Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN BERPUSAT PERKHEMAHAN PERDANA

PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) & TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
PERINGKAT NEGERI SABAH
TAHUN 2019

1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini bertujuan memohon peruntukkan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi menyediakan
perbelanjaan untuk 2 orang murid SK Kuala Tomani yang akan mengikuti latihan berpusat
Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2019.

2.0 LATAR BELAKANG


Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sabah adalah perkhemahan
anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Keningau yang julung kali diadakan. Oleh yang demikian, pihak
sekolah dikehendaki menghantar 2 wakil setiap sekolah untuk menyertai perkhemahan tersebut.
Butiran perkhemahan tersebut adalah seperti yang berikut :

Tarikh : 1 JULAI 2019


Tempat : SMK Keningau 2, Keningau

Sehubungan itu, Pejabat Pelajaran Daerah Tenom turut menganjurkan latihan berpusat untuk murid
sebelum menyertai perkhemahan tersebut. Berikut merupakan ketetapan latihan berpusat yang
dijalankan :

TARIKH TEMPAT MASA


19 JUN 2019 SMK ENTABUAN TENOM 2.00 - 4.00 PETANG
22 JUN 2019 SMK KEMABONG TENOM 7.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
26 JUN 2019 SMK ENTABUAN TENOM 2.00 - 4.00 PETANG

3.0 ANGGARAN PERUNTUKKAN YANG DIPERLUKAN


BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM ) JUMLAH
SARAPAN PAGI 1 KALI RM 3 X 2 MURID RM 6
MAKAN TENGAH HARI 1 KALI RM 5 X 2 MURID RM 10
MINUM PETANG 2 KALI (RM 3 X 2 MURID) X 2 RM 12
TAMBANG MURID (PERGI a) 2 KALI KE SMKE (RM 20 X 2 MURID) X 2 RM 80
DAN BALIK ) b) 1 KALI KE SMKK (RM 6 X 2 MURID) X 1 RM 12
JUMLAH KESELURUHAN RM120

4.0 PENUTUP
Saya amat berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan dan mendapat kelulusan agar 2 wakil
murid yang dihantar ke latihan berpusat tersebut dapat membuat persiapan sebelum mereka
menyertai perkhemahan yang disertai pada peringkat negeri kelak. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

________________ _________________ _______________________


(SUHAILA IBRAHIM) (BONIFACE JOHANIS) (HAMZA@HAMZAH JUMADI)
Ketua Guru penasihat TKRS, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
SK Kuala Tomani SK Kuala Tomani SK Kuala Tomani

Anda mungkin juga menyukai