Anda di halaman 1dari 14

[Document title]

1,0 PENDAHULUAN

Masyarakat di Malaysia pada masa ini sangat mementingkan pembelian


barangan secara berhemah. Hal disebabkan harga barangan di Malaysia ini melonjak
naik seperti ayam ,daging, ikan dan telur. Jadi masyarakat Malaysia perlu berjimat
cermat dalam membeli barangan keperluan ataupun barangan kehendak. Ekonomi
negara amat bergantung kepada kemampuan pengguna untuk membeli barangan di
pasaran. Namun begitu, kerancakan pembangunan negara tidak sejajar dengan
pendapatan yang diperoleh oleh rakyat secara purata terutamanya bagi rakyat yang
tinggal di bandar bandar besar seperti di ibu negara kita kuala Lumpur, Johor Bahru
dan di Kawasan lembah klang. Oleh itu timbullah kempen untuk menjadi pengguna
bijak bagi mengalakkan pengguna berbelanja secara berhemah. Akan tetapi masih ada
lagi masyarakat kita yang masih tidak mengamalkan sifat berhemah dalam
perbelanjaan. Mereka mengikutkan nafsu mereka Ketika membeli, malah ada orang
mementingkan barangan kehendak berbanding barangan keperluan. Jika ramai
masyarakat Malaysia berbuat begini ekonomi negara kita akan tidak maju.
Ekonomi negara dapat ditingkatkan jika semua masyarakat berjimat cermat. Selain
itu banyak juga golongan masyarakat kita yang berhutang kepada ahlong tak kira
yang miskin ataupun kaya. Mereka berhutang kerana ingin memperolehi duit yang
banyak dengn cepat ataupun mereka sudah tiada duit lebih. Akan tetapi ada
sesetengah orang tidak tahu keburukan pinjam duit kepada ahlong. Kita boleh
mengelakkan perkara ini berlaku dengan mengamalkan ciri ciri pengguna bijak.
Seterusnya, maksud pengguna dalam kamus dewan Bahasa dan Pustaka (2017) ialah
orang yang menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan. Manakala bijak
membawa maksud pandai, cerdik dan pintar. Gabungan dua perkataan ini membawa
maksud orang yang pandai menggunakan sesuatu barang. Menurut mastura mohd zain
pula, pengguna bijak adalah pengguna yang mempunyai ilmu tentang asas asas
kepenggunaan. Sebagai pengguna, mereka perlu sedar bahawa hak hak tertentu yang
boleh dipertahankan melalui saluran yang telah ditetapkan.
Antara ciri ciri pengguna bijak adalah masyarakat mampu membuat perbandingan
harga sebelum membuat sebarang pembelian. Hal ini kerana tidak semua tempat
menjual barangan dengan harga yang sama, ada kedai dia menjual barangan dengan
harga yang mahal dan ada juga kedai menjual harga yang sangat murah maka
pengguna semestinya akan membeli barangan yang murah. Akan tetapi tidak
[Document title]

