Anda di halaman 1dari 126

Acik Lana

Bab 1
G
OOD morning, Nia!
Rania tersenyum
senang. Dia membalas
teguran Zulaikha dengan mengangkat sebelah tangannya.
Langkah diteruskan menuju ke meja kerja yang terletak di
bilik kecil paling hujung di ruang itu. Dia dapat merasakan
yang Zulaikha mengekorinya dari belakang. Jelas di
pendengarannya bunyi derap kasut tumit tinggi temannya
itu.
Setelah meletakkan beg tangan ke dalam laci
kabinet, Rania melabuhkan duduk di atas kerusi. Tangan
mula sibuk mencuit itu dan ini, membuat persediaan awal
sebelum memulakan tugasnya hari ini. Suis lap-top ditekan,
kertas-kertas nota yang ditinggalkan di meja dibelek sepintas
lalu.
Nia, congrats! Nah, Doktor Hamida bagi satu lagi
fail untuk kau.
Kepalanya didongak, memandang wajah ceria
Zulaikha yang berdiri di hadapan mejanya. Pandangan jatuh

1
Akadku Yang Terakhir

pula pada fail kertas berwarna coklat yang dihulurkan oleh


temannya itu.
Another file? soalnya apabila fail tersebut bertukar
tangan.
Yes. Another file, another client, balas Zulaikha
masih ceria. Nampak tak betapa Doktor Hamida percayakan
kau? Banyak client dia hand over pada kau sekarang, itu
maknanya prestasi kau memang memuaskan hati dia.
Rania sekadar tersenyum dengan pujian itu. Dia
tahu yang Doktor Hamida memang menaruh harapan yang
tinggi kepadanya. Namun, kepercayaan yang diraih kini
bukan datang dengan mudah. Banyak yang telah dia
buktikan, tunjukkan dan semua usahanya ternyata tidak sia-
sia. Namanya mula terlakar sebaris dengan pakar-pakar
psikoterapi yang sudah sedia ada di hospital swasta ini.
Anyway, thank you sebab puji aku. Lunch nanti
aku belanja kau, ya?
Zulaikha mencebikkan bibir, kemudian tergelak
kecil pula. Aku puji ikhlaslah, Nia... bukan ada niat lain. Tapi
kalau kau nak belanja jugak, aku boleh cakap alhamdulillah
ajelah.
Rania ikut sama tergelak. Dia tahu Zulaikha
bukannya jenis yang suka bermuka-muka atau sengaja mahu
membodek. Persahabatan selama tiga tahun sudah cukup
untuk dia mengenali sifat luar dan dalam temannya itu.
Okeylah, Nia. Aku tahu kau dah tak sabar-sabar
nak belek fail tukan? Kita jumpa lunch nanti.
Zulaikha segera berlalu meninggalkannya.
Sahabatnya itu bagaikan sudah mengerti perasaan teruja
dalam hatinya kini. Dia memang begini. Setiap kali ada fail
baru sampai ke tangannya, mulalah perasaan ingin tahu

2
Acik Lana

meluap-luap dalam dadanya. Dia mahu tahu siapa klien


terbarunya nanti, apa masalah dan konflik yang dihadapi.
Selepas itu, mulalah otaknya tidak mampu duduk diam lagi.
Fikiran akan mula ligat menyusun aktiviti-aktiviti yang akan
dia lakukan ketika sesi terapi nanti.
Seperti kata umi, kerjaya yang dipilih olehnya ini
terlalu sukar. Dia seolah-olah sengaja mencampakkan diri ke
dalam permasalahan orang lain, itu mencari masalah
namanya. Menyesakkan kepala sendiri untuk mencari
jawapan pada persoalan yang samar-samar di bayangan.
Memang sukar bunyinya.
Dia akui yang kadangkala fikiran dia ikut sama
bercelaru. Lelah memikirkan masalah klien-klien yang saban
hari menerobos ke telinganya. Namun, inilah kerjaya yang
dia pilih. Kerjaya yang memberi seribu satu kepuasan buat
dirinya. Kerana itu juga dia bertekad untuk terus membantu,
memberi dorongan dan galakan kepada yang memerlukan.
Sama seperti apa yang dilakukan oleh Doktor Hamida yang
cukup dia kagumi selama ini.
Sekali lagi pandangan Rania terhala pada fail
berwarna coklat di atas meja. Dia perlu mengambil sedikit
masa untuk bertenang dan mengosongkan fikiran supaya
tidak ada masalah-masalah lain bercampur aduk sama.
Apabila sudah cukup bersedia, fail tersebut dibuka
dengan penuh yakin. Helaian pertama yang tertulis Terapi
Kognitif Tingkah Laku dicapai untuk melihat butiran
kliennya. Anak mata meniti pada satu per satu huruf yang
tertaip di atas kertas di tangannya.

Irham Zahri bin Alaudin 30 tahun.


Pengurus Pemasaran.

3
Akadku Yang Terakhir

Sepintas lalu hati menyebut sebaris nama itu.


Nampaknya kali ini dia berhadapan dengan klien lelaki sekali
lagi. Dia akui antara cabaran yang paling sukar dalam
kerjayanya adalah berhadapan dengan klien lelaki. Memang
payah untuk dia cuba membina kepercayaan apabila mahu
menangani kaum lelaki yang memang terkenal dengan sikap
ego yang tinggi.
Mereka tidak gemar berkongsi cerita atau
meluahkan masalah secara terbuka. Dan kerana itu dia perlu
bijak mendekati secara halus, memulakan bicara dengan
penuh hormat dan menghilangkan apa juga sempadan yang
ada antara mereka berdua. Fikiran dia dan klien perlu
bersatu.
Dan jelas sekali masalah lelaki bernama Irham
Zahri ini jauh berbeza daripada konflik-konflik yang pernah
dia selesaikan sebelum ini. Minatnya tiba-tiba saja naik
mendadak, bagaikan ada semangat aneh terhembus kuat ke
hati tatkala membaca satu per satu butiran itu. Hati pula
berbahang panas, ada perasaan marah dan geram bercampur
baur tanpa dipinta.
Ya Allah... tolonglah, lelaki jenis apa perangai
macam ni? Gerutu hatinya beremosi.
Nafas terasa kian panas. Ada garis halus yang dalam
telah mencalarkan hati tanpa dia sedari. Sekali lagi anak mata
meneliti butiran yang sudah dibaca sebentar tadi.
Rania merengus geram. Lelaki bernama Irham
Zahri ini sudah bernikah sebanyak tiga kali dan tiga kali juga
lelaki itu bercerai tanpa sebab! Apa, Si Irham ni fikir
berkahwin tu macam pilih ikan dekat pasar? Hari ni ambik,
esok lusa dah tak nak boleh buang?
Bibirnya diketap rapat menahan rasa yang terbuku

4
Acik Lana

di dada. Bagaimana seorang lelaki waras dan berkerjaya


seperti Irham Zahri boleh berfikiran cetek begini? Apa yang
lelaki itu fikirkan ketika memilih seorang isteri? Pentingkan
paras rupa semata-mata? Atau tarikan fizikal yang hanya
sementara?
Dengan perasaan yang masih turun naik melawan
emosi, Rania menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia gelisah.
Ada rasa tidak sabar mahu merungkai rahsia hati seorang
lelaki bernama Irham Zahri. Lelaki yang baginya cukup
kejam, cukup mementingkan diri sendiri. Kalau lelaki itu
seorang lelaki yang budiman, mustahil Irham Zahri tergamak
memperjudikan hidup seorang wanita. Bak kata pepatah,
habis madu, sepah dibuang!
Tanpa sedar, tangannya pantas mencapai gagang
telefon. Nombor empat angka ke telefon Zulaikha didail
dengan perasaan kurang sabar.
Zue, kau arrangekan session aku dengan klien ni.
ASAP.
Errr... klien mana ni, Nia? Kedengaran suara
Zulaikha terpinga-pinga di sebelah sana.
Klien yang kau baru bagi aku tadi.
Encik Irham Zahri?
Yes, immediately please... arahnya sedikit tegas.
Okey, tapi aku kena check slot kau dulu. Paling
cepat lusalah kut, sebab session kau untuk esok semua dah
penuh, terang Zulaikha. Hairan juga bila Rania seperti tidak
sabar untuk menyelesaikan masalah kliennya yang satu ni.
Kenapa, Nia? Kau macam cemas semacam aje, teruk sangat
ke penyakit klien kau ni?
Rania membisu seketika. Dia tidak mahu terlepas

5
Akadku Yang Terakhir

cakap kerana rahsia klien adalah rahsianya juga. Mana


mungkin dia sanggup mencalarkan sikap profesional dia
dengan menjaja keaiban orang lain.
Thanks for your help, Zue. Kita jumpa lunch
nanti.
Talian segera dimatikan. Rania kembali
menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Berat, memang berat
tugas yang harus dia pikul kali ini. Bukan mudah mahu
menyedarkan lelaki seperti Irham Zahri yang hidup tanpa
pegangan kuat seperti itu. Walaupun mereka belum
bertentang muka, dia tahu lelaki itu mempunyai ego yang
tinggi, rasa sabar yang terlalu sedikit dan mungkin sifat baran
yang ketara.
Paling penting, mampukah dia mengubah Irham
Zahri di penghujung sesi terapi kelak? Atau meyakinkan
lelaki itu betapa indah ikatan sebuah perkahwinan yang
mampu kekal hingga ke syurga?
Well, dia boleh cuba!

AYAH cakap apa ni?! Suara garau itu melengking tinggi.


Bergema seluruh ruang makan kerana nada yang tiba-tiba
saja naik mendadak itu.
Tuan Alaudin mengangkat muka. Tajam
pandangannya merenung wajah muda yang kini sudah berdiri
dengan riak mencuka. Dia sudah menjangkakan begini reaksi
anaknya, namun dia sendiri sudah bersiap sedia untuk
menghadapi serangan balas. Kali ini, dia tidak mungkin
akan mengalah lagi!

6
Acik Lana

Apa? Apa yang ayah cakap ni tak masuk akal bagi


kamu? soal Tuan Alaudin bersahaja. Kopi suam yang masih
separuh cawan disisip perlahan tanpa mempedulikan
dengusan kasar yang melantun-lantun ke telinga.
Yes! True! That is ridiculous ayah!
Tuan Alaudin mengorak senyuman kecil, senyuman
yang menghantar isyarat menyindir dan mengejek.
Mengarut kata kamu? Ham sakit, Ham perlukan
pertolongan!
Irham Zahri terpempan dengan kata-kata tegas itu.
Dia sakit? Bila masanya dia sakit? Ah, ayah memang sengaja
mahu memperlekehkan dirinya. Bukan baru sekarang,
memang sejak dahulu lagi mulut ayah tidak pernah mahu
memuji. Asyik mengeji dua puluh empat jam!
Dengan perasaan sebal di dada, Irham Zahri
melepaskan keluhan geram. Tangan serba tidak kena mahu
melurut rambut dan muka yang berbahang panas. Sangkanya
dia boleh menikmati makan malam yang tenang di rumah
orang tuanya, namun jelas ayah masih gemar berperang
seperti selalu. Pantang bertembung muka, ada saja salah dan
silap dia di mata lelaki itu. Rimas!
Ham, ikutlah cakap ayah tu sayang. Apa yang ibu
dan ayah buat ni untuk kebaikan kamu jugak. Kami nak
tengok kamu hidup bahagia macam orang lain.
Suara lembut itu mengalihkan perhatian Irham
Zahri. Jika tadi anak matanya melilau ke sana sini mencari
sedikit ketenangan, kali ini pandangannya terhenti di wajah
penuh kasih si ibu yang sedang duduk di sisi ayah sejak tadi.
Tapi, Ham memang bahagia, ibu. Ham happy
dengan kehidupan Ham sekarang, balasnya dengan nada
sedikit lembut. Ham tak faham kenapa ayah suka sangat

7
Akadku Yang Terakhir

masuk campur urusan hidup Ham, Ham bukannya budak-


budak lagi!
Memang kamu bukan budak-budak lagi, tapi otak
kamu tu dah cukup matang ke? bentak Tuan Alaudin sedikit
berang. Kamu sedar tak, kaki kamu tu melangkah lurus ke
senget? Kalau betul lurus, takkanlah hidup kamu tunggang-
langgang macam sekarang ni?
Apa yang tunggang-langgangnya ayah? Ham ada
karier, Ham ada harta. Apa yang kurangnya lagi? balas Irham
Zahri dengan nada serupa.
Perangai kamu tu! Ada kamu fikir pasal perangai
kamu tu?
At least Ham tak berzinalah, ayah!
Berat keluhan terhela di bibir Tuan Alaudin.
Dadanya yang sedikit perit diusap perlahan. Lelah dia mahu
menyedarkan Irham Zahri biarpun sudah berkali-kali dia
mencuba. Ego anaknya terlalu melangit, hati anaknya itu
sudah buta kerana terlalu mengikut rentak dunia dan nafsu
sendiri.
Ham, tak boleh ke kamu berlembut sikit dengan
ayah kamu ni? Kalau ayah bagi nasihat tu, kamu patut dengar
dan cuba untuk faham. Bukannya melawan macam ni! ujar
Puan Badariah sedikit kesal. Segelas air kosong diunjukkan
kepada suaminya. Sungguh hatinya bimbang jika suaminya
mendapat serangan jantung kerana masalah mereka anak-
beranak yang tak pernah habis!
Ham, kamu pun tahu kenapa ayah marah sangat,
kan? sambung Puan Badariah sedikit lembut. Wajah keruh
Irham Zahri masih tidak lepas daripada pandangan matanya.
Hmmm... sebab Zalia? teka Irham Zahri bersahaja.
Ibu, Ham dah tak ada jodoh dengan dia. Takkanlah itu pun

8
Acik Lana

ayah nak pertikaikan? Jodoh, ajal dan maut, kan di tangan


Tuhan, apa yang boleh Ham buat lagi?
Tersirap darah Tuan Alaudin dengan kata-kata
Irham Zahri yang bagaikan sengaja mahu menyindirnya.
Memang semua itu kerja Allah, aturan Allah, tapi lihatlah
pula sikap anaknya yang memalukan itu. Langsung tidak
tahu bersyukur!
Memang semua itu di tangan Allah, tapi kamu
sedar tak apa kamu dah buat?! tengking Tuan Alaudin sedikit
kuat. Tak sampai tiga bulan kamu bernikah dengan Zalia,
sekarang senang-senang kamu ceraikan dia?
Kami dah tak sefahamanlah, takkanlah Ham nak
hidup dengan dia lagi?
Astaghfirullahalazim... ucap Tuan Alaudin dengan
penuh rasa kesal.
Jiwa merintih hiba mengenangkan keterlanjuran
anaknya itu. Kalau diikutkan rasa baran hatinya ini, memang
teruk Irham Zahri dia kerjakan. Mana mahu diletakkan
maruahnya jika punya anak berperangai begini?
Kamu ingat nikah kahwin tu mainan? Kamu fikir
seorang isteri itu macam baju? Hari ini nak, kamu ambil.
Esok lusa tak nak, kamu tukar yang lain?
Irham Zahri menjulingkan matanya ke atas. Bosan
diasak dengan soalan yang sama berulang kali.
Ayah, Zalia pun tak kisah kami bercerai. Yang ayah
nak bising-bising kenapa? Bukannya Ham berzina ataupun
buntingkan anak dara orang!
Tapi, ini dah kali ketiga kamu bercerai! Kamu rasa
semua tu okey lagi ke, hah?! tempelak Tuan Alaudin bengis.
Mujurlah Puan Badariah sempat memegang erat lengannya,

9
Akadku Yang Terakhir

jika tidak, memang sudah melayang tapak tangan ini ke muka


Irham. Dasar anak tak mengenang budi!
Melihat ayahnya bingkas bangun dengan wajah
merah padam begitu, Irham Zahri tahu kemarahan ayahnya
sudah di tahap maksima. Jika selama ini pergaduhan mereka
hanya di bibir, saling bertelingkah dan membantah, namun
kali ini ayah sudah berniat mahu memukul dia pula. Ah,
memang silap besar dia balik ke sini!
Ham, ibu pun pelik dengan perangai kamu ni.
Dulu beria-ia kamu suruh ibu pinangkan Si Zalia tu, sekarang
kamu kata tak suka pulak? Tak sampai tiga bulan kamu
kahwin dengan Zalia, sekarang bercerai lagi. Ibu malu dengan
keluarga dia, luah Puan Badariah sedikit sebak.
Sebab tu saya kata anak awak ni sakit, otak dia tu
dah tak betul! tambah Tuan Alaudin dengan nada serius.
Anak awak ni fikir dia boleh dapat semua perempuan dalam
dunia ni agaknya. Ikutkan sangat hati muda dia tu, inilah
padahnya! Yang menanggung malu, tebal muka, kita jugak.
Dia tahu apa? Lepas tangan macam tak buat salah!
Berdesing telinga Irham Zahri menerima sindiran-
sindiran itu. Nafas dihela kasar. Semakin lama dia berdiri di
sini, semakin goyah kesabarannya. Dia tidak mahu meluahkan
kata-kata yang lebih teruk lagi kerana dia sayangkan ibu.
Kalau pergaduhan ini berpanjangan, silap-silap mungkin dia
tidak dibenarkan lagi menjejak kaki ke sini.
Ayah tak kira, lusa kamu kena jumpa jugak pakar
psikologi tu. Ayah dah aturkan semuanya untuk kamu. Pergi
sana dan biar dia tengok wayar apa yang dah terputus dekat
otak kamu tu!
Ham belum gilalah, ayah! bantah Irham Zahri,
lantang. Wajah garang ayahnya ditentang dengan berani.

10
Acik Lana

Sekelumit pun tidak ada rasa gentar. Apa, ayah ingat kalau
bercerai aje orang dah boleh jadi gila?
Orang lain mungkin tak, tapi kamu tu yang dah
tak siuman!
What?
Tuan Alaudin menganggukkan kepalanya beberapa
kali, mengeyakan dengan yakin apa yang dikatanya sebentar
tadi.
Kalau kamu siuman, kamu takkan buat isteri-isteri
kamu macam tu. Bernikah tak sampai setahun, lepas tu
bercerai! Tiga kali kamu buat macam tu, apa motif kamu
sebenarnya? Apa yang kamu nak buktikan?
Irham Zahri melepaskan keluhan bosan. Dia tidak
ada hati mahu membalas pertanyaan itu. Pertelingkahan ini
takkan berakhir biarpun dia menghimpunkan beribu alasan
kepada ayahnya. Takkan ada penamat dan penghujungnya.
Malas mahu mengeruhkan keadaan, Irham Zahri
mencapai kunci kereta dan telefon bimbit yang diletakkan di
atas meja makan. Dia mengerling ke wajah keruh si ayah dan
kemudian berpindah pula pada wajah sayu ibu yang masih
cuba menenangkan keadaan.
Ibu, Ham balik dulu. Luahnya seraya menghala
langkah ke ruang tamu.
Lusa kamu mesti ke hospital tu, Ham. Kalau kamu
tak pergi, jangan sesekali kamu jejakkan kaki ke rumah ni!
Ayah takkan terima anak yang berperangai buruk macam
kamu!
Rapat Irham Zahri memejamkan mata tatkala
ugutan itu menerpa ke telinga. Dia tahu kali ini ayahnya
tidak lagi memberi muka. Penceraian yang masuk kali ketiga

11
Akadku Yang Terakhir

benar-benar memberi tamparan yang hebat kepada kedua-dua


orang tuanya.
Tapi, untuk dia menuruti kehendak ayah dan
berjumpa dengan pakar psikologi itu memang perbuatan
yang tidak masuk akal. Dia belum gila lagi!
Oh, atau mungkin sebentar lagi dia akan betul-
betul gila kerana memikirkan semua ini!

12
Acik Lana

Bab 2
T
ELEFON bimbit yang berbunyi
beberapa saat tadi dipandang
tepat. SMS yang diterima
daripada nama yang cukup dia kenali itu membuatkan hati
terusik seketika. Diusik dengan perasaan kurang senang.
Nafas dihela berat sebelum anak mata meneliti satu per satu
perkataan yang tertera jelas di mata.

Ill take my stuff tonight. You ada dekat


rumah?

Sekali lagi bibirnya melepaskan keluhan berat.


Kepala yang sedikit pening disandarkan ke kerusi rotan yang
diletakkan di tepi dinding di ruang balkoni itu. Tangan kiri
yang memegang sepuntung rokok dibawa terus ke bibir. Rasa
keras tembakau berjenama itu memberi sedikit kejutan ke
kepalanya. Seketika dia menikmati rasa payau dan kelat yang
memenuhi ruang di dalam mulutnya.
Bosan memandang dada langit yang kelam, jari

13
Akadku Yang Terakhir

kanan mula bergerak. Menaip pesanan balas kepada Zalia di


sebelah sana.

Sorry, you left nothing here.

Tidak sampai lima minit pesanan itu dikirimkan


kepada Zalia, telefon bimbitnya berbunyi kuat. Terpandangkan
nama gadis itu di dada skrin telefon, jiwanya mula bergolak.
Mungkin pesanan terakhir tadi membuahkan rasa geram di
hati Zalia.
Dengan dengusan kurang senang, panggilan ini
terpaksa juga disambut. Untuk melepaskan Zalia pergi
selama-lamanya, mereka perlu mengakhiri semua ini secara
aman, secara matang dan baik. Dia tidak mahu di masa
hadapan Zalia masih berterusan mengganggu dan
menghubunginya. Atau juga menyimpan sekelumit dendam
dan kebencian.
Yes, Lia? sapanya mendatar.
Tangan kanan ditongkat ke kepala, jari pula lincah
memicit dahi yang sedikit pening. Dia tahu ini bukan
kesakitan kerana kisah penceraiannya, atau juga sebab dia
kehilangan seorang isteri buat kali ketiga. Tapi, dia sakit
kepala memikirkan permintaan gila ayah petang tadi. Pakar
psikologi? Huh, memang gila!
Sayang, you cakap apa tadi? Suara Zalia seperti
biasa begitu lembut dan menggoda di telinga. Masih sama
nadanya seperti pertemuan pertama mereka di KLIA empat
bulan yang lalu.
Hmmm... what do you mean? I cakap apa?
Your SMS just now, kenapa you kata barang-

14
Acik Lana

barang I dah tak ada dekat rumah kita? soal Zalia dengan
nada lembutnya.
Seketika Irham Zahri mengemam bibirnya. Ada
sedikit perasaan bersalah, namun realiti tetap realiti. Kali ini,
dia mahu Zalia sedar bahawa hubungan mereka sudah putus
dan tidak mungkin bersambung lagi. Sebolehnya dia tidak
mahu ada sebarang tanda, kaitan, kenangan, mahupun
ingatan tentang mereka berdua. Dan lebih elok jika mereka
tidak lagi bertembung muka atau mendengar suara sampai
bila-bila.
I dah hantar ke rumah sewa you. You call la
Herina, I dah pass semua barang you pada dia, luahnya
tenang. Dan kini telinga jelas menangkap dengusan nafas
kasar Zalia di sebelah sana. Ada nada kurang senang mula
terbit di hati gadis itu. Dia cukup mengerti.
Kenapa you buat macam tu? Kan I dah cakap bila I
balik dari fly, I sendiri akan ambil barang-barang I. Kenapa
you tak bincang dulu dengan I? Suara itu mula berubah
rentak. Lebih beremosi dan kedengaran cukup kecewa
dengan apa yang disampaikan sebentar tadi.
Im sorry, but I have to, balas Irham Zahri masih
berlembut. Theres nothing between us anymore, you dah
tak boleh suka-suka nak masuk rumah I macam dulu. Kita
dah bercerai, remember?
Yeah, of course I remember! balas Zalia dengan
nada yang kian meninggi. Tapi, you tak boleh buang I
macam tu aje. You nak bercerai, fine kita bercerai. Tapi, you
tak perlu layan I macam anjing kurap!
I am not. In fact, I tolong kemaskan barang you
dan hantar semuanya dengan selamat. Tak cukup lagi ke?
soal Irham Zahri bersahaja.

15
Akadku Yang Terakhir

Dia bangkit dari duduknya dan menapak ke hujung


balkoni. Niat di hati memang tidak mahu memanjangkan
pertelingkahan dan perbalahan mereka, namun Zalia seolah-
olah mencabar pula. Bila dia berlembut, mulalah nak pijak
kepala!
You tak pernah cintakan I, kan Irham?
Soalan itu benar-benar mengejutkan Irham Zahri.
Mendadak dan bersahaja. Dia langsung tidak bersedia. Dia
terpaku sejenak, kemudian mengeluh perlahan dengan rasa
bercampur baur.
Cinta? Perkataan itu cuba dicari dan digali di dasar
hatinya, namun sepi tidak terasa apa. Tidak pernah terasa
perasaan indah di situ, semuanya sekadar luahan palsu di
bibir. Sekadar mahu membeli jiwa seorang perempuan,
sekadar mahu menjadi yang berhak dan layak.
I... Bibirnya diketap rapat. Nafas ditarik panjang.
Of course I pernah cintakan you, Lia.
It sounds so fake, Irham, bidas Zalia, pedas. You
tak pernah cintakan I! You kahwin dengan I semata-mata nak
puaskan keinginan you, kan? Sekadar nak halalkan yang
haram?
Just stop it, Zalia! gerutu Irham Zahri dengan
nada tertahan. You pun tahu kenapa punca kita bercerai,
kan? Sebab you tak nak lepaskan kerja you! You ingat I suka
ke hidup macam ni? Ada isteri macam tak ada, you asyik fly
sana sini tinggalkan I. I sunyi tahu tak?
Tanpa sedar bibirnya mula memuntahkan nada-
nada kasar. Dan paling memualkan, semua alasan itu sekadar
rekaan untuk menutup sebab yang sebenar. Jauh di sudut
hati, dia tidak pernah peduli dengan jadual kerja Zalia sebagai
seorang pramugari yang sering terbang ke luar negara.

16
Acik Lana

Kadangkala dia lebih selesa ditinggalkan sendiri, bebas untuk


dia melakukan apa saja yang dia suka.
Itu aje alasan you? How pathetic! sindir Zalia
tidak mahu mengalah. Kalau betul you nak isteri yang boleh
you hadap dua puluh empat jam, kenapa you ceraikan
Camelia? Kenapa you ceraikan Tasya? Bukan diorang tu
duduk rumah aje menghadap you?
I said stop it, Zalia! tengking Irham Zahri kuat.
Darah panas mula berdenyut di segenap urat tatkala
egonya terguris dengan tuduhan itu. Berani sungguh Zalia
menyentuh hal-hal peribadinya. I dah cakap dengan you
banyak kali, I dont want to talk about my past relationships!
Kenapa you nak ungkit-ungkit pulak hal ni?
Suasana sepi seketika. Irham Zahri tidak habis-
habis mendengus dan Zalia di sebelah sana pula langsung
tidak bersuara. Entah kenapa perempuan itu emosi benar
malam ini. Padahal ketika bercerai dahulu Zalia kelihatan
lebih relaks dan tenang. Malahan, Zalia menerima talaknya
tanpa sedikit pun menitiskan air mata.
Irham Zahri yakin Zalia juga tidak mahu terikat
dengan sebuah perkahwinan yang membebankan ini. Zalia
ingin hidup bebas, bergerak tanpa perlu bimbang memegang
perkataan patuh dan taat. Tapi, malam ini kenapa berbeza
benar sikap gadis itu? Seram dia mahu memikirkannya.
Irham, I
Please, Zalia, potong Irham Zahri laju. Sometimes
you have to accept the fact that, what is done is done. Antara
kita dah tak ada jodoh, dan I harap you faham. Sekarang ni
you dah bebas. You boleh hidup dengan cara yang you nak.
Ini bukan cara yang I nak, tapi ini apa yang you
dah tentukan Irham!

17
Akadku Yang Terakhir

Irham Zahri mendengus keras apabila Zalia semakin


lantang menyerangnya. Entah apa yang sudah Zalia jumpa di
Paris sampaikan ke tahap ini perempuan itu cuba mencabar
kesabarannya. Atau ada hasutan lain yang sudah singgah ke
telinga Zalia?
Kita dah settlekan semua nikan? Apa lagi yang you
nak bising-bising ni? Kita dah bercerai secara baik, now we
can move on. You teruskan hidup you, dan I akan teruskan
hidup I macam dulu, luah Irham Zahri dengan sedikit tegas.
Dia mahu Zalia benar-benar faham.
Then... you boleh pilih isteri baru pulak, macam
tu? tuduh Zalia dengan nada mengejek.
Oh, please... its none of your business.
You know what, Irham? Youre such a jerk!
Kedengaran nafas Zalia di sebelah sana tersekat-
sekat. Mungkin bercampur baur dengan perasaan marah dan
sedih.
Percayalah cakap I, Irham... satu hari nanti you
akan rasa apa yang I rasa. Dan time tu I nak tengok sama ada
you jatuh terduduk, atau you boleh berdiri tegak lagi dengan
ego bodoh you tu!
Belum sempat Irham Zahri mahu menjerit dan
meluahkan kata-kata yang menaikkan egonya semula, Zalia
sudah memutuskan talian. Jiwa meradang tiba-tiba.
Menggelegak darah panas yang mengalir di seluruh tubuhnya
yang tidak berbaju.
Berani sungguh Zalia mengugutnya begitu! Siang
tadi ayah mendesak yang bukan-bukan dan sekarang Zalia
pula mendoakan kehancuran hidupnya. Apa semua ini?
Kenapa semua orang seolah-olah menyalahkan dia?
Membenci dirinya?

18
Acik Lana

Rambut dilurut kasar. Kusut dan tertekan. Ah,


kalau dia berterusan begini, dia yakin dia akan betul-betul
hilang akal nanti!
Khairi... nama itu tiba-tiba muncul di benaknya.

LAAA... kenapa tak habis makan ni?


Lamunan panjang Rania terhenti apabila sapaan
lembut itu singgah ke telinga. Dia mengangkat muka,
menentang renungan redup yang masih melekat tepat ke
matanya. Bibir segera mengukir senyuman nipis. Sekadar
mahu menutup rasa hati yang sejak tadi tidak menentu
rentaknya.
Nia dah kenyanglah, abang nak? Pinggan berisi
mi goreng mamak yang hanya luak separuh itu ditolak sedikit
kepada Fazriq. Melihat Fazriq tergelak kecil, dia
memuncungkan bibir menunjuk rajuk. Kenapa abang gelak?
Nia pelawa ikhlas ni.
Ya, abang tahu Nia ikhlas. Tapi, abang pelik sebab
selalunya orang tu kuat makan. Sepinggan pun tak cukup,
usik Fazriq yang masih sukar membuang senyuman daripada
bibirnya. Pinggan berisi mi goreng itu ditolak semula hampir
kepada Rania. Makanlah sampai habis, tak elok membazir.
Lagipun hari ni umi tak masak lebih, petang tadi abang dah
habiskan semua lauk yang umi masak tu.
Abang dah habiskan semua? Tak tinggal langsung
untuk Nia? soal Rania dengan anak mata yang masih
dipusatkan ke wajah ceria lelaki yang duduk di hadapannya itu.
Nope, and I am so sorry, luah Fazriq dengan

19
Akadku Yang Terakhir

senyuman kian melebar. Hari ni abang penat sangat main


bola, perut jadi lapar semacam. Tiga pinggan abang makan
tadi tau.
Mendengarkan kata-kata itu, Rania menahan tawa.
Dia bukannya kisah sangat tentang lauk-pauk di rumah umi
itu. Kadang-kadang dia sendiri tidak sempat mahu menjamah
makanan. Sampaikan umi pun selalu naik sentap dengan
sikapnya.
Bukan dia sengaja, dia balik ke rumah pun sudah
jauh malam. Badan yang letih lebih menuntut bantal di bilik
tidur berbanding nasi di dapur. Dan selalunya selepas Fazriq
menjemput dia di hospital, mereka akan terus ke kedai
mamak berdekatan untuk menjamu selera. Walaupun sekadar
menikmati mi goreng kegemarannya, rasa kenyang itu
memang mampu bertahan sehingga keesokan hari. Mungkin
kerana kurang menjaga makan, berat badannya sedikit
menurun kebelakangan ini.
Nia ni makan macam mana? Tengok tu, habis
comot dagu dia.
Berderau darah Rania apabila tangan Fazriq
menyentuh dagunya itu. Selamba sahaja lelaki itu mengelap
kotoran yang terpalit di situ. Jantungnya mula berdegup
kencang, terlalu pantas. Tiba-tiba sahaja wajahnya
membahang hangat, serba tidak kena dia mahu bernafas.
Biarpun hati bergendang hebat, namun anak mata ini masih
melekat tepat ke wajah itu. Demi Tuhan, kenapa Fazriq mahu
menguji hatinya begini?
Errr... tak apalah, Nia boleh bersihkan sendiri,
luahnya sedikit gementar. Tisu di tangan Fazriq dirampas
tanpa isyarat. Kekok dia mahu memandang wajah lelaki itu.
Dia benar-benar malu dan segan.

20
Acik Lana

Okey, fine. Tapi, tak payah nak rampas-rampas tisu


tu macam terrorist, boleh?
Rania tersenyum kelat dengan gurauan yang
singgah ke telinga. Debaran di dada masih terasa sehingga
dia tidak mampu mahu menentang pandangan Fazriq. Dia
sedar yang beberapa tahun kebelakangan ini jiwanya mula
terkesan dengan kehadiran lelaki itu. Sentiasa terkesan dan
berbekas.
Sejak dia menginjak ke alam remaja dan mula
mengenal perasaan cinta, rentak jantungnya tidak lagi
berdegup normal setiap kali mereka bersama. Hati perlahan-
lahan mulai tertawan kepada Fazriq. Sikap lelaki itu yang
terlalu melindungi, menyayangi, membuatkan dia hanyut
dalam angan-angan sendiri. Apatah lagi Fazriq kian
menginjak dewasa dengan wajah yang tampan, tubuh yang
segak persis sang atlet, segala-galanya kelihatan begitu
sempurna di matanya. Dia memang sudah tertawan, dia
memang sudah gagal mengawal rasa di hati.
Dan kerana rasa itu, mata mula giat merenung,
memerhati, mencuri pandang dan kadangkala dia terleka
dalam dunia ciptaannya sendiri. Dunia yang hanya didiami
oleh dirinya dan bayangan Fazriq. Dunia yang sangat-sangat
indah!
Seketika matanya masih merenung wajah Fazriq.
Lelaki itu leka menonton siaran berita yang terlayar di skrin
besar di hujung restoran. Nafas ditarik dalam-dalam. Masih
ada getaran halus di hujung hatinya. Raut ini sudah ditatap
oleh matanya selama hampir sepuluh tahun, namun tidak
pernah sekali pun dia berasa jemu atau bosan. Malahan dia
jadi ralat jika tidak melihat Fazriq dalam sehari.
Walaupun yakin dengan perasaan yang berputik di

21
Akadku Yang Terakhir

jiwa, walaupun dia sedar dia sudah jatuh cinta, namun


lidahnya masih membeku. Tidak pernah terluah walau sebutir
ayat manis daripada lidahnya ini. Dia takut. Dia takut dia
mungkin kehilangan lelaki itu buat selama-lamanya.
Nia ni banyak menung sekarang, kan? Nia dah ada
boyfriend ke?
Bagaikan ditampar di muka, Rania tersentak. Sekali
lagi pandangan berlaga dengan mata jernih milik Fazriq.
Wajah yang kemerahan membuatkan dia mengalih pandang
ke sisi. Menggelabah.
Ha... muka merah tu, ada boyfriend la ni. Betul
tak?
Abang jangan nak merepeklah, getus Rania seraya
menjeling tajam kepada Fazriq. Boyfriend apanya kalau
hidup Rania ni asyik terperuk dekat hospital tu aje.
Fazriq tergelak kecil. Wajah Rania yang comel
kemerahan itu ditatap tepat. Eh, kenapa pulak? Dekat
hospital tukan ramai doktor-doktor muda, takkan tak ada
yang mengurat Nia? Punyalah cantik Nia ni, tak ada yang
berkenan?
Tersipu-sipu Rania dengan pujian itu. Dipuji cantik
oleh lelaki yang dipujanya, memang terasa bagaikan dunia ini
dia yang punya!
Mana adalah. Nia pergi hospital tu untuk kerja,
bukan cari calon suami, balasnya bersahaja. Tangan melurut
tudung di muka, menutup rasa segan yang berbaki.
Eleh, yalah tu. Umur Nia dah dua puluh tujuh
tahun tau, dah sesuai sangat cari calon menantu untuk umi.
Umi dah banyak kali mengadu dengan abang dia nak cucu.
Bila Nia nak bagi?

22
Acik Lana

Rania terpempan. Pantas anak matanya mencari


wajah Fazriq. Lelaki itu kelihatan tenang bersahaja, tidak
langsung menunjuk riak berlainan. Sepantas itu hatinya
walang tiba-tiba.
Mungkin selama ini hanya dia berperasaan begini.
Mungkin Fazriq tidak pernah punya rasa yang serupa. Atau
mungkin lelaki itu sekadar menganggap hubungan mereka
ini seperti adik dan abang?
Tapi kalau benar semua itu, kenapa sehingga kini
Fazriq tidak pernah punya kekasih? Kenapa lelaki itu
mementingkan dia berbanding orang lain? Layanan,
renungan, tutur kata, semuanya seolah-olah membayangkan
dia ini yang paling utama untuk lelaki itu. Kedudukan dia di
tempat teratas dalam senarai kepentingan Fazriq. Dia tahu,
dia boleh rasakan semua itu. Atau mungkin Fazriq juga
menahan perasaan kepadanya kerana abah dan umi? Sama
seperti apa yang dia lakukan kini. Ah, dia tidak ada keberanian
untuk bertanya, untuk mencari jawapan.
Nia, are you okay? Nia marah ke abang tanya
macam tu?
Eh, taklah. Bibirnya tersenyum kelat. Kalau umi
nak cucu, abanglah bagi dulu pada umi.
Abang? Fazriq menunjuk dirinya sendiri. Dia
tersenyum, kemudian menggelengkan kepala beberapa kali.
Belum sampai turn abang lagi, abang kena tunggu sikit
masa lagi.
Kena tunggu? Kenapa? soal Rania tidak mengerti.
Kata-kata itu bagaikan melontar sebuah teka-teki kepadanya.
Dia keliru.
Banyak sebab, Nia. Dan abang tak nak lukakan hati
orang-orang yang abang sayang.

23
Akadku Yang Terakhir

Sekali lagi Rania terpaku. Hatinya mula bergetar.


Apa maksud Fazriq? Mungkinkah lelaki itu memang ada
perasaan yang sama seperti dia? Demi Tuhan, dia benar-benar
berharap begitu!
Jom kita balik, Nia. Nanti lambat umi risau pulak.
Rania mendongak memandang Fazriq yang sudah
bangkit berdiri. Jelas air muka lelaki itu kelihatan sedikit
keruh, berbeza dengan apa yang dilihatnya sebelum ini. Apa
yang ada di hati itu? Sungguh, dia benar-benar ingin tahu.
Masuk saja ke dalam kereta, Rania masih
mendiamkan diri. Entah kenapa ruang antara mereka berdua
bagaikan janggal sekali. Tidak seperti biasa. Fazriq yang
duduk di tempat memandu juga seperti tidak berminat mahu
berbual dengannya.
Ketika kereta Fazriq mengundur untuk keluar dari
kotak parkir, satu dentuman kuat kedengaran di belakang.
Serentak itu Rania terasa tubuhnya terhenyak ke depan.
Darahnya berderau laju. Cemas dan terkejut dengan apa yang
berlaku.
Ya Allah Nia okey, ke? Ada terhantuk dekat
mana-mana tak? soal Fazriq sedikit resah. Tangannya
menyentuh kepala Rania, memeriksa jika ada kecederaan
yang tak diduga. Abang mintak maaf, Nia. Abang tak tengok
belakang betul-betul tadi.
Its okay, its okay. Nia tak injured pun. Balas
Rania bersungguh. Tangannya menolak sentuhan Fazriq,
tidak mahu lelaki itu terlalu bebas menyentuhnya.
Alhamdulillah kalau Nia okey. Nia tunggu sini
sekejap, abang nak check kereta belakang.
Rania sekadar memandang Fazriq keluar dari
kereta. Sempat juga dia mengintai untuk melihat siapa yang

24
Acik Lana

melanggar kereta mereka sebentar tadi. Tidak begitu jelas


wajah dua orang lelaki yang sedang bercakap-cakap dengan
Fazriq itu. Mujurlah tidak ada sebarang perbalahan berlaku
kerana kesilapan Fazriq sebentar tadi. Tahu sajalah zaman
sekarang, ramai yang nak berlagak seperti gengster!
Perlahan Rania melepaskan keluhan berat. Dia tahu
fikiran Fazriq terganggu dan bercelaru sehingga lelaki itu
bersikap cuai begini. Cuma dia tidak tahu apa puncanya.
Namun jauh di sudut hati, dia berharap semuanya
kerana dia. Hanya dia.

25
Akadku Yang Terakhir

Bab 3
L
ANGKAH gagah masih diatur
kemas. Biarpun ketika tiba di
sini beberapa minit yang lalu
tubuhnya seakan-akan mengecil, kini keyakinan bertambah
tinggi. Dia tidak mahu kelihatan lemah atau kalah. Apa yang
lebih penting, dia perlu menafikan semua tuduhan yang
dilemparkan oleh ayahnya. Jika ini adalah kali pertama dia
menjejakkan kaki ke sini, dia akan pastikan ini juga kali yang
terakhir. Selepas ini jangankan muka, menunjuk bayang pun
dia tidak sudi.
Ketika menyusuri ruang koridor yang agak sibuk
itu, matanya mengimbas keadaan sekeliling. Sudah dia
jangkakan memang begini keadaan sesebuah hospital,
sentiasa sibuk dan cemas. Tidak dinafikan yang dia kurang
selesa berada di tempat seperti ini. Dia benci melihat wajah-
wajah tidak bermaya yang menanggung kesakitan. Jiwanya
pedih terutama sekali jika melihat anak-anak kecil yang
terpaksa melalui semua itu.
Mungkin benar dia sering dilabel sebagai lelaki
kejam, lelaki yang begitu angkuh mematahkan hati dan

26
Acik Lana

meranapkan hidup seorang perempuan. Namun, dia tetap


manusia biasa. Jiwanya masih hidup biarpun tidak setara
mana. Enggan memandang keadaan sekeliling yang
menyesakkan dada, langkah dihala laju ke kaunter informasi.
Sekeping kad nama yang digenggam sejak tadi dipandang
sekilas.
Selamat pagi, boleh saya bantu encik?
Senyuman gadis di kaunter itu dibalas dengan
anggukan kepala. Segaris senyuman pun tidak sudi dibalas
oleh bibirnya. Buat apa dia nak beramah-tamah, dia bukannya
seronok datang ke sini. Benci adalah!
Well, I nak jumpa... Mata kembali terhala ke
kertas kecil yang sudah agak renyuk di tangannya. Bibir
diketap seketika. Ada rasa perit mula mengguris egonya.
Hmmm... I nak jumpa Doktor Hamida.
Doktor Hamida? Encik ada appointment untuk
sesi terapi ke hari ni? tanya gadis kecil molek itu, masih
dengan nada mesra dan penuh sopan.
Terkedu, Irham Zahri mengalihkan pandangan ke
sisi. Dia yakin semua kakitangan di sini mengenali Doktor
Hamida, seorang pakar psikologi yang terkenal. Apa lagi
tujuan dia bertemu wanita itu jika bukan untuk terapi mental
dan jiwa. Ah, rosak reputasinya kalau dipandang sebagai
pesakit mental!
Kalau bukan kerana ugutan ayah, memang mati
hidup balik dia takkan menyerah diri ke sini. Dia tahu kali ini
ayah sudah hilang sabar, sudah muak menasihati dirinya. Dan
dia yakin, ayah juga menjadi sebab kenapa dia gagal
menghubungi ibunya sejak kelmarin. Mengugut!
Encik? Encik ada appointment ke? Ulang gadis itu
sekali lagi.

27
Akadku Yang Terakhir

Irham Zahri mengangguk kecil. Rasa rendah diri,


malu dan ego yang telah hancur membuatkan nafasnya kian
sesak. Hmmm... yes. I ada appointment.
Okey, kalau macam tu boleh saya dapatkan nama
encik?
Irham Zahri. Nama I Irham Zahri. Terasa sedikit
getaran dalam nada suaranya.
Dia menggelabah? Mungkin. Kepala berat
memikirkan anggapan yang bakal terlempar kepadanya.
Bagaimana kalau ada orang lain tahu dia ke sini? Dan apa
pula kata bekas-bekas isterinya nanti? Irham Zahri sudah
gila? Ah, tak mungkin!

NIA, Encik Irham dah standby dekat Room 1.


Pesanan daripada Zulaikha membekukan
pergerakan Rania yang sedang menaip laporan di komputer.
Jantung berdegup kencang. Perasaan teruja yang
dipendamnya sejak dua hari yang lalu kembali menerpa.
Inilah masa dan detik yang dia nantikan!
Tanpa mempedulikan laporan yang separa siap
ditaip, tergopoh-gapah dia mencari fail milik Irham Zahri di
dalam laci. Dia tidak mahu terlewat, tidak mahu juga lelaki
itu memandang serong kepadanya. Lagipun, tanggapan
pertama klien amat penting dalam situasi begini.
Mak ai... kelam-kabut semacam kau ni. Aku syak
penyakit Encik Irham ni kronik sangat ya, Nia?
Rania tersenyum kelat dengan usikan Zulaikha.
Kronik? Ya, mungkin sangat kronik. Kalau tidak, takkanlah

28
Acik Lana

dia benar-benar teruja begini. Semalaman dia tidak dapat


melelapkan mata kerana sibuk memikirkan ayat-ayat yang
sesuai untuk mendorong bakal kliennya itu meluahkan
emosi. Siapa tahu Irham Zahri itu bagaimana orangnya.
Entah-entah jenis lelaki sejuk beku atau juga lelaki berhati
batu!
Lagipun tugas kali ini terasa sedikit berat terbeban
di bahu. Mana tidaknya, petang semalam dia sudah diingatkan
berkali-kali oleh Doktor Hamida untuk memberi yang terbaik
kepada anak rakan karib wanita itu. Dan menurut Doktor
Hamida lagi, ayah Encik Irham Zahri sendiri yang
mendaftarkan anaknya di hospital ini. Mungkin sedar konflik
diri anak lelakinya itu sudah di paras kritikal. Kalau manusia
normal, takkanlah tak ada hati dan perasaan!
Setelah menitipkan beberapa pesanan kepada
Zulaikha, Rania segera bergegas ke bilik terapi. Jaraknya
tidaklah terlalu jauh, hanya selang beberapa bilik sahaja.
Namun, entah kenapa hari ini kakinya bagaikan bergerak
terlalu lambat. Pintu yang dekat pun kelihatan begitu jauh di
matanya.
Beberapa saat berdiri kaku di hadapan pintu
berwarna putih itu, nafasnya ditarik dalam-dalam. Perlahan
kelopak matanya dirapatkan seketika. Dia perlu bertenang.
Dia perlu melempar sejauh mungkin apa juga persepsi buruk
terhadap Irham Zahri. Fikirannya perlu kosong dan bebas.
Apa yang perlu dia lakukan kini adalah menyerap sebanyak
mana emosi daripada lelaki itu dan kemudian cuba
memahaminya satu per satu.
Yakin dan tekad, tombol pintu dipulas perlahan
dengan lafaz bismillah. Tanpa ragu kaki segera mara ke
dalam, melangkah penuh berani dan cukup bersedia.
Pandangannya kini melekat ke belakang tubuh seorang lelaki

29
Akadku Yang Terakhir

yang duduk santai sambil bersilang kaki di atas sofa. Jantung


mula bergetar lagi, kali ini lebih kencang berbanding tadi.
Assalamualaikum, Encik Irham, sapanya lembut.
Teguran itu memberi kesan apabila lelaki itu
menoleh sedikit ke sisi. Namun dengan bersahaja, lelaki
bernama Irham Zahri itu kembali memandang ke hadapan.
Sedikit pun tidak mahu menoleh kepadanya di sini. Pandang
pun tak mahu, jauh sekali mahu menyambut salam yang
diberi.
Rapat Rania mengetap bibir menahan rasa. Aksi
dingin sebegini memang sudah biasa menjadi makanannya.
Sudah terbiasa. Cuma kali ini berbeza kerana Irham Zahri.
Kerana lelaki itu yang mencabar nalurinya sebagai seorang
perempuan.
Walaupun perasaannya berperang kerana emosi dan
sekatan sikap profesional sendiri, Rania meyakinkan diri
untuk menghampiri lelaki itu. Penuh tertib dia melabuhkan
duduk di atas sofa bertentangan dengan Irham Zahri. Walau
apa juga penolakan yang mungkin dia terima sebentar lagi,
dia tidak akan mengalah begitu sahaja. Dia akan berusaha
sehabis baik untuk menyedarkan hati yang telah mati ini.
Untuk pertama kali, seraut wajah itu dipandang
tepat. Meneliti dan mencari sedikit emosi yang mungkin
terbias di wajah yang tiada cacat cela itu. Jelas emosi yang
terpapar hanya membiaskan tenaga negatif, sama seperti
yang dia jangkakan. Tidak ada hubungan dari mata ke mata,
hanya riak masam mencuka yang menggambarkan apa yang
ada di hati lelaki itu. Dingin.
Dari penilaian luaran, dia boleh mengkategorikan
Irham Zahri sebagai lelaki kelompok atasan. Lelaki yang
punya rupa, karisma, gaya dan hidup dalam kelas yang

30
Acik Lana

tersendiri. Dengan rupa begini, memang tidak hairan jika ada


perempuan di luar sana terpesona dengan mudah, menyerah
dengan rela untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki penuh
gaya ini.
Mungkin mereka terlewat untuk menyedari yang
gaya dan rupa tidak menjamin kebahagiaan sesebuah rumah
tangga. Jika hati itu kosong dan beku, istana sekukuh mana
pun mungkin boleh hancur sekelip mata.
Menyedari ruang di bilik sederhana besar ini kian
tegang, Rania mengukir senyuman manis. Nafas ditarik
dalam. Bersedia mahu memulakan kata.
Salam yang dihulur, wajib disambut, ucapnya
dengan nada mesra. Namun, balasan yang dia terima
hanyalah renungan tajam daripada lelaki itu.
You ni, Doktor Hamida? soal Irham Zahri, serius.
Matanya mula memeriksa gadis bertudung itu dari
atas ke bawah. Ada rasa sangsi mengetuk hatinya. Kenapa
kawan ayah ini muda benar? Langsung tak nampak sebaya
dengan ayah.
Encik Irham kena jawab salam saya dulu.
Walaupun gesaan itu kedengaran lembut di telinga,
diiringi juga dengan senyuman manis di bibir, namun entah
kenapa hati Irham Zahri tertikam pedih. Sakit dan perit! Dia
mendengus melepaskan rasa geram. Tapi jika dia enggan
menurut kata, dia bimbang pula jika dia benar-benar bersikap
seperti lelaki yang punya gangguan emosi dan mental.
Hmmm... waalaikumussalam, jawabnya acuh
tidak acuh. Anak mata kembali menari-nari di raut berkulit
kuning langsat itu. Hatinya masih begitu sangsi. Now
answer my question, are you Doktor Hamida?

31
Akadku Yang Terakhir

Rania yang sedang membelek fail di tangan


mengangkat muka. Pandangannya kini berlaga tepat dengan
renungan Irham Zahri yang jelas mempamer rasa tidak yakin.
Spontan bibir mengukir senyuman bersahaja.
Maaf, Encik Irham. Saya bukan Doktor Hamida,
saya Rania Baheera.
Rania, what? Irham Zahri mengerutkan
keningnya dengan riak kurang senang. Hatinya mula
berbahang hangat. Ini entah budak mana datang menghadap,
bukan doktor yang dikatakan pakar itu yang datang
menemuinya di sini. Ini entah siapa-siapa pula jadi wakil!
Rania Baheera. Encik Irham boleh panggil saya
Rania, ulang Rania masih tenang.
I tak peduli apa pun nama you, semua tu tak
penting. Dengusnya sedikit geram. Where is Doktor
Hamida? Dia yang sepatutnya jumpa I dekat sini, bukannya
you.
Kelat senyuman di bibir Rania terukir. Melihat riak
kurang senang yang terpampang di wajah Irham Zahri, dia
tahu lelaki itu sudah mula naik darah.
Doktor Hamida dah serahkan kes Encik Irham
pada saya. Jadi saya yang akan bantu Encik Irham sepanjang
sesi ni, bukan Doktor Hamida. Kalau Encik Irham jelas
tentang itu, boleh kita mulakan sekarang?
This is ridiculous, desis Irham Zahri, geram.
Dia bangkit berdiri dengan rasa yang kian menekan.
Tangannya melurut rambut, kaki mula mundar-mandir di
hadapan perempuan bernama Rania itu. Hatinya
membungkam geram. Entah apa yang perempuan itu sudah
baca di fail peribadinya. Dan sejauh mana kisah rumah
tangganya sudah bocor ke pengetahuan orang luar?

32
Acik Lana

Encik Irham, bertenang. Duduklah, pinta Rania


yang masih mengekalkan nada tenang dan formal. Tatkala
melihat lelaki itu berdiri tegak di hadapannya, suara hati
mula memuji-muji. Ketinggian Irham Zahri lebih kurang
sama seperti Fazriq. Ketinggiannya cukup sempurna dengan
bentuk tubuh yang agak tegap itu. Menyedari kelalaian
otaknya yang terlajak jauh, dia kembali memberi tumpuan
kepada lelaki di hadapannya itu.
Kalau ada apa-apa kemusykilan, atau ada yang
Encik Irham rasa kurang selesa, Encik Irham boleh
maklumkan kepada saya.
Are you married?
Terkedu Rania apabila soalan itu tiba-tiba saja
melantun jelas ke telinga. Pandangan tajam Irham Zahri
kepadanya membuatkan jiwanya yang tenang menjadi sedikit
terusik. Dia sudah menjangka yang status dirinya akan
menjadi halangan dan isu dalam konflik kali ini.
Maaf, Encik Irham. Hal peribadi saya tidak boleh
disoal dan dibincangkan dalam sesi ini, balasnya dengan
senyuman kecil. Boleh Encik Irham duduk dulu? Kita perlu
berbicara.
Kalau you belum berkahwin, macam mana you
nak selesaikan masalah I? Apa kelayakan you untuk bantu I?
Sekali lagi Irham Zahri mengabaikan arahan gadis itu dan
membalas dengan soalan yang lain. Soalan yang lebih keras.
Jangan risau, saya akan cuba sedaya upaya untuk
bantu Encik Irham. Dan saya...
So, you belum berkahwin? pintasnya laju. Melihat
Rania tertunduk sedikit, nafasnya dihela kasar. Terasa
berbahang seluruh wajahnya. Perasaan rendah diri kerana
dipandang sebagai manusia yang punya masalah emosi

33
Akadku Yang Terakhir

membuatkan kesabarannya kian tipis. Egonya pula naik


tinggi ke langit.
Ini hospital apa ni? Kononnya hospital pakar yang
terkenal, tapi mana tahap profesionalnya? Budak hingusan
macam you ni yang disuruh untuk bantu I? Nonsense!
Berdesing telinga Rania mendengar tuduhan itu.
Dadanya terasa sempit, begitu membuak-buak dengan rasa
marah. Namun, akal pantas membisikkan kata penenang. Dia
tidak boleh ikut sama gila seperti Irham Zahri. Dia sudah
maklum dengan sikap baran lelaki itu, dan dia patut lebih
bersedia.
Maaf, Encik Irham. Saya bukan budak hingusan,
dan saya ada kelayakan untuk buat kerja saya, ucapnya
dengan nada dikawal sebaiknya. Kalau Encik Irham bagi
saya peluang, kita boleh sama-sama cari jalan untuk
selesaikan masalah ni.
Masalah? Masalah apa? I tak ada masalah!
Begitu lantang dan ego sekali lelaki itu menafikan
kenyataan sebenar. Kalau diikutkan rasa geram melihat kaum
sejenisnya ditindas, sudah lama dia memekik di tepi telinga
Irham Zahri. Biar lelaki itu buka mata luas-luas, biar sedar
diri sikit! Dah bercerai tiga kali tanpa sebab pun, tak ada
masalah lagi pada dia?
Mungkin Encik Irham tak sedar yang diri Encik
Irham bermasalah? Kadang-kadang kita tak nampak apa yang
kurang sebab kita terlalu ego untuk menunjuk apa yang
lebih, ujarnya dengan senyuman terukir di bibir. Hatinya
masih panas, namun dia perlu sentiasa kelihatan tenang.
Terpempan Irham Zahri apabila bibir mongel itu
dengan bersahaja menembaknya. Kata-kata yang begitu
tenang, namun pedihnya bagaikan tertusuk ke tulang hitam!

34
Acik Lana

Excuse me? Mungkin you tahu nama I, tapi bukan


kisah hidup I yang sebenar. Jadi jangan nak memandai-
mandai!
Melihat jari telunjuk Irham Zahri tepat terhala
kepadanya, Rania tersenyum dan menganggukkan kepala.
Tanpa rasa gentar, dia menyandar ke sofa dengan tangan
memeluk tubuh. Pandangan garang lelaki itu dibalas
bersahaja.
Then sit, tell me the whole story, Encik Irham.
Dengusan kasar semakin kerap kedengaran di bibir
Irham Zahri. Ketenangan yang ditunjukkan oleh gadis
bernama Rania itu membuatkan dia tidak senang duduk!
Berkali-kali dia memancing kemarahan wanita itu, tetapi
berkali-kali itu jugalah Rania menepisnya. Lebih parah, rasa
sakit itu berbalik semula ke hatinya! Macam mana dia boleh
tewas dengan gadis sementah ini?
Okey, kalau tak ada apa-apa Encik Irham nak
cakap, boleh saya mulakan? soal Rania seraya membuka fail
di tangannya. Dia tahu Irham Zahri masih merenungnya
garang, namun dia tetap berlagak seperti biasa.
Pertama, biar saya terangkan schedule terapi kita.
Untuk sesi pertama, Encik Irham perlu datang ke sini dua
kali seminggu. Hari Isnin pukul lima petang dan hari Rabu
pukul dua belas tengah hari. Boleh?
Of course.... Irham Zahri memanjangkan ayat di
hujungnya seraya memandang tepat kepada Rania. No! Not
a chance.
Okey, then kita tukar hari Isnin, Selasa dan Rabu.
Tiga kali seminggu, dua jam setiap sesi.
Wh... what? Rahang Irham Zahri bergerak-gerak
menahan marah. Jika tidak difikirkan yang dirinya berada di

35
Akadku Yang Terakhir

hospital, sudah lama perempuan itu dijerkahnya. Suka-suka


saja mahu mengubah dan menyusun jadual ikut suka hati
dia. Memang melampau!
Setiap attendance Encik Irham akan direkod dan
disahkan oleh saya sendiri. Semua repot-repot tu akan kami
hantar ke pejabat Tuan Alaudin untuk rujukan family Encik
Irham. Saya rasa Encik Irham pasti tak nak ayah Encik Irham
kecewa melihat kedatangan yang teruk tukan? ujar Rania
seperti mengugut Irham Zahri.
Semakin sakit hati Irham Zahri dengan kata-kata
berbaur amaran itu. Bagaimana dia mahu melepaskan diri
jika hanya itu pilihan yang ditetapkan oleh ayahnya?
Mengelak sesi terapi ini samalah seperti membuang diri
daripada keluarga sendiri. Dia terlalu sayangkan ibu, mana
mungkin dia tergamak kehilangan semua itu.
Terasa beban kian bertambah di bahu, dengan kasar
Irham Zahri merebahkan tubuhnya ke sofa. Tangan naik
menongkat kepala yang semakin memberat. Sedikit pun dia
tidak sudi menjeling wajah Rania yang masih tenang di
hadapannya.
Encik Irham, kalau...
Shut up. Just shut up.
Lidah Rania terpasak kelu. Melihat wajah masam
mencuka lelaki itu, dia tahu Irham Zahri sedang berperang
dengan emosi. Jelas sekali apabila kedudukan keluarga yang
menjadi pertaruhan, lelaki itu tiba-tiba saja menjadi lemah.
Longlai dan terus mengalah.
Jadi lelaki ini masih punya perasaan, masih takut
pada sebuah kehilangan? Tapi, kenapa dia begitu mudah
melepaskan hati seorang perempuan? Perasaan ingin tahu
semakin membuak-buak di dada Rania. Betapa banyak

36
Acik Lana

misteri, rahsia dan emosi yang begitu menarik perhatiannya.


Semua itu perlu dirungkai satu per satu.
I tahu semua ni inpatient session, tapi I dah tak
nak datang ke sini lagi. I tak suka!
Kening Rania bertaut apabila lelaki itu bersuara.
Nadanya mendatar, namun kedengaran cukup tegas.
Saya faham, ramai klien kita berasa kurang senang
setiap kali datang ke sini. Tapi, itu semua normal, lama-lama
nanti Encik Irham akan biasa. Lagipun Encik Irham bukan
patient di sini, bukan juga pesakit mental. Tapi, terapi ini
lebih kepada perkongsian perasaan dan emosi. Encik Irham
boleh anggap saya sebagai kawan untuk berkongsi apa saja
cerita, pujuknya sedikit lembut.
Dalam keadaan kliennya yang tampak sedikit pasif
begini, dia perlu bijak membeli jiwa mereka. Kepercayaan
Irham Zahri perlu diraih sebaiknya.
No, I tak perlukan kawan macam you, sanggah
Irham Zahri.
I dont mind and I dont even care about this
stupid theraphy. I tak gila, I tak sakit mental dan I tak pernah
ada masalah emosi. I datang sini sebab I nak puaskan hati
father I, itu aje! luah Irham Zahri dengan nada tertahan.
Ya, saya faham.
Sekilas Irham Zahri mengangkat muka, mencuri
pandang ke wajah tenang Rania yang tekun mencatat entah
apa. Ya Tuhan, perempuan jenis apa tak ada perasaan macam
ni? Orang dah kata terapi dia bodoh pun dia boleh buat tak
tahu saja!
Berapa gaji you, Rania?
Rania yang sedang menulis sedikit tersentak. Tiba-

37
Akadku Yang Terakhir

tiba saja Irham Zahri menyoal tentang gajinya, mahu dia tak
terperanjat. Namun, reaksinya masih berjaya dikawal, tenang
dan bersahaja.
Gaji saya taklah semewah mana, tapi cukuplah
untuk belanja bulanan, bayar bil-bil semua. Kenapa Encik
Irham tanya?
I boleh bayar you lima ribu ringgit.
Hmmm? Untuk apa?
Riak Irham Zahri mula berubah penuh minat. Tiba-
tiba saja idea itu muncul di kepala, kenapa dia tak terfikir dari
tadi? Kini dia bagaikan ternampak jalan keluar untuk
hukuman ayahnya ini, dia pasti boleh bebas dengan mudah.
Kerja senang. Palsukan laporan attendance I,
completekan sesi terapi I. Itu saja yang you perlu buat. Nak
terima tawaran I tak?
Tercengang Rania dengan rancangan yang keluar
daripada bibir Irham Zahri. Lelaki itu cuba merasuahnya atau
apa? Sesaat kemudian dia tergelak kecil. Terasa lucu benar
cadangan yang jelas bagaikan mahu mencari jalan mudah
untuk keluar daripada masalah.
Kenapa you ketawa? soal Irham Zahri sedikit
bengang. Sekali lagi egonya tercalar. Adakah dia kelihatan
bodoh lagi kali ini?
Maksudnya Encik Irham tak nak datang ke sini
lagi? Tak ada, tapi dikatakan ada, macam tu?
Yes, absolutely.
Maaf, Encik Irham. Saya tak buat kerja-kerja
macam tu. Saya cari rezeki yang halal untuk keluarga saya.
And... minta maaflah sebab saya tak dapat terima tawaran
Encik Irham tu, jawab Rania dengan senyuman di bibir.

38
Acik Lana

Sekali lagi Irham Zahri merengus penuh benci.


Hatinya sakit, sangat-sangat sakit! Dia tahu Rania hanya
berlakon seperti alim-alim kucing. Siapa dalam dunia ni tak
mahukan duit? Duit mudah, datang bergolek pulak tu!
Walau beribu kali Encik Irham menolak, beribu
kali jugalah saya akan mengingatkan. Sesi selama tiga bulan
ini perlu tamat pada masa yang sepatutnya. Jadi saya
nasihatkan Encik Irham ikut saja schedule yang ditetapkan.
Ingat, tak boleh lari, mengelak, mahupun mengelat.
Kenapa? Kalau I tak datang, you akan kejar I? Cari
I sampai ke lubang cacing?
I will if I have to. Rania tersenyum dan
menjongketkan kedua-dua belah bahunya. Tapi jangan risau,
saya belum gila lagi nak buat semua tu. Kami masih beri
Encik Irham kelonggaran memandangkan Encik Irham
banyak bertugas ke luar negeri.
Perlahan Irham Zahri melepaskan keluhan lega.
Jika sebelum ini dia sering mengelak dari ditugaskan ke luar
negeri, kali ini dia akan menerimanya dengan hati terbuka.
Suruhlah berpuluh-puluh kali sebulan, dia sanggup asalkan
dirinya tidak tercampak ke bilik dingin ini.
Saya tahu semua ini agak mengejutkan dan kalau
Encik Irham belum bersedia untuk berkongsi cerita dengan
saya, kita boleh tangguhkan pada sesi seterusnya, lusa. Do you
want me to leave you alone? tanya Rania dengan berhemah.
Dia tidak mahu terlalu mendesak kliennya. Dalam
keadaan begini, kepercayaan Irham Zahri terhadapnya belum
sampai lima peratus. Masih jauh dari tahap yang
membenarkan dia menggali isi hati lelaki itu. Dia perlu
bersabar walau sebanyak mana perasaan ingin tahu itu wujud
di jiwanya.

39
Akadku Yang Terakhir

Melihat Irham Zahri bingkas berdiri, Rania terpinga


kehairanan. Encik Irham nak ke mana?
Balik. Tak boleh? soal lelaki itu sedikit menyindir.
Memang tak boleh. Sesi hari ini masih berbaki tiga
puluh minit, Encik Irham tidak dibenarkan keluar dari sini
selagi belum tamat masanya.
Excuse me? Ini penjara ke hospital gila?
Rania tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
Mudah benar baran lelaki itu tercuit. Kurangnya rasa sabar
dan terlalu mengikut perasaan mungkin menjadi punca
kepada kehancuran rumah tangga Irham Zahri. Jika bukan
penyumbang mutlak pun, mungkin ia sebahagian daripada
sebabnya.
Dua-dua pun bukan. Duduk dulu, Encik Irham.
Saya akan tinggalkan Encik Irham sendiri dekat sini. Nanti
pembantu saya akan panggil Encik Irham bila sesi hari ini
tamat.
Great! What did I just get myself into? gumam
Irham Zahri kepada dirinya sendiri.
Menyesal datang ke sini? Ya, dia sangat-sangat
menyesal! Sangkanya mudah untuk dia menjadikan semua
ini yang pertama dan terakhir, namun keadaan nyata tidak
berpihak kepadanya. Jelas dia sudah terjerat dalam
perancangan ayahnya yang teliti.
Encik Irham nak coffee? Hot choc or tea?
Sekilas Irham Zahri menjeling kepada Rania yang
sudah berdiri berdekatan pintu. Berapa lama lagi dia perlu
menghadap perempuan seorang ini? Untuk tiga bulan lagi?
Oh Tuhan, bagaimana dia mahu melalui detik-detik
membosankan begini berulang kali?

40
Acik Lana

Encik Irham? Coffee?


Get out, just leave me alone. Luah Irham Zahri
dengan nada tertahan.
Tubuhnya pantas disandarkan ke sofa dengan mata
terpejam rapat. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa, tidak
juga mahu memandang wajah sesiapa. Hari ini dia berasa
resah, jiwanya tidak lagi setenang biasa. Ketika bunyi daun
pintu tertutup rapat, matanya terbuka kecil. Tiba-tiba saja
seluruh dunianya terasa kosong. Sunyi, sepi, tidak berisi.

41
Akadku Yang Terakhir

Bab 4
U
SAI menikmati makan malam
bersama keluarganya, Rania
sibuk membantu membersihkan
ruang makan dan mencuci pinggan mangkuk. Hari ini dia
pulang lebih awal dari kebiasaannya. Habis saja waktu pejabat,
dia segera menelefon Fazriq supaya datang menjemput di
hospital. Mujur juga lelaki itu menghadiri mesyuarat di
kawasan berdekatan, dapatlah dia sampai ke rumah ketika
alam masih cerah lagi.
Melihat wajah jernih umi ketika mereka memasak
bersama tadi, dia tahu umi rindukan suasana begini. Maklum
sajalah, dia sering sibuk di hospital. Siang jadualnya padat
dengan sesi terapi, kemudian dia perlu menyiapkan laporan
perkembangan kliennya untuk rujukan Doktor Hamida.
Kadangkala sampai ke malam dia menghadap komputer
untuk membuat kajian dan mencari kaedah-kaedah terbaik
demi kliennya.
Dia tahu bukan mudah kerjaya yang dipilih, namun
inilah cabaran yang paling dia gemari. Mencabar dan menguji
kemampuan diri sendiri.

42
Acik Lana

Setakat ini dia belum berjaya mengimbangi


kehidupannya dengan baik. Kesibukan tugas di hospital telah
memendekkan waktu untuk diluangkan bersama keluarga di
rumah. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar bagi
mengejar impian dan cita-citanya.
Nia, biar umi basuh periuk-periuk tu. Nia pergi
tolong kacaukan pengat pisang atas dapur tu. Kalau tak
dikacau selalu, nanti hangus pulak.
Mendengarkan arahan uminya, segera Rania
mengelap tangan yang basah dengan tuala kecil di tepi singki.
Dia melangkah pula ke bahagian memasak yang terletak di
hujung dapur. Pengat pisang yang sedang menggelegak itu
kini selamat dalam jagaannya. Tanpa sedar bibir mengukir
senyuman nipis. Betullah kata adiknya Rayyan, malam ini
lebih meriah daripada biasa. Siap ada desert segala!
Nia, yang kamu tu asyik menyengih aje kenapa?
Risau pulak hati umi tengok kamu.
Pantas dia berpaling kepada umi yang berdiri di
hadapan singki. Bibir semakin lebar dengan senyuman. Dia
tahu umi bimbang dia pula yang ada masalah mental dek
kerana sibuk memikirkan masalah orang lain.
Nia tak boleh senyum ke umi? Nia cuma happy
sebab hari ni Nia balik awal, tak macam selalu... balasnya
menutup kerisauan di hati tua itu.
Hmmm... itulah kamu, kerja tak ingat dunia. Siang
malam asyik memerap aje dekat hospital tu. Nasib baik kamu
ingat lagi jalan nak balik rumah ni, kalau tidak setahun sekali
baru umi dapat jumpa kamu agaknya, sindir Puan Rashida
bersahaja.
Melihat Rania diam tanpa membalas, dia mengeluh
pula. Entah ayat yang mana satu boleh dia gunakan untuk

43
Akadku Yang Terakhir

membuat anak gadisnya itu faham. Dia bimbang akan


kesihatan Rania. Anaknya itu jarang berehat. Hujung minggu
pun sibuk juga mahu ke hospital. Jadi, bila masanya mahu
bersosial? Mahu mencari teman lelaki atau bakal suami?
Dia bukannya kemaruk benar mahu bermenantu,
dia cuma mahu Rania hidup seimbang. Tahu membahagikan
masa dan mencari kegembiraan sendiri. Bukan asyik
mendengar masalah orang lain.
Orang lain pun kerja jugak, Nia. Tapi, bila habis
waktu kerja, semua dah bergegas balik cari keluarga. Yang
Nia ni pulak, macam tak suka aje nak balik rumah umi.
Hesy... umi ni, ada pulak cakap macam tu. Rania
tergelak kecil seraya menggelengkan kepalanya. Kalau tak
balik rumah umi ni, Nia nak balik mana lagi? Nia belum
cukup duit nak beli rumah banglo tau.
Mendengar balasan selamba itu, Puan Rashida
mencebikkan bibir. Setiap kali dia mahu berceramah,
memang beginilah reaksi Rania. Benda serius pun boleh
dibawa bergurau. Hati ibu mana yang tidak resah kalau
kehidupan anaknya hanya berpusing di tempat yang sama
saja.
Sudah tiga tahun Rania bekerja di hospital swasta
itu, tapi kehidupan peribadi Rania masih juga di takuk itu.
Kalau dulu bujang, sekarang pun masih bujang. Tak pernah
walau sekali Rania bercerita tentang lelaki yang disukainya.
Orang-orang muda sekarang kalau bercinta, memang melekat
dua puluh empat jam dengan telefon. Tengok saja anak
bujangnya Si Rayyan itu, memang tak boleh berenggang
langsung. Tapi, Rania tidak ada pula begitu, kadang-kadang
telefon bimbit pun dicampak entah ke mana!
Pelik, takkanlah dekat hospital tu tak ada lelaki

44
Acik Lana

bujang langsung? Nak kata anaknya tidak cantik, dia cukup


yakin matanya ini tidak salah memandang anak sendiri.
Kecantikan Rania memang terserlah, malahan memang
ramai yang memuji-muji wajah manis itu. Atau Rania yang
sengaja jual mahal?
Umi, umi menung apa ni?
Tersentak Puan Rashida apabila bahunya ditepuk
lembut. Dia menoleh ke kanan, tersenyum kecil kepada Rania
yang berdiri di sisinya. Eh, mana ada umi termenung. Umi,
kan tengah basuh pinggan ni.
Rania mengerutkan kening. Kemudian pandangan
turun pada tangan ibunya di dalam singki. Okey, memang
umi basuh pinggan, Nia boleh nampak tu. Tapi, dari tadi umi
asyik gosok cawan tu aje. Umi okey ke tak ni?
Spontan Puan Rashida memandang ke tangannya
yang dilitupi sabun. Sungguh dia tidak sedar yang dari tadi
dia asyik menyental cawan yang sama. Sangkanya sudah
banyak yang dibasuh, rupa-rupanya baru sebiji!
Umi, umi ni kenapa? Umi risau pasal Nia, ya?
Pertanyaan lembut itu menyentuh hati Puan
Rashida. Dia yakin sebagai seorang pakar psikologi, tidak
sukar untuk Rania menilik apa yang ada di hatinya ini. Dia
tidak berniat mahu membuat Rania susah hati dengan
sikapnya, dia cuma mahu Rania membuka mata luas-luas.
Sejujurnya, bukan dia dan suaminya tidak suka
dengan pekerjaan yang dipilih oleh anak gadisnya itu.
Malahan dia dan Affendi bersependapat yang kerjaya itu amat
murni kerana mampu membantu orang lain. Apa yang dia
kurang senang, sikap Rania yang terlalu obsess dengan karier.
Hal-hal lain bagaikan tidak lagi mendapat perhatian anaknya
itu.

45
Akadku Yang Terakhir

Memang... memang umi risaukan Nia, luahnya


perlahan.
Rania tersenyum kecil dengan pengakuan itu.
Kasihan umi sungguh, dia cukup mengerti apa yang
dibimbangkan oleh umi dan ayahnya. Dia tidak pernah
sesekali berniat mahu meletakkan kedua-dua orang tuanya
dalam kedudukan begini.
Hmmm... umi risau pasal apa ni? Ceritalah dengan
Nia. Umi risau sebab Nia jarang berehat, ya?
Puan Rashida yang masih mencuci pinggan
mengeluh perlahan. Memang itu salah satu kebimbangannya.
Tapi itu baru satu hal, ada banyak hal lagi yang mengganggu
kepalanya dan Encik Affendi kebelakangan ini.
Semakin meningkat usia anak-anaknya, semakin
kukuh perhatian mereka berdua. Jiwa muda kadangkala silap
menilai dan membuat perhitungan, jadi dia dan suaminya
perlu sentiasa menjadi pembimbing dan pendorong untuk
anak-anak mereka. Dia tidak mahu ada yang terpesong
langkahnya.
Nia, kamu pun tahu yang kamu adalah satu-
satunya anak perempuan umi dekat sini, kan? Kak Zulin tu
kita tak payah kiralah, dia memang duduk jauh. Umi dah
tentu-tentu risaukan dia. Tapi kamu yang duduk depan mata
umi ni pun nak buat umi risau, macam mana tu?
Senyuman di bibir Rania kian melebar. Dia bergerak
sedikit ke belakang uminya, kemudian tubuh kecil molek itu
dipeluk erat. Sudah agak lama dia tidak bermanja begini,
mungkin itu juga salah satu punca yang menyebabkan umi
menganggap hubungan mereka kian renggang.
Okey, okey.... Nia mintak maaf ya, umi? Tapi, umi
nak risau apa? Nia, kan baik-baik aje ni. Nia tak sakit apa-apa

46
Acik Lana

pun, Nia sihat walafiat tau, balas Rania ceria. Kucupan


ringkas dihadiahkan ke pipi wanita kesayangannya itu.
Hesy... bukan itu maksud umi. Nia sedar tak umur
Nia dah berapa?
Hmmm... dua puluh tujuh tahun. Kenapa?
Tua ke muda umur macam tu?
Muda belia lagi. Kenapa, umi? soal Rania pura-
pura tidak faham. Dia bagaikan sudah mengerti ke mana arah
perbualan ini nanti. Perkataan seperti kahwin, calon suami,
boyfriend, pasti akan terbit daripada bibir uminya.
Percayalah.
Budak nikan.... Puan Rashida menolak sedikit
tubuh Rania yang masih melekat rapat di belakangnya. Pura-
pura marah. Nia tahu maksud umi, kan? Umur macam Nia
ni dah boleh cuba-cuba cari teman hidup tahu tak? Kalau
asyik kerja dua puluh empat jam, bila masanya nak jumpa
calon suami?
Rania sembunyi senyum. Tekaan dia tak pernah
silap! Tapi umi ni pun satu, sudah berbuih-buih mulutnya
memberi jawapan, tapi tetap juga soalan ini yang ditanya.
Hmmm... Nia belum readylah, umi. Nanti-
nantilah.
Nanti-nantilah? Eh, bukannya umi suruh kamu
terus kahwin. At least cari calon dulu. Lepas tu ambik masa
untuk kenal hati budi dia, kenal keluarga dia. Kalau dari
sekarang kamu tak mulakan, bila lagi? Tunggu umur empat
puluh nanti baru nak cari? bebel Puan Rashida tanpa
berselindung.
Melihat riak kurang senang di wajah uminya, Rania
kian mengeratkan pelukan. Alasan untuk menyelamatkan diri

47
Akadku Yang Terakhir

perlu diberi secepat mungkin. A.S.A.P! Alah umi ni, Nia


belum puas duduk dengan umi lagi. Kalau dah jumpa calon
suami, lepas tu nanti kena kahwin. Bila dah kahwin, mesti
Nia tak boleh duduk sini lagi.
Dah, dah, jangan nak bagi alasan basi tu lagi.
Sekarang ni pun Nia macam ada tak ada aje, apa bezanya?
Alasan itu ditolak mudah oleh Puan Rashida. Eee...
sungguhlah umi tak faham dengan korang ni. Susah sangat
ke nak cari boyfriend dan girlfriend? Si Fazriq tu pun sama,
ada aje alasan dia. Tak bersedialah, apalah, padahal dah ada
kerja yang elok. Mampu sangat nak menanggung anak dara
orang.
Sepantas kilat wajah Rania berubah. Mati terus
senyuman di bibirnya. Melayang hilang rasa ceria di dada.
Nampaknya, umi pun sudah mula mendesak Fazriq. Alahai
hancurlah hatinya kalau Fazriq sudah membuka langkah
terlebih dahulu. Putih mata dia nanti!
Errr... umi pun suruh abang cari calon isteri ke?
Yalah, umi pun teringin nak menimang cucu
sementara sihat ni. Nanti dah terbongkok-bongkok, larat lagi
ke nak kendong budak tu?
Sekali lagi hati Rania tercarik pedih. Liur yang
ditelannya terasa begitu kesat. Perit. Kalau umi berterusan
mendesak Fazriq, tidak mustahil suatu hari nanti lelaki itu
akan menurut. Mana mungkin Fazriq tergamak
menghampakan permintaan umi. Dia kenal benar hati lelaki
itu.
Eh, drama swasta apa ni? Bukan main lagi peluk-
peluk depan singki!
Terganggu dengan suara garau di muka pintu
dapur, pelukan Rania terlepas. Serentak dia dan umi menoleh

48
Acik Lana

ke belakang. Lelaki idamannya yang berdiri tegak di situ


kelihatan tampan bila mengenakan baju Melayu berwarna
biru yang dipadankan dengan kain pelekat. Menyedari mata
redup itu singgah kepadanya, pantas dia menundukkan
muka. Tangan pula naik membetulkan kedudukan tudung di
kepala yang mungkin sudah tersenget kerana berpelukan
tadi.
Dah solat maghrib, Fazriq?
Baru sudah aje, umi... balas Fazriq seraya
melangkah ke ruang dapur itu. Sekilas dia mengerling kepada
Rania yang sedang mengeluarkan mangkuk dari kabinet di
dinding. Kemudian pandangannya berpindah pula kepada
Puan Rashida di hujung sana.
Umi, saya nak bawak Rania keluar sekejap boleh?
Hampir terlepas mangkuk kaca di tangan Rania
apabila mendengar soalan itu. Jantungnya berdegup kencang,
nafas tiba-tiba saja tersekat di dada. Dalam kekalutan itu, dia
kaku menghadap periuk berisi pengat pisang. Sungguh, dia
takut dengan reaksi umi. Tapi, apa maksud Fazriq mahu
mengajak dia keluar?
Keluar? Kamu nak bawak Nia ke mana malam-
malam macam ni?
Tak ke mana pun, umi. Cuma nak mintak tolong
Nia hantarkan saya ke workshop. Kereta yang saya hantar
repair hari tu dah siap, terang Fazriq. Dia mencapai sebiji
gelas di atas rak berdekatan singki, kemudian menuang air
suam dari cerek elektrik yang diletakkan di situ.
Oh, kereta kamu yang kena sondol tu dah elok
dah?
Fazriq menganggukkan kepala tanda mengeyakan.
Dah, umi. Pomen baru call suruh datang ambik malam ni,

49
Akadku Yang Terakhir

esok bengkel diorang tutup. Lagipun, seganlah asyik nak


pinjam kereta abah aje ulang-alik ke pejabat.
Puan Rashida tersenyum mendengar kata-kata
Fazriq. Walaupun Fazriq sudah dianggap seperti anaknya
sendiri, namun pemuda itu begitu menjaga tertib dan tingkah
laku. Tidak pernah sekali pun mengambil kesempatan ke atas
keluarganya.
Kadangkala dia juga hampir terlupa yang Fazriq
bukan zuriat yang dikandung olehnya sendiri. Dia dan
suaminya tidak pernah kedekut dengan kasih dan sayang.
Layanan yang diberi kepada Fazriq tetap sama seperti mana dia
melayan Rayyan dan Rania. Malahan, Fazriq sendiri amat
menyayangi adik-adik angkatnya itu. Hubungan mereka semua
begitu rapat dan mesra. Cuma sekatan hukum agama menjadi
batasan yang tidak boleh diambil mudah. Dan kerana itu
jugalah dia sentiasa bertegas dengan Rania supaya memelihara
auratnya biarpun di dalam rumah mereka sendiri.
Walaupun sejak setahun lalu Fazriq sudah
berpindah di kediaman berasingan di belakang rumahnya,
namun lelaki itu masih bebas keluar masuk ke sini. Dia dan
Encik Affendi tidak pernah menghalang kerana Fazriq sudah
dianggap seperti darah daging mereka sendiri. Sikap anak
muda itu begitu menyenangkan hati, apatah lagi Fazriq
sangat bertanggungjawab terhadap Rania dan Rayyan.
Boleh ke umi?
Pertanyaan Fazriq itu mengejutkan lamunan Puan
Rashida. Dia menganggukkan kepala dengan senyuman
meleret di bibir. Pergilah, tapi jangan balik lambat sangat.
Esok adik kamu tu kerja.
Baik, umi. Umi jangan risau, saya pergi sekejap
aje. Suara Fazriq begitu ceria membalas.

50
Acik Lana

Namun di suatu sudut, keceriaan tidak sampai ke


sana. Rania masih diam menyepi. Hatinya sedikit tercalar
apabila mendengar perbualan yang menerobos ke telinga.
Awal tadi dia benar-benar menyangka Fazriq mahu
membawanya keluar mengambil angin di luar, namun
anganan indah itu musnah kerana perkataan workshop. Dan
sekarang umi pula membina tembok pemisah antara mereka
dengan perkataan adik kamu yang sudah didengarnya
berulang kali selama ini.
Pandangan sayu dilemparkan kepada Fazriq yang
masih ceria melayan umi berbual-bual. Hatinya ngilu. Ada
rasa sayu membelit tangkai hati yang semakin rapuh. Demi
Tuhan, benarkah tempatnya di sisi Fazriq hanya sekadar itu?
Hanya sebagai seorang adik?
Mata dipejam rapat. Dan seperti biasa, dia tidak ada
jawapannya. Tidak pernah ada.

OKEY, tuan puteri... kita dah sampai.


Pandangan kosong yang sejak tadi dilemparkan ke
luar tingkap kini berpindah ke hadapan. Cahaya terang dari
lampu di bengkel kereta itu agak menyilaukan matanya. Dia
menoleh pula ke kanan. Jantung tiba-tiba saja melantun
cemas apabila melihat Fazriq merenungnya tepat. Pantas
anak matanya dilarikan ke hadapan, pura-pura meninjau
keadaan bengkel yang masih sibuk itu.
Nia ni kenapa diam aje dari tadi? Tak ikhlas ya
hantarkan abang dekat sini?
Suara lunak itu menyapa lembut ke telinga,
menggetarkan lagi hati Rania dengan berjuta rasa. Dia

51
Akadku Yang Terakhir

menggeleng perlahan dengan senyuman kelat. Mana ada tak


ikhlas, Nia penat sikit.
Fazriq tergelak kecil. Kasihan Rania. Kalau
dikirakan boleh saja dia meminta Rayyan menghantarnya ke
sini. Tapi, tahu sajalah budak mentah seperti Rayyan yang
baru mendapat lesen memandu, asyik nak memecut sahaja
kerjanya. Bimbang juga jika ada perkara buruk yang berlaku
nanti.
Kalau ikhlas, muka tu kena manis. Baru dapat
pahala sebab tolong abang tau, usik Fazriq mengambil hati.
Abang ni hari-hari ambik dan hantar Nia ke hospital, tapi
pernah tak nampak muka abang memuncung macam ni?
Hmmm.. tak pernah, balas Rania acuh tidak acuh.
Tidak mampu mengelak, perasaannya terbelai
dengan sikap Fazriq yang penyayang. Hatinya kembang setiap
kali menerima pujukan penuh sabar daripada bibir lelaki itu.
Betapa sempurna Fazriq di matanya. Sungguh.
Ha... tak pernah, kan? Walau penat macam mana
sekalipun, abang tahan aje demi Nia.
Dalam pada membisu, hati Rania begitu pedih
terhiris. Betapa dia mengharap telinga ini tidak lagi
mendengar kata-kata sebegitu lembut daripada bibir Fazriq.
Dia bimbang perasaannya kian kuat. Dia takut jika angan-
angan dia terbang terlalu tinggi, dia takut jika cintanya jatuh
lagi!
Abang nak keluar ni, tak nak senyum untuk abang
dulu?
Dalam rasa yang memberat di dada, Rania mengukir
juga senyuman untuk Fazriq. Dia tidak mahu lelaki itu tahu
kekecewaan yang dia rasakan sekarang. Lelaki itu tidak
bersalah, lelaki itu tidak pernah tahu apa yang ada di celah

52
Acik Lana

hatinya ini. Jadi, tidak ada sebab untuk dia membebankan


Fazriq seperti apa yang dia lakukan kini.
Kan cantik senyum macam tu, puji Fazriq ceria
dan mesra. Nia tunggu dalam kereta sekejap, ya? Abang
masuk dalam tengok kereta abang dulu, lepas tu kita balik
konvoi sama-sama.
Dengan sekadar anggukan kepala tanda arahan
diterima, Rania menghantar tubuh Fazriq dengan pandangan
mata. Lelaki itu kemudian mengisyaratkan dia supaya
mengunci kereta dari dalam. Pantas dia menurut arahan itu.
Bimbang juga dengan kes-kes jenayah yang berleluasa
kebelakangan ini.
Beberapa minit menunggu di dalam kereta, tiba-
tiba saja matanya melekat ke dompet Fazriq yang diletakkan
di ruang compartment berdekatan dengan bahagian gear.
Bibir diketap seketika. Dia yakin Fazriq terlupa untuk
membawa turun dompetnya sekali.
Kerana kasihankan lelaki itu yang mungkin
terpaksa berpatah balik ke sini, dia mengambil keputusan
untuk keluar dari kereta. Biarlah dia yang masuk ke dalam
dan menyerahkan dompet ini kepada Fazriq. Lagipun bukan
jauh benar jaraknya, hanya beberapa kaki sahaja.
Setelah mematikan enjin kereta, Rania keluar dan
mengunci kenderaan itu. Namun ketika dia mahu berpaling,
tiba-tiba saja tubuhnya dirempuh kuat. Semuanya berlaku
terlalu pantas, sedar-sedar saja punggungnya sudah
terhempas kuat di atas simen. Sakit yang teramat!
Oh, God... my phone....
Keluhan itu singgah ke telinga. Pantas Rania
mengangkat muka tatkala terasa tubuh itu tunduk untuk
mengutip telefon bimbit yang telah berkecai di lantai. Bagus

53
Akadku Yang Terakhir

sangat! Ada mata sibuk memandang telefon, mana nak


nampak orang depan muka!
Baru saja mulutnya mahu memberi ayat pedas
sedas dua, tiba-tiba saja lidah kaku mengeras. Jantung yang
berdegup laju terasa kian pantas. Dia kalut ketika wajah di
hadapan matanya itu dipandang tidak berkelip. Ya Allah,
kenapa mesti lelaki ini?
Im so sorry, I tak... Lelaki itu kematian kata
apabila pandangan mereka bertentang. Dan riak bersalah tadi
tiba-tiba saja bertukar menjadi reaksi terkejut. Mata yang
dipayungi alis tebal itu mencerlung tajam serta-merta. You?
Rania mengalihkan pandangan ke sisi. Menyedari
dia masih terduduk di atas simen, pantas dia bangkit berdiri.
Tangan pula sibuk menepuk belakang seluarnya yang
mungkin terpalit kotoran.
What are you doing here? You intip I ke?
Sekilas Rania menjeling ke hadapan. Mengintip?
Wah, banyak sungguh masa dia nak mengintip orang! Itu
memang tak termasuk dalam senarai kerja dia pun. Daripada
mengintip kliennya, baik dia tidur dekat rumah!
Namun, mengenangkan hubungan mereka akan
berlarutan selama tiga bulan, dia perlu bersikap rasional dan
matang. Jika dia memberi tanggapan negatif atau
menunjukkan sikap yang dingin, bagaimana dia mahu
membina hubungan antara mereka kelak? Rasa kurang
senang dicampak sejauh mungkin. Dia mendongak,
memandang tepat wajah masam mencuka itu. Perlahan bibir
mengorak senyuman manis.
Oh hai, Encik Irham rupanya, tegurnya ramah.
Sorry saya tak perasan encik tadi. Are you okay? Macam
mana phone tu? Elok lagi ke?

54
Acik Lana

Irham Zahri mendengus geram. Rimasnya dia


mendengar suara ala-ala doktor itu. Menyampah dan sakit
telinga! Kalau dia tahu Rania yang dilanggarnya, memang dia
rempuh kuat-kuat. Kalau patah kaki terus lagi bagus!
You belum jawab soalan I, you stalked I ke, hah?
soalnya dengan serius.
Maaf, saya tak faham maksud Encik Irham, balas
Rania seraya menjongketkan bahu.
Tak faham konon! Pelik, sejak bila hospital bagi
kebenaran untuk you intip I?
Tuduhan yang tidak masuk akal itu membuatkan
Rania mengeluh bosan. Memang tidak pernah pihak hospital
memberi kuasa sebegitu kepadanya atau kepada mana-mana
pakar psikoterapi yang lain. Untuk apa mengintip klien
sendiri? Saja nak buang-buang masa? Memang tak ada
kerjalah!
Kalau betul terbukti you intip I, I akan sue hospital
you! Perbuatan ni dah dikira menceroboh privasi orang lain,
you faham tak?! jerkah Irham Zahri kurang sabar.
Belum sempat Rania membalas, dia nampak Fazriq
terkocoh-kocoh menghampiri mereka. Mungkin suara Irham
Zahri sudah tembus sampai ke dalam kedai. Memalukan
sungguh!
Nia, kenapa ni? soal Fazriq sedikit cemas.
Darahnya berderau ke seluruh tubuh apabila mendengar
suara kasar itu melengking keras. Kasihan Rania, pasti gadis
itu ketakutan diherdik sebegitu rupa. Pandangan singgah
pula kepada lelaki yang berdiri tegak di situ. Seketika dia
tercengang kehairanan. Eh, Irham?
Spontan kepala Irham Zahri berpaling ke kanan
tatkala namanya disebut-sebut. Melihat seraut wajah itu, dia

55
Akadku Yang Terakhir

mendengus perlahan. Dan sekarang apa pula? Tiba-tiba saja


Fazriq muncul di hadapannya pada waktu begini. Dan dia
yakin lelaki itu punya hubungan dan kaitan dengan Rania.
Hmmm... Fazriq, kau dah sampai? tegurnya
mendatar.
Apehalnya ni Irham? Kenapa terjerit-jerit macam
ni? soal Fazriq sedikit kurang senang. Dia tidak begitu
mengenali lelaki kaya ini, tapi sikap yang dilihat olehnya
sebentar tadi telah meleburkan seluruh rasa hormat terhadap
lelaki itu.
Tak ada apa-apalah, abang. Salah faham sikit aje.
Nia okey. Sampuk Rania dengan senyuman kecil. Dia tahu
baran Fazriq tercuit kerana insiden ini. Silap-silap merasa
buku lima di muka Irham Zahri tu!
Hmmm... Nia pergi masuk dalam kereta dulu, bagi
sini wallet abang.
Rania segera menghulurkan dompet kepada Fazriq
yang mempamer wajah serius. Mungkin perasaan tidak puas
hati masih bersisa terhadap sikap Irham Zahri sebentar tadi.
Tapi, macam mana Fazriq boleh kenal dengan kliennya ini?
Macam mana kereta aku? Dah siap?
Pertanyaan daripada bibir Irham Zahri itu bagai
mencantumkan teka-teki di kepala Rania. Betapa takdir itu
terlalu mudah menemukan mereka berdua sekali lagi.
Maknanya kereta yang dilanggar oleh Fazriq tempoh hari
adalah kereta Irham Zahri? Dan kalau difikir-fikirkan semula,
lelaki itu berada di tempat yang sama dengannya pada malam
kejadian. Kebetulan apakah ini?
Mata masih melekat di wajah berkulit sawo matang
itu. Irham Zahri kelihatan endah tidak endah sahaja biarpun
Fazriq sedang bercakap mengenai keadaan keretanya.

56
Acik Lana

Pandangan mereka sesekali berlaga. Tajam sungguh anak


mata Irham Zahri menikam matanya.
Nia, abang kata masuk dalam kereta!
Tersentak dengan suara yang agak keras itu, wajah
Fazriq segera dicari. Dia melihat muka yang tegang, riak yang
masam mencuka dan pandangan yang seolah-olah berbaur
amaran. Sedikit sebanyak perasaannya gementar juga. Jarang
dia melihat Fazriq marah-marah begini. Mungkin lelaki itu
terlalu geram dengan sikap Irham Zahri yang tidak
bertimbang rasa dan berkasar dengannya sebentar tadi.
Tanpa membuang masa, Rania kembali menapak ke
kereta. Dia tidak mahu terus memandang muka masam
mencuka Fazriq, atau juga menatap wajah kelat Irham Zahri.
Ketika dia mahu meloloskan tubuh ke dalam kereta, sekali
lagi anak matanya berlari kepada lelaki itu.
Irham Zahri masih menjeling, tajam dan kejam.
Ya, mungkin nasibnya tidak sebaik mana. Wajah
penuh egois itu akan dihadapnya berkali-kali lagi selama tiga
bulan ini. Keluhan di bibir semakin panjang tatkala
teringatkan sesuatu.
Oh Tuhan, esok hari Rabu....

57
Akadku Yang Terakhir

Bab 5
D
ENGUSAN kasar terhela
daripada bibir Irham Zahri
tatkala duduk dilabuhkan di
atas kerusi. Kelesuan di seluruh tubuh kian terasa akibat
terlalu lama berada di dalam bilik mesyuarat sebentar tadi.
Matanya dirapatkan ketika kepala begitu enak disandar rapat
ke belakang. Fikiran pula masih ligat berputar. Berfikir dan
menilai sejauh mana idea-idea bernasnya mungkin menarik
perhatian ahli lembaga pengarah ketika persidangan tadi
berlangsung.
Secara rasionalnya, dia tidak mahu tampak lemah.
Dia sudah terbiasa dipandang tinggi apabila sudut kariernya
yang menjadi penilaian. Dari pagi sehinggalah melewati
waktu makan tengah hari, dia sedikit pun tidak berganjak.
Segala laporan, pembentangan dan rangkaan strategi
disampaikan sepenuh hati kepada ahli-ahli mesyuarat
tertinggi yang berada di situ.
Selaku Pengurus Pemasaran di syarikat multimedia
terkenal ini, tugasnya bukan mudah. Dia perlu sentiasa peka
dengan strategi pesaing-pesaing di luar sana. Dalam zaman

58
Acik Lana

yang serba canggih, bukan sedikit syarikat dan agensi


multimedia bertapak di kota-kota besar seperti ini. Persaingan
memang terlalu sengit. Masing-masing cuba mencari
kelainan, menonjolkan nilai komersial dalam setiap
persembahan dan produk mereka.
Kerana itulah juga dia bekerja sekuat mungkin.
Outcome dan produk dari syarikatnya bukan setakat
setanding, tapi perlu lebih baik. Hanya dengan cara itu
syarikat mereka akan dipandang berbeza dan sentiasa menjadi
pilihan utama pelanggan.
Setakat ini dia memang boleh berbangga dengan
pencapaiannya. Pengalaman tiga tahun menyandang jawatan
sebagai pengurus, dia boleh lihat perubahan yang ketara di
dalam kira-kira untung rugi syarikatnya. Malahan tempahan
untuk binaan website, iklan komersial, video rakaman, audio
dan juga fotografi naik berkali ganda kerana strateginya.
Semua kenyataan itu turut diakui oleh banyak pihak dan
namanya mula terkenal di bangunan tiga belas tingkat ini.
Ramai yang memuji dan memandang tinggi akan
keupayaannya. Dia berbangga? Sudah tentu.
Di bawah sayapnya sebagai seorang ketua, dia juga
memimpin enam belas kakitangan di jabatannya. Mujur juga
penolong pemasaran yang dilantiknya baru-baru ini begitu
bijak menguruskan perjalanan kerja kakitangan-kakitangan
yang lain. Sedikit sebanyak bebannya terasa berkurangan dan
dia boleh memberi tumpuan yang maksima pada tugasan
yang jauh lebih berat.
Namun, kerja dan tanggungjawab yang berat
kadangkala meletakkan dia dalam keadaan begini. Keletihan,
sakit kepala dan sukar melelapkan mata pada waktu malam.
Otaknya sentiasa ligat berfikir dan bergerak. Mungkin betul
kata Khairi, dia perlu pergi bercuti. Dia perlu mencari sedikit

59
Akadku Yang Terakhir

ketenangan jiwa supaya dia boleh kembali mengatur


hidupnya dengan lebih baik.
Ketukan yang agak kuat di pintu mengejutkan
lamunan panjang Irham Zahri. Mata yang terpejam rapat
segera terbuka. Kemudian dia menegakkan tubuhnya
menghadap lap-top di atas meja. Rambut yang mungkin
berselerak di belakang kepala dilurut sepintas lalu. Bila terasa
diri sudah cukup bersedia, bibirnya pantas memberi arahan.
Masuk.
Seperti yang dijangka, setiausahanya Rozie
terjengul di muka pintu. Pandangan nakal Irham Zahri
melorot jatuh ke paha gebu gadis genit di hadapannya itu.
Sejak dia bergelar duda semula, dia perasan cara pemakaian
Rozie agak keterlaluan kebelakangan ini. Semakin hari
semakin singkat, semakin pendek dan menjolok mata. Tapi,
dia tidak mahu pula menunjuk minat yang keterlaluan.
Setakat dijamu-jamu manja begini, dia terima saja dengan
mata terbuka.
Bos free ke sekarang? Ada orang nak jumpa, ucap
Rozie dengan riak kosong.
Hairan juga Irham Zahri melihat wajah keruh itu.
Kalau sebelum ini Rozie suka benar meliuk lentok seperti
sotong tak bertulang, tapi kali ini cukup berbeza. Muka itu
tidak lagi mempamer riak manja menggoda, tapi muka
cemberut yang dipandangnya.
Siapa? I ada appointment ke sekarang? soalnya
seraya mengalihkan pandangan ke skrin lap-top.
Tak ada appointment pun, dia walk in aje datang
sini, balas suara itu acuh tidak acuh.
Seketika Irham Zahri berfikir. Kepalanya kembali
diangkat kepada Rozie. Hatinya pula mula berasa kurang

60
Acik Lana

sabar dengan sikap gadis itu yang seolah-olah sengaja


berteka-teki. Siapa? You nak I tanya berapa kali ni?
Terkulat-kulat Rozie menerima suara tegas
ketuanya itu. Perasaan yang bergetar dengan rasa cemburu
membuatkan dia bersikap sebegini tanpa sedar. Maklum
sajalah, tetamu yang datang itu begitu cantik dan seksi. Jauh
berbeza kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang picisan
ini.
Hmmm... Puan Zalia.
Mata Irham Zahri sedikit membulat. Tidak mampu
dinafikan jantungnya berdegup deras apabila mendengar
nama itu yang disebut oleh Rozie. Sungguh, dia tidak
menyangka sampai ke sini Zalia akan mencarinya. Mungkin
inilah upah yang dia dapat kerana sering mengelak dari
menjawab panggilan perempuan itu. Ah, kusut betul!
Dia tahu I ada dekat ofis? soalnya mendatar.
Yup, I dah terlepas cakap tadi. I tak tahu pulak
yang bos
Nevermind, pintas Irham Zahri dengan wajah
serius. Suruh dia masuk sekarang.
Mendengarkan arahannya yang jelas sedikit tegang,
Rozie segera berlalu meninggalkan biliknya. Sekali lagi
keluhan kasar terluah tanpa sedar. Sebolehnya dia tidak
mahu mengheret hal peribadi ke pejabat. Apa pula kata
kakitangannya jika Zalia naik hantu di sini nanti. Jatuh
maruahnya, tercalar kredibilitinya.
Helo, sayang.
Sapaan yang jelas menyindir itu mengalihkan
pandangannya ke pintu bilik. Melihat Zalia yang rupawan
melangkah masuk penuh gaya, segera anak matanya dilarikan

61
Akadku Yang Terakhir

ke lain. Dia bukan terpesona, dia cuma enggan terus menatap


seraut wajah itu. Bentuk tubuh, gaya penampilan, atau juga
kepakaran Zalia merias wajahnya tidak lagi menarik
perhatiannya. Sudah hilang segala rasa.
You macam tak happy aje nampak I, luah Zalia
setelah melabuhkan duduk di hadapan Irham Zahri. Wajah
bekas suaminya begitu kelat, tidak ada segaris senyuman
langsung. Dia memang sudah menjangkakan reaksi begini.
Ego Irham Zahri memang sudah cukup dia kenali.
What do you want, Zalia? Kenapa you datang sini
tak inform I dulu? Main redah ikut suka hati you saja.
Sekali lagi Zalia tersenyum. Lelaki itu masih
memandang ke skrin lap-top, sedikit pun tidak mahu
bertentang mata dengannya. Macam mana I nak inform kalau
you tak pernah jawab call I? I call you banyak kali, Irham.
Why should I? balas Irham Zahri sedikit serius.
Kini bebola matanya tertumpu tepat kepada Zalia. Kita dah
tak ada apa-apa hubungan, kenapa you sibuk nak contact-
contact I lagi?
Wow, you memang betul-betul sombong! perli
Zalia dengan senyuman sinis di bibir. Even though kita dah
bercerai, tak bermakna I boleh lupakan you macam tu aje. I
tahu you senang-senang boleh campak I, tapi I tak macam tu.
I still rasa kita ada peluang untuk hidup bersama.
Excuse me? Irham Zahri mula naik angin. Pantas
dia bingkas berdiri dengan riak kian tegang. Begitu mudah
hatinya bergelora dengan kata-kata Zalia yang dirasakan
cukup mengarut itu.
Kalau you datang ke sini dengan harapan nak kita
rujuk semula, you memang silap! I takkan jilat ludah I balik,
tutur Irham Zahri dengan tegas.

