Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kolej Vokasional Kuching


Jalan Kolej, Batu Lintang,
93200 Kuching, Sarawak
E-mel : kvokasionalkuching@gmail.com
No. Tel : 082-420814/251716
Kod Sekolah :YHA 1201 No. Faks: 082- 231576

Tarikh : 5 SEPTEMBER 2023


Kepada:
TUAN/PUAN/ENCIK/CIK

SEMUA PENSYARAH

Tuan/puan,

OPERASI PENGUATKUASAAN PERATURAN DAN PEMATUHAN DISIPLIN PELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Badan Disiplin Kolej Vokasional Kuching akan mengadakan operasi penguatkuasaan dan pematuhan
disiplin terhadap semua pelajar Kolej Vokasional Kuching dalam usaha untuk mengurangkan isu pematuhan
disiplin dalam kalangan pelajar. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memperkemaskan
penampilan pelajar yang kelihatan sangat tidak terkawal kebelakangan ini. Antara aktiviti penguatkuasaan
yang akan dilaksanakan adalah termasuk spot-check barang larangan (hp,vape,senjata tajam & etc) serta spot-
check kekemasan pakaian dan kekemasan rambut. Program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan September
2023.

3. Sehubungan itu, tuan/puan diminta untuk memberikan kerjasama kepada Badan Disiplin Kolej
sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut. Tuan/puan juga diminta untuk memaklumkan perkara
tersebut kepada semua pelajar dibawah program masing-masing untuk tindakan.

Sekian, terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(TS DR LIM AH JUAN)


Pengarah Cemerlang,
Kolej Vokasional Kuching.

Anda mungkin juga menyukai