Anda di halaman 1dari 4

HAI adik manis! Hari ini mahu sarapan apa?

Mamak pekerja di medan selera itu sudah


mengangkat kening semacam. Sinar matanya jelas mahu mencari jalan perkenalan. Hmmberi satu roti canai garing dan kuah dal. Minumnya teh tarik kurang manis ya! jawapannya bernada tegas. Biar tiada ruang dan peluang mamak itu mahu cuba-cuba masuk jarum dan menaruh harapan. Itu saja? mamak itu masih senyum meleret. Cuba-cuba menunjuk lesung pipit. Ya itu sahaja. Berapa harganya? beg duit sudah dibuka. Duit RM5 dihulur di hadapan kaunter. Tidak payahlah. Abang belanja. Mamak itu geleng kepala dengan bersungguh-sungguh. Hingga sekali tengok mungkin menyangka tengkuknya itu ada spring anjal yang begitu speksibel. Seriously,its too good to be true. Mana ada ladam zaman moden ini, orang lelaki belanja makan secara percuma? Tentu ianya srategi menaman budi dan harapkan balasan cinta. Oh, bercinta dengan pekerja kedai makan? Tidak sanggup rasanya! Bukanlah memillih darjat atau pangkat, tetapi sekurang-kurangnya biarlah lelaki yang dipilih menjadi suami itu punya kemampuan menangguung keluarga. Paling penting, bertaraf warga negara Malaysia kerana nantinya tidaklah risau tiba-tiba bakal suami pulang ke India dan terus tidak nampak muka! Melihat bunga-bunga perangkap itu, laju Nana Ilyana binti Yusman meletak tangan di dada. Muka tersenyum manis pada kadar terlebih gula. Lalu dia berkata, Eh? Betul mahu belanja? Hmm kalau begitu saya mahu tukar pesanan. Beri nasi beriani berlaukkan ayam rempah, ketam dan udang! Air pula jus manga asli gelas yang paling besar! Sebaik melihat Nana menunjuk-nunjuk deretan lauk yang mahal-mahal, pekerja mamak itu sudah meneguk air liur. Terkebil-kebil sekejap kerana tidak menyangka Nana sanggup mengenakannya. Mentang-mentanglah dibuka peluang belanja makan, terus memesan yang hebat-hebat! Errm maaflah adik manis. Abang boleh belanja roti canai dan teh tarik saja yang harganya RM4. Disuruh belanja nasi beriani berlauk sampai RM20, mana ada duit.. suara pekerja itu mengendur lemah. Kini matanya tidak lagi memandang Nana. Tentu ada rasa segan, malu dan marah. Sekejap Nana dihujani rasa bersalah kerana menjatuhkan maruah pekerja mamak itu. Namun kadang kala pengajaran mesti diberi kepada lelaki-lelaki yang mudah sangat mahu memikat dan bermanis mulut mempermainkan perempuan. Yalah, suatu hari entah berapa ramai perempuan berdahi licin yang cuba dipikatnya. Entah-entah semua.

Itulah lain kali jangan senang-sengan mahu belanja perempuan lebih-lebih lagi di KL ini kerana semuanya bekerjaya. Minat mereka yang mahal-mahal. Makan mesti yang sedapsedap. Takut awak tidak mampu menganggung hidupnya! ceramah Nana panjang lebar. Mujur roti canai dan teh tarik yang dipesan sudah sampai. Lalu nota duit RM5 dihulur dan tanpa menunggu wang baki, Nana berlalu meninggalkan pekerja yang patah hati. Tatkala mata sibuk mencari kerusi kosong di medan selera KLCC, lengannya dicuit berkali-kali oleh orang disebelahnya. Hei, Nana! Mengapalah awak kejam sangat? Cakap begitu dengan orang yang cuba berkenalan? Wawa, rakan sekerja yang sebenarnya sedari tadi datang bersama tetapi senyap mengunci mulut melihat cerekarama Nana dan pekerja mamak, akhirnya bersuara. Wajahnya jelas tidak setuju dan merenung marah. Saya bosanlah! Setiap kali makan di situ, mesti dia cuba memikat. Macam tidak fahamfaham, saya tidak suka. Saya tidak berminat! Nana membuntang mata mempertahankan perbuatannya. Tidak suka pun, janganlah tolak denagn kasar. Kata orang, benci-benci sangat nanti itu yang melekat! Wawa cuba menengur dalam bentuk gurauan. Di hujung kata, keningnya terangkat-angkat. Hish! Nauzubillah selisih malaikat 44! Jenis lelaki macam itu memang bukan pilihan sayalah! Nana betul-betul tidak sanggup dipadankan dengan lelaki itu. Nana membayangkan , jodohnya nanti dengan orang lebih baik dan berkarisma. Amboi! Jual mahal sungguh! Patutlah sampai sekarang umur 29 tahun pun, belum bertemu jodoh. Wawa kini memahami sebab sebenar Nana masih bujang trang-tang-tang. Nana malas mahu membetulkan presepsi itu. Padanya tidak salah memilih yang terbaik sebagai teman hidup. Lagipun, perempuan berkuasa memilih sebelum akad berlangsung. Jadi pilihlah calon suami yang bertanggungjawab, boleh memberi kesenangan material dan menjadi ketuua keluarga yang berkaliber. Jaganlah dekati calon-calon penagih dadah, mat rempait dan lelaki yang rosak akhlaknya. Itupun dikatakan terlalu memilih? Itu sebab belum dapat jodoh lagi? Huh! Stigma dan pandangan masyarakat sebenarnya terlalu sempit! Nana bermonolog dalam hati sewaktu ligat mengunyah roti canai garing. Nana awak patutnya risau. Sekarang bukan senang cari jodoh. Lelaki pun statistic bilangan makin lama makin sedikit berbanding perempuan. Jadi macam mana awak mahu jumpa calon? Haaabila memilih sangat, itu yang jadi anak dara tua tidak laku sampai akhir zaman! bebelan Wawa masih belum berhenti. Subjek perbincangan masih lagi soal hati. Sekejap kunyahan Nana terhenti kerana tekaknya berpasir. Pahitnya kenyataan tadi! Namun dia terpaksa mengakui kata-kata Wawa. Ada benarnya dan terselit nasihat berguna. Memanglah hajat di hati mahu mencari yang terbaik, tetapi mahu dicari dimana? Di kaunter
2

kecantikan, staf-staf lelaki semuanya jenis lembut-lembut dua alam. Pelanggan setiap hari juga adalah perempuan yang membeli mekap. Hannya sekali-sekala sangat lelaki-lelaki gagah datang bertandang. Itupun selalunya sudah berpunyadan membeli pakej hamper untuk isteri tercinta. Kata-kata Wawa buatkan Nana hilang selera. Dengan terkejut, roti canai separuh ditinggalkan begitu sahaja. Dia bangun tanpa sebarang bicara dan melangkah laju kembali ke kaunter solekan MAC. Dia mahu mula bertugas dam melupakan segala isi perbualan yang menyakitkan hatinya. Dalam melayan emosi, kasut tumit tinggi yang berukuran 5 inci kedengaran keletak-keletuk menghentak marmar. Baju yang dipakainya hari ini jenis jaket labuh. Mesti sentiasa berwarna hitam, tetapi tetap bergaya kerana fesyennya dipelbagaikan. Kadangkala Nana memakai jaket militari. Ada ketika blaus ropol-ropol material sifon. Waktu dirinya terasa mahu bergaya ala-ala wanita koporat, Nana memakai baju kemeja wanita jenama Pure Career yang berpotongan kemas. Asalkan hitam, itu saja syarat. Mengapa baju hitam? Itulah baju seragamnya. Dia bekerja sebagai jurusolek professional di bawah naungan syarikat kecantikan terkemuka MAC. Mungkin ramai berasa kerja itu masuk kategori kerja glamor dan mudah. Presepsi kerja jurusolek, main berusberus serbuk atas muka klien, dapat berates-ratus ringgit. Malah sekiranya melihat kadar bayaran jurumekap artis yang tersohor seperti Nurul Syukur dan Sidatulnisa sekali mekap sudah pasti bayarannya beribu-ribu ringgit. Namun hakikat sebenar, kerja jurusolek punya cabaran tersendiri. Bukan mudah mentranformasi penampilan pelanggan. Pipi berjerawat perlu Nampak halus tiada lompang. Hidung pesek mesti diletak pigmen shading supaya mancung ke hadapan. Mata sepet diberi bantuan garisan celak bagi membuatkannya bundar membulat. Paling sukar, mengubah bibir nipis jadi munggil penuh seperti Angelina Jolie yang begitu terkenal. Itulah tugas jurusolek yang utama. Menyerlahkan ciri-ciri terbaik seorang perempuan supaya keyakinan diri meningkat. Dan itulah tanggungjawab yang perlu digalas oleh Nana. Bukan sekadar glamor, tetapi membantu penampilan pelanggan-pelanggan yang memerlukannya. Itulah kerja Nana Ilyana binti Yusman, dahulunya ketika zaman sekolah, terkenal sebagai ahli The Wannababes paling popular! Sebaik Nana memasuki ruang kaunter, dirinya ditegur seseorang. Hai Nana! Sepuluh minit kami tunggu awak, lambatnya datang kerja! Nana berkerut kening dan pantas berpaling. Mencari suara lembut-lembut sotong yang menegurnya. Dapat dilihat Mama Jujie sedang melirikrambut dan tangannya terpatah-patah melambai. Solie-solie gerakan formasi ke udara persis pelawak fenomena Usop Wilca. Tetamu yang menunggu itu duduk di kerusi hitam, ditemani seorang lagi wajah yang dikenali iaitu Rania. Hei! Mama Jujie! Rania pun ada? Awalnya datang! Kaunter kami pun belum dibuka jualan. Nana segera mendekati penuh ceria. Sekejap jiwa kacaunya kembali normal. Beg
3

tangan saiz besar diletak di tepi sebelum bersalaman peluk cium kanan dan kiri dengan Rania.menoleh ke arah Mama Jujie, dia tersenyum mengenyit mata tanda menghormati kedatangan wartawan itu. Tetapi tidak bersalaman dan bersetuhan. Mama Jujie adalah lelaki pada asal kelahiran, namun berubah menjadi wanita jadian. (Huh! Selamat bukan serigala jadian!) Walapun Nana rapat dengannya, boleh bergurau senda dan ketawa bersamanamun Nana tetap menjaga hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan. Mestilah datang awal. Kami ada hal penting hendak dibincangkan, Rania terus menetuk kusyen di sebelah, mengajak Nana duduk sama. Nana akur menurut, tetapi wajahnya gelisah. Mengerling jam memeriksa masa. Sekarang tepat-tepat pukul 9.30 pagi. Bila-bila masa sahaja, Nancy iaitu pengurus cawangan bakal memunculkan diri. Sekiranya Nancy melihatnya bersembang dan bukannya mempersiapkan kaunter kecantikan, tentu teruk Nana kena tahan telinga denagr leteran. Nana, jangan bimbang. Ini mesti hal penting. Awak bincanglah dahulu dengan mereka. Biar saya dan Amy yang uruskan kaunter. Bila Nancy datang, kami beri signal ya! tiba-tiba Wawa, rakan sekerja paling akrab sudah datang dari belakang dan menepuk bahu Nana. Wajahnya tersenyum segaris, jelas diselubungi rasa bersalah. Pasti Wawa tidak menghabiskan sarapannyakerana bimbang Nana merajuk hati dengan butir bicara soal jodoh antara mereka.

Anda mungkin juga menyukai