semestinya barangan murah produknya berkualiti, maka masyarakat perlu juga bijak
dalam memilih barangan dari kualiti. Seterusnya masyarakat boleh membuat
pembelian Ketika promosi besar besaran. Hal ini Kebiasaannya, sempena dengan
mana-mana perayaan, memang akan ada banyak potongan harga ditawarkan.
Pengguna yang bijak akan memanfaatkan waktu waktu ini untuk buat pembelian
kerana Selepas ini, harga yang sama mungkin tidak akan ditawarkan lagi. Oleh itu
pengguna perlulah peka dengan info info yang terbaru jika sesetengah kedai
mengadakan promosi besar besaran. Tetapi kita perlu ingat walaupun kedai
mengadakan promosi, kita tidak boleh membeli terlalu banyak ataupun membeli
mengikut nafsu kita sendiri. Ingatlah orang lain Ketika ingin membeli barangan
Ada beberapa tip ataupun cara yang kita boleh lakukan untuk mengurus
kewangan kita ini. Contohnya seperti apabila kita sudah berkerja tidak kisahlah
berkerja sendiri ataupun berkerja di dalam bidang kerajaan, kita akan mendapat gaji
dalam sebulan sekali. Semasa kita mendapat gaji itu, kita boleh mengasingkan
sejumlah wang sekurang kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan. Contohnya gaji
kita sebulan ialah gaji permulaan berkerja iatu RM 1500, kita keluarkan 10% duit
daripada gaju kit aitu untuk simpanan contoh RM 150. Jika kita lakukan setiap bulan
kita boleh mendapat sebanyak RM 1800 setahun. Duit simpanan ini boleh digunakan
dalam kecemasan ataupun boleh digunakan untuk bercuti ataupun membeli barangan
kehendak seperti motosikal baharu. Jika semua masyarakat mengamalkan kaedah ini
saya yakin semua akan memperoleh wang simpanan lebih.
Tip seterusnya yang boleh saya kongsi ialah kita hendaklah berbelanja
mengikut kemampuan kita. Seperti peribahasa melayu berkata ukur baju di badan
sendiri. Kita perlu sedar diri kita dari segi kewangan jikalau gaji kita sedikit
berlanjalah sedikit. Contohnya seperti gaji Abu ialah RM1700 sebulan. Dia membeli
sebuah kereta honda Civic dengan bayaran ansuran sebulan RM 1200 dalam masa
yang sama abu sudah kehilangan duit yang banyak semata mata demi kereta. Jika kita
fikirkan balik ada saje kereta yang bayaran bulanannya murah seperti Perodua Axia
dalam RM 400 sebulan. Kita janganlah membeli baran mengikutkan nafsu ataupun
mengikut kawan tapi belilah barang mengikut duit masing masing.
Selain itu, kita juga perlu mengamalkan bebas daripada hutang dengan sesiapa
sahaja sepertinya adalah kad kredit dan pinjaman sendiri. Hutang seperti ini akan
menggangu perancangan kewangan diri anda. Kerana apabila kita berhutang dengan
mana mana syarikat ianya mempunyai kadar faedah yang tinggi. Contohnya kita
[Document title]

berhutang sebanyak lima ratus kita akan dikenakan membayar balik mungkin dengan
harga yang sangat tinggi contohnya kene bayar balik dalam lapan ratus ringgit. Maka
hutang dengan mana mana syarikat ini sangat tidak berbaloi. Faktor orang berhutang
ini adalah sebab tiada kewangan yang cukup tetapi ada saje orang yang mempunya
kewangan yang banyak tetapi masih berhutang dengan mana mana syarikat kerana
komitmen hidupnya yang tinggi disebabkan berlanja tidak mengikut kewangan yang
kita ada. Jikalau hendak berhutang sekali pun, berhutanglah dengan orang yang kita
rapat seperti kawan baik ataupun adik beradik sendiri, mungkin mereka boleh tolong
kita dalam kesusahan

Tip akhir sekali yang boleh saya kongsi adalah kita boleh mewujudkan akaun
simpanan yang tidak menggunakan ATM supaya kita dapat mengelakkan
pengeluaran wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran
wang hanya boleh dilakukan di kaunter. Hal ini dapat membantu kita
memperbanyakkan simpanan wang kita di dalam akaun bank, kerana apabila semua
duit boleh dikeluarkan di dalam mesin ATM secara tidak langsung kita akan
mengeluarkan wang sesuka hati kita atau mengikut nafsu kerana kita tahu dalam kad
ATM kita mempunya duit yang banyak. Duit simpanan ASB boleh dikeluarkan jika
kita dalam kecemasan sahaja seperti enjin kereta rosak dan memerlukan beribu untuk
membaiki enjin. Maka saya sangat sarankan semua masyarakat mempunya akaun
ASB di dalam hidup mereka kerana perkara ini sangat membantu kita di masa akan
datang
Sehubungan dengan itu.tajuk kajian saya ialah amalan membeli barangan
dapur secara berhemah dalam kalangan masyarakat di Kampung Gajah, Perak.
Definisi istilah berhemah dalam kamus adalah berjimat, bercermat dan menyimpan
wang dengan berhati hati. Seperti yang kita tahu ekonomi di penduduk Kampung
Gajah semuanya mempunyai ekonomi yang stabil dari segi kewangan, malah semua
penduduk di situ mempunya pekerjaan. Selain itu, maksud barangan dalam kamus
dewan edisi keempat ialah benda atau perkhidmatan yang dijual belikan. Maksud
dapur pula dalam kamus online adalah bahagian rumah tempat masak ataupun bahan
untuk memasak seperti nasi, gulai, daging dan lain lain. Jika digabungkan kedua dua
maksud ini adalah barangan untuk memasak. Contoh barangan memasak yang selalu
masyarakat kita beli adalah ikan mentah, ayam mentah, telur, santan, sayur sayuran,
daging mentah dan bawang. Barangan dapur ini adalah barangan yang wajib dibeli
[Document title]

