Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELIGA,


24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
Tel: 09-868 1440 Faks: 09-868 6237 E-mel: TEA2028@moe.edu.my

Ruj. Kami: SMKG 100-13/1/4( )


Tarikh : 6 Oktober 2021

Kepada:
Yang Berkenaan,

Melalui,
Pengetua Cemerlang,
SMK Geliga Kemaman

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBAIKPULIH TANDAS DAN MENGUBAHSUAI KELAS MURID


BERKEPERLUAN KHAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK GELIGA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Geliga mempunyai murid yang
terdiri daripada pelbagai kategori seperti Slow Learner, Epilepsi dan Hiperaktif. Aspek keselamatan, kebersihan dan
keselesaan amatlah dititikberatkan. Justeru itu, kerja baikpulih tandas dan pengubahsuaian kelas perlu dilakukan dan ia
memerlukan kos yang tinggi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon apa-apa tajaan atau sumbangan dari pihak tuan bagi
membantu dan menampung perbelanjaan kos tersebut. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PIBG SMK Geliga
( BANK ISLAM ; 13026010013797)

4. Bersama-sama ini, kami sertakan kertas kerja Cadangan Baikpulih Tandas dan Ubahsuai Kelas bagi Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh berhubung terus dengan
Cikgu Zainun (No. Tel: 013 – 9443566) atau Cikgu Najihah (No. tel – 012-9542549).

5. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima
kasih.

Sekian.

“ Mendepani Pendidikan Global ”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………
(ZAIDI BIN LAMBAK)
YDP PIBG
SMK GELIGA

Anda mungkin juga menyukai