Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR


TANJUNG SEDILI NO. TEL : 07-8918224
81910 KOTA TINGGI, JOHOR. NO. FAX: 07-8918916

Ruj Kami: JEA3039/100-9/2/3( )


Tarikh: 22 Februari 2022
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga pelajar,
SMK Tan Sri Jaafar Albar,
Tanjung Sedili,
81910 Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

SUMBANGAN PIBG SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR TAHUN 2022/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 44, setiap satu
keluarga diminta untuk membayar sumbangan PIBG SMK Tan Sri Jaafar Albar mengikut
ketetapan berikut:

Bil Tingkatan Jumlah Sumbangan


1 1, 2 dan 4 RM65
2 3, 5 dan 6 Bawah serta 6 Atas RM100

2. Untuk makluman tuan/puan bayaran sumbangan PIBG tahun 2022/2023 yang sebanar
akan ditentukan semula selepas mesyuarat PIBG sekolah kali ke 45 nanti
3. Sehubungan dengan itu, sumbangan PIBG haruslah dibayar kepada guru tingkatan.
Sekiranya terdapat lebih daripada seorang anak yang bersekolah, yuran tersebut haruslah
dijelaskan oleh anak yang berada di tingkatan paling rendah.
3. Semoga sumbangan PIBG yang diberikan oleh tuan/puan dapat melancarkan perjalanan
program-dan sekaligus meningkatkan prestasi akademik anak-anak tuan/puan. Segala
kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k : Fail Sekolah


s.k : Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai