Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

(PIBG),
d/a SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA,
TAMAN BANDAR BARU, 31900 KAMPAR
KOD : ABA9015 TEL/FAX 05-4669587

Ruj Kami : ABA9015-100-8/1/5/6-1(4)


Tarikh : 22 April 2019

KEPADA:

Ibu/Bapa/Penjaga

Tuan/Puan,

KUTIPAN BAYARAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2019 SK SENTOSA BANDAR


BARU KAMPAR

Merujuk perkara di atas, berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 pada 09 Mac 2019
telah bersetuju bayaran sumbangan PIBG untuk tahun 2019 dan telah diluluskan pihak Jabatan
Pendidikan Perak melalui suratnya bertarikh 15 Mac 2019 (ABA9015-100-8/1/5(5) .

2. Bayaran sumbangan PIBG yang telah dipersetujui adalah seperti yang berikut:

i. Sumbangan keluarga : RM 30.00 (Sekeluarga)

ii. Sumbangan Kecemerlangan : RM 20.00 Tahap 1 (setiap murid)


RM 30.00 Tahap 2 (Setiap murid)

3. Sehubungan dengan itu pihak PIBG sekolah berharap agar Tuan/Puan dapat membuat
pembayaran sumbangan PIBG kepada guru kelas masing-masing. Bayaran ini amat diperlukan bagi pihak
PIBG menampung sebahagian kos melengkapkan prasarana sekolah bagi melaksanakan program
pembelajaran dan aktiviti kokurikulum demi mengekalkan kecemerlangan pelajar sekolah ini dalam
semua bidang.

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

………………………………………..
(EN AMRAN BIN ALANG AHMAD )
Yang Dipertua PIBG SK Sentosa
31900 Taman Bandar Baru
Kampar, Perak.

Anda mungkin juga menyukai