Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK


43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel. / Fax : 03 - 87061226
Email : sksalakpibg@gmail.com
No. Pendaftaran : SEL 640

“ BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN ”

Ruj. Kami : SKS.100-7/1/5( )


Tarikh : 2 Januari 2020

Kepada

Semua Ahli PIBG (Ibu Bapa/Penjaga dan Guru)


Sekolah Kebangsaan Salak

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan,

KUTIPAN SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH


KEBANGSAAN SALAK BAGI TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut dimaklumkan butiran Sumbangan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) Sekolah


Kebangsaan Salak bagi tahun 2020 adalah seperti berikut :

Jenis Sumbangan Jumlah (RM)


i. PIBG 30.00 /keluarga (satu keluarga)
ii. Program / Aktiviti Kecemerlangan Murid 10.00 /keluarga (satu keluarga)
iii. Kertas Latihan 10.00 /murid (setiap murid)

3. Semua sumbangan boleh dibuat melalui guru kelas anak tuan dengan
melengkapkan Borang Bayaran Sumbangan yang dilampirkan bersama. Untuk bayaran
Sumbangan PIBG dan Program/Aktiviti Kecemerlangan Murid yang dikutip
perkeluarga, sumbangan dibayar dan direkodkan hanya pada borang sumbangan anak
paling muda bersekolah di SK Salak dalam tahun 2020 sahaja.

Contoh bayaran sumbangan jika 2 orang anak bersekolah di SK Salak Kelas 2


UTM dan 3 USM pada tahun 2020.

Kelas Anak Jumlah


Jenis Sumbangan Catatan
Tahun 2020 Sumbangan (RM)
30.00 /keluarga (satu
PIBG
keluarga)
Program / Aktiviti 10.00 /keluarga (satu
2 UTM 50.00
Kecemerlangan Murid keluarga)
10.00 /murid
Kertas Latihan
(setiap murid)
10.00 /murid
3 USM 10.00 Kertas Latihan
(setiap murid)
KUTIPAN SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH
KEBANGSAAN SALAK BAGI TAHUN 2020

Rujukan. Kami : SKS.100-7/1/5( ) Tarikh : 2 Januari 2020

4. Sehubungan dengan itu, amatlah diharap tuan dapat membuat bayaran sumbangan
tersebut demi pendidikan anak-anak.

5. PIBG juga sangat mengalu-alukan individu yang ingin membuat sumbangan peribadi
bagi membantu menambah tabungan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak. Semua
sumbangan berupa Cek / Kiriman Wang / Tunai boleh disalurkan melalui :

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEK KEB SALAK,


AKAUN BANK ISLAM, BANDAR BARU NILAI
NO. AKAUN : 12104010001518.

6. Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan PIBG sila hubungi,

i. Encik Ahmad Mahfiz Bin Hj Nordin - 019-2847990


YDP PIBG SK Salak

ii. Puan Norlin Binti Mat Salleh - 019-3989695


Bendahari Kehormat PIBG SK Salak

iii. Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi - 013-4238089


Setiausaha Kehormat PIBG SK Salak

7. Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab dan memainkan peranan


yang berkesan dalam membantu menjayakan perancangan sekolah dalam memajukan
proses pendidikan anak-anak Sekolah Kebangsaan Salak. Segala kerjasama tuan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah, Disahkan oleh,

(LENNY NOR LINDAWATY BINTI POWDZI) (AHMAD MAHFIZ BIN HJ NORDIN)


Setiausaha Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Salak Sekolah Kebangsaan Salak

s.k. 1. Fail
2. Guru Besar SK Salak

2
3

Anda mungkin juga menyukai