Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT BADING,


21810 AJIL, HULU TERENGGANU, TERENGGANU.
Tel: 09-6872932 Faks: 09-6872390
Blog: sklktpbb.blogspot.com fb: PIBG Bading
Ruj. Kami : PIBG SKLKTPBB 800/4/(6)
Tarikh : 19 Jun 2022

Kepada
Pihak Yang Berkenaan

Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK
PROGRAM MENAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin menaik taraf Pusat Sumber Sekolah
dengan mengambil langkah proaktif iaitu dengan melaksanakan Program Menaik Taraf PSS.
3. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa tuan agar dapat menyumbangkan dana
bagi tujuan menceriakan Pusat Sumber dan menjadikan Pusat Sumber sebagai PSS abad ke
21, lebih ceria dan kondusif untuk dimanfaatkan oleh semua warga sekolah.

4. Bersama dengan ini disertakan nombor akaun MAYBANK 563037008105 PIBG SK


LKLTP BUKIT BADING.

5. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan Pusat
Sumber untuk melahirkan generasi yang cintakan buku dan menjadikan amalan membaca
sebagai hobi.
6. Besarlah harapan kami agar permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan.
Kerjasama dan jasa baik tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”Muafakat Membawa Berkat”
”BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
(HJ. RUZUKI BIN MAT HASAN)
Pengerusi,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK LKTP Bukit Bading.
011-40239019

s.k - Guru Besar SK LKTP Bukit Bading

#TERUSCEMERLANG

Anda mungkin juga menyukai