Anda di halaman 1dari 27

Unit 4

KEBERSIHAN
RUMAH
ABDUL RAZAK BIN MD.YASSIN
JURULATIH BSMM DAERAH SEGAMAT
Pendahuluan
Rumah merupakan satu keperluan yang sangat
penting bagi manusia. Kepentingan rumah tidak
dapat dinafikan lagi terutama apabila bertambahnya
bilangan penduduk yang kebanyakannya di kawasan
bandar. Keadaan ini sering berlaku dalam negara
membangun.
Fungsi Rumah
• Fizikal
Perlindungan :
Daripada pihak lawan, binatang buas, angin, hujan dan pancaran matahari
yang terik.

Keselamatan :
Kekukuhan, kekuatan, tidak bocor dan tidak panas

• Sosial
Aktiviti kemasyarakatan seperti berinteraksi dan berehat

• Psikologi
Iaitu dari segi ketenteraman jiwa
Rumah Sempurna
Memenuhi prinsip dibawah :
1. Ventilasi : Peredaran haba dan pengaliran udara dalam rumah
mestilah baik
2. Terang : Iaitu kedudukan tingkap dalam rumah mestilah
membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah
terutama waktu pagi
3. Kering : Lantai dan dinding rumah yang basah tidak
menyegarkan pernafasan penghuni rumah
4. Sejuk : Mengekalkan suhu dalam rumah
Contoh : syiling tinggi untuk rumah rendah dan syiling
rendah untuk rumah seperti di pergunungan
Tahap kebersihan yang baik
• Peredaran udara
Udara segar mudah masuk dan udara kotor mudah keluar,
mengelakkan bau busuk dan menjamin kesihatan
Aktiviti : buka tingkap, kipas atau penghawa dingin

