Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Telefon Bimbit

Namaku Samsung. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Korea . Badanku


diperbuat daripada logam, plastik, dan barang-barang elektronik. Setelah siap
diproses, aku dibawa ke sebuah negara bernama Malaysia. Seterusnya aku
dipamerkan di sebuah kedai menjual telefon.

Setiap hari ramai pengunjung yang datang ke kedai itu. Ada yang
meminatiku dan menanyakan perkhidmatan yang aku tawarkan. Akhirnya aku
dibeli oleh seorang wanita muda bernama Zarina dengan harga RM1500.Aku
disimpan di dalam beg tangannya bersama beberapa barang berharga yang lain.

Aku sangat teruja apabila Zarina menggunakanku untuk berhubung dengan


rakan-rakannya.Tuan aku sering berbual-bual dengan rakan-rakannya melalui
tubuhku.Selain itu tuan aku menghantar pesanan ringkas melalui tubuhku.Apabila
bosan tuan aku mendengar muzik kerana tubuhku boleh mengeluarkan lagu-lagu
yang telah disimpan di dalam tubuhku.Kadang-kala dia bermain permainan
permainan video melalui skrin yang ada pada tubuh aku.

Aku benar-benar gembira berkhidmat untuk Zarina. Ada berbagai-bagai


kegunaan aku tawarkan untuk Zarina termasuk kemudahan halaman sosial. Zarina
menggunakan aku dengan sebaik-baiknya.Aku dijaga dengan cermat dan tidak
pernah terhempas.Aku juga dilindungi dengan kulit plastik sintetik bermutu
tinggi.

Setelah menggunakanku beberapa tahun, kemudahan yang aku tawarkan


mulai ketinggalan. Zarina menggantikan aku dengan sebuah telefon bimbit yang
lebih canggih. Aku disimpan dengan baik di dalam laci. Walaupun aku tidak
digunakan lagi oleh Zarina namun aku berasa besar hati dapat berkhidmat dengan
baik kepada tuanku.
Faedah Komputer / Tablet Kepada Kita

Kepentingan Komputer / Tablet kepaeda Manusia

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan


kita melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi,
bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin memiliki komputer untuk
kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.

Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian.


Komputer juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman
sesawang yang boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan
internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka.

Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer.


Melalui komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain
permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk
menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.

Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai


aplikasi boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook`
dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan mengeratkan persahabatan
dan persaudaraan antara kita.

Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila


menggunakan komputer . Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau maklumat
dan mengira. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan
dilengkapi dengan berpuluh-puluh komputer.

Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak


memberi faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri
daripada terlalu leka menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan
masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai