Anda di halaman 1dari 2

7A-1 Jalan Laman Intan,

Bandar Baru,
36000 Teluk Intan,
Perak.

Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan,


Jalan Speedy,
36000 Teluk Intan,
Perak.

19 APRIL 2016

Tuan,
Permohonan Pengurangan Harga Sewa Dewan Bunga Raya
Berdasarkan penyataan di atas, saya Lau Pooi Siew sebagai wakil penganjur Majlis
Penganugerahan Pusat Tuisyen Intan Jaya ingin memohon pengurangan harga penyewaan
Dewan Bunga Raya.
2. Tujuan penyewaan Dewan Bunga Raya adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada
para murid yang mencapai prestasi akademik yang cemerlang ataupun pelajar yang mencapai
peningkatan markah akademik yang ketara. Hal ini demikian kerana kami sebagai guru yang
berpegang pada prinsip kecemerlangan murid tanggungjawab kita percaya bahawa murid
yang diiktiraf pencapaiannya sudah tentu akan berusaha untuk menjadi lebih cemerlang lagi.
Tambahan pula, sering kali murid yang lebih lemah dari segi akademiknya tidak pernah
diiktiraf oleh ahli keluarga merekan mahupun orang di sekeliling mereka walaupun markah
peperiksaan mereka mencapai peningkatan yang ketara. Murid-murid sebegini kerap
diabaikan oleh ibu bapa dan guru-guru. Jadi, kami ingin mengambil kesempatan untuk
mengiktiraf peningkatan prestasi mereka pada kali ini agar mereka mempunyai keyakinan
diri untuk belajar dan menjadi lebih cemerlang lagi pada tahun depan.
3. Sebagaimana yang saya maklum, harga penyewaan dewan telah meningkat sebanyak
RM800 berbanding tahun lepas di mana harga dewan yang disewa pada tahun lepas ialah
RM700. Perkara ini kian membebankan pihak kami kerana kos penyewaan dewan tersebut
telah melebihi bajet kami kerana kami merupakan pihak swasta yang tidak mendapat
pembiayaan insentif daripada pihak kerajaan. Jadi, kos penyewaan dewan kali ini adalah
membebankan kami. Tambahan pula, pihak tuan pernah menghulurkan bantuan kepada kami
dengan mengenakan bayaran sewa dewan sebanyak RM700 sahaja yang sememangnya telah
meringankan beban kami. Kami amat berterima kasih atas bantuan pihak tuan pada tahun
lepas. Diharapkan pihak tuan akan menyokong majlis yang kami adakan dengan mengenakan
harga yang sama seperti tahun lepas. Murid kami juga akan berterima kasih kepada pihak
MPTI yang memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan.

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat menghulurkan bantuan kepada kami agar Majlis
Penganugerahan ini dapat diadakan. Para pelajar kami sudah tentunya akan berterima kasih
atas sumbangan pihak tuan dalam bidang pendidikan. Kerjasama dan bantuan pihak tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Kami amat berterima kasih atas
sumbangan dan bantuan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

__________________________
(LAU POOI SIEW)
Wakil Pusat Tuisyen Intan Jaya,
Pihak Penganjur Majlis Penganugerahan.

Anda mungkin juga menyukai