Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BERANGAN 1

16200 TUMPAT KELANTAN.


Tel : 09-7257200 Fax : 097255091Email : DBA6328@moe.edu.my

Ruj Kami : SKB1.700.3/3/8( )


Bertarikh :
Semua Ibu Bapa / Penjaga
Sekolah Kebangsaan Berangan 1
16200 Tumpat, Kelantan

Tuan/Puan,

MOHON KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA BAGI PROGRAM PELAKSANAAN PENGUKURAN


INDEKS JISIM BADAN (BMI) BAGI MURID TAHAP 1, PRASEKOLAH DAN PPKI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Pelaksanaan


Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) Bagi Murid Tahap 1 danPrasekolah yang berumur 5 hingga 9
tahun. Untuk program tersebut, setiap murid tahap 1 dan prasekolah akan diukur tinggi dan berat badan.

Sehubungan dengan itu, program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut

Tarikh : 13-19 JUN 2022 (sesi 1)

07-10 NOV 2022 (sesi 2)

Tempat : Dewan Haji Ismail

Masa : 8.00- 9.45 Pagi

3. Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan agar pihak ibu bapa/ penjaga dapat memberikan
kebenaran untuk anak/ jagaan tuan/ puan terlibat dalam program tersebut dengan mengisi surat akuan
kebenaran yang disertakan dan mengembalikan semula kepada guru kelas sebelum atau pada 25 Mei
2022 (Rabu)

4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

________________________
GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai