Anda di halaman 1dari 2

梳邦国民型华文学校

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SUBANG


KAMPUNG BARU SUBANG,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN. No. Tel. : 03 78461596
No. Fax : 03 78465412
Email : bbc8422@btpnsel.edu.my
http://www.sjkcsubang.edu.my

MINIT MESYUARAT
KWAMP BILANGAN 1
TAHUN 2022

Tarikh : 16 Mac 2022


Masa : 11.30 am – 12.00 pm
Tempat : Google Meet

Kehadiran
Bil. Nama Guru Jawatan
1. PN CHEW CHIU YIN GURU BESAR
2. PN ANG SHALL CHUI PK PENTADBIRAN
3. CIK SO LEE BENG PK HEM
4. EN TAN CHEE YAN PK KK
5. PN CHANG PEI SHEN PK PETANG
6. CIK CARLYN BONG PENYELARAS
7. EN CHAN MANG YEE NAIB PENYELARAS
8. PN OOI CHAI TENG SETIAUSAHA
9. SEMUA GURU KELAS

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa KWAMP.
1.2 Pengerusi Berterima kasih kepada semua AJK kerana memberi kerjasama semasa menjalankan tugas.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengesahan minit mesyuarat Jawatankuasa KWAMP Bilangan 4 / Tahun 2021.
Cadangan : Gan Kooi Ching
Sokongan : Tan Theng Theng

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PENDAHULUAN
4.1 Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin
warganegara Malaysia di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dari semua golongan bangsa dan agama dengan
harapan dapat mengelakkan sama sekali keciciran malahan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik serta
menjana kecemerlangan pelajar secara holistik..

5. KADAR BANTUAN KWAMP

Jenis Data/Status Kemiskinan Bantuan Am Persekolahan (BAP)


i. Data Sedia Ada
(DSA-Permohonan Sekolah) RM100 setahun – Sekolah Rendah
ii. eKASIH
(Miskin dan Miskin Tegar) RM150 setahun – Sekolah Menengah

MAKLUMAN
6. KRITERIA KELAYAKAN
6.1 Pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah Kerajaan dan memperoleh Bantuan Kerajaan
(Tahun 1 hingga Tingkatan 1)
6.2 Pelajar mestilah Warganegara Malaysia.
6.3. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan mendapat pengesahan status sebagai
MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
6.4 Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional
semasa seperti jadual di bawah.
6.5 Pelajar yang TIDAK menerima sebarang bantuan berbentuk kewangan sebagai persediaan ke sekolah daripada
mana-mana pihak.

7. PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN


Wilayah Miskin Miskin Tegar
Semenanjung Isi Rumah (RM) Per kapita (RM) Isi Rumah (RM) Per kapita
Malaysia (RM)
960 244 604 151
MAKLUMAN

8. AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN


8.1 Murid yang layak KWAMP akan menerima sebanyak RM 100 sekali setahun.
8.2 KWAMP akan disalurkan oleh KPM secara berperingkat mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun
Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.
MAKLUMAN

7. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS


7.1 Guru kelas perlu mengemaskini data dari Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada awal tahun.
7.2 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan,
7.3 Mengedarkan Borang PB1 – Permohonan Bantuan kepada murid yang layak.
7.4 Memastikan ibu bapa/ penjaga mengembalikan Borang PB1 – Borang Permohonan Bantuan yang lengkap.
7.5 Meminta murid yang berkelayakan membuka akaun simpanan di bank BSN sahaja, hantar fotokopi akaun
bank.
7.6 Mengedarkan Borang Penerimaan setelah wang dimasukkan ke dalam akaun BSN murid.Setelah ibu bapa/penjaga
tandatangan borang penerimaan, menyerah borang penerimaan untuk difailkan sekolah untuk pengauditan.
TINDAKAN : Semua Guru Kelas

8. LAIN-LAIN
HAL Tiada

9. PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh PENYELARAS


KWAMP

Anda mungkin juga menyukai