Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR • STUDENT HOUSING CENTRE

Rujukan : UKM.PPP.100-1/3/1
Tarikh : 17 Julai 2021

SEMUA PELAJAR PRASISWAZAH & PASCASISWAZAH


KAMPUS BANGI DAN KUALA LUMPUR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(KECUALI KOLEJ TUN DR. ISMAIL, HCTM)

Saudara/i,

PEKELILING PUSAT PERUMAHAN PELAJAR BIL 2/2021

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa cuti Semester 2 Sesi 2020/2021 akan bermula pada 31 Julai 2021.

1.0 PENDAFTARAN KELUAR KOLEJ, SEMESTER 2 SESI 2020/2021 DAN PERATURAN


PENGOSONGAN BILIK SERTA PENYIMPANAN BARANG

Sehubungan dengan itu, saudara/i adalah diminta untuk membuat Pendaftaran Keluar Kolej
Semester 1 Sesi 2020/2021 sebelum atau pada 31 Julai 2021.
Berikut adalah peraturan pengosongan bilik dan penyimpanan barang:
2.1 Tarikh akhir mengosongkan bilik dan pemulangan kunci di kolej kediaman :
Tarikh akhir pemulangan kunci 31 Julai 2021
Masa 9.00 pagi – 12.00 tengahari

2.2 Kehilangan kunci akan didenda sebanyak RM20.00.


2.3 Barang-barang di dalam bilik hendaklah dikeluarkan dan pastikan bilik anda ditinggalkan di
dalam keadaan bersih dan sempurna serta dikunci. Kegagalan mengosongkan bilik akan
dikenakan caj bilik mengikut hari.
2.4 Pastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan bilik.
2.5 Denda akan dikenakan jika didapati bilik ditinggalkan dalam keadaan kotor atau lampu/kipas
tidak dimatikan.
2.6 Sebarang kerosakan perabot atau perkakas bilik yang rosak akibat daripada kecuaian
saudara/i akan dikenakan caj ganti rugi mengikut kadar yang ditetapkan.

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 4367 Web: : http://www.ukm.my/ email : pghperumahan@ukm.edu.my
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
PUSAT PERUMAHAN PELAJAR • STUDENT HOUSING CENTRE

2.7 Pentadbiran kolej akan menyediakan stor menyimpan barang.


2.8 Berikut adalah jadual penyimpanan barang:
Tarikh penyimpanan barang 18 Julai 2021 hingga 30 Julai 2021
Masa Penyimpanan barang 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari

2.9 Dokumen-dokumen penting seperti sijil, kad pengenalan, kad kolej, kad matrik, barang-
barang kemas dan lain-lain barang berharga tidak dibenarkan disimpan di dalam stor.
2.10 Pihak pentadbiran kolej tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang
yang disimpan.
2.11 Saudara/i adalah dilarang menyimpan barang di dalam bilik kuasa elektrik, bilik basuh,
surau, bilik pili bomba, bilik aktiviti pelajar dan lain-lain ruang yang tidak dibenarkan oleh
pihak pentadbiran kolej.
2.12 Bagi pelajar yang masih berada di kampung/rumah memo PPP bil 2/2021 bertarikh 15
Julai 2021 adalah terpakai.
2.13 Untuk penginapan luar semester dan semester 3, pelajar yang menginap di Kolej Kediaman
boleh memohon untuk penginapan. Mohon rujuk dengan pihak pentadbiran Kolej
Kediaman.
2.14 Sebarang permintaan untuk membuka stor semasa cuti tidak akan dilayan. Berikut adalah
jadual pengambilan barang di stor :
Tarikh mengambil barang di stor 10 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2021
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari

2.15 Barang yang tidak diambil dalam jangka masa yang ditetapkan akan dianggap tidak berguna
dan akan dilupuskan.

2.0 PENDAFTARAN MASUK DAN PENDAFTARAN KELUAR LUAR SEMESTER DAN SEMESTER
3 SESI 2020/2021

Pelajar yang masih menginap di Kolej Kediaman, permohonan dibuat terus kepada Kolej Kediaman.
Pendaftaran akan dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan dan mohon pelajar untuk mematuhi
peraturan yang diberikan. Berikut adalah pendaftaran masuk semester 3 untuk makluman.
Tarikh pendaftaran masuk 1 Ogos 2021 hingga 3 Ogos 2021
Masa 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tarikh pendaftaran keluar 24 September 2021
Masa 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 4367 Web: : http://www.ukm.my/ email : pghperumahan@ukm.edu.my
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
PUSAT PERUMAHAN PELAJAR • STUDENT HOUSING CENTRE

3.0 PENDAFTARAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Pelajar latihan industri akan ditempatkan di kolej yang ditetapkan oleh Pusat Perumahan Pelajar
untuk memastikan bahawa keadaan kampus terkawal dan tinggal dalam kelompok tersebut.
Permohonan kelulusan dari Fakulti dan Pusat Hal Ehwal Pelajar perlu diperolehi sebelum pihak
Pusat Perumahan Pelajar menempatkan pelajar di kolej yang telah dipilih untuk penginapan ini.

4.0 PERMOHONAN PENGINAPAN SEMESTER 1 SESI 2021/2022

Permohonan penginapan semester 1 sesi 2021/2022 dibuat secara atas talian mulai :
Tarikh 4 Ogos 2021 hingga 10 Ogos 2021
Url atas talian appsmu.ukm.my/ekolej
*Pelajar adalah diingatkan untuk memastikan permohonan dibuat mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Kegagalan membuat permohonan akan menyebabkan tawaran kolej tidak dapat
diberikan kepada pemohon.

5.0 PENDAFTARAN MASUK PELAJAR SENIOR SEMESTER 1 SESI 2021/2022

Pendaftaran pelajar senior untuk semester 1 sesi 2021/2022


Tarikh 10 Okober 2021 hingga 12 Oktober 2021
Masa 9.00 pagi hingga 12 00 tengahari
*Tarikh dan Masa tertakluk kepada perubahan atau pindaan dari masa ke semasa

Kerjasama pelajar untuk mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan adalah amat
dihargai. Sekiranya pelajar memerlukan maklumat lanjut berkaitan pekeliling ini, boleh menghubungi Pusat
Perumahan Pelajar di talian 03-8921 4367 atau email : pghperumahan@ukm.edu.my.

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 4367 Web: : http://www.ukm.my/ email : pghperumahan@ukm.edu.my
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
PUSAT PERUMAHAN PELAJAR • STUDENT HOUSING CENTRE

Kerjasama yang saudara/i berikan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Yang benar,

MEJ. BERSEKUTU (PA) DR SHAZLI EZZAT GHAZALI


Pengarah
Pusat Perumahan Pelajar

s.k. - Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar


- Pengarah, Pusat Hal Ehwal Pelajar
- Pengetua, Kolej Dato’ Onn dan Tun Hussein Onn
- Pengetua, Kolej Aminuddin Baki
- Pengetua, Kolej Ungku Omar
- Pengetua, Kolej Burhanuddin Helmi
- Pengetua, Kolej Ibrahim Yaakub
- Pengetua, Kolej Rahim Kajai
- Pengetua, Kolej Ibu Zain
- Pengetua, Kolej Keris Mas
- Pengetua, Kolej Pendeta Za’ba
- Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir
- Ketua Pentadbiran Kolej

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 4367 Web: : http://www.ukm.my/ email : pghperumahan@ukm.edu.my
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Anda mungkin juga menyukai