Anda di halaman 1dari 1

PENGGUNAAN KOMPUTER

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita
melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan
sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan mereka
semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.
Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer
juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang
boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan internet. Komputer juga akan
memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka.
Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui
komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan
sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk menenangkan fikiran setelah penat
belajar atau bekerja.
Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi
boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya
lagi. Secara tidak langsung ini akan mengeratkan persahabatan dan persaudaraan antara
kita.
Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan
komputer . Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh itu,
tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan dilengkapi dengan berpuluh-puluh
komputer.
Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi
faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka
menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak fokus
kepada pelajaran dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai