Anda di halaman 1dari 2

Pengadil patut bagi kad - TMJ

Oleh Zulfaizan Mansor


zulfaizan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
mengakui kecewa terhadap tindakan beberapa pemain Johor Darul Ta'zim
(JDT) yang cuba melengah-lengahkan masa perlawanan ketika aksi pusingan
kedua Piala FA berdepan Sabah di Stadium Likas, semalam.

Malah, tindakan itu juga didakwa menjadi antara faktor segelintir penyokong
tuan rumah mencetuskan sedikit kekecohan, selepas perlawanan yang
menyaksikan JDT menang 2-1 ke atas skuad Sang Badak.

TMJ menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern


Tigers berpendapat, pengadil perlu memberikan kad kepada mana-mana
pemain yang melengah-lengahkan masa perlawanan tanpa mengira pasukan
mana yang diwakili mereka.

"Itu adalah penyakit di Malaysia yang perlu kita tangani dan hapuskan. Sudah
lama kita lihat apabila pasukan yang sedang mendahului, mereka mesti cuba
untuk membuang dan melengahkan masa.

"Saya berharap mentaliti seperti ini tidak perlu ada dalam bola sepak tanah air
ini," kata TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak JDT.

JDT yang juga juara Piala FA 2016 bangkit daripada ketinggalan satu gol
hasil jaringan Gilhoon Lee pada minit ke-23 sebelum Luciano Figueroa
menyamakan kedudukan, tujuh minit selepas bersambung babak kedua.

Gonzalo Cabrera muncul wira JDT apabila jaringannya pada masa tambahan
(minit ke-95) membawa skuad Harimau Selatan ke pusingan ketiga Piala FA.

Bagaimanapun, perlawanan itu dicemari dengan sedikit kekecohan yang


menyaksikan segelintir penyokong bertindak membaling objek ke arah
pemain JDT ketika mereka cuba masuk ke bilik persalinan selepas tamat
perlawanan.

Selain itu, TMJ tetap mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Jelius
Ating yang memberikan saingan sengit hingga menyukarkan tugas JDT
sebelum meraih kemenangan.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada pasukan Sabah. Pemain mereka


bermain dengan semangat juang yang baik dan menyukarkan kerja kami
untuk memenangi perlawanan pada malam ini (semalam).
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Sabah yang
melayan kami dengan baik," katanya.

Anda mungkin juga menyukai