Anda di halaman 1dari 1

HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang
sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung
tersebut.
Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh .Keesokannya
penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja
jambatan itu siap dibina dan boleh digunakan semula.
Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotongroyong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai
raya dan sebagainya.
Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan
belia , kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan
mengeratkanlagi hubungan antara penduduk.
Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap
mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka untuk
memajukan desa yang tercinta , bak kata pepatah Hidup sepakat membawa berkat.
Oleh hal yang demikian tidak hairanlah kalau Desa Warisan terpilih menjadi kampung
terbaik di peringkat negeri dalam pertandingan antara kampung baru-baru ini. Selain itu,
kampung tersebut telah menjadi tumpuan kampung-kampung lain untuk meninjau rahsia
kejayaanya.
http://asfizahmohdamir65.blogspot.my/p/cabaran-minda.html

Anda mungkin juga menyukai