Anda di halaman 1dari 1

Gua Musang: “Ini pertama kali saya naik helikopter dan begitu seronok dan teruja,” kata Fauzi

Sukar, 17, seorang daripada 77 pelajar Orang Asli yang dibawa keluar dengan helikopter untuk
melapor diri di sekolah masing-masing, semalam.
Semua pelajar terbabit dari Pos Balar dan Pos Belatim belum melapor diri untuk sesi
persekolahan tahun ini berikutan laluan darat di kawasan penempatan mereka rosak teruk dan
sukar dilalui.
Demi keselamatan, mereka dibawa keluar menerusi perkhidmatan penerbangan ihsan Unit
Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Seramai 165 pelajar lagi dari Pos Bihai dan Pos Gob dibawa keluar menerusi penerbangan
sama hari ini dan esok.
Fauzi, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku berkata, dia
sepatutnya melapor diri pada 2 Januari lalu, namun tidak dapat keluar kerana jalan rosak di
rumahnya di Kampung Perawas, Pos Balar.
“Ketika itu saya bimbang kerana tahun ini bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
perlu memberi tumpuan kepada pelajaran. Mujur ada perkhidmatan helikopter ini selepas
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak dapat menggunakan pacuan empat roda untuk
mengambil kami di rumah.
“Sekurang-kurangnya dapat juga saya merasa naik helikopter,” katanya.
Bagi Suraya Ajeh, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera
Petra 1 (SMKTIP1) Gua Musang, perasaan takut menaiki pesawat itu terpaksa diketepikan demi
memastikan dapat ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai