Anda di halaman 1dari 2

Bilik Sewa: Alternatif atau Keperluan?

Blog Hidup: http://hidup.my/ms/2016/01/07/bilik-sewa-alternatif-atau-keperluan/

Peningkatan kos sara hidup jelas sekali mendatangkan impak yang memainkan peranan
sangat penting dalam keputusan seharian kita. Begini, mari kita ambil contoh graduan baru
yang ingin mencari kerja di sekitar Kuala Lumpur. Untuk merancakkan lagi cerita, graduan
yang baru sahaja bergraduasi, tetapi berasal dari luar Kuala Lumpur seperti Johor, Kelantan
atau pun Pahang dan mendapat kerja di kota raya.

Gajinya tidaklah besar, sesuai dengan pengalaman bekerjanya yang teramat luas iaitu 0
tahun. Boleh dikatakan secara purata gaji yang diterima sekitar RM2,500 hingga ke RM3,000.
Beruntunglah jika mencecah lebih dari RM2,700. Jika kita membuat purata kiraan secara
realistik, berapa agihan gaji untuk perbelanjaan keperluan. Anggaran kasar JIKA
menggunakan kereta:

Bilik Sewa: RM300


Bil Api Air Astro: RM50 (Kongsi-kongsi dengan housemate)
Bil telefon: RM30 (Habis zuhud, pakai prepaid untuk calls sahaja)
Top-up internet: RM30 (Kalau digi, boleh pergi 2gb)
Makan + Minum: RM600 (Termasuk beli barang dapur dan sekali sekala makan luar.. KALAU
sekali sekala)
Ansuran kereta: RM300 (Saga FL barangkali MyVi)
Minyak kereta: RM400 (Ini kira anggaran baik hati, kalau kena balik kampung, nak pergi
bersosial?)
Hantar duit ke kampung: RM200 (Kalau hantar..kan)
Duit simpanan: RM250
Jumlah: RM2,500 RM2,130 = RM370

Ini sudah tentu tidak mengambil kira kalau ada yang merokok, tengok wayang hujung minggu,
kawan kahwin nak kena beli hadiah, member ajak pergi vacation. Kita tak sertakan perkara ini
kerana kami percaya majoriti pembaca-pembaca kami adalah orang yang baik-baik belaka dan
cemerlang dalam pengurusan kewangan anda. Haha! Itu belum kira nak simpan duit untuk
kahwin. Belum cerita lagi tentang nak sewa sebiji rumah. Macam mana? Mampu? Dengan
baki RM370 ini kita boleh panggil sebagai duit kecemasan kerana kita tidak tahu jika ada
sebarang emergency yang memerlukan kita untuk guna duit itu atau sebagai contoh untuk
service kereta mungkin?
Jelas kami mungkin tidak dapat menasihati anda dalam sesuatu yang luar bidang kepakaran
atau pengetahuan kami tetapi kami boleh berkongsi dengan anda bagaimana dari perspektif
bilik sewa anda dapat jimat.
Jadi persoalan yang pentingnya adalah adakah Bilik sewa ini sesuatu alternative ataupun
keperluan bagi golongan yang telah disebutkan diatas. Adakah anda menyewa bilik kerana
sebenarnya anda mampu tetapi tidak mahu menyewa sebuah rumah atau anda perlu
menyewa bilik kerana anda hanya mampu meratapi sahaja keinginan menyewa sebuah
rumah? Boleh sewa sebuah rumah, jika kita Berjaya mencari kawan-kawan, mungkin 4-5
orang untuk berkongsi rumah.
Kami punya rakan yang high end tetapi sebenarnya terkepit juga membayar seorang RM500
sebulan hanya untuk duduk selesa. Tidak mahu berkongsi. Jadi apakah menyewa bilik ini suatu
alternatif atau suatu keperluan? Jom ikuti Slot kedua Bilik Sewa: Alternatif atau keperluan?

Anda mungkin juga menyukai