Anda di halaman 1dari 12

Rujukan Kami : UTM.J.17.03.04.01/10.

12/22 ( 18 )
Tarikh : 21 Februari 2021

NOTIS KEPADA PELAJAR


BIL.1/2021
Semua Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2020/2021

Berikut merupakan peraturan urusan penginapan kolej kediaman pelajar bagi Sesi
Akademik 2020/2021:

1.0 URUSAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SEMPENA CUTI


SEMESTER I BAGI SESI 2020/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Semester I bagi Sesi 2020/2021 akan


bermula pada 28 Februari (Ahad) sehingga 13 Mac 2021 (Sabtu). Garis
panduan berkenaan pengurusan penginapan kolej kediaman pelajar sempena
Cuti Semester I Sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

1.1. Pengosongan Bilik, Kebersihan Bilik dan Keselamatan Harta Benda


Persendirian

1.1.1. Semasa proses pengosongan bilik, pelajar dinasihatkan agar:

1
1.1.1.1. Memastikan kebersihan bilik kediaman masing-
masing.

1.1.1.2. Menyusun dan mengemas perabot-perabot sedia ada.

1.1.1.3. Mematikan semua suis di bilik.

1.1.1.4. Mengunci tingkap dan pintu bilik masing-masing.

1.1.1.5. Membuang semua sampah sarap yang terdapat di


dalam bilik.

1.1.2. Caj denda dan pembersihan beserta ganti rugi akan dikenakan
sekiranya pelajar gagal mematuhi peraturan di atas.

1.2. Pemulangan Kunci Bilik

1.2.1. Tarikh akhir pemulangan kunci bilik adalah pada 27 Februari


2021 (Sabtu) sebelum jam 5.00 petang.

1.2.2. Pelajar yang gagal memulangkan kunci setelah tarikh


cuti bermula akan didenda dan perlu membayar sewa mengikut
jenis bilik sehingga kunci dipulangkan.

1.2.3. Pelajar dikehendaki melengkapkan “Borang Perakuan


Mengosongkan Bilik” yang boleh didapati di Pejabat Kolej.

1.2.4. Pelajar tidak dibenarkan membuat pemulangan kunci bilik melalui


rakan. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas
kegagalan pemulangan kunci tersebut.

1.2.5. Kunci bilik perlu dipulangkan dalam keadaan sempurna dan


lengkap. Kunci yang tidak lengkap, hilang dan rosak akan
dikenakan ganti rugi atau denda sebanyak RM25.00 / RM50.00
mengikut jenis kunci.

2
1.2.6. Jika terdapat perabot / peralatan yang rosak / hilang
disebabkan kecuaian, denda atau ganti rugi akan dikenakan
kepada pelajar mengikut harga semasa.

1.3. Penyimpanan Barang Semasa Cuti

1.3.1. Pihak kolej tidak menyediakan kemudahan menyewa


bilik masing-masing untuk menyimpan barang kegunaan
sendiri sepanjang tempoh Cuti Semester I Sesi 2020/2021.

1.3.2. Walau bagaimanapun, pihak kolej kediaman akan menyediakan


stor penyimpanan barang secara percuma bagi pelajar yang
ingin menyimpan barang bermula dari 23 Februari 2021 hingga
13 Mac 2021 pada waktu pejabat.

1.3.3. Sekiranya pelajar ingin memohon untuk mengambil barang dari


stor penyimpanan barang perlu hadir ke pejabat bagi urusan
tersebut dan kelulusan adalah bergantung kepada budi bicara
pihak pengurusan kolej.

1.3.4. Pelajar dinasihatkan supaya merujuk kepada prosedur dan jadual


penyimpanan dan pengambilan barang serta lokasi stor di kolej
kediaman yang mungkin berbeza mengikut kolej kediaman
masing-masing.

1.3.5. Tiada perkhidmatan penyimpanan barang disediakan


kepada pelajar yang tidak menginap di kolej kediaman UTM pada
semester hadapan termasuklah pelajar yang akan tamat
pengajian dan menjalani latihan industri.

1.4. Prosedur Umum Penyimpanan Barang di dalam Stor Semasa Cuti

1.4.1. Pelajar dinasihatkan supaya menggunakan kotak bagi


memudahkan penyusunan barang. Hanya 2 Kotak sahaja
dibenarkan untuk setiap pelajar.

3
1.4.2. Barangan yang dibenarkan disimpan di stor adalah barangan
yang tidak berharga, tidak akan digunakan segera dan tidak
penting. Barangan yang bernilai atau penting contohnya seperti
dokumen/sijil, buku-buku, pakaian, komputer bimbit dan
sebagainya yang dianggap bernilai adalah dilarang untuk
disimpan di stor.

1.4.3. Pastikan semua kotak atau barangan yang disimpan di dalam stor
telah ditandakan dengan butiran pelajar untuk mengelakkan
kehilangan dan diletakkan di lokasi yang telah ditetapkan.

1.4.4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kotak atau barangan


di luar Stor Penyimpanan Barang. Pihak pengurusan kolej tidak
akan bertanggungjawab atas kehilangan kotak yang diletakkan di
luar stor. Denda sebanyak RM25.00 per kotak akan dikenakan
kepada pelajar yang meletakkan kotak selain kawasan
penyimpanan barang yang ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.

1.4.5. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang


kehilangan atau kerosakan barang / peralatan yang disimpan
dalam Stor Penyimpanan Barang.

1.4.6. Stor hanya akan dibuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh
kolej kediaman masing-masing sahaja.

1.5. Penyewaan Semasa Cuti

1.5.1. Pelajar yang ingin menginap di kolej kediaman semasa Cuti


Semester I Sesi 2020/2021 boleh membuat penyewaan di semua
kolej kediaman UTM. Pelajar perlu mengikut arahan pihak
pengurusan untuk penetapan blok yang dibenarkan untuk
sewaan.

1.5.2. Perkhidmatan bas dalam kampus tidak disediakan sepanjang cuti


semester dan kemudahan makanan hanya boleh diperolehi
daripada arked-arked tertentu sahaja.

4
1.5.3. Penentuan bilik dan blok semasa penyewaan akan ditetapkan
oleh pihak pengurusan kolej.

1.5.4. Bayaran untuk penyewaan semasa cuti adalah secara tunai.


Bayaran secara “Debit Charge” adalah tertakluk kepada
kelulusan pihak kolej.

1.5.5. Pelajar yang menyewa dikehendaki mengisi Borang Mendiami


Kolej Semasa Cuti yang boleh didapati di pejabat kolej. Pas
kebenaran akan dikeluarkan kepada pelajar semasa urusan
pendaftaran dan mengambil kunci.

2.0 URUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR BAGI SEMESTER II


SESI 2020/2021

Sesi perkuliahan Semester II Sesi 2020/2021 akan bermula pada 14 Mac 2021.
Walau bagaimanapun, merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan
oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) pada 15 Februari 2021,
pihak Universiti telah memutuskan kemasukan pelajar secara fizikal bermula 1
Mac 2021 adalah secara berperingkat mengikut kategori pelajar yang dibenarkan
sahaja. Sehubungan itu, proses permohonan kolej kediaman pelajar bagi
Semester II Sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

2.1 PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN

2.1.1 Pelajar UTM akan ditempatkan di kolej kediaman seperti berikut:

5
JENIS
BIL TEMPATAN ANTARABANGSA
PELAJAR
Tertakluk kepada
Tinggal dalam
1 Pra Ijazah kekosongan di kolej
kampus
kediaman

Tertakluk kepada kekosongan di kolej


2 Pasca Ijazah
kediaman yang dikhususkan
Latihan
Tinggal di dalam kampus sekiranya
Industri/
3 penempatan Latihan Industri/ Latihan
Latihan
Mengajar adalah di dalam UTM
Mengajar

2.1.2 UTM juga memberikan kemudahan bagi golongan pelajar berikut


untuk tinggal di dalam kampus:

2.1.2.1 Penempatan pelajar PALAPES adalah di Kolej Tun Dr.


Ismail dan perlu mendapatkan pengesahan sebagai
ahli daripada markas PALAPES.

2.1.2.2 Penempatan pelajar SUKSIS adalah di Kolej Tuanku


Canselor dan perlu mendapatkan pengesahan sebagai
ahli daripada markas SUKSIS.

2.1.2.3 Permohonan untuk rumah pelajar berkeluarga adalah


melalui borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat
Kolej Perdana.

2.2 PROSES PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN

2.2.1 Pelajar perlu membuat permohonan kolej kediaman dengan


menghantar emel kepada kolej yang dipohon. Emel kolej
kediaman adalah seperti berikut:

6
NO.
BIL. KOLEJ KEDIAMAN EMEL
TELEFON
Kolej Tun Razak
1 ktr@utm.my 07-5530542
(KTR)
Kolej Tun Hussein Onn
2 ktho@utm.my 07-5532593
(KTHO)
Kolej Tun Dr. Ismail
3 ktdi@utm.my 07-5531951
(KTDI)
Kolej Tuanku Canselor
4 ktc@utm.my 07-5535658
(KTC)
Kolej Perdana pejabatkolejperdana
5 (KP) 07-5536609
@utm.my
Kolej 9 dan 10
6 kolej910@utm.my 07-5535015
(K9&K10)
Kolej Datin Seri Endon
7 kdse@utm.my 07-5537702
(KDSE)
Kolej Dato Onn Jaafar
8 kdoj@utm.my 07-5537708
(KDOJ)

2.2.2 Untuk makluman, Kolej Rahman Putra (KRP) dan Kolej Tun
Fatimah (KTF) telah dikhususkan sebagai Pusat Pengasingan
(Isolasi) UTM.

2.2.3 Permohonan yang dibuat perlu melampirkan surat kelulusan


masuk ke kampus daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

2.3 PENGAMBILAN KUNCI BILIK

2.3.1 Dokumen yang diperlukan semasa mengambil kunci adalah


seperti berikut:

2.3.1.1 Surat kebenaran masuk ke kampus daripada Jabatan


Hal Ehwal Pelajar.

2.3.1.2 Surat pelepasan tamat tempoh isolasi daripada Pusat


Kesihatan Universiti (sekiranya pelajar perlu menjalani
isolasi).

2.3.2 Pelajar hanya dibenarkan mengambil kunci setelah tamat tempoh


isolasi selama 10 hari atau mendapat surat kelulusan khas
pengecualian isolasi dari Universiti.

7
2.3.3 Pelajar yang mendapat kebenaran masuk ke kampus dan perlu
menjalani proses isolasi selama 10 hari tidak dibenarkan
mengambil barang di stor sebelum proses isolasi selesai.
Pelajar perlu membuat persediaan sendiri bagi menjalani proses
isolasi di KRP dan KTF.

2.3.4 Bagi pelajar yang telah graduan dan tidak lagi menginap di asrama
dibenarkan untuk mengambil barang di stor setelah mendapat
kelulusan daripada JHEP. Pelajar perlu hadir ke pejabat untuk
proses permohonan membuka stor dan diberikan masa selama 45
minit untuk menyelesaikan tujuan tersebut.

2.4 SENARAI KOLEJ KEDIAMAN YANG DITAWARKAN

2.4.1 Kolej kediaman yang ditawarkan bagi Semester II 2020/2021


adalah seperti berikut:

PERINGKAT
BIL. KOLEJ JENIS BILIK JANTINA
PENGAJIAN
i. KTR
ii. KTHO
iii. KTDI
i. Seorang Lelaki dan
1 Pra Ijazah iv. KTC
ii. Berdua Perempuan
v. KP
vi. K9/10
vii. KDSE
KRP (G29)
i. Seorang
dan KTDI Lelaki
Pasca Ijazah dengan bilik air
(MA01)
2 Tempatan /
KDOJ i. Seorang Lelaki
Antarabangsa
KTF (H25) dan i. Seorang
Perempuan
KTHO (L12) dengan bilik air

2.5 KADAR SEWA BILIK KOLEJ KEDIAMAN

2.5.1 Pelajar dinasihatkan merujuk LAMPIRAN 1 (Kadar Sewa Bilik


Kolej Kediaman) bagi memilih bilik yang sesuai dengan keperluan
pengajian masing-masing.

8
2.6 CAJ SEWAAN KOLEJ KEDIAMAN

2.6.1 Caj kolej kediaman akan bermula dari tarikh pengambilan kunci
sehingga akhir semester iaitu pada 24 Julai 2021.

2.6.2 Caj kolej kediaman akan didebitkan secara automatik ke dalam


akaun pelajar. Jumlah caj yang didebit adalah mengikut kadar
bilik yang ditetapkan.

2.6.3 Pelajar yang keluar dari kolej kediaman setelah mendaftar masuk
perlu membayar keseluruhan sewa untuk semester tersebut
seperti yang dinyatakan pada perkara 2.6.1.

2.6.4 Bagi pelajar yang telah membuat bayaran yuran kolej kediaman
tetapi masih berhasrat keluar sebelum habis semester, yuran
kolej kediaman mereka tidak akan dikurangkan.

2.7 LATIHAN INDUSTRI / LATIHAN MENGAJAR

2.7.1 Pelajar yang menjalani latihan industri atau latihan mengajar di


dalam kawasan kampus UTM dibenarkan untuk menetap di
kolej kediaman UTM selepas menjalani isolasi.

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Pihak Universiti berhak mengeluarkan barang-barang milik pelajar yang


tinggal di kolej kediaman tanpa kebenaran. Selain caj sewa dan denda,
tindakan disipilin boleh diambil terhadap pelajar yang gagal untuk
mengosongkan bilik mereka apabila diarahkan berbuat demikian oleh
pentadbiran kolej kediaman.

3.2 Segala jenis kenderaan yang ditinggalkan hendaklah diletakkan di tempat


letak kenderaan yang disediakan. Kenderaan tidak dibenarkan sama
sekali disimpan di dalam blok dan bilik pelajar.

9
3.3 Pelajar yang mendiami asrama semasa cuti tertakluk kepada Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-kaedah UTM (Tatatertib
Pelajar) 1999 dan segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti.

Diharap semua pelajar mengambil maklum urusan penginapan pelajar bagi cuti Semester
I Sesi 2020/2021 dan proses permohonan kolej kediaman Semester II Sesi 2020/2021
seperti yang telah ditetapkan dan memanfaatkan kemudahan penginapan sedia ada di
dalam kampus.

Sekian, terima kasih.

“Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19”

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Saya yang menjalankan amanah,

PROF. MADYA SR. DR. MAIMUNAH BINTI SAPRI


Pengerusi
Bahagian Pengurusan Perniagaan (BMD)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
UTM Johor Bahru

s.k - Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

- Timbalan Naib Canselor (Akademik)

- Pengarah Keselamatan

10
LAMPIRAN 1

KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2020/2021

Kadar Sewa/Hari
Kolej Jenis Bilik Pelajar Pelajar
Tempatan Antarabangsa
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Kolej Rahman Putra Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Seorang (Executive) RM 30.00 RM30.00
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Kolej Tun Fatimah
Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Kolej Tun Razak Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Kolej Tun Hussein Onn Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Seorang (Executive) RM 40.00 RM40.00
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Kolej Tun Dr Ismail
Berdua (Executive) RM 25.00 RM25.00
Berdua (Blok MA) RM 5.00
RM12.00
Berdua RM 4.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Kolej Tuanku Canselor
Berdua RM 4.00 RM12.00
Seorang RM 6.00 RM12.00
Kolej Perdana
Berdua RM 4.00 RM10.00
Seorang RM 6.00 RM12.00
Kolej 9 & 10
Berdua RM 4.00 RM10.00
Seorang RM 6.00 RM12.00
Kolej Datin Seri Endon
Berdua RM 4.00 RM10.00
Kolej Dato Onn Jaafar Seorang RM 6.00 RM12.00

11
LAMPIRAN 1

Jenis Rumah Pelajar Tempatan/ Pelajar Antarabangsa/


Bulan Bulan

Apartmen 2 Bilik RM450.00 RM480.00

Apartmen 2 + 1 RM520.00 RM550.00

Apartmen 2 + 1 Deluxe RM740.00 RM770.00

Apartmen 2 + 1 Suite RM1070.00 RM 1100.00

12

Anda mungkin juga menyukai