Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) AL KAUTHAR (SABK)


16400 PERINGAT, KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7123170 FAX: 09-7123172
Ruj. Kami : SMUAK SMK 100 – 9/4 (65)
Tarikh : 21 Julai 2022M
Bersamaan : 21 Zulhijjah 1443H

Pengurus Cawangan,
Bank Rakyat,
Cawangan Wakaf Che Yeh,
NO J-105 & J-106,
Zon Komersial Wakaf Che Yeh,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ SMU(A) AL-KAUTHAR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagai makluman ,Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Kauthar mempunyai pelajar


tahfiz dengan enrolmen murid seramai 306 orang pelajar.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, sekolah kami menggunakan silibus Kurikulum


Bersepadu Tahfiz (KBT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana sekolah kami
adalah salah satu daripada dua sekolah di Kelantan yang menggunakan silibus KBT.

4. Untuk makluman pihak tuan juga, SMU (A) Al-Kauthar pernah melabur dalam
simpanan tetap Bank Rakyat sebanyak RM 500, 000.00 antara tahun 2019 hingga 2022.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dari pihak tuan bagi
menghulurkan sedikit sumbangan untuk pembangunan pendidikan para pelajar.

6. Segala perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai