Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman itu guru terbaik

Kisah ini bermula apabila saya berusia 10 tahun. Saya memang seorang budak yang nakal
dan diketahui sebagai seorang yang teruk pada masa itu. Hal ini dikatakan demikian kerana saya
selalu menimbulkan masalah dan menyusahkan orang lain dalam pelbagai perkara. Kenalan saya
kerap mengejek saya sebagai seorang yang rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati kerana saya asyik
enggan menerima nasihat mereka.

Namun, sesuatu yang luar biasa telah menimpa ke atas saya dan menyebabkan perubahan
dalam diri saya kepada seorang yang betul-betul berbeza dengan asalnya.

‘Amboi, cantiknya kraf tangan ini!’ Hari itu merupakan hari jadi Sofia, orang kegemaran saya.
Di dalam kelas, saya ternampak sebuah arnab buatan tangan yang comel telah dipegang oleh Sofia
dengan berhati-berhati sambil diperhatikan olehnya. Nampaknya dia memang menggemari hadiah
ini. Sahabat saya mendapati bahawa hadiah ini adalah daripada Ali, budak yang paling pendiam
dalam kelas. Saya berasa iri hati kerana Sofia tidak suka jam tangan yang saya hadiahkan kepadanya.
Bagaimanakah kraf tangan yang tidak bernilai itu boleh dibandingkan dengan jam tangan yang mahal
ini? Rasa dendam terpendam dalam hati saya. Saya memutuskan untuk memberi pengajaran kepada
Ali yang menjengkelkan itu.

‘Kring! Kring! Kring!’ Loceng berbunyi. Namun, tidak nampak pelajar-pelajar bergegas
kembali ke tempat duduk masing-masing. Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke kelas, saya
ternampak semua murid menumpukan perhatian pada papan putih yang bertulis ‘ALI SEORANG
PENCURI, PENJAHAT, PENDOSA! JANGAN TERTIPU DENGAN PENAMPILANNYA!’ Memanglah, Ali
seorang pencuri yang membencikan. Dia telah mencuri hati Sofia secara senyap-senyap. Saya
memandang air muka Ali yang terperanjat itu dengan puas hati. Sebenarnya, sayalah orang yang
menulis kata-kata yang menyakitkan hati itu.

Tujuan saya telah dicapai. Selepas saya melakukan hal itu, banyak murid mula untuk
menyampah Ali dan dengan sengajanya mengetepikannya semasa aktiviti berkumpulan dijalankan
dalam kelas. Disebabkan kebimbangan tentang apa yang ditulis pada papan adalah benar, Sofia juga
menjauhi Ali dan tidak berkomunikasi dengannya lagi. Saya menyembunyikan perasaan yang
gembira jauh di lubuk hati supaya tidak diketahui dan dikesan oleh murid lain. Namun begitu, saya
tidak pernah menyangka bahawa saya akan mengalami pembalasan yang hampir sama.

‘Kring! Kring! Kring!’ Loceng berbunyi. Hari itu merupakan hari jadi saya. Saya tidak menanti-
nanti untuk masuk ke dalam kelas. Apa hadiah atau kejutan yang murid sekelas saya akan sediakan?
Saya menjejak ke dalam kelas dengan penuh harapan. Namun, realiti yang kini ada di depan saya
jauh dari khayalan saya. Huruf kata yang besar dan menonjol muncul di mata saya. ‘MENJAUHI
AZMAN. JIKA TIDAK, TUNGGU MATI.’ Perkataan-perkataan yang berwarna merah ini umpama hati
saya, berdarah tidak terhenti-henti. Kenapa? Kenapa layan saya sebegini? Senyuman yang sentiasa
kekal pada wajah saya diggantikan dengan kemaluan yang ketara. Saya berpura-pura tidak
mendengar bisikan rakan sekelas saya sambil bergerak ke tempat duduk saya.

Hari selepas itu, saya menjangkakan sahabat karib saya, Morib yang biasanya paling rapat
dengan saya akan berjumpa dengan saya dan membuat sedaya upaya untuk menghiburkan saya.
Namun, semua murid termasuk sahabat-sahabat saya telah memilih untuk mengikut jejakan orang
lain untuk menjauhi saya. Hati saya bagai kaca terhempas kepada batu. Rupa-rupanya, pengalaman
diketepikan oleh murid lain adalah begitu pedih hati dan menderita. Lazimnya saya yang memainkan
peranan pembuli. Namun kini, saya masih tidak dapat menerima hakikat ini dalam masa yang
singkat. Saya telah memahami bahawa tidak semua hal yang merugikan disebabkan oleh musuh
saya. Lihatlah teman-teman saya yang lebih dekat, mereka mungkin menyebabkan saya terluka
parah. Saya tidak mahu mencari siapa yang melakukannya kerana tidak dapat mengubah keadaan
kini. Lagipun, saya biasanya sering menyinggung perasaan orang lain, sukar untuk mengetahui siapa
yang berbuat begini.

Setelah membuat pertimbangan sepanjang masa seminggu, saya berazam untuk memohon
maaf daripada Ali untuk menebus kesalahan diri. Tidak dapat disangkakan, Ali langsung tidak marah
dengan perbuatan saya malah menganggap bahawa dirinya seorang yang bermasalah kerana tidak
mampu bergaul mesra dengan rakan sekelas. Saya berasa amat bersalah dan telah insaf akan
kesalahan diri kerana baru sedar bahawa saya telah menyakiti hati seorang yang begitu baik hati dan
ikhlas.

Kini, Ali sudah berkawan dengan saya sepanjang 8 tahun. Kami masih berhubung dengan
satu sama lain walaupun berada di sekolah menengah yang berlainan. Saya telah belajar banyak
daripada pengalaman yang dialami pada masa saya 10 tahun itu malah telah menjadi seorang yang
berusaha dan bertanggungjawab pada setiap perkara yang dilaku dalam kehidupan harian. Jauh
berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa. Saya akan sentiasa mengubah sikap dan
tindakan yang salah dan mengingatkan diri supaya mengekalkan hati yang suci serta baik kepada
orang lain. Ali, marilah kita berusaha bersama-sama untuk menjadi seorang insan yang lebih baik
pada masa hadapan.

(740 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai