Anda di halaman 1dari 16

PENYEDIAAN KATIL PESAKIT

DAN MENGEMAS KATIL


PRINSP-PRINSIP MENYEDIAKAN
KATIL
- Siapkan semua kainan-kainan dan barang-barang
yang diperlukan terlebih dahulu
- Seelok-eloknya katil hendaklah dilakukan oleh dua
orang
- Dimulakan di bahagian kepala katil dahulu , kemudian
di bahagian kaki katil
- Semasa membuat katil , pergerakan kedua-dua orang
hendaklah serentak dan sentiasa bekerjasama
- Jangan mengibas atau meletakan di atas lantai
- Setelah siap membuat katil , tentukan permukaannya
tegang dan penjurunya mempunyai lipatan sampul
- Letakan bantal di atas katil dengan mulut sarong bantal
menghala jauh dari pintu masuk
JENIS JENIS KATIL
• A Katil Asas (Basic Bed)
• B Katil untuk menerima pesakit (Admission
Bed)
• C Katil pesakit yang dibedah (Operation Bed)
• D Katil untuk pesakit patah tulang (Fracture
Bed)
• E Katil Plaster
• F Katil Amputation
• G Katil Pesakit Jantung (Cardiac Bed)
MENYEDIAKAN KATIL-KATIL

• Katil Asas
• 1. Tujuan untuk menempatkan pesakit am
• 2. Keperluan
• -1 Mackintosh panjang
• - 1 Mackintosh lapik
• - 1 Cadar katil
• - 1 Cadar lapik
• -1 Selimut
• - 1 atau 2 bantal dan sarongnya
• 3. Tatacara
• - Hamparkan mackintosh panjang di atas tilam
• - Hamparkan cadar dan lipat masuk
dipenjurunya
• - Hamparkan mackintosh lapik dan cadarnya
melintang diatas katil
• - Lipatkan selimut kepada 4 bahagian dan
diletakkan di bahagian kaki katil
• - Letakkan bantal yang bersarong di bahagian
kepala katil
– Katil untuk menerima pesakit
• Tujuan - Untuk menerima pesakit
yang baru dimasukkan ke wad, terutama
pesakit yang mendapat cedera dan kotor
• Keperluan:
• - 1 Mackintosh panjang
• - 2 Selimut mandi
• - 1 Pasang pakaian
- Katil pesakit yang dibedah
• - Tujuan - Untuk menempat dan merawat
pesakit yang telah dibedah
• - Keperluan:
– - Katil asas (tanpa bantal dan selimutnya dilipat khas)
– - 1 Kidney Dish (mangkuk aluminium)
– - 1 Talam post anaesthetic (dulang / bekas bius)
– - 1 Mackintosh treatment dan tuala dressing
– - 1 Drip stand (tiang air)
– - 2 Bed block (kunci pagar katil)
– - Alat sucker (sedup kahak) dan oxygen
• Tatacara
• - Sediakan katil asas
• - Letakan mackintosh treatment, tuala
dressing dan kidney dish dibahagian
kepala katil
• - Letakkan selimut yang dilipat khas
ditengah katil dan talam post anaesthetic
di atas loker di tepi katil
• - Letakan Bed Blocks di bawah katil dan
drip stand , sucker dan oxygen ditempat
berkenaan
- Katil untuk pesakit patah tulang
• Tujuan - Untuk menempat dan merawat pesakit yang patah
tulang belakang, punggung atau anggota bawah
• Keperluan:
• - 1 Katil asas
• - 2 Keping fracture board (pelapik bawah kaki)
• - 1 Mackintosh treatment
• - 1 Towel dressing
• - 3 Sand bag bersarong (beg pasir) – tulang telah dipotong
• - 1 Bed Craddle
• Tatacara:
• - Letakan fracture board di atas katil
• - Letakan mackintosh tretment ,tuala dressing, sand bag dan
bed cradle ditempat berkenaan
- Katil Plaster
• Tujuan untuk menerima dan merawat
pesakit yang memasang P.O.P (plaster of
paris)
• Keperluan:
• - seperti katil pesakit patah tulang tetapi
tiada sand bad
- Katil Amputation
• Tujuan - Untuk menerima dan merawat pesakit selepas kakinya
dipotong (Amputated)
• Keperluan:
• - 2 Fracture board
• - 2 Mackintosh dressing
• - 2 Tuala dressing
• - 2 Sand bag
• - 1 Bed Craddle (
• - 1 Tourniquet (alat ambil tekanan darah)
• Tatacara:
• - Letakan fracture board di atas katil
• - Letakan barang-barang ditempat berkenaan
• - Hamparkan selimut di atas bed creddle supaya mempunyai tingkap
untuk pemerhatian
- Katil Pesakit Jantung
• Tujuan - Untuk menempat dan merawat pesakit yang
susah bernafas
• Keperluan:
• - 1 Back rest (penyandar katil)
• - 1 Cardiac table (meja pesakit) - makan
• - 1 Air ring yang bersarong (
• - 2 heel pad (
• - 1 sputum mug (kahak)
• - Alat oxygen
• - Alat Sucker (sedut kahak)
• - 6 atau 8 bantal
• Tatacara:
• - Sediakan katil asas
• - Letakan barang-barang seperti berikut
Back rest di kepala katil
Cardiac table di tengah katil
3 bantal di back rest
1 bantal di atas cardiac table
2 bantal di kiri dan kanan lengan pesakit
Air ring di bawah punggung
Heel pad di bawah tumit pesakit
Sputum mug di atas cardiac table
PEMBERIAN UBAT-UBAT DAN
PENYIMPANAN
• Prinsip-prinsip memberi ubat melalui mulut
– 1. Semasa menyediakan trolley ubat, tentukan keadaan
sekeliling tenang dan sediakan ubat-ubat yang tercatit di
dalam treatment chart sahaja
– 2 Jururawat yang menyediakan ubat hendaklah bekerja seorang
diri sahaja dan dia juga yang akan memberi ubat kepada
pesakit
– 3 Semasa mengeluarkan ubat periksa 3 kali
– 4 Keluarkan ubat biji ke dalam penutupnya (bukan dalam tapak
tangan). Ubat air yang mempunyai serbuk hendaklah
digoncang terlebih dahulu dan tuangkan dengan lebelnya
menghala ke atas
– 5 Tentukan ubat diberikan kepada pesakit yang betul
• 6 Beri ubat berasingan dan tentukan trolley sentiasa di
dalam pandangan jururawat
• 7 Berada disisi pesakit sehingga ia habis menelan
ubat
• 8 Jika pesakit tiada ditempatnya , jangan sekali-kali
tinggalkan ubat dilokernya atau kirimkan kepada
pesakit lain
• 9 Catitkan ubat-ubat yang diberi dengan terang dan
betul iaitu tarikh, masa, dosage, total dan lain-lain
• 10 Apabila botol ubat tiada lebelnya atau kelihatan
keladak di dalam botol atau cecair bertukar warna
atau tarikh ubat telah luput , jangan sekali-kali
gunakan ubat itu. Buatkan laporan dan kembalikan
ubat itu ke despensary
PENJAGAAN DAN
PENYIMPANAN UBAT-UBAT
• 1 Almari ubat diletakan di tempat yang mudah dilihat
• 2 Almari ubat ditanda perkataan RACUN dan dikunci setiap
masa
• 3 Ubat-ubat disimpan jauh dari pancaran cahaya matahari atau
kepanasan yang kuat , dan jauh daripada keadaan yang
lembab serta peredaran udara yang baik
• 4 Ubat yang mudah rosak seperti vaksin, insulin , ubat titis dan
supositori (ubat sumbat) perlu disimpan di dalam peti sejuk
• 5 Botol stok ubat perlu diasingkan daripada kumpulan ubat yang
sedang digunakan
• 6 Semua ubat jenis racun perlu diasingkan daripada ubat-ubat
jenis lain dipetak khas dalam almari. Ubat tablet dan vial
suntikan perlu disusun berasingan
• 7 Ubat-ubat disusun mengikut klasifikasi dan tindakan ubat
• 8 Ubat yang tidak boleh dimakan hendaklah disimpan di dalam
almari lain atau diletakan dibahagian paling bawah di dalam
almari, misalnya ubat jenis losen,inhaler, antiseptik dan
disinfektant (terdedah)
• 9 Botol ubat jenis berminyak perlulah dilapik dengan
piring mengelakan almari menjadi kotor
• 10 Ubat campuran untuk dimakan mestilah diisi di
dalam botol yang berbeza dengan botol lotion jenis
racun
• 11 Ubat cecair yang telah dituang tidak boleh dituang
semula ke dalam botolnya
• 12 Ubat-ubat lama tersimpan perlu dihantar balik ke
farmasi untuk menentukan potensinya atau
digunakan oleh wad lain sebelum luput tarikh
• 13 Ubat-ubat yang biasa digunakan perlu diperiksa
stoknya bagi memastikan bekalan mencukupi
• 14 Botol ubat kosong mesti diletakan di dalam bakul
ubat dan pesanan ubat hendaklah dbuat oleh
kakitangan terlatih mengikut peraturan yang telah
ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai