi , Laila dan Akif, beberapa hari sebelum cuti semester.

“Fiq.” Tegur Farouq tegas. Dia pasti akhowat di belakang tabir turut mendengar dentuman
kecil akibat tumbukan Syafiq ketika Ruqaiyah sedang bercerita perihal Aimi kepada mereka. Kalau
tidak, masakan Ruqaiyah berhenti berbicara tiba-tiba

“Anta kena lah kawal emosi tu.” Celah Kamal Adri yang duduk di sebelah Syafiq. Belakang Syafiq
ditepuk beberapa kali, perlahan.

“Istighfar banyak-banyak.” Nasihat Kamal Adri dipersetujui rakan-rakannya yang lain.

“Ana panas hati dengan sikap Akif tu. Sambil lewa sungguh.” Syafiq menjawab, perlahan. Jarinya
dikepal buku lima.

Ikhwan yang lain mengangguk mengiakan. Mereka juga turut makan hati dengan sikap Akif yang
semakin menjadi-jadi.

‘Kalau Akif itu di depan mata aku, sudah lumat aku kerjakan.’ Amarah masih menyala dalam hati
Syafiq.
Fasa 3

Tipu jika dia katakan, dia sekadar marah dengan tindakan Akif yang biadap menepis bahu
Aimi. Unsur peribadi itu tidak dapat dinafikan. Hati syababnya agak tertarik kepada Nur Iman Aimi
sejak kali pertama dia perasan kehadiran gadis bermata bundar itu ketika dia diterima masuk ke
madrasah setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah; PMR. Dia
marah, panas hati dan menahan geram kerana seseorang yang disukainya dilukai sedemikian rupa

‘Ahhh. Kusut. Jiwang. Malunya aku.’ Hatinya terdetik, merungut sendiri. Dia menyesal
dengan tindakan tidak matangnya ketika berkumpul dengan beberapa pelajar madrasah malam
semalam di Masjid As-Solihin. Malu kerana sikapnya itu disedari ikhwan yang kebanyakan mereka
menghormati dan menjadikan dirinya contoh ideal selain Farouq dan beberapa lagi orang pelajar
lelaki. Bertambah memalukan apabila tindakannya turut disedari akhowat yang terlibat pada malam
itu.

Runut lagu Kasih Kekasih nyanyian kumpulan nasyid In-Team berbunyi lagi, memenuhi
segenap ruang dalam bilik tidur Syafiq yang kelihatan luas dicat dengan warna biru langit dan indigo.
Syafiq membaca mesej daripada farouq beberapa ketika sebelum menampal senyum pada wajah
tampannya. Sahabat sejati punya naluri, a friend in need is a friend indeed. Sepintas lalu kata-kata
hikmat yang pernah diperkatakan Puan Nursyidah, guru Bahasa Inggerisnya melintas dalam kotak
fikiran.

‘Ya sodiqi, anta free tak? Ana ingat nak belanja anta minum petang  kita jumpa di warung
baru buka dekat Simpang Lima. Boleh pekena mi bandung sekali  Kita berdua je.’

Syafiq memandang Swacth pada perglangan tangan. Jarum pendeknya sudah menginjak ke
angka 4 manakala jarum panjang pada angka 6. Syafiq mula bangkit dari kerusi di beranda, bersiap-
siap untuk keluar.

Syafiq mengangkat tangan sebaik terpandang susuk tubuh Farouq yang berpakaian T-shirt
dan track bottom di warung yang popular kerana keenakan mi bandungnya. Kecur pula air liurnya,
terbayangkan keenakan mi bandung tersebut.

“Assalamualaikum.” Huluran salam Farouq bersambut setelah dirinya dipersilakan duduk


semeja.

“Anta dari mana ni, Farouq?” Farouq tersenyum manis. Dia dapat mengagak pertanyaan itu
disebabkan pemakaiannya yang sedikit berbeza.

“Ana baru habis main tenis dengan Kak Nur.” Senyum yang tertampal masih belum sirna dari
wajah Farouq. Barangkali kerana momen bermain tenis bersama kakak angkatnya itu mempunyai
makna yang tersendiri terhadap dirinya.
Seorang pelayan wanita mendatangi mereka berdua, mengambil pesanan dua mangkuk mi
bandung berserta segelas teh O ais dan segelas milo ais, sebelum dia beredar dari meja mereka.

“Anta ni, ana tengok, bahagia semacam bila sentuh perihal Kak Nur. Ada apa-apa ke?”
Seloroh Syafiq, sengaja mengusik. Kak Nur merupakan kakak angkat Faroq Faqihin sejak dia berumur
setahun lagi. Beza umur antara kedua mereka hanya lah dua tahun. Kini, berdasarkan makluman yang
pernah diberitahu Farouq, Kak Nur kini sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai,
Seremban dalam jurusan kedoktoran.

“Ada pula bahagia semacam? Anta sengaja nak sakat ana. Bukan anta tak tahu Kak Nur tu dah
macam kakak kandung ana sendiri. Merepek saja anta ni. Ana panggil anta kerana nak duduk berborak
tentang anta, bukannya ana.” Ada tawa kecil pada permulaan bicara Farouq. Lucu memikirkan
sangkaan yang sengaja dibuat-buat oleh teman sepermainannya itu. Syafiq diam. Kekusutan yang sarat
menimpa benaknya kembali menganggu.

“Kenapa boleh jadi macam tu, malam semalam?” Soal Farouq secara terus melihatkan Syafiq
sekadar mendiamkan diri.

“Wallahu’alam. Ana pun tak pasti. Teruk sangat kah?” Syafiq menyoal, bertanyakan
pandangan Farouq yang dirasakannya lebih matang dalam berfikir.

“Tak adalah melampau sangat. Cuma mereka semua agak terkejut. Ana rasa lah.”

“Anta tak terkejut pula?”

Farouq tergelak kecil.

“Ana tahu, anta ada hati dengan Nur Iman Aimi.”

Syafiq diam. Farouq tahu kerana dia pernah bercerita kepada sahabatnya itu perihal
perasaannya.

Dia menyukai Nur Iman Aimi kerana kecantikan akhlaknya serta ketegasan setiausaha BaDA
tersebut. Aimi ada keistimewaannya yang tersendiri sehingga mampu membuatkan dia jatuh hati
walaupun mereka tidak pernah berbual mesra, tidak pernah duduk bersembang bersama, tidak
berhubung di face book, twitter atau telefon serta ber-sms berjam-jam lamanya dan jauh sekali
menyentuh Aimi yang bukan mahramnya itu. Syafiq tetap menyukai Nur Iman Aimi. Fakta ringkas itu
hanya diketahui Farouq dan Wani sahaja.

“My bad. Ana tak dapat control rasa bengang ana bila ana dengar yang Akif buat macam tu
dekat Aimi, masa tu.” Terang Syafiq.

Dia ikut Farouq menikmati pesanan yang barusan sampai ke meja mereka.

“Anta bengang lagi dekat Akif?” Soalan mendapat gelengan daripada sahabatnya. Dia
tersenyum seketika.

“Pendapat ana, kalau betul anta sukakan Aimi, tak apalah sebab erasaan ini fitrah. Yang
penting anta kena pandai control. Asalkan anta sedar keterlanjuran anta and ada inisiatif untuk berubah
atau maintain dengan kebaikan yang anta sentiasa tunjukkan, itu pun dah memadai, InsyaAllah.” Balas
farouq kembali. Dia mengangkat kening melihat Syafiq di hadapan yang mula tersengih-sengih
sendiri.
“Anta gelakkan ana? Ana cakap betul lah.” Tukas Farouq, tidak bersetuju dengan respon
sahabatnya itu.

“Perkataan keterlanjuran tu buat ana geli hati. Anta ni, macam dah tak ada vocab yang sesuai
je untuk digunakan. Yang kedua, ana tengok cara anta bercakap ni mengalahkan orang yang merasa
cinta ni. Sedangkan, anta bukannya berpengalaman pun.”

“Entah apa-apa betul, anta ni. Ana rasa okey je word tu.” Farouq membalas pendek, malas
melayan loyar buruk Syafiq. Farouq menampakkan senyum segaris mendengar andaian Syafiq
sebentar tadi.

Dia lega kerana sahabatnya itu tidak terlalu memikirkan perihal kertelanjuran yang dilakukan.

‘Kertelanjuran.’

‘Apa yang tak kena dengan word ni?’

Persoalan yang remeh dan tidak penting itu dipadamkan dari kotak fikirannya. Farouq
memilih untuk menikmati mi bandung yang sedia terhidang. Sedap.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hari itu hari pertama persekolahan setelah pelajar-pelajar madrasah diberi cuti semester pertama
selama lebih tiga minggu.