• Pencahayaan
Mendapat matahari yang cukup untuk mengelakkan
kelembapan, membunuh kuman dan serangga.
Aktiviti : bina rumah menghadap matahari terbit dan pastikan
tiada yang menghalang matahari seperti pokok
• Sistem air
Bekalan air bersih dan mencukupi untuk minuman,
pembersihan dan persucian perlu ada.
Sumber air :
a) Air perigi : seeloknya jauh dari rumah dan tempat
pembuangan najis untuk memastikan kebersihan air.
b) Air sungai : masih bersih terutama di kawasan hulu sungai
kerana belum dicemari dengan aktiviti pembangunan.
c) Air hujan : air hujan yang turun di kawasan kampung belum
terdedah dengan aktiviti industri, masih bersih dan boleh
ditakung untuk digunakan.
d) Air paip : bekalan air bersih pada masa kini senang didapati
kerana dibekalkan oleh kerajaan dan kebersihannya terjamin dari
sebarang penyakit
e) Sistem pembuangan sampah : sampah boleh dilupuskan dengan
cara dibakar, ditanam atau dikitar semula. Namun, pencemaran
air boleh berlaku sekiranya sampah dibuang ke sungai dan dapat
mengundang pelbagai penyakit.
f) Sistem tandas : untuk mencegah penyebaran kuman, pembuangan
najis hendaklah dengan cara selamat iaitu dengan menggunakan
tandas yang sempurna.
Aktiviti : gunakan tandas yang curah yang dibina diluar rumah
atau tandas tarik yang menggunakan tangki saptik. Pembinaannya
perlu jauh dari punca air untuk mengelakkan pencemaran air.
Bilik mandi
 Bilik air atau bilik mandi ialah bilik atau ruang
tempat mandi, membuang air, membasuh dan
sebagainya.
 Kebersihan bilik mandi perlu diberi perhatian kerana
di ruang inilah manusia terdedah secara langsung
kepada serangan kuman dan bakteria.
 Bilik mandi juga merupakan kawasan dalam rumah
yang mudah menyebar pelbagai penyakit.
Bilik tidur dan tempat tidur
 Bilik tidur perlulah bersih agar penghuninya dapat
berehat dan tidur dengan selesa begi menghilangkan
kelemahan fizikal dan mental serta menjaga
kesegaran badan.
 Ventilasi dalam bilik tidur mesti mencukupi bagi
memastikan pengedaran dan pengaliran udara yang
bersih dan keadaan bilik yang normal
 Kita dapat tidur dengan selesa tanpa gangguan
daripada tikus, nyamuk dan sebagainya.
Dapur
 Kebersihan dapur sangat perlu dijaga kerana dapur
merupakan tempat penyediaan makanan sajian setiap hari.
 Dapur merupakan bahagian rumah yang paling senang
untuk kotoran dan habuk melekat kerana permukaan
peralatan masak dan dinding dapur yang selalu terdedah
kepada asap yang berminyak.
 Maka, dinding dapur perlulah dibersihkan dengan pencuci
setiap kalu selepas memasak.
 Sisa makanan juga perlu dibuang di dalam tong sampah
bagi menjaga kebersihan dapur.
 Sistem pengedaran dan pengaliran udara didalam dapur
harus dijaga, dimana tingkap-tingkap harus dibuka semasa
memasak.
Halaman Rumah
• Mestilah dijaga agar menjamin kesihatan ahli rumah
• Halaman yang lembap atau bersemak
– Memberi penurunan suhu dalam rumah pada siang hari
– Mengganggu pernafasan penghuni rumah
Sistem saluran longkang
• Perlu dibina bagi menjaga kebersihan dan pengaliran
air longkang yang baik
• Air daripada bilik mandi, dapur, hujan dialirkan
daripada halaman rumah melalui longkang
• Agar segala air yang kotor atau bersih tidak
bertakung di kawasan rumah
Ancaman Habuk Rumah
• Pada asasnya, kegiatan pembersihan rumah
bertujuan untuk mengelakkan habuk
• Habuk boleh mengancam kesihatan manusia
• Habuk merupakan pembawa penyakit alahan
(asma)
• Habuk rumah dihasilkan oleh : kapas, kain bulu,
sawang
• Terdapat kewujudan ‘mite’ dalam habuk yang
antigenik dan membawa kesan alahan kepada
kulit manusia
Pencemaran Dalam Rumah
• Pembakaran untuk memanaskan, menerangkan rumah,
memasak dan penanaman tumbuhan dalam rumah
menyebabkan pembebasan gas
• Gas yang dibebaskan akan mengganggu sistem pernafasan
dan mengancam kesihatan
• Air dalam pasu bunga mesti ditukar supaya tidak berbau
busuk dan tempat pembiakan nyamuk
• Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk denggi
– Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air
– Contoh: pelapik pasu, kolah
• Penggunaan racun serangga akan menyebabkan pencemaran
udara
• Penyembur rambut dan semburan bahan kimia akan
menyebabkan reaksi alahan kepada manusia
Petua untuk Kebersihan Rumah
• Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas:
Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan
dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas.
Cara: masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan
beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak
menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Mengembalikan Seri Lantai Marmar
• Bagi mengembalikan seri lantai marmar
Ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan
semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam
halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan
permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untuk
mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cicak Anti Kulit Telur Ayam
• Elakkan kehadiran cicak
Menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi dengan
mineral  kulit telur ayam.
Cara : basuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari .
Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atau
sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod
menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang
anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak. 
Penutup
Sebagai manusia kebersihan adalah sangat
penting kerana ia mencerminkan keperibadian
seseorang. Jika kebersihan rumah tidak
terjaga, bukan sahaja dapat mengundang
persepsi buruk orang lain malah turut
mengundang penyakit dan menghilangkan
keselesaan kita dan ahli rumah untuk tinggal
di dalam rumah tersebut.
Rujukan
• Sumber air :
http://tntigeofizik.blogspot.com/2011/03/sumber-air.html
• Petua untuk kebersihan rumah :
http://atieyusoffamily.blogspot.com/2014/03/petua-untuk-
kebersihan-rumah.html
• Cara mencegah aedes dan denggi :
http://www.malaysiatercinta.com/2014/02/cara-mencegah-
aedes-dan-denggi.html
• Habuk dan kesannya (MITE)
http://www.webmd.com/allergies/guide/dust-allergies
Sekian…

Anda mungkin juga menyukai