untuk memasak, jadi barangan dapur ini adalah barangan yang paling banyak dibeli
oleh masyarakat dalam masa sehari.
Barangan dapur ini sudah dari dulu lagi menjadi barangan yang permintaannya ramai,
akan tetapi pada waktu dulu barangan dapur ini harganya sangat murah atau boleh
dimiliki oleh semua golongan. Berbeza dengan waktu sekarang harganya melonjak
naik contohnya harga ayam mentah sekilo dalam dalam RM 10 ringgit, tetapi ada juga
sesetengah penjual yang tidak bertanggungjawab ingin memperolehi duit lebih atau
untung lebih yang sanngup menjual ayam sekilo dalam RM 12 ringgit peristiwa ini
pernah terjadi di Pulau Pinang. Oleh itu pihak berkuasa perlu memantau harga
kenaikkan ini di pasar pasar yang berada di Malaysia ini, lebih lebih lagi pasar yang
tempatnya popular dan ramai orang. Jika kenaikkan harga ini tidak dibanteras
berkemungkinan pada masa yang akan dating harga untuk sekilo ayam akan menaik
dengan mendadak. Hal ini akan menyukarkan penduduk yang hidupnya tidak
mempunya gaji yang banyak atau Bahasa kasarnya miskin.
Bedasarkan hasil perbincangan di atas, maka rasional kajian yang saya ingin
kaji ialah saya ingin mengetahui alasan mereka kenapa penduduk di Kampung Gajah
mengamalkan amalan pengguna bijak Ketika membeli barangan dapur.
Harapan saya terhadap kajian ini adalah untuk menggalakkan semua
masyarakat di Malaysia ini selalu mengamalkan pembelian secara berhemah dan tidak
membazir dalam membeli barangan, tidak kiralah barangan keperluan atau kehendak.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh pengkaji
dalam melaksanakan kajian ini. Bagi pengkaji, kajian yang tidak mempunyai objektif
[Document title]

adalah kajian yang tiada matlamat dan hala tuju dalam mengjalankan kajian. Pengkaji
menjalankan kajian ini berlandaskan kepada dua objektif iatu:

2.1 Mengenal pasti jenis jenis barangan dapur yang dibeli secara berhemaah
dalam kalangan masyarakat di Kampung Gajah, Perak

2.2 Mengkaji kebaikan membeli barangan secara berhemah dalam kalangan


masyarakat di Kampung Gajah, Perak
[Document title]

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: peta daerah (daerah perak tengah)


Sumber:
https://www.google.com/maps/@4.1854349,100.9392571,3127m/data=!3m1!1e3?
hl=en-US
Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan
tempatan. Majlis daerah perak tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu
setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan
Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini
selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa
tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di
Parit dan Lembaga pengurusan kerajaan luar bandar.
Kawasan pentadbir perak tengah ialah parit, Kampung Buluh Akar, Tanjung Belanja,
Seri Iskandar, Titi Gantung, Kampung Gajah. Sebelum 1979, daerah kecil Parit dalam
Daera kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak. Perak Tengah
bersempadan dengan Daerah Kuala Kansar sebelah utara, Daerah Hilir Perak sebelah
selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat.Daerah Perak
[Document title]

Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang


merangkumi 11 buah mukim.Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak.
Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di
bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian timur dan barat.

Peta 2: peta Kampung Gajah, Perak


Sumber:
https://www.google.com/maps/@4.1854349,100.9392571,3127m/data=!3m1!1e3?
hl=en-US
Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum,
penduduk Kampung Gajah berbangsa melayu, kurang bangsa cina dan india seperti
bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW birch
dan selepas itu berpindah ke tepian sungai perak. Orang Cina berniaga kedai runcit,
kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar kampung pasir
salak, selat pulau dan kampung cina di mukim bandar. Tetapi setelah
terjadinya perang sabil di sungai manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah
berhijrah ke tempat lain seperti ke teluk intan, chui chak, langkap dan setiawan.
Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung
tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah
lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah
[Document title]

Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat
mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu.
Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk
manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani.
Seterusnya nama kampung gajah ini didapat disebabkan banyak gajah di hutan rimba
berhampiran dengan bukit tunggal. Gajah gajah ini berkeliaran untuk mencari makan.
Selain itu nama kampung gajah ini didapat kerana banyak kesan tapak kaki gajah di
tepi tepi sungai.
[Document title]

4.0 METOLOGI KAJIAN

Menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan


dan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini
adalah menggunakan kaedah persampelan terpilih. Kajian ini adalah untuk mengkaji
amalan membeli barangan basah secara berhemah dalam kalangan masyarakat di
Kampung Gajah. Kaedah persempelan ini digunakan kerana proses untuk
mendapatkan matlamat adalah tepat dan mudah serta releven dengan objektif yang
telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borong kaji selidik yang mana
ianya mudah untuk mendapatkan Kerjasama daripada responden.

4.1 persampelan kajian


Kajian ini menggunakan persempelan secara terpilih bertujuan untuk
menjawab objektif kajian yang diaturkan oleh pengkaji. Menurut Mohd Sheffa Abu
Bakar (1991) persempelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada
keseluruhan populasi dipilah dan dikaji untuk membolehkan kita membuat
generalisasi mengenai populasi itu. Persampelan kebarangkalian ialah satu Teknik
pensampelan di mana setiap ahli dalam populasinya mempunya peluang untuk dipilih
sebagai responden dalam kajian. Persampelan ini memerlukan sekumpulan responden
diambil berdasarkan ciri ciri tertentu bagi menggambarkan secara keseluruhan
populasi yang hendak dikaji. Prinsip utamanya ialah untuk menjelaskan keseluruhan
populasi. Individu yang diambil sebagai sampel haruslah mempunyai kesemua variasi
yang wujud dalam populasi tersebut. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk
menjawab boring soal selidik ini iatu penduduk masyarakat di kampung gajah.
Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk
menjawab boring soal selidik. Antara ciri ciri yang di ambil kira semasa proses
pemilihan responden adalah mereka sebaiknya adalah masyarakat yang golongan
berumur 16 tahun ke atas. Hal ini kerana mereka berfikiran lebih mengetahui dan
matang. Mereka juga akan menjawab soal selidik ini dengan lebih serius.

4.2 pengumpulan data


Intrumen pengumpulan data adalah alat bantu yang dipilih dan digunakan oleh
pengkaji dalam kajiannya agar kajian menjadi lebih sitematik dan dipermudahkan
[Document title]

olehnya. Dalam kaedah pengumpulan data iatu mendapat matlumat atau data daripada
responden, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik, rujukan , temu bual dan
pemerhatian. Pengkaji juga mengumpul data data atau matlumat dari keratan akhbar
dan bahan bahan ilmiah dan juga bahan bahan dari internet. Kaedah soal selidik telah
digunakan untuk mendapat data atau matlumat primer. Kaedah pemerhatian dan
kaedah rujukan pula digunakan untuk mendapat data atau matlumat sekunder

4.2.1 kaedah soal selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul dan
mengikut pandangan miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang
diperoleh daripada soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh masyarakat di
kampung gajah. Borang soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang
berbeza beza dan mudah dibandingkan

4.2.2 kaedah pemerhatian


Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan
matlumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan rujukan. Pemerhatian
memerlukan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar hendak digambarkan oleh
responden. Setiap pemerhatian pengkaji mempunyai tujuan tertentu. Dilakukan secara
sitematik, mempunyai focus yang betul. Catatan yang dibuat mesti sah dan boleh
dipercayai

4.2.3 kaedah rujukan


Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji. Pengkaji telah menggunakan kaedah
rujukan dengan menggunakan internet. Kebanyakan matlumat yang pengkaji dapati di
dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus
ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Kamus dewan Bahasa edisi keempat
juga digunakan untuk mencari definisi perkataan yang sering pengkaji gunakan dalam
kajian ini. Di samping itu buku buku pelajaran serta majalah berlmiah dijadikan
sumber rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji.
[Document title]

4.2.4 TEMU BUAL


Intrumen temu bual ialah alat mendapatkan matlumta sahih dalam kajian
tinjauan. Soalan temu bual ini dibina mengikut prinsip KISS (keep it shirt and simple)
iatu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Soalan temu bual ini
mengandungi beberapa soalan. Soalan temu bual ini merangkumi objekti yang ingin
dicapai.

4.3 kaedah menganalisis dan mempersembahkan data

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan


kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik
yang diedarakn kepada responden. Tahap analisi dicapai apabila data yang diperolehi,
dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka.
Seterusnya, data tersebut dialihkan dalam bentuk peritus dan dipersembahkan
dalam bentuk grafik iatu carta pai atau bar graf. Daripada data dan maklumat yang
diperolehi, pengkaji akan mengalih data dan maklumat dalam bentuk teks linear.
Secara ringkasnya, pengkaji telah mengikut prosedur pengumpulan data dan
melalui. Proses kajian secara sistematik:

membina item soal selidik kajian

Dd
Memperolehi kebenaran daripada pengetua sekolah dan pihak berkenaan

Mendapat pengesahan daripada guru mata pelajaran

Mengedar boring soal selidik kepada responden

Menganalisis data

Membuat dapatan dan rumusan kajian

Rajah 3: carta aliran proses kajian


[Document title]

Berdasarkan rajah 3, kajian yang dijalankan adalah berdasarkan prosedur


kajian yang telah ditentukan supaya ojektif atau tujuan kajian dapat dicapai dalam
proses kajian. Pengkaji telah terlebih dahulu berbincang dengan guru penyelia akan
tajuk dan objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Dalam pada itu juga, pengkaji
berbincang dengan guru penyelia akan data dan matlumat yang berkaitan kajian dan
evidens yang releven. Pemilihan responden yang sesuai juga dikenal pasti
[Document title]

5.0 HURAIAN ANALISIS JABATAN KAJIAN

Borang soal selidik yang telah saya edarkan telah mendapat sebanyak 30
orang. Maklumat demografi yang saya dapat adalah jantina yang menjawab borang
selidik ini adalah lelaki dan perempuan. Sebanyak 17 lelaki yang telah menjawab
borang ini dan 13 perempuan telahpun jawab, maka 43.3% jumlah perempuan dan
56.7% jumlah lelaki. Kesimpulannya lelaki lebih ramai menjawab borang selidik ini.
Purata umur pula yang menjawab borang selidik ini adalah sebanyak 11
responden umur 51 tahun ke atas telah menjawab borang selidik ini, manakala
sebanyak 10 responden umur 31 tahun hingga 40 tahun telah menjawab soalan ini.
Seterusnya seramai 5 responden umurnya 20 tahun hingga 30 tahun dan akhir sekali
sebanyak 4 responden purata umurnya 41 tahun hingga 50 tahun. Oleh itu daripada
segi peratus pula 33.3% untuk umur 31 tahun hingga 40 manakala 36.7% untuk umur
51 tahun ke atas. Seterusnya sebanyak 16.7% pada umur 20 tahun hingga 30 umur
dan 13.3% pada umur 41 tahun hingga 50 tahun.
Seterusnya, dari segi pekerjaan pula seramai 18 responden berkeja sendiri iatu
60%. Seterusnya seramai 10 responden perkejaannya kakitangan awam iatu sebanyak
33.3%. Manakala perkejaan swasta pula sebanyak 6.7% iatu seramai 2 orang sahaja.
Selain itu.

B:MENGENAL PASTI JENIS JENIS BARANGAN DAPUR YANG DIBELI


SECARA BERHEMAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KAMPUNG
GAJAH, PERAK

Soalan pertama adalah minyak masak adalah barangan dapur yang selalu
dibeli. Sebanyak 46.7% memilih sangat setuju iatu seramai 14 reponden manakala
sebanyak 30% memilih setuju iatu seramai 9 responden. Seterusnya seramai 4
responden memilih tidak setuju iatu sebanyak 13.3% dan 2 responden memilih sangat
tidak setuju iatu sebanyak 6.7%. Akhir sekali hanya 1 responden sahaja memilih
kurang setuju iatu peratusnya 3.3%.
Soalan kedua pula adalah antara barang dapur yang mesti dibeli adalah ayam
mentah. Sebanyak 13 responden memilih setuju maka peratusnya sebanyak 43.3%
[Document title]

Anda mungkin juga menyukai