Anda di halaman 1dari 2

PRASEKOLH

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT HAMPAR


JALAN HASSAN,
85000 SEGAMAT, JOHOR
TEL/ FAX: 07-931 6303
Email : jbb7043@moe.edu.my
Rujukan Kami: ( )
Tarikh :

Kepada:

YB DATUK SERI DR. SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDU


AHLI PARLIMEN SEGAMAT

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PRASARANA KELAS PRASEKOLAH SK BUKIT HAMPAR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Prasekolah SK Bukit Hampar, Segamat ingin memohon jasa baik pihak YB Santara bagi
memberi sumbangan prasarana di dua buah kelas prasekolah iaitu
i. 2 buah mesin penapis air automatik
ii. 2 buah televisyen model Andriod
iii. Penutup besi longkang
untuk kegunaan, kemudahan, keselamatan dan pendidikan murid Prasekolah SK Bukit Hampar.

3. Langkah segera ini terpaksa diambil memandangkan murid tidak mendapat kualiti air minuman yang
memuaskan. Keperluan air bersih adalah diantara paling utama untuk menjaga kesihatan murid-murid
prasekolah. Pihak sekolah telah berusaha menangani isu air ini dengan menyelenggara tangki air untuk
kegunaan keperluan seharian murid prasekolah dan menelan bejanja besar, akan tetapi kualiti air masih
tidak memuaskan kerana air yang telah dimasak kadang kala berwarna kekuningan dan mempunyai bau
klorin yang agak kuat sehingga murid tidak meminum air tersebut. Dana yang terkumpul juga tidak
mencukupi memandangkan peruntukan dana digunakan untuk penyelengaraan dan menampung aktiviti
murid sepanjang tahun.

4.

5. Besar harapan kami agar pihak tuan dapat menunaikan impian anak-anak di sekolah ini untuk
menjalani sesi persekolahan dengan lebih selesa disamping dibekalkan dengan air minuman dari sumber
yang bersih dan selamat.

6. Segala ikhtiar dan usaha murni yang diberikan oleh pihak Jakel Trading amat kami sanjung tinggi
dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, Disahkan Benar

…………………………………… ………………………………..
(PN. DIANA BINTI MOHD RADZI) (EN. SHAMSUL KAMAR BIN ABD WAHAB)
PENYELARAS PRASEKOLAH, GURU BESAR
SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT. SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT
s.k. Fail PRASEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai