Anda di halaman 1dari 2

SK PINANGKAU

PETI SURAT 27 90107 BELURAN


SABAH, MALAYSIA

“MENERAJUI TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN”


Ruj. Kami : XBA 2154 SKP(BN) / 100( )
Tarikh : 7 Julai 2020

IBU BAPA/PENJAGA MURID


SK PINANGKAU.

Tuan/Puan,

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN PASCACOVID

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri


Taklimat Pembukaan Semula Sesi Persekolahan Pascacovid seperti pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 9 JULAI 2020 (KHAMIS)


Masa : 10.30 pagi– 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka Solar
Pengerusi : En. Johmen Bin Masandu (Guru Besar SK Pinangkau)

03. Tentatif Taklimat:


3.1 Ucapan Guru Besar
3.2 Taklimat Penataran Kesiapsiagaan Pembukaan Sekolah PascaCovid19
3.3 Simulasi Standard Operating Procedure (SOP) Norma Baharu Persekolahan
3.4 Tatacara Kedudukan Dalam Kelas
3.5 Tatacara Keluar Masuk ke Sekolah
3.6 Tatacara Makan di Sekolah
3.7 Tatacara Ke Tandas
3.8 Sesi Soal Jawab

04. Komitmen dan kehadiran tuan/puan ke taklimat ini amatlah dihargai untuk
memastikan pembukaan sesi persekolahan norma baharu berjalan lancar dan seterusnya dapat
membendung penularan wabak penyakit Covid19. Kerjasama tuan puan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MAJU KE ARAH KECEMERLANGAN”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………
(JOHMEN MASANDU)
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Pinangkau, Beluran

Anda mungkin juga menyukai