Sejak beberapa hari sebelum persekolahan bermula, Encik Fariz dan Puan Rafidah telah
membuat keputusan bahawa anak perempuan mereka, Hawa Hanani akan berulang alik ke sekolah dan
menetap di rumah atas faktor-faktor kesihatan. Sebagai anak, Syafiq dan Wani sekadar bersetuju
dengan keputusan kedua orang tua mereka.

“Hari ini, tempat duduk kamu semua akan dirombak. Sebagai pelajar, saya tidak mahu
mendengar sebarang bantahan daripada kamu semua. Sebarang masalah, boleh datang jumpa saya.
InsyaAllah saya akan pertimbangkan. “ Kelas masa kedua pada hari pertama persekolahan hari itu
bukan sahaja menghampakan Akif dan Laila yang duduk berdekatan antara satu sama lain namun turut
mengundang keluhan beberapa pelajar lain. Masing-masing mula menunjukkan wajah kelat terhadap
Akif dan Laila. Apabila Puan Nazrina membuat keputusan, sememangnya keputusan itu sukar diubah.
Kelas 5 Ibnu Khaldun suram pada pagi Isnin itu.

Masa yang diambil untuk merombak kedudukan keseluruhan isi kelas aliran sastera sekadar
memakan masa lebih kurang lima belas minit. Watak utamanya, Akif mendapat tempat duduk di
sebelah tingkap, bersebelahan dengan Jayjay manakala heroin kelas tersebut mendapat tempat di
tengah-tengah kelas. Ketara. Wajah Laila Qaisarah masam mencuka. Dia menyumpah seranah hari
Isnin itu tidak henti-henti. ‘Rimas. Taknak sekolah.’ Fikirannya mula mengakses idea yang bukan-
bukan.

“Ustazah Nazrina, saya ada masalah dengan tempat duduk baru saya.” Wani memberanikan
diri. Ke hadapan kelas dan mengemukakan masalahnya kepada Puan Nazrina yang terkenal dengan
ketegasan beliau sebagai muallimat biro disiplin di madrasah tersebut. Puan Nazrina mencerunkan
pandangannya memandang susuk tubuh Wani. Kaca matanya terlurut ke bawah pangkal hidung.

“Apa masalah awak Hawa?” Soal beliau.


“Saya minta maaf ustazah. Saya tak selesa dengan tempat duduk baru saya. Bila duduk di bawah
kipas, saya start migrain. Sebab saya tak tahan sejuk pagi-pagi, agaknya.” Terang Wani, satu persatu
dengan terperinci dan cermat.

Puan Nazrina terdiam. Beliau berfikir beberapa ketika sebelum memulakan bicara, memberikan
keputusannya.

“Baiklah.” Beliau bangkit dari duduk di meja guru Kelas 5 Ibnu Khaldun. Matanya meliar ke setiap
koordinat kelas yang telah dirombak, kedudukan pelajar-pelajarnya.

“Awak duduk di sebelah Laila ya, Hawa? Tempat tu nampak sesuai memandangkan kedudukannya
yang jauh dari kipas dan berada di tengah-tengah kelas. Mungkin akan membantu awak untuk lebih
fokus bila belajar nanti.” Wani menurut. Dia berpindah ke tempat duduk bersebelahan dengan Laila
Qaisarah yang memandangnya tidak beriak. Masing-masing diam. Kelas 5 Ibnu Khaldun memulakan
sesi pembelajaran subjek Sejarah mereka setelah keadaan dalam kelas terkawal dan tampak lebih
tersusun berbanding susunan asal. Puan Nazrina berpuas hati. Seluruh isi kelas menyepi diri, fokus
pada Bab 3, subjek Sejarah dalam sukatan pelajaran bagi pelajar-pelajar tingkatan lima.

Fasa 4

Sudah hampir dua minggu Laila Qaisarah dan Hawa Hanani duduk bersebelahan di dalam Kelas 5
Ibnu Khaldun. Komunikasi antara mereka tidak terjalin dengan begitu baik. Selalunya, apabila sepatah
soalan yang diajukan Wani kepada Laila, sepatah jugalah jawapan yang akan diberikan oleh Laila dan
begitulah sebaliknya. Pada awalnya, Wani mengandaikan Laila tidak senang dengan kehadirannya di
sebelah rakan sekelasnya itu. Laila sering melekapkan kepalanya di atas meja sambil memalingkan
muka membelakanginya. Namun, kini Wani tahu. Laila sering memalingkan mukanya daripadanya
bagi menyembunyikan barang larangan yang dibawa ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai