Anda di halaman 1dari 1

Kegunaan Komputer

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer


membolehkan kita melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur,
berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin
memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di rumah atau di
mana-mana sahaja.
Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian.
Komputer juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan
menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer yang
dilengkapi sambungan internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar
menyiapkan tugasan mereka.
Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer.
Melalui komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain
permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah
untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.
Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai
aplikasi boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum,
`facebook` dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan
mengeratkan persahabatan dan persaudaraan antara kita.
Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila
menggunakan komputer . Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau
maklumat dan mengira. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat
seperti di bank akan dilengkapi dengan berpuluh-puluh komputer.
Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak
memberi faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun kita mesti
mengawal diri daripada terlalu leka menggunakan komputer kerana ia
juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran
dan sebagainya.

Sumber: http://karangansr.blogspot.com/2014/03/fakta-kegunaan-komputer.html

Anda mungkin juga menyukai