Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Komputer

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer


membolehkan kita melakukan pelbagai perkara seperti belajar,
berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru,
ramai orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan mereka
semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.

Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam


talian. Komputer juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber
rujukan menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada
komputer yang dilengkapi sambungan internet. Komputer juga
akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka.

Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan


komputer. Melalui komputer kita boleh menonton video,
mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya lagi.
Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk menenangkan fikiran
setelah penat belajar atau bekerja.

Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain.


Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti
email, forum, `facebook` dan sebagainya lagi. Secara tidak
langsung ini akan mengeratkan persahabatan dan persaudaraan
antara kita.

Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah


apabila menggunakan komputer . Misalnya, untuk menaip,
menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh itu, tidak
hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan dilengkapi
dengan berpuluh-puluh komputer.

Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana


banyak memberi faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun
kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka menggunakan
komputer kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti
tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai