Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR SETAR

JALAN LANGGAR, 05460 ALOR SETAR,


KEDAH DARUL AMAN.
TEL & FAX : 04-7323121
Email : kbb2084.ppdkotasetar@gmail.com
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj.Kami : SKAS 40/002/11(81)
Tarikh
: 13 JANUARI 2014
Ketua Polis Daerah Kota Setar,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Jalan Raja,
05560 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(U/P:Ketua Balai Polis Pejabat Polis
Kota Setar)
Tuan,
MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
2.
Sekolah Kebangsaan Alor Setar akan mengadakan perarakan tersebut mengikut ketetapan
berikut:
Tarikh
: 22 Januari 2014
Hari
: Rabu
Masa
: 7.45 pagi hingga 8.15 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Alor Setar
Bil Peserta
: 82 orang
Bil Pegawai
: 17 orang
3.
Sehubungan dengan itu, kami memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami
mengawal lalu lintas semasa perarakan berlangsung.
4.
Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan pelan laluan dan atur cara program untuk
perhatian pihak tuan. Pihak kami amat mengharapkan agar permohonan kami ini diluluskan bertujuan
demi keselamatan murid-murid di sekolah ini.
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
......................................................
(
)

Anda mungkin juga menyukai