62
Acik Lana

Oh, really? Bagitau I kenapa? tingkah Zalia


dengan nada serupa. Sebab you fikir you senang-senang
boleh dapat pengganti I, kan? Sebab you rasa boleh cari isteri
lain macam you petik jari aje?
Oh, come on... jangan nak cari salah I pulak!
Macamlah I tak kenal you siapa, I tahu sejarah silam you,
Zalia. You susah nak lepaskan I sekarang sebab I ni lombong
emas you, kan? tuduh Irham Zahri tanpa bertapis.
Sungguh, dia sudah jelak dengan lakonan Zalia.
Baru sekarang Zalia mahu menunjuk minat pada gelaran
seorang isteri? Selama mereka berkahwin, bukan dia tidak
tahu perempuan itu ada skandal sana sini! Bukti-bukti di
telefon bimbit sudah memadai untuk dia menjatuhkan
hukum, membulatkan keputusan.
You jangan nak merepek, Irham! You jangan nak
pusingkan salah ni pada I, sanggah Zalia, berang. Memang I
bukan perempuan yang baik, atau isteri yang sempurna
untuk you. Tapi, pernah tak you cermin diri you sendiri?
Sempurna sangat ke diri you tu untuk I?
Nafas Irham Zahri mula berbahang panas. Dia
memusingkan tubuhnya ke belakang, memandang cermin
luas yang dilatari oleh bangunan-bangunan tinggi di luar
sana .
Then fine! Memang patutlah kita bercerai, kan?
Sebab you tak sempurna untuk I dan I tak sempurna untuk
you. Adil, kan?
Mudah sungguh you bercakap. Kenapa you tak
pernah cuba selamatkan perkahwinan kita? Kenapa you tak
pernah cuba betulkan jalan I yang silap?!
For what, Zalia? Untuk apa perkahwinan ni kita
kekalkan?

63
Akadku Yang Terakhir

Terkedu Zalia dengan pertanyaan kasar itu. Darah


yang menderu di dalam tubuh mendorongnya untuk bangun
menentang Irham Zahri. You boleh tanya I untuk apa? Habis
tu, masa you ajak I kahwin dulu apa niat you? Sebab you nak
I temankan malam you yang sunyi? Atau sebab you perlukan
teman tidur semata-mata?
Shut up, Zalia! tingkah Irham Zahri terus
memusingkan tubuhnya menghadap Zalia.
Nafasnya turun naik menahan marah. Pandangan
yang garang kian mencerlung tajam. Betapa bersahaja Zalia
menuduhnya begitu. Mungkin hakikat sebenar memang ada
dalam ayat-ayat Zalia tadi, tapi kenapa mahu membesar-
besarkan hal itu? Setidak-tidaknya dia mahu
bertanggungjawab, masih mahu menyentuh sesuatu yang
halal untuknya. Bukan dia main redah ikut suka hati!
Jadi, betullah sebab tu? You cuma jadikan I alat
untuk puaskan diri you! You cuma nak
I said shut up! jerkah Irham Zahri kurang sabar.
Tangannya hampir melayang ke muka Zalia, mujurlah
akalnya sempat menegah. Bibirnya diketap rapat menahan
geram. Kalau you datang sini dengan harapan I nak rujuk
dengan you semula, you memang silap! I tak pernah berpatah
balik dalam setiap keputusan yang I buat dalam hidup I.
Zalia kaku membisu. Pandangannya yang berkaca-
kaca dihala ke sisi. Sungguh, kali ini hatinya benar-benar
terluka. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan
berperasaan begini. Hatinya tanpa sedar mula menyayangi
Irham Zahri. Tarikan fizikal yang selama ini menjadi
sandarannya perlahan-lahan berubah menjadi suatu rasa
yang begitu halus. Malang sekali kerana dia menyedari semua
itu tatkala gelaran janda telah disandangnya. Dia sudah

64
Acik Lana

kehilangan Irham Zahri. Dia sudah terlewat mahu mengikat


hati seorang lelaki bernama suami.
Ketukan di pintu memadamkan ketegangan yang
wujud di dalam bilik sederhana luas itu. Irham Zahri
mendengus dan kembali duduk di tempatnya. Dia tahu siapa
di luar sana, hanya Rozie yang boleh berurusan terus
kepadanya.
Pandangannya singgah sebentar di wajah mendung
Zalia. Memualkan. Berlakon memang nombor satu!
Masuk, Rozie, arahnya sedikit tegas. Terbawa-
bawa dengan emosi panas yang dihadapinya bersama Zalia
sebentar tadi. Sejurus Rozie melangkah masuk ke dalam
biliknya, jelas pandangan Zalia berubah ke riak cemburu. Oh,
baru sekarang Zalia mahu berasa cemburu?
Dia tahu Zalia cuma bersikap begini kerana
tertewas. Atau mungkin juga kerana tidak mahu kehilangan
lelaki berpoket tebal seperti dirinya. Mungkin benar dia
tidaklah sekaya lelaki-lelaki bergelar Datuk atau Tan Sri di
luar sana. Namun kedudukannya pada usia muda begini
memang di tahap yang cukup menyenangkan. Dia masih
gagah, muda, punya rupa dan harta, mustahil Zalia mahu
mengalah dengan semua kelebihan ini.
Bos, ada urgent call dari
You nampak I free ke sekarang? bidasnya pedas.
Dalam hati dia hanya menganggap yang Rozie sengaja mahu
masuk ke sini untuk mengganggu perbualannya dengan
Zalia. Perempuan kalau dah cemburu, sanggup buat saja!
Errr.. Im so sorry, boss. Tapi dari tadi dia asyik
call. I dah cakap bos sibuk, tapi dia suruh I sambungkan
jugak line pada bos. Extremely urgent katanya.
Dahi Irham Zahri berkerut-kerut. Siapa pula yang

65
Akadku Yang Terakhir

ada urusan penting dengannya? Malas mahu berteka-teki dan


menyakitkan kepala, dia mengarahkan Rozie segera
menyambungkan panggilan itu ke biliknya.
Yes, Irham speaking. Sapanya apabila panggilan
itu disambung.
Pandangan melekat sejenak kepada Zalia yang
kembali duduk di hadapannya. Wajah itu masih keruh, masih
menyakitkan matanya. Entah sampai bila Zalia mahu
berlakon begini.
Assalamualaikum, Encik Irham. Ini saya, Rania.
Irham Zahri terpanar sesaat. Sungguh dia tidak
menyangka yang dia akan menerima panggilan daripada
perempuan seorang ini. Serta-merta kejadian malam
semalam terbayang di kepalanya. Sakit hati juga kalau
dikenangkan nasib telefon bimbit kesayangannya yang sudah
berkecai.
Hmmm.. sorry, do I know you?
Encik Irham tak kenal saya?
Sekali lagi Irham Zahri mendengus bosan.
Pandangan singgah pada jam di skrin lap-topnya. Sudah
pukul satu tengah hari, dia sudah terlewat satu jam untuk
sesi terapinya bersama Rania. Namun, hakikat yang sebenar,
dia memang tidak pernah teringat tentang jadual di hospital
itu. Malahan dia tidak pernah berminat untuk ambil tahu.
What do you want? I sibuk, boleh tak call lain
kali?
Tak boleh, Encik Irham. Encik Irham nak datang
pukul berapa ni? Sesi Encik Irham sepatutnya pukul dua
belas tadi.
Suara itu masih lembut menyapa ke telinganya.

66
Acik Lana

Kalau I tak datang, maknanya apa? Maknanya I tak


berminat! tempelak Irham Zahri, berang.
Oh, jadi Encik Irham nak skip sesi hari ni?
Ya, batalkan semuanya.
Baiklah, kalau macam tu saya akan suruh secretary
Encik Irham mark dalam kalendar untuk next session. Lebih
baik kalau ada orang ingatkan Encik Irham, kan? Saya faham
orang yang sibuk kadang-kadang terlupa hal-hal macam ni.
Bibir Irham Zahri terkatup rapat. Habislah kalau
Rania memberitahu tentang sesi terapinya kepada Rozie.
Silap-silap satu pejabat tahu yang dia berjumpa pakar
psikologi! Irham Zahri sudah gila kerana asyik menjatuhkan
talak? Oh Tuhan....
Saya akan beritahu secretary Encik Irham yang
sesi akan datang pada hari Isnin, di Hospital Pakar Permata,
bahagian rawatan psikologi, pukul dua belas tengah hari.
Okey macam tu, Encik Irham?
Wait, wait! tanpa sedar bibirnya menegah. Dia
terlalu gerun memikirkan tanggapan kakitangan-kakitangan
di sini. Siapa tahu kariernya mungkin musnah gara-gara
disangka sakit otak!
Yes, Encik Irham?
Nada suara itu kedengaran menyindir. Seolah-olah
berbangga kerana meletakkan dirinya pada kedudukan begini.
Nafas ditarik dalam-dalam. Dia tidak mahu mengambil risiko
kerana perkara kecil dan mudah seperti ini.
Im coming.
Sorry, Encik Irham... saya tak faham.
Tunggu I. I datang sekarang. Balasnya seraya
menghempas gagang telefon.

67
Akadku Yang Terakhir

Enggan memandang wajah kehairanan Zalia, dia


bingkas mencapai kot yang tersangkut di penjuru bilik.
Berkali-kali keluhan geram terhambur daripada bibirnya.
Sungguh, hatinya kian parah disakiti.
Lihatlah betapa dunianya kini sudah tunggang-
langgang kerana seorang perempuan!

68
Acik Lana

Bab 6
H
AVING a whole bunch of
women doesnt make you a
man, being faithful to one
does.
Mata Irham Zahri terbuka luas tatkala disapa suara
merdu itu. Ketenangannya terganggu sepantas kilat. Begitu
mendalam tikaman lidah itu menembusi jantungnya. Perit
dan menyakitkan. Kini renungan tajamnya tepat mengena ke
wajah tenang Rania yang masih duduk di sofa bertentangan.
Perlahan Irham Zahri menegakkan tubuhnya dengan riak
serius. Rania pula mengangkat muka memandangnya, masih
tenang bersahaja.
What are you trying to say?
Rania mengukir senyuman nipis. Sudah setengah
jam dia membiarkan Irham Zahri menenangkan fikiran
sendiri. Kini sesi terapi perlu dimulakan. Dia tidak mahu
terlalu memberi muka kepada lelaki ini. Bimbang nanti jika
dia dipandang mudah dan seolah-olah tidak serius mahu
membantu.

69
Akadku Yang Terakhir

Saya rasa dah sampai masanya Encik Irham


berkongsi cerita dengan saya. Kita boleh bercakap dari hati
ke hati dan saya berjanji saya takkan bersikap prejudis
terhadap Encik Irham. You can trust me, I really mean it,
pujuk Rania lagi.
Excuse me? Irham Zahri mengerutkan kening
beberapa saat. Kemudian, senyuman mengejek terlakar di
bibir. I tak kenal you, Cik Rania. Dan untuk pengetahuan
you, I tak ada apa-apa masalah yang nak I ceritakan pada you.
You ingat I ni apa? Gila? Ada tekanan perasaan?
Dengan tenang Rania membalas senyuman itu.
Lelaki ego seperti ini pasti saja tidak akan mengalah dengan
mudah. Lagi pula mahu mengaku fikiran sendiri bercelaru,
emosi terganggu, memang mustahil. Betul Encik Irham rasa
Encik Irham tak ada masalah?
Yes! Can you please stop judging me? You dont
know me at all, rengus Irham Zahri, geram.
Demi Tuhan, hatinya terlalu sakit dengan
ketenangan yang ditunjukkan oleh Rania. Anak mata gadis
itu bersinar kepadanya. Seolah-olah bersedia mahu menggali
dan mengorek apa yang ada dalam hatinya ini. Mungkinkah
dia sudah terkena ilmu pukau?
Saya tak menilai Encik Irham dan kalau saya nilai
pun saya tak nampak apa-apa yang kurang dalam diri encik,
luah Rania berlapik, sekadar mahu membeli kepercayaan
lelaki itu. Encik Irham nak tahu apa yang saya nampak pada
lelaki yang duduk di depan saya sekarang ni?
Pertanyaan itu mengusik minat Irham Zahri. Dia
mengangkat sebelah kening, masih mahu menunjuk lagak.
Namun, hati tertanya-tanya juga apa yang ada di fikiran Rania
tentang dirinya.

70
Acik Lana

Rania tersenyum lagi. Jelas di matanya Irham Zahri


menunjuk minat untuk mendengar apa yang bakal dia
katakan. Oleh itu, otaknya pantas membariskan kata-kata
pujian demi menyenangkan hati lelaki itu.
Secara zahirnya, bagi saya Encik Irham ni seorang
lelaki yang agak menarik. Ada rupa, karier, berkarisma,
pendek kata serba sempurna di pandangan mata seorang
perempuan, luahnya. Dan nyata pujian itu memang ikhlas
terlahir dari hati. Tidak ada sebarang cacat cela di bahagian
luaran lelaki ini, cuma dalaman terlalu banyak yang pincang.
Dia yakin tentang itu.
Seketika hati Irham Zahri disapa debar halus. Entah
dari mana datangnya rasa segan yang menerpa, dia terpaksa
mengalih pandangannya ke hujung kaki sendiri. Belum
pernah lagi dia dipuji terang-terangan begini, kekok sungguh
perasaannya.
Encik Irham ni nampaknya betul-betul sukakan
kaum perempuan, ya?
Layu rasa kembang di hati Irham Zahri apabila
suara Rania bersambung. Dan paling membuatkan dia sakit
hati, kata-kata itu bagaikan jelas menyindir. Pandangan
segera dihala ke sisi dengan bibir diketap rapat. Geram.
Jangan salah sangka, Encik Irham. Apa yang saya
cakap tu menjelaskan betapa normalnya Encik Irham sebagai
seorang lelaki. Lumrahnya kaum lelaki memang wajib
tertarik kepada kaum perempuan, kan? ucap Rania masih
dengan nada tenang memujuk.
Setelah beberapa kali berhadapan dengan Irham
Zahri, kini dia mula mengerti rentak emosi lelaki itu. Ayat
apa yang mampu menyentuh kemarahan atau juga perkataan
apa yang mampu menundukkan, semua itu mula terlihat di

71
Akadku Yang Terakhir

matanya sedikit demi sedikit. Namun, kesepian dan


keengganan lelaki itu membuka cerita membuatkan dia
semakin tercabar. Diam, memuncung, merengus, hanya itu
yang dihadapnya sepanjang sesi terapi mereka.
Encik Irham, mungkin encik masih rasa kekok nak
bercerita dengan saya. Saya faham saya bukan sesiapa. Encik
Irham tak kenal saya, dan saya pun tak kenal Encik Irham.
Tapi, semua jurang tu boleh kita ketepikan kalau kita sama-
sama bukakan hati kita untuk memberi dan menerima.
Dalam situasi sekarang, saya benar-benar berharap Encik
Irham boleh memberi saya ruang untuk saya membantu
Encik Irham.
You ingat I sakit ke?
Tercengang Rania apabila soalan itu dilontar
kepadanya. Tepat dan tajam renungan Irham Zahri kepadanya.
Sekali lagi Rania tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
Saya tak pernah fikir Encik Irham sakit, saya cuma
beranggapan yang Encik Irham ada masalah. Sama macam
orang lain dalam dunia ni. Masing-masing ada masalah, ada
isu, ada konflik yang berbeza. Itu sahaja.
Irham Zahri mengeluh keras. Tubuh dihenyakkan
ke belakang, bersandar rapat ke sofa empuk berwarna hitam
itu. Pandangannya masih dipusatkan kepada Rania yang
selesa dengan riak bersahaja.
You pernah berkahwin?
Rania terkedu. Entah kenapa Irham Zahri sibuk
benar mahu ambil peduli dengan statusnya. Kalau dia
bergelar isteri orang, mungkinkah lelaki itu lebih yakin mahu
menerima pendapat dan nasihatnya?
Atau sekarang you memang isteri orang? Isteri
Fazriq? duga Irham Zahri tanpa berfikir panjang. Tidak

72
Acik Lana

mustahil Rania punya hubungan seutuh itu bersama Fazriq,


lelaki yang melanggar keretanya tempoh hari. Dia boleh lihat
sifat melindungi Fazriq terhadap Rania malam semalam.
Rania pula hampir pitam dengan tekaan Irham
Zahri. Isteri Fazriq? Memang hatinya mahu, begitu teringin
menjadi wanita seistimewa itu di sisi Fazriq. Namun, hakikat
dan kenyataan belum berpihak kepadanya setakat ini.
Bukan saya yang perlu menjawab soalan, tapi
Encik Irham. Lagipun, hal peribadi saya tak ada kena-
mengena dengan terapi ni, dalihnya seraya berpura-pura
membelek nota di tangan.
You have not walked in my shoes, then how can I
trust you? soal Irham Zahri lagi.
Rania mengangkat muka, menatap sepasang mata
yang masih tidak berganjak merenungnya. Jadi, hanya
dengan status sebagai perempuan yang sudah berkahwin, dia
mampu membina kepercayaan lelaki ego ini? Tapi, mustahil
dia mahu mengada-adakan sesuatu yang tidak ada!
Saya takkan jawab soalan tu, Encik Irham. Saya
Youve failed, sampuk Irham Zahri, tegas. You
tak layak untuk tugas ni, Rania. So, please stop wasting my
time.
Melihat Irham Zahri bingkas berdiri, Rania
tersentak. Otaknya tiba-tiba saja beku, tidak dapat lagi
berfikir lurus. Dia cukup bimbang jika dia gagal teruk kali
ini. Jika sebelum ini dia begitu inginkan tugas yang
mencabar, kenapa kali ini dia mempersia-siakan peluang yang
ada? Dia tidak boleh kalah!
Encik Irham, please! Suaranya melantun tegas.
Lelaki itu berpaling, memandang kepadanya dengan riak
angkuh. Dadanya mula bergendang hebat, takut dan

73
Akadku Yang Terakhir

gementar dengan keputusan akal sendiri. Betul atau tidak


keputusan ini?
What? soal lelaki itu kurang sabar.
Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dia yakin walau apa
pun berlaku, semua ini hanya untuk tempoh tiga bulan.
Walau sejauh mana kakinya terpesong dari laluan, dia akan
kembali ke jalan yang benar selepas tempoh tersebut. Selepas
tamat sesi terapi bersama Irham Zahri nanti.
Yes, Im married, ucapnya dengan rasa berat hati.
Seriously? Dengan Fazriq?
Lambat-lambat Rania menganggukkan kepala.
Serentak itu juga dia rasa maruahnya jatuh luruh entah ke
mana. Dan ketika Irham Zahri kembali mengambil tempat di
hadapannya, perasaan di dada terasa kosong. Dia begitu malu
dengan dirinya sendiri. Tapi, apa yang dia lakukan hanya atas
dasar tanggungjawab dan kerana benar-benar mahu
membantu lelaki ini. Dia tidak berniat mahu menipu untuk
kepentingan sendiri.
Apa yang you nak tahu tentang I?
Soalan daripada Irham Zahri bagaikan penawar
kepada hatinya yang sedang ralat dan berbelah bahagi.
Keyakinan dan kekuatan segera dikumpul menjadi satu.
Everything about you, Encik Irham, tutur Rania,
lembut.
Seketika Irham Zahri mendiamkan diri. Dia
bukannya bodoh, dia tidak mungkin terperdaya dengan
mudah. Biarpun Rania sudah berumah tangga, itu tidak
memberi sebarang jaminan yang gadis itu boleh mengorek
rahsia tentang hidupnya. Dia hanya mahu mempergunakan
Rania demi kepentingannya sendiri.

74
Acik Lana

Yang paling utama, dia tidak mahu lagi berulang-


alik ke hospital ini. Tidak mustahil lambat-laun kelibatnya
boleh dikesan di sini. Lama-kelamaan pasti akan ada mulut-
mulut yang menyebar cerita tentang dia cuba mendapatkan
rawatan mental!
Hmmm... okey. I will tell you everything.
Betul ke, Encik Irham?
Yup, tapi dengan satu syarat... tambahnya seraya
menaikkan jari telunjuk. I tak nak sesi terapi ni dibuat dekat
hospital ni, kita buat dekat luar.
Buat dekat luar? Apa maksud Encik Irham?
Melihat riak kehairanan di wajah Rania, bibirnya
mengukir senyuman sinis.
I tak nak ada staf I tahu I datang ke sini, so tempat
ni tak selamat untuk I. Macam I cakap, I boleh cerita apa saja
pada you, tapi bukan dalam bilik ni, jelas Irham Zahri
dengan bersahaja.
Okey, then kita boleh berbual dekat park depan
tu, putus Rania, selamba.
Sorry, dalam kawasan pagar hospital pun I tak nak.
Deal?
Rania mengetap perlahan bibirnya. Jelaslah dia
diberi kata dua oleh lelaki itu. Jika dia tidak menurut, dia
akan kehilangan kes ini. Untuk apa Irham Zahri ke sini jika
sekadar mahu membisu dan menunjuk ego?
Dont worry, Rania. I tahu you isteri orang, jadi
bilik hotel dah terkeluar dari senarai lokasi kita. I will find a
better place.
Berderau darah Rania apabila perkataan bilik hotel
disebut-sebut. Dia bukan mahu memandang serong atau

75
Akadku Yang Terakhir

menuduh, namun fikirannya tetap juga membayangkan sikap


lelaki itu yang bukan-bukan. Seram sungguh!
So, how? You setuju? tanya Irham Zahri dengan
nada mendatar. Dia dapat melihat riak serba salah di wajah
mulus yang sedikit kemerahan itu. I just beri peluang pada
you, Rania. Buku dah dibuka luas, you cuma perlu duduk dan
baca.
Rania mengeluh perlahan. Dia sudah tekad dengan
keputusannya, dia tidak akan berundur. Saya boleh cuba,
Encik Irham.
Good. So next session kita akan jumpa dekat luar,
does that sound interesting to you? balas Irham Zahri
dengan nada menyindir. Perasaan di hati begitu puas kerana
Rania tunduk dengan kemahuannya. Selepas ini dia akan
memikirkan cara yang lain pula.
Next Monday kita jumpa dekat kondo I saja. Dekat
dengan ofis I dan dekat jugak untuk you, kan? tambahnya
lagi.
Hampir tersedak Rania dengan cadangan gila itu.
Jumpa dekat kondo? Ya Tuhan, Irham Zahri fikir dia ini
perempuan tak ada adab? Tak ada agama? Nafasnya mula
terasa sesak kerana menahan marah dan geram. Kalau
diikutkan hati, mahu sahaja dihempuk kepala itu dengan
buku nota tebalnya ini!
Encik Irham, saya...
Oh, sorry. Dont get me wrong. Pintas Irham
Zahri seraya mengangkat tangannya. I belum gila nak ajak
isteri orang masuk rumah I. Maksud I, kita jumpa di kafe
dekat lobby kondo I nanti. Okey?
Seketika Rania merenung Irham Zahri tanpa
memberi sebarang jawapan. Sungguh dia gagal menilai dan

76
Acik Lana

membaca apa tujuan lelaki itu mengujinya dengan kata-kata


berbaur nakal seperti itu. Mahu menguji harga dirinya? Atau
sekadar mahu mengusiknya secara sembunyi?
Sekali lagi dia gagal mencari jawapan. Jawapan
tentang siapa sebenarnya lelaki bernama Irham Zahri.

77
Akadku Yang Terakhir

Bab 7
P
AGI itu seperti biasa Rania turun
bersarapan bersama umi dan
ayahnya sebelum dia bergerak
ke tempat kerja bersama Fazriq. Oleh kerana jarang dapat
makan malam bersama, Rania cuba meluangkan sebanyak
masa di sebelah pagi. Dia tidak mahu umi atau ayah berkecil
hati dengan sikapnya yang mungkin kelihatan seperti terlalu
mementingkan kerjaya berbanding keluarga.
Suapan nasi goreng ke mulut terhenti apabila
telefon bimbit di atas meja berbunyi nyaring. Pantas Rania
mencapai dan membelek SMS yang baru diterimanya.
Terbacakan sebaris ayat ringkas itu, hatinya bungkam serta-
merta. Bergelora rasa marah dan geram.

I ada meeting di Sepang until afternoon.


Come here if you want to meet me.

Bibirnya merengus perlahan. If you want to meet


me? Oh, please. Kenapa perasan sangat klien dia yang

78
Acik Lana

seorang ni? Bila masanya dia yang terhegeh-hegeh mahu


berjumpa? Dia cuma menjalankan kerja yang diamanahkan
kepadanya, namun Irham Zahri tak habis-habis buat perangai!
Sudah tiga kali dalam tempoh seminggu dia
berkejar ke sana sini gara-gara mahu meneruskan sesi terapi
mereka. Dan Irham Zahri pula begitu seronok mengambil
kesempatan. Hari pertama disuruhnya dia datang ke Cheras,
hari kedua di Putrajaya, kemudian ke Shah Alam pula. Dia
bagaikan orang gila terkejarkan lelaki itu. Konon
bermesyuarat, entah-entah Irham Zahri sengaja mahu
menderanya.
Apa yang membuatkan dia bertambah geram, Irham
Zahri masih kekal menutup ruang untuk mereka berdua.
Walau berkali-kali mereka bertemu, lelaki itu masih enggan
membuka cerita. Kalau ada pun, setakat kisah biasa-biasa.
Tentang zaman kecilnya, tentang karier atau juga hobi yang
pada pengamatannya terlalu umum. Dia masih belum berjaya
menghampiri, masih gagal menembusi tembok ego lelaki itu.
Memang sukar!
Nia, kenapa mengeluh ni?
Rania tersentak. Dia menatap wajah lelaki separuh
abad yang duduk bertentangan dengannya. Bibir mengukir
senyuman nipis, kepala pula digelengkan beberapa kali.
Tak ada apalah, ayah, balasnya menutup cerita
sebenar.
Hmmm... itu mesti dapat SMS dari klien Nia yang
kuat meroyan tukan? Dia nak apa pulak hari ni? sapa satu
suara.
Kepala Rania berpaling pula ke kanan. Terkelip-
kelip matanya memandang wajah Fazriq yang selamba
meneguk kopi. Memang dia ada bercerita tentang masalah

79
Akadku Yang Terakhir

Irham Zahri kepada Fazriq, itu pun sebab Fazriq asyik


bertanya kenapa dia sering pulang sendiri menaiki teksi.
Klien meroyan mana pulak ni, Nia? Kamu jangan
main-main ya, tak nampak zaman sekarang ni macam-
macam hal berlaku? sampuk umi yang jelas mempamer riak
kurang senang.
Sekali lagi jelingan dihantar kepada Fazriq yang
terlepas kata sebentar tadi. Namun, lelaki itu buat tidak
peduli, masih tenang menikmati makanan di pinggannya.
Nia okeylah, umi. Umi janganlah risau. Lagipun
klien Nia tu sihat, tak ada sakit mental ke apa.
Yalah tu. Awak tengok tu bang, ada saja nak
dijawabnya. Kita ni risaukan dia, dia pulak ambik mudah.
Buat tak kisah aje, bebel Puan Rashida lagi. Secawan kopi
dihulurkan kepada suaminya yang sedang membelek akhbar
di meja.
Encik Affendi tergelak kecil. Akhbar di tangannya
dilipat dan diletakkan di sisi pinggan yang berisi nasi goreng.
Seketika dia menatap wajah Rania yang hanya menguis nasi
di dalam pinggan. Selera anak gadisnya itu mati serta-merta.
Awak ni pun Shida, janganlah risau tak tentu fasal.
Dah Nia kata klien dia tu okey, maknanya okeylah tu. Lagipun
abang tengok Nia balik cukup aje kaki tangan dia, tak ada
pulak terkurang dekat mana-mana. Tak payahlah awak nak
risau sangat.
Terdengarkan kata-kata berbaur belaan itu, Rania
mengangkat muka memandang ayahnya. Bibir mengukir
senyuman senang, membalas riak ceria di wajah lelaki
kesayangannya ini. Seperti biasa, ayah akan menjadi pelerai
ketegangan yang kadangkala tercetus antara mereka
sekeluarga.

80
Acik Lana

Abang ni pun sama ajelah, cuba abang nasihatkan


Si Nia ni sikit. Saya ni tak senang hati bila dia buat sesi terapi
dekat luar hospital. Bukan boleh percaya sangat lelaki tu. Dah
katanya tengah dapatkan rawatan, maknanya dia tak sihat.
Orang yang ada tekanan perasaan ni bukan boleh dibuat
main, nanti entah apa-apa dia buat pada Nia, bantah Puan
Rashida lagi.
Umi, tak baiklah umi cakap macam tu... sampuk
Rania kurang senang. Nia tahu jaga diri Nia, umi janganlah
risau. Lagipun kalau sesi terapi dekat luar pun, Nia duduk
dekat tempat terbuka. Takkanlah dia nak buat benda tak elok
pulak.
Jangan risau, jangan risau. Awak tu anak dara Nia,
elok ke kalau ke sana sini dengan lelaki tu? soal Puan
Rashida dengan jelingan mata. Kalau berterusan macam
nilah, Nia berhenti aje kerja. Umi rela Nia lepaskan kerja ni
daripada umi menyesal kemudian hari.
Mata Rania membulat. Sungguh dia tidak
menyangka sampai ke tahap ini kerisauan umi. Setelah apa
yang dia lalui, setelah siang dan malam dia berusaha penuh
jerih, kini umi meminta dia mengalah?
Astaghfirullahalazim apa yang awak merepek ni,
Shida? tanya Encik Affendi seraya menggeleng perlahan.
Awak jangan lupa, dulu kita sendiri yang sokong dia pilih
kerjaya ni. Kita tumpang gembira dan berbangga kalau Nia
boleh bantu orang lain. Tapi tengok sekarang, entah apa
pulak yang awak melalut ni.
Saya bukannya melalut, saya cuma risaulah, bang.
Kalau ada apa-apa terjadi dekat anak kita, macam mana?
Risau tu memanglah risau, tapi kita kena
percayakan Nia. Lagipun abang tak rasa pihak hospital akan

81
Akadku Yang Terakhir

lepaskan Nia buat outdoor session kalau tak yakin dengan


kewarasan klien dia tu, sambung Encik Affendi masih
tenang. Bagi dirinya, tidak mungkin dia sanggup
memusnahkan impian, cita-cita dan minat anaknya sendiri.
Puan Rashida juga begitu, cuma isterinya mungkin tertekan
dan bimbang.
Yang sebenarnya, umi kamu tu sunyi dekat rumah
ni, Nia. Kamu tu jarang ada. Nak harapkan Rayyan, adik
kamu tu memanjang keluar dengan kawan-kawan dia.
Langsung tak melekat dekat rumah, sambung Encik Affendi
dengan senyuman lebar. Kalau kamu nak suruh umi kamu
diam tak berbunyi, kamu hadiahkan aje cucu untuk dia.
Senyaplah nanti.
Puan Rashida mengerling suaminya. Dia cukup
faham Encik Affendi sekadar mereka-reka cerita demi
menjernihkan keadaan. Kalau dibiarkan berlarutan, silap-
silap Rania merajuk panjang pula. Anak gadisnya yang
seorang ini boleh tahan juga degil dan keras kepala. Mana
boleh cakapnya disanggah atau dibantah, lebih-lebih lagi
kalau berkaitan dengan kerjanya.
Hmmm... itulah, bagi umi cucu cepat. Kalau umi
sibuk mengelek cucu, umi tak kisah sangat dah kalau kamu
sibuk pun, tokok Puan Rashida seakan-akan mengeyakan
kata-kata suaminya tadi.
Umi ni, asyik cakap pasal cucu aje. Kalau umi nak
cucu sangat, umi suruh Kak Zulin kahwin dulu. Diakan yang
sulung, mana boleh Nia langkah bendul, balas Rania sedikit
memuncung.
Ha bercakap pasal kakak kamu, kamu dah tahu
ke Kak Zulin nak balik minggu depan?
Mata Rania bersinar ke arah ayahnya. Perasaan di

82
Acik Lana

dada serta-merta berubah ceria. Sudah empat tahun kakak


sulungnya itu berkhidmat di sebuah sekolah rendah di kawasan
pedalaman di Sarawak. Pertemuan setiap dua kali setahun
ketika sambutan Aidilfitri dan cuti penggal tidak pernah cukup
untuk mereka sekeluarga melepaskan rasa rindu.
Eh, Kak Zulin balik sebab apa, ayah? Sekarang
belum cuti sekolah, kan? soalnya kehairanan.
Encik Affendi tersenyum kecil dan menganggukkan
kepala. Kakak kamu tu dah berhenti jadi cikgu, dia nak balik
buka bisnes dekat sini. Elok jugaklah macam tu, at least umi
kamu ada teman nanti.
Berhenti kerja? Tapi Kak Zulin, kan suka jadi
cikgu?
Sungguh Rania begitu terkejut dengan keputusan
kakak sulungnya itu. Ketika mereka berbual-bual di Skype
beberapa hari yang lalu, tak ada pula Kak Zulin bercerita
tentang ini. Malahan jelas di matanya yang selama ini Kak
Zulin begitu selesa dengan kerjaya yang dipilih itu. Dihantar
ke ceruk kampung sekalipun, tidak pernah Kak Zulin
merungut.
Dah itu keputusan dia, kita kenalah terima. Jawab
Puan Rashida bagi pihak suaminya. Lagipun Kak Zulin, kan
pandai buat kek dan pastri, memang elok sangatlah kalau dia
buka kedai bakeri tu nanti. Umi pun tak adalah susah hati
bila anak-anak umi semua ada depan mata.
Alasan dan sebab yang diluahkan oleh umi langsung
tidak kedengaran logik di telinga Rania. Dia tahu Kak Zulin
suka membuat kek dan pastri, tapi itu hanya hobi di waktu
senggang kakaknya. Dia pasti ada sebab lain yang
membuatkan kakaknya mengambil keputusan untuk
menamatkan kerjaya sebagai seorang guru. Tapi kerana apa?

83
Akadku Yang Terakhir

Nia, jom kita gerak. Nanti kalau lambat, jammed


pulak jalan tu.
Lamunan Rania tersentak apabila Fazriq mencuit
lengannya. Menyedari yang mereka sudah terlewat untuk ke
tempat kerja, kelam-kabut dia bingkas bangun menyalami
tangan umi dan ayah.
Namun, sepanjang langkah ke pintu, kepala masih
tertanya-tanya dengan beribu persoalan. Apa yang menunggu,
atau juga apa yang dikejar oleh Kak Zulin di sini?

BIBIR diketap rapat tatkala rasa lenguh di kaki kian menyengat


pedih. Berdenyut-denyut tumitnya yang bersarung kasut
setinggi dua inci ini. Pandangan kembali dihala ke pintu
utama yang jaraknya hanya beberapa kaki dari tempat dia
berdiri. Sudah berpuluh-puluh kali pintu kaca automatik itu
terbuka dan tertutup, namun wajah yang dinanti tidak juga
menjelma.
Nafas yang dihela terasa kian panas. Sekali lagi jam
di tangan menjadi mangsa jelingan tajam Rania. Dia benci
membuang masa tanpa sebab dan dia paling benci apabila
dirinya dipandang mudah dan lemah. Berani sungguh Irham
Zahri melayannya begini!
Ketika tiba ke lobi hotel mewah ini setengah jam
yang lalu, dia sudah mengirimkan SMS kepada Irham Zahri
yang kononnya sedang bermesyuarat di tingkat dua. Lelaki
itu langsung tidak membalas, jauh sekali mahu turun
menjenguknya biarpun sudah hampir sejam waktu sesi terapi
mereka berlalu. Dia tahu Irham Zahri mahu mengenakannya.
Lelaki itu mahu lihat dia mengalah dan terus pulang begitu
sahaja.

84
Acik Lana

Tapi, Irham Zahri fikir taktiknya sudah berjaya?


Silap besarlah! Kalau begini nada gendang yang dipukul oleh
lelaki itu, dia tidak teragak-agak untuk menari mengikut
rentaknya. Dia tidak akan mengalah. Sama sekali tidak!
Dengan rasa membara di jiwa, jari-jemari ligat
menaip di telefon bimbit. Dia mahu Irham Zahri membuka
mata dan tidak lagi memandangnya sebagai perempuan yang
boleh dibuli sesuka hati.

Just in case Encik Irham ter-overlooked my


previous SMS, saya ada dekat depan lobby.
Sesi hari ini di mana?

Beberapa minit dia menanti, namun telefon


bimbitnya masih sepi tanpa balasan. Tahap kepanasan di hati
kian naik mencanak. Tengoklah, kalau lima minit lagi lelaki
itu tidak memberi jawapan, dia tidak teragak-agak untuk
menelefon terus. Peduli apa kalau dalam mesyuarat
sekalipun!
Tidak lama selepas tekad itu dipasang dalam hati,
telefon bimbitnya menerima satu SMS daripada lelaki itu.
Wah, macam tahu-tahu saja dia dah hilang sabar!

Sabar boleh? I still dalam meeting.

Sabar? Bibir Rania spontan mencebik tanda meluat.


Kalau dah tahu mesyuarat habis lambat, kenapa suruh dia
datang ke sini lebih awal? Macamlah dia tak ada kerja lain
yang nak dibuat! Dan kerana sikap tidak menepati masa
Irham Zahri, sesinya bersama klien lain terpaksa dibatalkan.

85
Akadku Yang Terakhir

Memang tidak mungkin dia sempat balik ke hospital dengan


jarak sejauh ini.
Malas mahu menyeksa diri sendiri, Rania segera
berlalu ke kafe yang terletak di lobi hotel tersebut. Tekaknya
sudah haus, kaki ini pula bagaikan mahu tercabut kerana
berdiri terlalu lama. Memang dia tidak pernah memanjakan
diri untuk minum di tempat mahal begini, tapi kali ini dia
terpaksa. Terpaksa menipiskan poket sendiri gara-gara
perangai tak semenggah Si Irham Zahri. Geram sungguh!
Dan ketika sibuk mengintai-intai meja kosong di
ruang kafe itu, pandangan melekat ke sebuah meja yang
diduduki oleh sepasang manusia. Pemandangan itu menarik
perhatiannya, memutikkan rasa ingin tahu di celah hati. Mata
dikecilkan. Sedaya upaya dia cuba mengamati belakang tubuh
lelaki yang mengenakan kemeja berwarna biru laut itu.
Rambut, sama. Gerak gaya, bahasa tubuh yang
tenang dan gelak maco itu bagaikan menghantar satu
jawapan yang tepat ke otaknya. Nafas mula kalut untuk
disedut dan dihembus. Sungguh, dia benar-benar sakit hati.
Memang sah itu Irham Zahri! Berani sungguh lelaki itu
membiarkan dia tercongok dan berdiri di luar hampir satu
jam.
Dia berdiri macam tiang dekat luar, dan Si Irham
budiman ini pula bukan main seronok bergelak ketawa di
dalam. Meeting dekat tingkat dualah sangat! Gerutu hatinya
dengan rasa sebal di dada.
Blaus chiffon berwarna kuning cair di tubuhnya
dibetulkan, shawl yang melilit kepala pula dirapi semula. Dia
sudah bersedia. Kali ini lelaki itu memang betul-betul
menempah bala. Nak main kasar sangat, kan? Baik, dia boleh
sahut cabaran ini!

86
Acik Lana

Dengan langkah penuh yakin, Rania menghampiri


meja yang agak tersorok di hujung ruang kafe tersebut.
Dalam dada sedikit bergetar, panas dan membara. Tidak sabar
dia mahu mengenakan Irham Zahri pula.
Assalamualaikum, Encik Irham.
Lelaki itu mendongak dengan riak sedikit terkejut.
Pandangan mereka berlaga tepat, beberapa saat tidak
berganjak.
Rania mula tersenyum manis, mempamer aksi
bersahaja dan tenang.
Encik Irham dah habis meeting ke? soalnya
setelah salam yang dihulur sebentar tadi sepi tidak
bersambut.
Irham Zahri merengus perlahan. Segera
pandangannya dilarikan ke tengah ruang kafe yang agak
lengang itu. Sungguh dia tidak menyangka yang Rania akan
masuk ke sini mencarinya. Dia fikir gadis itu akan terus
terdera seperti tiang di luar sana.
Pelik, kenapa perempuan seorang ini tidak reti
mengalah? Sudah bermacam-macam perangai dia tunjukkan,
namun Rania tetap setia menanti. Rimas sungguh!
Oh, well... who is she, Irham?
Pertanyaan Fasha yang duduk di hadapannya
membuatkan hati Irham Zahri tersentak. Dia mengerling
sekilas kepada Rania dan gadis itu masih tersenyum mesra.
Oh Tuhan, apa yang perlu dia jawab ni? Dia baru saja mahu
rapat dan mesra dengan setiausaha Dato Mustapha, namun
kehadiran Rania mungkin akan mengubah segalanya. Apa
reaksi Fasha jika mendapat tahu yang Rania adalah pakar
psikologi yang merawatnya? Dia mungkin dipandang seperti
lelaki kurang siuman! Pasti.

87
Akadku Yang Terakhir

Hai, saya Rania. Rania segera menghulur


tangannya kepada gadis seksi yang kelihatan terpinga-pinga
kehairanan. Memang cantik dan bergaya orangnya, patutlah
Si Irham Zahri lupa dunia.
Hai, I Fasha. You dengan Irham ni... Gadis itu
teragak-agak untuk bertanya.
Oh, jangan tersalah sangka Cik Fasha. Kami tak
ada apa-apa hubungan istimewa. Rania tergelak kecil. Dia
dapat mengagak apa yang ada di hati perempuan bernama
Fasha itu. Mungkin Fasha menyangka dia punya hubungan
dengan Irham Zahri atau juga menganggap dia ini salah
seorang bekas isteri lelaki itu.
What are you doing here, Rania?
Bebola mata Rania beralih kepada Irham Zahri pula.
Wajah lelaki itu mula berubah serius. Dan reaksi seperti itu
membuatkan hatinya semakin sakit. Boleh pula Irham Zahri
bertanyakan soalan itu, sepatutnya dia yang memekikkan
soalan yang serupa. Lelaki itu sedar atau tidak berapa banyak
masanya sudah terbuang? Betapa teruk jadualnya sudah
tunggang-langgang? Memang melampau!
Encik Irham, sesi terapi kita dah terlewat satu jam.
Kalau Encik Irham free sekarang, boleh kita mulakan sesi
kita? Saya tak boleh lama, saya ada banyak kerja lain nak buat
lepas ni, luahnya tanpa berfikir panjang.
Seperti dijangka, mata Irham Zahri membulat
kepadanya. Rapat lelaki itu mengetap bibir seolah-olah
menahan kemarahan. Memang dia pernah berjanji dan dia
tidak pernah terlupa. Berjanji untuk tidak menyebut atau
membuka mulut tentang terapi ini walau di hadapan siapa
sekali pun. Tapi lihatlah pula layanan Irham Zahri
terhadapnya, memang teruk dan memualkan. Jadi untuk apa

88
Acik Lana

dia memegang janji jika hanya dia yang sentiasa berusaha


dan bersusah payah demi membantu lelaki itu?
Sesi terapi? What do you mean? tanya Fasha
dengan mata bersilih ganti ke wajah Rania dan Irham Zahri.
You sakit ke, Irham? Sakit apa?
Sekali lagi Irham Zahri mengetap bibirnya.
Pandangan dibuang ke sisi dengan perasaan kian meluap-
luap di dada. Dia tahu Rania sengaja mahu membalas dendam
di atas kejadian hari ini. Tapi, takkanlah sampai sanggup
menyebut semua itu di hadapan Fasha! Mereka sudah ada
perjanjian.
Actually, saya dan Encik Irham ada
Excuse me. Tiba-tiba saja Irham Zahri bingkas
berdiri dengan wajah merah padam. Tanpa sedar tangannya
menyambar lengan Rania dan menarik gadis itu menuju ke
luar kafe. Jantung berdegup laju, terasa bagaikan mahu
melompat keluar dari dada. Dia marah, geram dan sakit hati!
Di pihak Rania pula, dia hampir rebah tatkala lelaki
itu menyentuhnya tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Memanglah masih berlapik dengan lengan baju, namun dia
tetap berasa tidak selesa. Biarpun dia meronta berkali-kali
untuk melepaskan pegangan itu, usahanya tetap gagal. Hanya
setelah mereka berdua berdiri di luar kafe, barulah
cengkaman kuat itu terlepas. Mujurlah lobby hotel itu agak
lengang, kalau tidak entah di mana dia mahu sorokkan
mukanya ini.
What were you thinking, hah? sembur Irham
Zahri mendahului perkataan yang hampir keluar daripada
bibir Rania. Mata mencerlung garang ke wajah yang kelihatan
sedikit tegang itu.
Saya yang patut tanya Encik Irham, bukan Encik

89
Akadku Yang Terakhir

Irham yang tanya saya, balas Rania dengan nada bergetar.


Sedaya upaya dia menanam sabar di sebalik kemarahan yang
mula bertunas di hati. Encik Irham tahu tak, dekat sejam
saya tercongok dekat sini tadi. Encik Irham ingat saya tak ada
kerja lain ke nak buat?
Irham Zahri yang tidak habis-habis merengus,
menaikkan sebelah keningnya. Semakin dipandang, semakin
kecil pula tubuh Rania di matanya. Dan kali ini gadis itu
sudah berani bersuara dan membentak. Kalau ada kerja lain,
kenapa you sibuk-sibuk dekat sini lagi? Pergilah balik!
Balik? Habis tu Encik Irham ingat, saya boleh balik
macam tu aje? Sesi kita macam mana?
Oh, God... macam mana I nak buat you faham,
Rania? soal Irham Zahri geram. I rimas dengan semua ni
tahu tak? Come on, give me a break!
Melihat kemarahan Irham Zahri, Rania cuba
menenangkan dirinya sendiri. Api dilawan dengan api pasti
tiada kesudahannya. Dia perlu menjadi air yang dingin, dia
harus cuba menjadi si waras jika yang di sebelah sana sudah
memilih untuk menjadi si kurang siuman.
Encik Irham, kita dah buat perjanjian. Encik
Irham sendiri dah berjanji untuk ceritakan semua masalah
Encik Irham pada saya kalau kita buat sesi terapi di luar. But
look now, apa Encik Irham dah buat? Encik Irham tak habis-
habis nak menguji saya. Kalau berterusan macam ni, kita
mungkin terpaksa sambung sesi kita di hospital semula.
Excuse me? Wajah Irham Zahri semakin kelat
tatkala ugutan itu singgah ke telinga. Jangan bercakap pasal
janji Rania, you sendiri tak pegang janji you. Tak nampak apa
you buat tadi? Selamba aje you cakap pasal sesi terapi ni
depan Fasha, you nak dia tahu yang I ni hilang akal ke apa?

90
Acik Lana

Rania mengangkat muka, menentang berani


pandangan yang menyilau tajam itu. Sekilas bibirnya menarik
senyuman sinis. Then, buktikan pada saya yang akal Encik
Irham masih ada dalam kepala tu. Prove it to me, I dare you.
Bibir Irham Zahri bergetar menahan marah. Begitu
mudah Rania mematahkan setiap kata-katanya. Lancar dan
tajam. Look, I tak perlu buktikan apa-apa pun pada you.
Terapi bodoh you ni takkan mengubah siapa diri I. I cant
change the way I think and I cant change the way I am. This
is me, real me. Faham?
Panjang Rania menarik nafas yang sedikit sesak.
Bukan sekali dua Irham Zahri meletakkan label bodoh dan
dangkal pada sesi terapinya, sudah berkali-kali. Dan berkali-
kali itu jugalah kesabarannya diasak, diuji tanpa rasa
bersalah.
Bukan saya yang merayu Encik Irham untuk terapi
ini. And at the beginning, Encik Irham yang datang pada
saya, kan? Kita patut tahu dari mana punca semua ini
bermula.
Semua tu sebab father I! Come on, takkanlah I
bodoh sangat nak buang masa untuk benda-benda mengarut
macam ni. I am strong and I can stand on my own! sanggah
Irham Zahri menegakkan egonya. Butang baju kemeja di
lehernya dibuka kasar. Terasa begitu lemas dan rimas berada
di situasi yang kian tegang ini.
Okey, then saya akan siapkan laporan pasal ni
nanti. Saya akan explain semuanya pada Tuan Alaudin, biar
dia tahu yang Encik Irham terseksa nak melalui semua sesi
terapi ni. Seorang ayah pastinya tak tergamak nak menolak
permintaan anak dia, kan? So, kalau Encik Irham nak stop,
saya tak ada masalah, putus Rania masih tenang.

91
Akadku Yang Terakhir

Mungkin kata-katanya kelihatan seperti dia sudah


mengalah, sudah mengibar bendera putih. Namun, hakikatnya
dia sekadar menguji dan bermain dengan psikologi lelaki itu.
Jika selama ini dia berusaha keras dan mengejar tanpa jemu,
kali ini dia mahu menunjukkan cara berbeza.
Wait, wait. You nak mengadu pada father I? soal
Irham Zahri kepada Rania.
Bukan mengadu, itu namanya laporan
perkembangan. Walaupun ya, tak ada apa-apa pun yang
berkembang, perli Rania bersahaja.
Irham Zahri mendengus keras dan segera
memusingkan tubuhnya membelakangkan Rania. Sungguh,
dia tidak mampu lagi menatap seraut wajah yang telah
merosakkan seluruh harinya. Kalau tidak difikirkan
kemarahan ayah yang mungkin meletus, dia tidak teragak-
agak untuk menghalau gadis itu sejauh mungkin.
Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dulu. Saya
akan siapkan surat kepada Tuan Alaudin untuk maklumkan
yang sesi terapi kita berakhir setakat ini sahaja. Thank you
for your cooperation, Encik Irham.
Suara itu masih bertutur lembut, namun tetap
menyakitkan hati Irham Zahri. Biarpun dia sedaya upaya
cuba mengelak dan memberontak, namun dia hanya ada kata
dua. Teruskan atau tidak. Jika dia memilih untuk meneruskan
sesi ini, dia mungkin akan menderita selama tiga bulan. Tapi
jika dia berhenti, dia mungkin kehilangan keluarganya untuk
selama-lamanya.
Amaran ayahnya memang tidak boleh dipandang
ringan, dia tidak berani. Dia cukup kenal dengan sikap
ayahnya yang keras hati, sama seperti apa yang dia warisi
sekarang. Ah, gila sungguh jalan mana perlu dia pilih?

