Anda di halaman 1dari 7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA


155-A, JLN PUTERI HANG LI POH
75100 MELAKA
TEL/ FAX:06-2824752
Email : mba2001@moe.edu.my
Rujukan Kami: SKBCM.100-7/1/1 ( )
Tarikh : Mac 2020

Kepada:

DATUK SERI HAJI MOHAMAD FAZIL BIN HAJI SHAFIE


D.G.S.M, D.P.S.M, A.M.N, P.J.M, P.S.S.B, P.P.A, D.S.S.M, DIP.MII-LUCT, COT, TOT, MDRT (USA)
PENGARAH URUSAN SYARIKAT FAZIL AGENSI.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN 3 BUAH MESIN PENYEJUK AIR AUTOMATIK (WATER
COOLER) UNTUK KEGUNAAN MURID SK BUKIT CHINA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit China, Melaka ingin memohon jasa baik pihak
Datuk Seri bagi memberi sumbangan ikhlas iaitu 3 buah mesin penyejuk air automatik (water cooler)
untuk kegunaan murid SK Bukit China.

3. Langkah segera ini terpaksa diambil memandangkan murid sering kehabisan air minuman terutama
menjelang tengahari dan selepas waktu bersukan. Pihak PIBG telah berusaha menangani isu ini, namun
dana yang terkumpul tidak mencukupi memandangkan dana ini juga perlu digunakan bagi menampung
segala aktiviti murid sepanjang tahun. Selain itu, latar belakang murid yang datangnya dari keluarga
yang bertaraf ekonomi sederhana menyebabkan sumbangan PIBG juga tidak dapat dibayar 100 peratus
oleh murid. Hal ini sekaligus menyebabkan dana PIBG amat berkurangan.

4. Bersama dengan ini, pihak kami sertakan laporan bergambar tentang situasi di sekolah ini dan
cadangan lokasi yang diperlukan bagi meletakkan mesin water cooler tersebut. Besar harapan kami agar
pihak tuan dapat menunaikan impian anak-anak di sekolah ini untuk menjalani sesi persekolahan
dengan lebih selesa disamping dibekalkan dengan air minuman dari sumber yang bersih dan selamat.

5. Segala ikhtiar dan usaha murni yang diberikan oleh pihak Datuk Seri amat kami sanjung tinggi dan
kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, Disahkan Benar

……………………………………. ………………………………..
(EN. MOHD NIZAM B. MISBAH) PN MASDURA BINTI SELAMAT, P.J.K
YDP PIBG, GURU BESAR
SK BUKIT CHINA, MELAKA SK BUKIT CHINA, MELAKA

s.k. Fail PIBG


LAPORAN BERGAMBAR
SITUASI SEBENAR KEADAAN MURID SK BUKIT CHINA DAN
LOKASI CADANGAN UNTUK MELETAKKAN MESIN WATER COOLER

Murid menjamu selera semasa waktu rehat. Kelihatan murid yang membawa bekalan air putih
telah habis sebelum waktu rehat.
Murid kekurangan bekalan air minuman dan murid terpaksa minum air manis semasa waktu
rehat. Tetapi tidak semua murid mampu untuk membeli minuman kerana ada kalangan murid
yang tidak membawa bekalan wang belanja.
Projek tempat mencuci tangan mulut yang disediakan menggunakan dana PIBG hasil
sumbangan wang PIBG.
Dewan Seri Selasih, yang sering digunakan oleh murid untuk pelbagai aktiviti. Dewan terbuka ini
juga merupakan salah satu lokasi cadangan untuk meletakkan mesin water cooler.

Lokasi 1 : Cadangan tempat meletakkan mesin water cooler di bilik kesihatan.


Rasiona : Berdekatan dengan bilik kesihatan. Murid boleh menggunakan sumber air bersih
l semasa menunggudi bilik kesihatan. Lokasi ini juga berdekatan dengan sumber paip
air.
Lokasi 2 : Cadangan tempat meletakkan mesin water cooler di kantin.
Rasiona : Murid boleh minum air semasa waktu rehat dan semasa waktu balik.
l
Lokasi 3 : Cadangan tempat meletakkan mesin water cooler di bahagian belakang Dewan Seri
Selasih .
Rasiona : Murid boleh minum air pada bila-bila masa jika diperlukan. Ibu bapa juga boleh
l menggunakan mesin water cooler ini semasa menunggu anak pulang dari sekolah.

Anda mungkin juga menyukai