Anda di halaman 1dari 1

Sneijder gantung but untuk Belanda

AMSTERDAM: Pemain tengah, Wesley Sneijder mengakhiri karier bersama


skuad kebangsaan Belanda apabila mengumumkan persaraan di pentas
antarabangsa, hari ini.

Keputusan itu diambil pemain berkenaan susulan perbincangannya dengan


pengurus baharu Belanda, Ronald Koeman yang menemuinya di Qatar, kata
Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) dalam satu kenyataan.

"Wesley adalah seorang daripada pemain kebangsaan terbaik Belanda,


pemain yang menakjubkan dengan sikap hebat.

"Tetapi saya mahu membina pasukan baharu dan kerana itu saya perlu
membuat pilihan," kata Koeman dalam kenyataan berkenaan.

Sneijder, 33, berkata dia mengetahui kariernya bersama skuad kebangsaan


pasti terjejas apabila meninggalkan kelab Perancis, Nice pada Januari untuk
bermain bersama kelab Qatar, Al Gharafa.

"Paling utama adalah saya faham yang Koeman mahu memulakan era
baharu dengan pemain-pemain yang baharu, lebih muda.

"Kami bercakap mengenai perkara ini secara terbuka dalam perbincangan


yang penuh dengan semangat setia kawan dan saya menghormati
keputusannya," kata Sneijder.

KNVB berkata, mereka sedia berbincang dengan Sneijder kemungkinan


memberinya tugas bersama skuad kebangsaan selepas berhenti bermain
selain memenuhi semua kriteria untuk menjadi jurulatih.

Pada Jun lalu, Sneijder mencipta rekod baharu apabila menjadi pemain
Belanda paling banyak beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu 131
penampilan dengan kali terakhir bermain adalah pada November lalu yang
juga penampilan ke-133.

Dia membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa bersama skuad


Belanda pada 2003 dan berada dalam skuad yang menjadi naib juara Piala
Dunia di Afrika Selatan pada 2010.

- Reuters

Anda mungkin juga menyukai