Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

JALAN SULTAN MAHMUD Tel : 09-624 1723


20400 KUALA TERENGGANU Fax : 09-623 1870
E-mail : tba3093@gmail.com
Rujukan Kami : PIBG/ SKSB2/KT/08-10/001/Jld 9 ( )
Tarikh : 9 OGOS 2020

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN SMART TV UNTUK KELAS PRASEKOLAH PROGRAM PENDIDIKAN


KHAS INTEGRASI (PPKI) SEK. KEB. SERI BUDIMAN 2.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Untuk makluman Yang Berhormat, di sini terdapat 2 kelas Prasekolah PPKI dengan kapasiti
seramai 16 orang murid yang mempunyai pelbagai kategori kecacatan antaranya autisme, ADHD,
lewat perkembangan dan sindrom down.

3. Memandangkan PdPc sekarang lebih kepada konsep PAK21, murid bekerperluan khas juga tidak
terkecuali mengikuti cara pembelajaran yang sama cuma kaedah pembelajaran perlu diubahsuai
mengikut kategori dan tahap murid. Dengan adanya bantuan Smart TV ini akan membantu murid
bekeperluan khas ini menikmati akses pembelajaran sama seperti murid-murid normal di arus
perdana.
4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik dan prihatin Yang Berhormat
untuk menyumbangkan 2 unit Smart TV bagi melancarkan proses PdPc bersama murid-murid
berkeperluan khas. Berikut adalah nombor akaun PIBG SK Seri Budiman 2, sekiranya Yang
Berhormat ingin memberi sumbangan dalam bentuk wang;

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK SERI BUDIMAN 2

5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Rubiah Abdullah Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas (019 3657351) atau Puan Rosma Jasney guru prasekolah PPKI (013 5840081).
Rasa ihsan dan prihatin Yang Berhormat, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“Mendidik Manusia Dengan Kemanusiaan”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

………………………………….

Setiausaha PIBG,
Sk Seri Budiman 2, Kuala Terengganu.
s.k -Penasihat PIBG
-YDP PIBG

Anda mungkin juga menyukai