92
Acik Lana

Terdengarkan bunyi ketukan kasut tumit tinggi di


lantai, dia tahu Rania sudah berlalu meninggalkannya.
Akhirnya perempuan itu mengalah, namun itukah yang
hatinya benar-benar mahu?
Serta-merta bayangan raut penuh kasih ibu
menjelma di mata. Walau beribu-ribu perempuan
dilonggokkan di hadapannya, dia tetap memilih hanya satu.
Hanya ibu mendapat tempat teratas di hati, yang sentiasa
mendahului dari segala segi dan mampukah dia kehilangan
semua itu?
Nafas semakin sesak di dada tatkala dia berpaling
mencari langkah Rania. Jarak mereka hanya beberapa kaki,
namun bibirnya masih liat mahu menyeru. Kepala Irham
Zahri masih berputar ligat, tercari-cari keputusan yang paling
tepat biarpun dia tahu cuma satu jawapan mampu dibuat.
Rania. Suara melantun perlahan. Anak mata
masih mengekori langkah gadis itu yang jelas tidak terkesan
dengan panggilannya. Pekak! Bibir diketap rapat dengan
nafas ditarik panjang. Hey, Rania!
Hampir saja kaki Rania terpelecok di tangga apabila
suara garau itu bukan main kuat melaung. Dia menoleh ke
belakang dengan riak terpinga-pinga. Sengaja menunjuk
muka begitu biarpun dia sudah menjangkakan semua ini.
Penat saja dia berjalan sehabis perlahan sebentar tadi semata-
mata menanti lelaki itu membuat keputusan. Lama sangat
berfikir!
Hmmm... ada apa, Encik Irham? soalnya ketika
Irham Zahri sudah berdiri tegak di hadapan muka. Lelaki itu
membuang pandang ke sisi, seolah-olah mengelak dari
berlaga pandang dengannya.
Seketika Rania mengamati raut tampan yang masih

93
Akadku Yang Terakhir

mempamer riak keras itu. Dia tahu Irham Zahri tersepit,


terpaksa akur dengan sesi terapi ini walaupun hati menolak
kuat. Tapi, tidakkah lelaki itu terfikir yang semua ini untuk
kebaikan dirinya juga?
Ada apa, Encik Irham? Saya dah lambat ni.
Gesanya sekali lagi. Dia berpura-pura pula membelek jam di
tangan, menunjuk betapa dia sedang mengejar waktu.
Ikut I balik kondo I. Now.
Tersentak kuat hati Rania apabila sebaris arahan itu
menerjah ke telinga. Matanya membulat atau juga sudah
terbuntang terus, dia sendiri tidak pasti. Namun, beberapa
saat kemudian, nafas dihela perlahan. Pasti saja lelaki itu
memaksudkan kafe di kondonya, bukan memaksudkan
kediamannya sendiri. Itu dah hilang akal sangat!
Maksud Encik Irham, kafe di kondo Encik Irham,
kan?
Lelaki itu mengerlingnya tajam.
Of course I maksudkan kafe tu, takkanlah rumah I
pulak!
Rania termalu sendiri. Dia tidak seharusnya
mengulang sesuatu yang memang sudah dia fahami. Enggan
lelaki itu berfikir yang bukan-bukan, dia segera menutup
cerita. Maksudnya Encik Irham nak teruskan sesi terapi ni?
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya berlalu
meninggalkan dia tanpa sebarang jawapan. Terkenangkan
duit yang bakal melayang kerana tambang teksi, Rania segera
mengatur langkah mengejar Irham Zahri.
Encik Irham, saya nak tumpang.
Sekilas lelaki itu menoleh kepadanya, kemudian
keluhan kecil pula kedengaran di telinga.

94
Acik Lana

Do what ever you want, Rania.


Terpaku Rania apabila suara itu begitu sayu
menyentuh hati. Bunyinya kedengaran seperti diluahkan oleh
manusia yang sudah putus harapan. Kenapa mahu putus
harapan jika semuanya belum betul-betul bermula?
Hairan. Tapi, jika sudah diberi lampu hijau,
memang tidak mungkin dia akan menolak. Dia akan
meningkatkan permainannya, dia akan lakukan apa sahaja
demi membuka mulut lelaki itu. Bibir mengukir senyuman
secara sembunyi.
Lihat dan tunggu saja, Irham Zahri suatu hari
nanti hanya bahunya ini yang dicari. Dia yakin dan pasti.

95
Akadku Yang Terakhir

Bab 8
B
UNYI tepukan gemuruh
di sekeliling menyedarkan
Irham Zahri yang sejak tadi
mengelamun jauh. Pandangannya singgah ke wajah Khairi
yang ceria bertepuk tangan di sisi Sandra. Dia ikut sama
menepuk tangan dan mempamerkan riak ceria, bimbang jika
lamunannya sebentar tadi dapat dikesan oleh sahabatnya itu.
Sungguh, dia tidak perasan langsung yang lagu
Sweet Child of Mine kegemarannya sudah habis dinyanyikan
oleh kumpulan muzik di atas pentas kecil itu.
Sebentar tadi hanya bunyi muzik yang sayup-sayup
mencecah ke telinganya. Yang selebihnya dia sudah tidak
mendengar apa-apa lagi. Dia hanyut dan tenggelam dalam
pelbagai rasa yang membelenggu jiwa. Sangkanya malam ini
dia mampu berlibur seperti biasa. Mengisi ruang-ruang
kosong yang kian terlapang luas di dada. Namun, jelas sekali
dia gagal. Walaupun dikelilingi dengan ramai manusia, dia
tetap juga rasa terasing dan sepi. Hatinya ini bagaikan serba
tidak kena.

96
Acik Lana

Terkenang pula asakan demi asakan daripada Fasha


yang mengorek cerita tentang sesi terapinya, dia semakin
tertekan. Tidak henti-henti Fasha menelefon dan menghantar
SMS demi mendapatkan jawapan daripadanya. Dari menaruh
minat, perasaan itu mula bertukar menjadi rasa rimas. Dia
tidak lagi kesal jika dia gagal memiliki gadis jelita itu, sedikit
pun dia tidak berasa kempunan. Fasha bagaikan bertukar
menjadi bayangan Tasya dan Camelia, bayangan wanita-
wanita yang pernah menjadi suri hidupnya dahulu.
Kau ni dah kenapa monyok aje muka?
Pertanyaan Khairi kembali memalingkan anak
matanya ke seraut wajah yang berjambang halus itu.
Senyuman diukir, namun dia yakin senyuman itu kelihatan
agak kelat di bibir. Hatinya tidak tenteram, masakan dia
mampu tersenyum senang.
Macam you tak kenal kawan baik you ni, dia
kesunyian. Kan isteri-isteri dia semua dah hilang.
Kata-kata Sandra yang mencelah itu bagaikan belati
tajam menoreh ke hatinya. Dia membuang pandang ke sisi
apabila menyedari Khairi memberi isyarat supaya teman
wanitanya itu lebih berhati-hati bila meluahkan kata.
Ah, dia tidak pernah peduli apa pandangan daripada
seorang perempuan seperti Sandra. Mahu mengata orang
sedangkan diri sendiri juga tidak sesempurna mana. Huru-
hara. Kalau bukan kerana Khairi menariknya dari lubuk
jahanam itu, dia yakin sampai sekarang Sandra masih sibuk
mencari pelanggan. Hanya kerana telah menjalinkan
hubungan yang rapat dengan Zalia, Sandra cenderung ingin
menyerangnya dengan kata-kata sindiran.
Tapi, adakah semua itu memberi kesan? Dia peduli?
Memang tidaklah. Hak membuat keputusan, hala tuju hidup,

97
Akadku Yang Terakhir

atau susur jalan mana yang perlu dia ambil langsung tidak
ada kena-mengena dengan sesiapa.
Baby, I nak sembang dengan Ham sekejap. Do you
mind? tanya Khairi, lembut.
Paha kekasihnya yang terdedah di sebalik skirt
pendek itu diusap-usap lembut persis memujuk. Walaupun
terpaksa dan kurang senang dengan permintaannya itu,
wanita itu bangkit juga meninggalkan meja mereka menuju
ke ruang tari di tengah premis tersebut.
Sorry for that, Ham. Kau tahulah, Sandra tukan
rapat dengan Zalia. Aku rasa dia still tak boleh terima lagi
yang korang dah bercerai, luah Khairi dengan senyuman
kecil.
Melihat wajah keruh Irham Zahri, timbul juga rasa
resah di hatinya. Dia sendiri kurang senang dengan sikap
Sandra yang gemar mencari peluang untuk menyindir teman
karibnya ini. Memanglah apa yang dilakukan oleh Irham
Zahri boleh dikatakan agak keterlaluan, namun apa hak
mereka untuk masuk campur. Serapat mana pun hubungan
mereka, dia tidak pernah menyangkal apa juga keputusan
Irham Zahri. Baginya masing-masing sudah dewasa, sudah
pandai membuat keputusan untuk masa depan sendiri. Jadi,
tidak perlulah mereka menyibuk pula.
Sebab tu aku cakap jangan bawak dia malam ni.
Khairi tersengih kelat mendengar kata-kata yang
diluahkan oleh Irham Zahri. Sorrylah, bro. Masa aku
bersiap-siap tadi, Sandra kata dia nak follow. Takkanlah aku
nak cakap tak boleh pulak. Kalau dia merajuk nanti, aku
jugak yang ternganga. Sekarang malam-malam sejuk, asyik
hujan aje!
Gurauan nakal Khairi membuahkan cebikan kecil

98
Acik Lana

di bibir Irham Zahri. Dia sudah masak dengan gaya hidup


Khairi yang telah bertahun-tahun bersekedudukan dengan
kekasihnya itu. Entah apa helah temannya, sehingga sekarang
hubungan terlarang mereka itu tidak pernah dikesan oleh
pihak berkuasa. Mungkin kerana faktor privasi yang ketat di
kondo mewah yang didiami oleh Khairi berjaya menutup bau
busuk hubungan itu.
Kau ajak aku keluar ni kenapa? Selalunya malam
weekdays macam ni, kau jarang nak keluar rumah. Kau nak
mengadu nasib pasal Cik Rania kesayangan kau tu, ya?
Pertanyaan Khairi yang menyebut nama Rania
menyentak hati Irham Zahri. Dia tersenyum sinis, menunjuk
reaksi betapa hatinya cukup benci walau dengan hanya
mendengar sebaris nama itu. Gelas berisi Coke yang berbaki
separuh dicapai dan isinya disedut dalam.
Aku nak mintak tolong kau sikit, ucapnya tenang.
Hmmm? Aku? Tolong apa?
Irham Zahri mengetap bibirnya seketika. Tubuh
yang bersarung jaket berwarna hitam disandarkan rapat ke
kerusi. Sempat juga dia menyalakan sebatang rokok sebelum
kembali memberi perhatian kepada Khairi yang masih
menanti. Buat apa yang kau biasa buat, boleh?
Woo, wooo.... Khairi mengangkat kedua-dua belah
tangannya ke sisi dengan riak tidak percaya. Aku tak faham,
bro. Apa maksud kau nak aku buat apa yang aku dah biasa
buat? Kau pun tahu aku selalu buat benda-benda tak elok,
kan? Takkanlah kau nak aku hesy!
Perlahan Irham Zahri menyedut puntung rokok di
tangan kanannya. Riaknya berubah tenang, dia mahu Khairi
yakin dengan rancangannya yang satu ini. Coke and sleeping
pills. Thats all.

99
Akadku Yang Terakhir

Wh what? Mata Khairi membulat tanda tidak


percaya. Sungguh, ini kali pertama Irham Zahri mahu
terlibat dengan rancangan jahatnya. Selama ini lelaki itu
tidak pernah peduli, jauh sekali mahu menjadi
mastermindnya!
Aku cuma nak perempuan tu serik. Aku bukan nak
kau sentuh dia and please dont you ever think about that.
Aku just nak kau tolong aku ambil gambar supaya aku boleh
ugut dia. Terang Irham Zahri bersungguh.
Kita susah payah buat semua ni dan kau nak
ambik gambar aje? Boringnya!
Pantas Irham Zahri menggelengkan kepala. Dia
mahu Khairi tahu niat sebenar dia melakukan semua ini.
Belum pernah lagi dia terfikir atau memasang niat untuk
merosakkan anak dara orang, jauh sekali membuka peluang
dan ruang kepada Khairi untuk melakukannya. Dia masih
waras, akal dan hatinya tidak sebusuk itu.
Kau boleh nampak tak, dengan gambar-gambar tu
hidup aku akan senang. Aku tak payah susah-susah nak
menghadap muka dia dan aku boleh desak dia supaya
keluarkan laporan yang cukup baik untuk ayah aku. Cukup
tiga bulan, semua gambar tu aku akan buang dan hapuskan.
Thats it.
Khairi terdiam sejenak. Dia masih tidak percaya
yang Irham Zahri akan bertindak sejauh ini hanya kerana
mahu mengelak daripada menghadiri sesi terapi bersama
perempuan bernama Rania itu. Tapi, teruk benarkah rawatan
yang dilalui sehingga temannya yang sering dilabel
gentleman itu gagal mengawal diri?
So, how? Kau boleh tolong aku tak?
Terpandangkan renungan mengharap Irham Zahri,

100
Acik Lana

dia mula serba salah. Jika selama ini Irham Zahri tidak
pernah berkira langsung tentang wang ringgit dengannya,
bagaimana dia mahu menolak apabila pertolongannya pula
yang diminta?
Hmmm bila kau nak buat? Dekat mana?
Jernih riak wajah Irham Zahri apabila mendengar
kata-kata Khairi yang memberi bayangan untuk bersetuju.
Jika semua ini berjalan lancar, dia yakin kepincangan hidup
yang dirasakan kebelakangan ini akan berakhir. Dia tidak
akan lagi dihantui oleh rasa bimbang dengan mata-mata yang
mungkin memerhati.
Esok aku ada sesi terapi dengan dia, kalau dekat
kondo aku okey tak?
Up to you, youre the boss.
Lambat-lambat Irham Zahri menganggukkan
kepala. Dalam hati dia membulatkan tekad. Biar ada rasa
sangsi, biarpun jiwa berbelah bahagi, dia tidak akan
meluruskan langkah kakinya kali ini. Tidak kali ini.

101
Akadku Yang Terakhir

Bab 9
T
ENGAH hari itu perasaan di
dada Irham Zahri berlainan
sekali. Sejak awal pagi tadi dia
memulakan harinya dengan perasaan yang tidak menentu.
Berdebar-debar dengan deruan darah yang terasa berdenyut
hangat di seluruh tubuhnya. Dia teruja ataupun dia bimbang?
Demi Tuhan, dia sendiri tidak pasti.
Menunggu Rania di kafe yang terletak di aras bawah
kondonya benar-benar mendera perasaannya. Jantung masih
berdegup kencang. Anak matanya pula tidak henti-henti
menjeling jam di pergelangan tangan. Dia resah dan gelisah
menanti dari satu detik beralih ke satu detik yang berikutnya.
Sungguh, ini adalah kali pertama dia melakukan
kerja gila ini. Pertama kali dia cuba memerangkap seorang
perempuan, pertama kali juga dia mahu mengugut dengan
cara keji begini. Semuanya dilakukan demi menjaga nama
dan egonya yang tidak pernah terusik.
Jauh di sudut hati, Irham Zahri tidak melakukan
semua ini kerana dendam. Dia tahu Rania tidak melakukan

102
Acik Lana

apa-apa kesalahan kepadanya selain menjadi manusia yang


terlalu degil. Kadangkala dia hairan bagaimana Rania
memperolehi kesungguhan dan kesabaran untuk melayan
kerenahnya yang bukan-bukan. Dan kerana pegangan kuat
itulah dia gagal merasuah Rania supaya menuruti setiap
arahannya. Dia bukan meminta sesuatu yang susah untuk
dilakukan, dia cuma mahu Rania memalsukan laporan yang
bakal diserahkan kepada ayahnya. Itu saja!
Pandangan yang sejak tadi merenung kosong tiba-
tiba saja beralih ke hadapan apabila menyedari kelibat Rania
muncul di ruang kafe tersebut. Jantung kian kencang
berpalu. Tepat matanya memandang kepada Rania yang
semakin dekat menghampiri.
Irham Zahri bergerak sedikit. Membetulkan
kedudukannya agar lebih selesa dan bersedia. Dia tidak mahu
kelihatan gementar, bimbang Rania mampu menghidu niat
jahatnya.
Hari ini penampilan gadis itu sekali lagi berjaya
mencuri tumpuannya. Blaus longgar dan skirt labuh
dipadankan dengan selendang panjang yang dililit entah
bagaimana kelihatan begitu rapi dan kemas. Kerap kali juga
suara hati memuji betapa anggunnya gaya gadis seorang ini.
Gaya yang jelas berbeza jika mahu dibandingkan dengan
penampilan bekas-bekas isterinya dahulu. Keanggunan Rania
terserlah biarpun tidak menayang dan mempamerkan begitu
banyak kulit di tubuhnya.
Assalamualaikum, Encik Irham.
Sapaan lembut itu membuatkan Irham Zahri
mengalih pandang ke sisi. Cawan berisi kopi panas dicapai
dan dibawa ke bibirnya. Seperti biasa dia tidak mengendahkan
salam Rania, cukup sekadar dia menyahutnya dalam hati.

103
Akadku Yang Terakhir

Youre late, ucapnya apabila Rania sudah


mengambil tempat di kerusi bertentangan.
Maaf, saya terlambat lima minit, balas Rania
dengan nada sedikit menyindir. Takkanlah lewat lima minit
dah nak bising? Macamlah dia menepati masa sangat!
Rungutnya dalam hati.
Wajah Irham Zahri yang kelihatan sedikit gelisah
memutikkan rasa aneh pada pandangan Rania. Jarang dia
melihat reaksi begini, selalunya cuma wajah bosan dan
tertekan yang menjadi habuan matanya.
Hmmm boleh kita start sekarang, Encik Irham?
soalnya seraya mengeluarkan pen dan buku nota dari beg
silang yang diletakkan di sisi.
Hari ini dia sudah menyediakan beberapa soalan
untuk Irham Zahri. Soalan-soalan yang mungkin boleh
membawa mereka ke satu tahap yang berbeza, soalan yang
mungkin mampu membuat dia lebih mengenali dan
memahami lelaki itu sedalamnya.
Would you like something to drink?
Pertanyaan itu membuatkan Rania tercengang.
Pandangannya dan renungan Irham Zahri bergabung tepat,
tidak berkalih. Setelah pertemuan demi pertemuan, inilah
kali pertama lelaki itu mempelawanya untuk memesan
minuman. Selalunya dia cuma menjalankan sesi selama satu
jam tanpa membasahkan tekak dek kerana mengejar masa.
Walaupun berasa sangsi dan aneh, kepalanya dianggukkan
beberapa kali. Mungkin ini satu petanda yang baik.
Coke, okey? soal Irham Zahri lagi.
Ya, okey.
Mendengar balasan itu, mata Irham Zahri segera

104
Acik Lana

meliar ke hujung restoran. Dia perlu menyampaikan isyarat


kepada Khairi yang duduk di sana tanpa dikesan oleh Rania.
Melihat gadis itu tunduk mencatit sesuatu pada buku tulis,
pantas dia mengangkat tangan seolah-olah sedang
berkomunikasi dengan pelayan di kafe. Nama minuman
ringan itu disebut sedikit kuat, namun ditujukan kepada
Khairi dan bukannya kepada pelayan kafe tersebut. Semua itu
sekadar mahu mengaburi pandangan Rania daripada
mengesan helahnya.
Beberapa minit berlalu, dia memberi isyarat mata
kepada Khairi supaya menghantar minuman yang telah
dipesan sejak awal tadi. Melihat langkah temannya yang kian
hampir, jantungnya ini semakin kencang berlari. Sempat juga
dia mendengar Rania mengucapkan terima kasih kepada
Khairi yang disangkanya pelayan di kafe itu. Nafas dihela lega
sebaik saja Khairi berlalu meninggalkan mereka. Langkah
pertama, berjaya!
Kalau Encik Irham tak keberatan, boleh saya tahu
nama isteri pertama Encik Irham?
Hampir tersedak tekaknya dengan soalan maut
yang tidak terduga itu. Hatinya diselubungi rasa kurang
senang, namun dia tahu dia perlu juga bercerita supaya Rania
asyik dan terleka. Melihat gadis itu menyedut air Coke yang
terhidang sehingga habis separuh gelas, serta-merta perasaan
bertukar dengan rasa lega. Terima kasih pada cuaca panas
yang membahang di luar sana!
Hmmm... Camelia, balasnya acuh tidak acuh.
Rania tersenyum senang. Nampaknya dia sudah
berjaya membuat mulut lelaki itu terbuka sedikit. Mungkin
Irham Zahri sudah mula belajar menerima proses ini sedikit
demi sedikit.

105
Akadku Yang Terakhir

Sedap nama dia, pasti orangnya pun cantik jelita.


Pujian ikhlas itu dibalas dengan rengusan Irham
Zahri.
Boleh Encik Irham kongsikan dengan saya, dekat
mana Encik Irham kenal dia? I mean, pertama kali berjumpa
dengan Camelia.
Does it matter? Itu kisah silam I, apa kena-
mengena dengan hidup I sekarang?
Jelas di pandangan Rania, wajah segak itu berubah
keruh dan tegang. Perlahan dia menarik nafasnya sedalam
mungkin. Dia tidak mahu rahsia hati Irham Zahri yang baru
mula terbuka kembali tertutup rapi.
Kadangkala masa silam kita mencorakkan apa
yang akan berlaku pada masa depan. Saya cuma bertanya
untuk lebih memahami apa yang Encik Irham rasa dan lalui
selama ini. Dan saya perlu tahu apa perasaan yang ada dalam
hati Encik Irham terhadap isteri-isteri Encik Irham.
Bekas isteri, Rania.
Okey, my bad. Maksud saya bekas isteri Encik
Irham. Rania mengakui keterlanjuran katanya sebentar tadi.
Saya perlu tahu apa perasaan Encik Irham terhadap
mereka.
Irham Zahri mula tunjuk muka meluat. Berapa
lama dia perlu menunggu ubat tidur itu memberi kesan
kepada tubuh Rania? Dia lihat elok saja gadis itu bercakap,
bukan main cergas dan bersemangat lagi menyoalnya dengan
pelbagai soalan. Tiba-tiba saja hatinya berasa ragu dengan
keupayaan Khairi memperdayakan perempuan.
Encik Irham berkahwin atas sebab apa?
Pertanyaan itu begitu tajam menikam hati Irham

106
Acik Lana

Zahri. Kian sesak seluruh rasa di dada kerana menahan


marah dan geram. What else, Rania? Of courselah sebab
cinta!
Cinta? Okey.... Rania pura-pura mencatat sesuatu
di bukunya. Dia sekadar mahu mengelak dari bertentang
mata dengan lelaki itu. Apa yang boleh saya faham, cinta
Encik Irham cuma hmmm, bertahan kurang dari setahun.
Ini kategori cinta apa agaknya, ya?
Mata Irham Zahri mengecil. Begitu terkesan dengan
soalan yang tajam memanah ke hati. Berani sungguh Rania
menyoalnya dengan soalan yang bukan-bukan! What are
you trying to say? You nak cakap keputusan I bercerai tu
silap?
Hmmm... mungkin Encik Irham ada alasan Encik
Irham sendiri, tapi mungkin juga keputusan itu satu
kesilapan.
Irham Zahri mengetap bibirnya kejap menahan
marah. Kepalanya dipalingkan ke sisi, tidak mahu memberi
perhatian kepada Rania lagi. Demi Tuhan, bila ubat itu mahu
berkesan? Dia sudah tidak sanggup menghadapi semua ini
lagi. Egonya bagaikan dicarik-carik halus!
Pernah tak Encik Irham terfikir yang... Perkataan
yang terlontar oleh Rania terhenti tatkala rasa perit tiba-tiba
menyengat ke kepala.
Spontan jari-jemarinya naik memicit dahi yang
terasa begitu tegang dan berdenyut kuat. Kepalanya diangkat.
Jelas pandangannya kian kabur. Wajah Irham Zahri yang
tidak sampai sedepa jaraknya semakin samar-samar di mata.
Kenapa ni? You okey ke?
Sayup-sayup suara itu singgah ke telinganya. Rania
menganggukkan kepala, kemudian mengerdipkan pula

107
Akadku Yang Terakhir

matanya beberapa kali. Dia yakin dia seakan-akan mahu


pitam begini kerana tidak sempat menjamah apa-apa
makanan sejak pagi tadi. Mungkin perutnya masuk angin.
You nampak pucat, you sakit? tanya Irham Zahri
pura-pura mengambil tahu. Dalam hati dia begitu lega kerana
akhirnya ubat itu memberi kesan juga kepada Rania.
No, no. Im fine. Pening sikit aje, sorry....
Melihat gadis itu tertunduk-tunduk memegang
kepala, bibirnya mengukir senyuman sinis. Rancangannya
setakat ini masih di laluan yang betul dan sekarang dia perlu
memastikan Rania berjaya dibawa ke kondonya. Khairi sudah
menunggu di sana untuk menjalankan misi seterusnya.
Dah berpeluh-peluh macam ni, okey lagi kata you?
Ikut I naik atas sekejap.
Pantas Rania menegakkan tubuhnya. Dada
berdegup kencang. Kepala yang semakin berat membuatkan
dia hilang kestabilan dan hampir tersembam ke meja. Segera
tangannya yang sedikit menggeletar memegang sisi meja.
Otaknya masih mengingati sebaris ayat terakhir
yang didengarnya sebentar tadi. Apa maksud Irham Zahri
mahu mengajaknya naik ke atas? Mahu dia berehat di
rumahnya atau apa? Serta-merta perasaannya menjadi kalut
dan cemas. Terngiang-ngiang kebimbangan umi di
telinganya.
Jangan buat muka pelik boleh tak? You ingat I nak
ajak you pergi mana? soal Irham Zahri dengan nada
mengejek. Dekat tingkat satu ada klinik, kita pergi situ
sekejap. I tak nak bertanggungjawab kalau ada anak orang
terlentang atas lantai ni nanti.
Mendengarkan penjelasan itu, hati Rania lega. Tidak
patut dia menuduh atau menyimpan syak yang bukan-bukan

108
Acik Lana

sedangkan lelaki itu seperti ikhlas mahu membantu. Dalam


keadaan separuh sedar begini, dia memang perlu
mendapatkan rawatan dengan segera. Tidak pernah dia
melalui pengalaman begini. Dia benar-benar bimbang.
Setelah Rania memberi persetujuan, Irham Zahri
segera menyelesaikan bayaran bil untuk minuman mereka.
Dia perlu segera membawa Rania keluar dari kafe ini sebelum
Rania benar-benar pengsan. Nanti apa pula anggapan orang
sekeliling jika melihat dia memikul Rania ke atas.
Sepanjang langkah menuju ke lif, Rania masih
mampu berjalan sendiri. Namun apabila mereka memasuki
perut lif, gadis itu kelihatan semakin lemah tidak bermaya.
Keluh-kesah Rania begitu jelas di telinganya. Elok saja pintu
lif tertutup rapat, gadis itu sudah terkulai lesu di tepi dinding,
langsung tidak sedarkan diri.
Irham Zahri tersenyum puas sebelum menekan
angka 13 menuju ke kediamannya. Dia mendongak pula
memandang CCTV di atas kepala. Dia yakin wang yang
diberikan kepada pengawal keselamatan warga Myanmar itu
sudah memadai untuk membantunya hari ini. Jejak jahatnya
tidak boleh dikesan!
Sekali lagi anak mata melirik kepada Rania yang
terduduk dalam keadaan bersandar di dinding. Wajah mulus
itu begitu tenang seperti sedang beradu dalam lena yang
panjang. Nafasnya dihela perlahan. Cuba membuang segala
rasa sangsi, berbelah bahagi dan serba salah yang terkesan di
hati.
Im sorry, Rania I have to do this. Ucap hatinya
berulang kali.

109
Akadku Yang Terakhir

Bab 10
K
AU menung apa lagi?
Cepatlah, aku dah ready
ni.
Tersentak lamunan Irham Zahri apabila suara
Khairi mencecah ke telinga. Tekak terasa kelat, liur yang
ditelan tidak ubah seperti menelan butiran pasir. Inilah yang
dia rasakan sejak tubuh langsing itu terlantar di atas katil
besar miliknya.
Sekali lagi anak mata melirik ke tubuh Rania yang
longlai tidak berkutik. Pandangan beralih pula kepada Khairi
yang sedang membelek-belek kamera di tangan. Temannya
itu kelihatan tenang, sedikit pun tidak gusar seperti apa yang
dia rasakan sekarang. Apa perlu dia hairankan, ini semua
kerja mudah bagi Khairi. Cuma dia yang tidak biasa, kekok
dan takut.
Nafas ditarik panjang. Anak mata berlari pula ke
ruang bilik yang dingin. Perasaan resah, gelisah, tidak pasti,
semuanya bersilih ganti di hati. Sudah jauh dia mengayuh
perahu, mampukah dia berundur pada waktu-waktu begini?

110
Acik Lana

Ham, kau dah kenapa? Cepatlah, nanti minah ni


terjaga macam mana? Susah kita nanti.
Gesaan Khairi itu sekali lagi meletakkan jiwanya
dalam keadaan tertekan. Kakinya mula mundar-mandir di
hadapan katil dengan tangan meraup muka. Pandangannya
singgah lagi kepada Rania. Dia tahu ini sahaja peluang yang
dia ada, cuma ini jalan untuk dia melepaskan diri dari sesi
terapi yang merimaskan itu.
Aku... aku tak tahu nak buat apa, Khairi.
Khairi mengerutkan kening apabila wajah resah
Irham Zahri terlayar di ruang mata. Gelak kecil terhambur
daripada bibirnya. Lucu. Kau ni slowlah, Ham. Kerja senang
macam ni pun tak tahu nak buat? Well, kau serahkan saja
pada yang pakar.
Melihat temannya melabuhkan duduk di sisi Rania,
mata Irham Zahri membulat. Dadanya berdebar kencang
tidak keruan. Kau nak buat apa tu, Khairi?
Sekilas Khairi berpaling kepada Irham Zahri yang
masih tercegat di hadapan katil. Wajah cuak lelaki itu
membuatkan dia tergelak kecil. Buat apa lagi, jalankan
mission kitalah. Firstly, kau nak aku bukak apa dulu?
Sekali lagi Irham Zahri melepaskan keluhan. Dia
tidak pasti, dia tidak terfikir apa yang perlu dibuka terlebih
dahulu. Selendang? Baju? Skirt? Ah, dia tidak pasti!
Kau ni lembab betullah. Hmmm... apa kata kita
bukak tudung dia yang cantik ni dulu.
Melihat tangan Khairi menyentuh selendang di
kepala Rania, Irham Zahri berpaling ke belakang. Dia tidak
sanggup menjadi penonton. Nafasnya sesak, terasa berpeluh-
peluh tapak tangannya biarpun ruang di situ begitu dingin.
Fikiran mula berkecamuk. Memang tujuannya mahu

111
Akadku Yang Terakhir

mengugut gadis itu, namun apa hak yang dia ada sehingga
dia tergamak memberi kebenaran kepada Khairi untuk
menyentuh Rania? Ini urusan mereka berdua, hanya dia dan
Rania.
Wait, wait! tegahnya. Laju dia melangkah
merapati katil. Dia melihat selendang Rania sudah terurai,
hanya tudung kecil yang masih menutupi rambut gadis itu.
Cepat sungguh tangan Khairi buat kerja!
Kenapa? Tak jadi pulak? soal Khairi dengan riak
terpinga-pinga.
No, Ill do it.
Huh? Kau nak buat?
Ya, let me do it, putus Irham Zahri bersungguh.
Khairi tergelak kecil. Dalam diam-diam, nakal juga
temannya ini. Ada hati juga Irham Zahri mahu menyentuh
Rania. Maklumlah ikan segar sudah terhidang di depan mata,
takkanlah kucing nak buat-buat buta!
Kau nak aku ambilkan gambar ke? soal Khairi
seraya bangkit berdiri mendapatkan kameranya.
Mendengarkan soalan itu, Irham Zahri mengetap
bibir seketika. Dia membalas pandangan Khairi yang masih
menanti jawapan daripadanya. No need, kau tunggu aje
dekat luar.
Gelak kecil meletus di bibir Khairi. Tangannya
menepuk-nepuk bahu Irham Zahri seolah-olah memberi
gambaran dia memahami gelojak jiwa lelaki itu.
Wow youve changed, man. Okey, aku tunggu
kau dekat luar. Apa-apa panggil aku.
Irham Zahri tidak membalas dan sekadar
memerhati Khairi meninggalkannya dengan senyuman

112
Acik Lana

penuh makna. Dia faham apa yang bermain-main di fikiran


temannya itu. Apabila pintu bilik tertutup rapat, keluhan
bebas terhela daripada bibir.
Perlahan dia merebahkan duduk di atas katil. Tubuh
ditundukkan sedikit dengan tangan menopang kepala.
Perasaan di dalam sana masih kacau-bilau, masih tidak tentu
arah. Setelah beberapa minit melayan kekusutan fikiran, dia
bertekad. Kata orang alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan! Lagipun dia sudah separuh jalan.
Dengan jari-jemari yang dingin, dia menarik
selendang panjang yang telah diuraikan oleh Khairi sebentar
tadi. Selendang itu dicampakkan ke hujung katil. Pandangan
kembali ke wajah mulus Rania yang cerah kemerahan. Lama
dia kaku memerhati susuk gadis itu.
Melihat seorang gadis beradu lena di atas katil yang
kebelakangan ini begitu dingin, nafas mula berlari kencang.
Dia cuba menidakkan keinginan jiwa lelakinya, namun
semakin liar pula pandangan mata menjalar ke segenap
tubuh itu.
Kepalanya digelengkan beberapa kali. Dia perlu
berada dalam keadaan sedar. Mana mungkin dia tergamak
melanggar prinsip hidupnya yang dipegang selama ini. Ya, dia
tidak akan menyentuh sesuatu yang bukan menjadi miliknya,
bukan haknya!
Dengan keyakinan yang tinggi, dia menanggalkan
tudung kecil berwarna hitam yang tersarung kemas di kepala
Rania dengan perlahan. Nafas ditahan seketika. Anak mata
pula masih kekal mengamati wajah Rania yang kelihatan
begitu tenang dan damai.
Rambut hitam berkilat yang disanggul itu bagaikan
menggamit jari-jemarinya seperti meminta dan merayu

113
Akadku Yang Terakhir

untuk dibebaskan. Tangan hanya menurut perintah, menarik


penuh berhati-hati gelung getah yang terikat rapi. Sekali lagi
nafasnya bagaikan tersekat di dada. Rambut panjang
mengurai itu serta-merta menyerlahkan warna kulit Rania
yang cerah.
Selama ini dia tidak pernah melihat Rania secantik
ini. Manakan tidak, dia jarang memberi perhatian kepada
gadis itu. Kalau berbicara sekalipun, dia lebih suka
memandang ke tempat lain. Menunjukkan lagak sombong
dan angkuh.
Menyedari yang jari-jemarinya hampir sahaja
menyentuh kulit pipi yang begitu asyik dipandang, Irham
Zahri melepaskan keluhan berat. Dia segera memusingkan
tubuhnya menghadap ke dinding. Keluhan demi keluhan
terhambur di bibirnya. Sesak dadanya, bergetar hati dengan
suatu rasa yang cukup dia fahami. Suasana yang nyaman
dengan udara yang dingin serta keindahan yang terhampar di
hadapan mata, memberi kesan pada setiap naluri yang ada di
tubuhnya.
Irham Zahri bingkas bangun. Enggan tunduk pada
godaan iblis dan syaitan. Wajah resahnya diraup berkali-kali
untuk meredakan rasa gelora di jiwa. Dia tidak boleh
tertewas, mana mungkin dia sanggup melakukan perbuatan
yang jelas bertentangan dengan prinsip hidupnya!
Lantaran yakin Rania mampu menjadi ancaman
dalam diam, Irham Zahri bertindak menjauhi sekujur tubuh
itu. Dia perlu bertenang. Dia perlu berfikir dengan waras jika
mahu melakukan semua ini. Takkanlah baru buka tudung
lututnya sudah menggeletar tidak keruan? Memalukan
sungguh!
Ketika berdiri di tepi jendela kamarnya, pandangan

114
Acik Lana

Irham Zahri singgah pada barang-barang kepunyaan Rania.


Buku nota yang diletakkan di atas meja kopi sebentar tadi
bagaikan menggamit hatinya untuk melihat. Sejak dahulu
lagi dia tertanya-tanya apa yang dicatatkan oleh Rania
sepanjang sesi terapi mereka berlangsung. Mungkinkah
sudah ada rahsianya yang tersingkap oleh pandangan mata
wanita itu?
Kerana menurut perasaan ingin tahu, Irham Zahri
mencapai buku itu tanpa ragu. Dia tidak rasa tindakan ini
adalah satu kesalahan. Ini bukan diari peribadi Rania, ini
cuma buku nota yang mungkin dipenuhi dengan rahsia
dirinya. Jadi, boleh dikatakan yang dia juga berhak untuk
membelek atau membacanya.
Mata mula meniti di setiap bait-bait perkataan yang
ditulis oleh Rania. Di helaian pertama tidak ada apa-apa yang
menarik perhatiannya. Hanya beberapa catatan tentang
pertemuan pertama mereka di hospital beberapa minggu
yang lalu. Helaian kedua, ketiga dan keempat juga masih
serupa. Membosankan. Dalam hati dia berasa sedikit lega
kerana Rania tidak berjaya membuat sebarang penilaian ke
atas dirinya.
Namun di muka surat terakhir, darah terasa
berderau ke kepala. Bibir diketap kejap. Beberapa baris ayat
yang dibaca itu benar-benar menyentak seluruh perasaannya.
Terasa perit di dada, sakit tidak terhingga. Dia yakin ayat-ayat
itu sekadar contengan daripada hati Rania yang mungkin
hampir putus asa untuk mengorek ceritanya.

Who are you, Irham Zahri? Whats on your


mind?
Ego yang jelas terpamer di wajah tidak

115
Akadku Yang Terakhir

mampu menutup rasa luka yang terlihat di


mata.
Tapi kenapa? Apa puncanya?
Let me hear your story, allow me to help
you.

Nafas dihela panjang. Dia menoleh sekilas kepada


Rania yang masih terlentang di atas katil. Sebegitu banyakkah
keinginan Rania untuk mencungkil rasa di hatinya ini? Jelas
gadis itu benar-benar memiliki hati yang suci, begitu ingin
membantu dirinya yang dianggap punya masalah tersendiri.
Tapi maaf, dia tidak punya apa-apa masalah.
Hidupnya serba sempurna. Manusia di sekeliling mungkin
boleh berkata apa saja tentang penceraian yang telah
berulang kali dia lafazkan, namun itu semua bukan hal yang
besar baginya. Dia masih mampu hidup seperti biasa dan dia
yakin bekas-bekas isterinya juga mempunyai perasaan yang
sama.
Buku nota tebal yang dipegang diletakkan kembali
di atas meja kopi. Perlahan, tangannya melurut rambut yang
tersisir kemas. Dia tahu semua ini sudah terlampau jauh
tersasar dari apa yang sepatutnya. Setelah membaca catatan
Rania, dia jadi tidak sampai hati pula mahu memperlakukan
gadis itu seteruk ini. Berdosakah Rania jika kesalahan yang
dilakukan hanya kerana berniat mahu membantunya?
Langkah dihala semula ke katil yang terletak di
tengah ruang bilik yang luas itu. Wajah Rania diamati
beberapa saat. Kemudian dia menundukkan sedikit tubuhnya,
selimut tebal ditarik menutupi tubuh gadis itu sehingga ke
paras dada.
Nafas ditarik dalam. Dia yakin dengan keputusannya

116
Acik Lana

dan dia tahu dia perlu memikirkan cara yang lain untuk
melaksanakan hajatnya. Tidak mengapalah, dia masih punya
masa untuk berfikir.
Tidak mahu melengahkan waktu, langkah diatur
menuju ke pintu. Dia tahu Khairi pasti terkejut, atau
mungkin juga lelaki itu akan mentertawakan dirinya yang
tidak ubah bagaikan sang pengecut.
Eh? Dah? Bro, lima belas minit pun tak sampai.
Biar betul kau ni!
Kata-kata yang diiringi gelak kecil itu membuatkan
Irham Zahri mengeluh sendiri. Tangan meraba kocek seluar,
mencari telefon bimbit yang diletakkan di situ.
Kau nak call siapa Ham?
Kak Erna. Balasnya sepatah.
Langkah segera dibawa ke balkoni biarpun dia tahu
Khairi masih terpinga-pinga mahukan jawapan yang lebih
terperinci. Dia bukan sengaja mahu mengelak, cuma dia
tidak punya jawapan yang pasti untuk diberi.

RASA sejuk di tapak kaki semakin lama semakin terasa.


Peritnya menyengat dan menjalar hingga ke betis. Rania
mendengus perlahan. Dia semakin tidak selesa, lenanya
pula kian terganggu. Baru saja dia mahu menikmati tidur
yang sempurna, entah dari mana pula rasa sejuk itu datang
mengusik. Rasanya, bilik tidurnya di rumah umi tidaklah
sedingin ini. Mungkin hujan lebat di luar.
Walaupun masih berat mahu membuka mata,
akalnya menggesa tubuh supaya bergerak dan melihat jam

117
Akadku Yang Terakhir

loceng di meja sisi. Dalam hati terdetik juga rasa bimbang.


Tidur yang terlalu panjang memungkinkan dia terlajak tidur
dan lewat ke tempat kerja.
Dengan mata masih terpejam, tangan meraba-raba
mencari jam loceng Hello Kitty yang diletakkan di atas meja
bersebelahan katil. Puas diraba, apa yang dicari gagal juga
menyentuh tangannya. Rania terpisat-pisat cuba
merenggangkan kelopak mata yang sedikit pedih. Kepalanya
masih mamai, masih berat mahu menyambung lena yang
terganggu.
Keningnya berkerut-kerut tatkala melihat
pemandangan asing di hadapannya yang semakin jelas
kelihatan. Dada mula berdebar kencang. Rasa mengantuk
serta-merta hilang melayang entah ke mana. Dia di mana?
Sejak bila pula biliknya dipasang dengan wallpaper secantik
ini?
Terpandangkan gambar pada bingkai kayu yang
menghiasi meja kecil itu, mata terbuka luas. Automatik
tubuhnya bangkit dan duduk tegak di atas katil kerana terlalu
terkejut. Rania mengaduh kesakitan apabila rasa pening
menyengat ke kepala. Jari-jemari mula meramas-ramas
kepala yang berdenyut kuat. Dan ketika itulah dia menyedari
sesuatu. Sesuatu yang amat dahsyat!
Ya Allah, mana tudung aku? Soal hatinya cemas.
Jiwa semakin kalut, jantung pula berdebar kencang.
Terasa mahu pecah dadanya menahan pelbagai perasaan. Satu
per satu kerisauan umi terngiang-ngiang di telinga dan dia
memang silap besar kerana selalu menolak nasihat umi!
Menyedari perkara buruk yang mungkin terjadi,
tergopoh-gapah Rania menyelak selimut tebal yang sejak tadi
mengulit mimpi indahnya. Tangannya serba tidak kena

118
Acik Lana

menyentuh badan sendiri. Namun, hati sedikit lega apabila


melihat baju dan skirt labuh yang dikenakan masih elok
tersarung di tubuhnya. Ya Tuhan, apa yang Irham Zahri telah
lakukan kepadanya? Sejauh mana lelaki itu sudah melihatnya?
Atau atau juga sudah menyentuhnya?
Perasaan sebak dan sedih mula menerjah ke hati.
Dia terlalu leka. Dia terlalu lalai dan terlalu bodoh kerana
mempercayai lelaki seorang itu! Memang dia menyesal,
terlalu menyesal dengan kealpaannya. Kalaupun Irham Zahri
tidak menyentuh di tempat-tempat terlarang, apa hak lelaki
itu mahu membuka auratnya?
Air mata yang mengalir di pipi diseka dengan kasar.
Pintu kayu berwarna putih yang tertutup rapat itu
membuatkan hatinya sedikit gusar dan resah. Dia berharap
benar yang dia tidak dikurung di dalam bilik ini. Siapa tahu
Irham Zahri itu benar-benar ada sakit mental!
Dengan tubuh yang masih terhuyung-hayang
membawa kepala yang pening, Rania bangkit dengan
perlahan-lahan. Selendangnya yang tersangkut di tiang katil
dicapai dan segera dililitkan ke kepala. Dia sudah tidak peduli
bagaimana rupanya tika ini. Dia cuma mahu keluar dari sini
sebelum perkara lebih buruk berlaku.
Namun, belum sempat kaki mengatur langkah,
bunyi sesuatu di pintu membuatkan dia kaku tidak berganjak.
Tubuhnya terasa seram sejuk dan dia seakan-akan mahu
rebah sekali lagi kerana terlalu takut. Apa perlu dia lakukan
jika Irham Zahri berkasar nanti? Dia yakin dia tidak akan
mampu melawan kekuatan tubuh gagah itu.
Mata dipejam rapat. Terasa air mata mengalir di pipi
tanpa henti. Kaki dan tangan pula mula menggigil ketakutan.
Demi Tuhan, dia tidak sanggup melalui semua ini!

119
Akadku Yang Terakhir

Eh, cik dah bangun? Alhamdulillah.


Suara halus dan lembut yang menyapa itu
membuatkan mata Rania terbuka luas. Segera pandangannya
yang masih ditakungi air jernih itu dialihkan ke muka pintu
bilik. Kening bertaut kehairanan apabila seorang wanita
berusia lingkungan 30an melangkah masuk dengan
menatang dulang berisi sebiji mangkuk dan segelas susu.
Cik udah sihat? Muka cik masih pucat lagi tu,
baringlah dulu.
Cik? Rania semakin kehairanan. Sekali lagi dia
mengamati wanita gempal yang sedang meletakkan dulang di
atas meja. Siapa pula perempuan ini? Orang gaji Irham Zahri
ke?
Kak saya dekat mana ni? Apa saya buat dekat
sini? soalnya dengan suara bergetar. Dia masih ketakutan,
namun kehadiran wanita itu menerbitkan sedikit rasa lega di
hatinya. Itu pun kalau perempuan ini tidak punya pakatan
jahat dengan Irham Zahri!
Loh, cik enggak ingat langsung?
Loghat yang didengar Rania menjelaskan yang
wanita itu mungkin berasal dari Indonesia. Dan semua itu
menguatkan firasatnya bahawa wanita itu adalah pembantu
rumah di kediaman ini.
Saya tak ingat apa-apa. Macam mana saya boleh
ada dekat sini? Akak, akak kena tolong saya! desaknya seraya
memegang kedua-dua belah tangan wanita tersebut.
Tolong? Koknya cik mahu Kak Erna nolong apa?
soal wanita itu.
Saya nak keluar dari sini kak, akak kena tolong
saya!

120
Acik Lana

Ngapain? Nanti apa pula kata Tuan Irham.


Rania menelan liur. Tanggapan buruk sekali lagi
menerjah ke hatinya. Manalah tahu kalau-kalau Irham Zahri
sudah memberi amaran kepada Kak Erna supaya
mengurungnya di sini!
Kenapa cik gelisah sekali? Tuan Irham ada di ruang
tamu, dia suruh cik berehat hingga sembuh. Ini Kak Erna ada
masakkan bubur, seeloknya cik makan dahulu.
Terdengarkan kata-kata itu, Rania melepaskan
keluhan berat. Dia melabuhkan duduknya di birai katil. Dia
cuba untuk tidak panik. Dia cuba untuk bertenang, namun
hati tetap juga menyimpan rasa sangsi. Dia masih was-was
dan bimbang dengan apa yang sedang dilaluinya.
Dia cuba mengarahkan fikirannya untuk mengingat
semula memori terakhir yang mampu diingati olehnya. Bibir
diketap rapat apabila kejadian tengah hari tadi menjelma di
ruang mata. Dia memang berasa tidak sedap badan ketika itu,
tapi kenapa pula dia berada di rumah Irham Zahri dan bukan
di klinik? Dan paling teruk, dia tertidur selama empat jam di
atas katil lelaki itu.
Errr... Kak Erna, saya tanya sikit boleh?
Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak
Erna itu menganggukkan kepala dengan senyuman mesra.
Ada apa sih?
Macam mana saya boleh ada dekat sini? Bukan
Encik Irham kata nak bawak saya ke klinik ke?
Pertanyaannya itu dibalas dengan gelak kecil
daripada Kak Erna.
Tuan Irham bawa cik ke sini kerana cik udah
pengsan dalam lif sebelum sampai ke klinik. Tapi, enggak

121
Akadku Yang Terakhir

perlu gusar, Tuan Irham sudah memanggil doktor ke sini


tadi. Doktor kata cik cuma keletihan.
Rania mengemam bibirnya. Hati disapa rasa sayu.
Siapa sangka lelaki itu masih sudi membantunya biarpun
mereka tidak pernah sebulu. Dia rasa bersalah pula kerana
telah melabel Irham Zahri dengan bermacam-macam
tuduhan buruk sebentar tadi. Keyakinan ditanam dalam hati,
dia yakin Kak Erna yang menanggalkan tudung di kepalanya
dan bukannya Irham Zahri.
Kak Erna, terima kasih ya, ucap Rania apabila
mangkuk berisi bubur ayam dihulurkan kepadanya. Sungguh,
perasaannya diselubungi rasa terharu. Dia yakin kebaikan
hati Kak Erna terbit kerana sikap prihatin Irham Zahri
sendiri. Sudah tentu lelaki itu yang mengarahkan Kak Erna
supaya menyediakan bubur ini untuknya.
Sama-sama. Cik beruntung sekali. Balas Kak
Erna dengan senyuman penuh makna di bibir persis mahu
mengusiknya.
Beruntung? Kenapa?
Yalah, mana pernah Kak Erna lihat Tuan Irham
bawa perempuan ke biliknya begini. Kecuali kalau perempuan
itu memang isterinya.
Terbatuk-batuk Rania apabila gurauan itu menerjah
ke telinga. Mujur juga tidak tersembur bubur nasi dalam
mulutnya ini. Mata mengerling Kak Erna dengan pipi
berbahang hangat.
Tahukah wanita itu dia benar-benar berasa rendah
diri saat ini? Pertama kali Irham Zahri membawa perempuan
bukan isterinya ke bilik tidur, apa maknanya itu? Walaupun
mungkin Kak Erna tidak berniat apa-apa, tapi dia yang
dihimpit rasa tidak selesa. Laksana dia ini wanita tidak

122
Acik Lana

bermaruah pula kerana berani tidur di bilik lelaki yang bukan


muhrim. Kalau umi tahu, memang masaklah dia kena gulai!
Perhatian Rania beralih ke muka pintu apabila
menyedari ada sesusuk tubuh berdiri tegak di situ.
Terpandangkan wajah serius Irham Zahri, tekak bagaikan
tersekat dengan ketulan bubur nasi. Terasa begitu payah dan
jerih untuk ditelan! Segera anak matanya dilarikan ke hujung
kaki sendiri. Apa reaksi yang perlu dia pamerkan sekarang?
Dah habis makan nanti I hantar you balik.
Lambat-lambat Rania menganggukkan kepala.
Hanya sebaris itu pesanan daripada Irham Zahri dan sesaat
kemudian lelaki itu sudah lesap ke ruang depan. Dia tidak
sempat mengucapkan terima kasih lebih awal, cuma dia
berharap lelaki itu mengerti yang dia tidak berniat mahu
menyusahkan sesiapa.
Seleranya serta-merta terbantut biarpun perut
masih berkeroncong kelaparan. Kepalanya ini lebih ligat
memikirkan keadaan yang pasti kekok apabila mereka
bertembung muka sebentar lagi.
Oh, Tuhan... kenapa dia perlu sakit pada waktu-
waktu begini?

123
No. ISBN:- 978-967-0448-65-7
Jumlah muka surat:- 968
Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40
Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36

Sinopsis:-
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah
menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga
kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham
Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama
dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal
di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala
kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam
dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih
kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang
dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad
nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang
perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada
lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah
tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan
kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap
melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir
yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu,


Betapa agung dan tulus kasih sayangmu,
Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


AKADKU YANG TERAKHIR di rangkaian kedai buku Popular,
MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.
Anda juga boleh membeli secara pos atau online
dengan kami.
Untuk pembelian secara online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat
lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan,
jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan
dengan wang pos atau money order (atas nama:-
PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:-

Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd


No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12,
DWangsa,
53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.
Tel:- 03-4149 5337/6337
Faks:- 03-4149 7337

Anda mungkin juga menyukai